Wednesday, March 11, 2015

GELI TAPAK KAKI...

Aku tak  terkejut membaca artikel terbitan The Malaysian Insider ( TMI ) di sini....


Hakikatnya media adalah antara alat berkesan dalam membina atau melumpuhkan sesuatu karektor. Namun dalam realiti masyarakat Malaysia, ada yang naik atau turun tanpa peranan media yang jelas kerana sistem                   ' bersemuka' yang jadi amalan kita sejak lama.

Aku tak bercadang untuk mengulas secara terperinci hasil kaji selidik Merdeka Center ini sebab korang boleh baca artikel berkenaan sepenuhnya. Cuma aku sebagai orang akar umbi memang dapat ' mengesan ' rasa bangga orang UMNO atau rakyat umumnya terhadap pencapaian DS Hishammuddin dalam mengendalikan MH 370 dan diikuti dengan kejayaan pelbagai transformasi UMNO.

Perasaan ini menjadi lebih manis apabila ia berlaku selepas PAU 2013 yang menyaksikan DS Hishammuddin menghadapi laluan sukar sebelum memenangi Naib Presiden di tempat ketiga. Perbandingan serta merta dapat dilakukan tanpa banyak berfikir. Bagaimana seseorang yang digambarkan lemah sebelum pemilihan sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa sewaktu menghadapi krisis ( MH 370 ).

Aku jangka TMI mempunyai tujuan tertentu apabila melakukan soal selidik dan kemudiannya menerbitkan artikel ini. Tapi kita lupakan niat mereka dan mari kita akui kenyataan bahawa DS Hishammuddin bukan seorang yang ' geli tapak kaki '.

Dalam politik ' geli tapak kaki ' bermakna ghairah melampau untuk mendapat kedudukan lebih tinggi. Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang jelas mempunyai kegilaan ini.

DS Hishammuddin tidak ada sejarah ' merempuh atau melanggar '. Beliau naik betul betul melalui anak tangga. Dalam waktu apapun beliau masyhur sebagai orang yang taat dan patuh kepada pemimpin atasan dan tidak pernah nampak berbeza dengan mereka.

Sewaktu krisis beliau sentiasa bersama arus perdana tetapi tidak melampau menyerang pihak yang berbeza. Ini terbukti dalam beberapa krisis yang berlaku di dalam UMNO. Ketua Pemuda Malaysia beralih dalam ' krisis '.Tan Seri Rahim Thamby Chik, Datuk Seri Zahid Hamidi melepaskan jawatan Ketua Pemuda dalam keadaan tidak selesa tetapi beliau tidak langsung kelihatan ghairah untuk mengganti pada ketika itu sebaliknya naik mengikut proses biasa.

MH 370 makin menampakkan diri beliau secara jelas. Pada waktu dunia 
' melambung ' beliau, beliau tampil tegas dan jelas sebagai ' pekerja bawahan' kepada Perdana Menteri.

Pada setiap kali sidang media beliau tidak pernah tidak menyebut nama Perdana Menteri untuk pelbagai konteks dan keperluan, beliau sama sekali tidak nampak ghairah dengan pesona dan pujian.

Dan ia kekal begitu sampai sekarang. Beliau adalah pekerja parti dan kerajaan.
Apa kaitannya dengan artikel atau dapatan kajian Merdeka Center ini ? Jika mereka  mahu  melihat retak berlaku antara DS Hishammuddin dengan DS Najib, maka aku yakin ia tidak akan berlaku.

DS Hishammuddin bukan orang yang akan terbuai dengan pujian atau emosi dengan kutukan. Barangkali betullah. Pengalaman yang beliau warisi daripada keluarga beliau adalah guru yang amat mendidik.

Ini jugak bermakna para pertama artikel TMI ini sama sekali tidak akan mengganggu beliau.

" Ketika tekanan meningkat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara, satu kaji selidik di kalangan pemimpin politik pelapis mendapati, kebanyakan rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi perdana menteri akan datang."

Lebih daripada itu, aku yakin sangat DS Hishammuddin tidak akan berubah hanya kerana pandangan orang lain kepadanya telah berubah. Tenang, hemoi dan ceria.






6 comments:

Anonymous said...

Tak jujur media pembangkang tapi lojik tu ada. Malaysia akan terus diperintah oleh UMNO. Itu yang penting.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Daripada UMNO kepada UMNO.

Anonymous said...

Memang kena orngnga tapi bukan masanya lagi.Sampai masa nanti naiklah. Dah memang layak

Anonymous said...

Saya yakin Datuk Hisham mempunyai kemampuan untuk memimpin negara. Harapan saya dan harapan rakyat ialah supaya tiada perebutan dan peralihan berlaku dengan baik.

Anonymous said...

Mungkin Merdeka Center dah silap congak. UMNO tetap pilihan rakyat.

UMNO PARTI PENJARA said...

....


UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...