PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dalam satu kenyataan mengesahkan petikan titah yang dikaitkan dengan Sultan Johor sebelum ini adalah fitnah.

Melalui laman Facebooknya semalam, Raja Zarith Sofiah juga menyertakan salinan titah yang didakwa dikeluarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan yang tersebar sebelum ini.

"Sila ambil perhatian: DYMM Sultan Johor tidak bertitah dan mengeluarkan kenyataan seperti yang tertera. Ia adalah palsu. Tolong sebarkan," tulis Raja Zarith Sofiah.

Titah palsu berkenaan berbunyi "Kerajaan Umno perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala tipu helah."

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menafikan kesahihan titah tersebut dan bertegas untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang bertanggungjawab.

Ulasan
Junjung kasih Tuanku. Semoga penjelasan ini akan menginsafkan para pengamal media agar berhenti merosakkan hubungan dan imej Istana dan UMNO.