Saturday, November 6, 2010

DEEPAVALI MERIAH NEGARA MAKMUR

" DI MALAYSIA SEMUA RAKYAT AKAN CAPAI APA YANG DIUSAHAKAN "

TIDAK BENAR MASYARAKAT INDIA TERPINGGIR.

Semalam aku bercuti di Parit Buntar. Sehari. Awal pagi lagi aku keluar ke Pekan Lama Parit Buntar. Aku duduk di hadapan Restoran Halimah Firdaus menunggu kawan kira kira 20 minit.

Dalam tempoh itu aku kira ada 12 keluarga India bergambar di Kedai Gambar bersebelahan Restoran itu. Daripada 12 keluarga itu hanya satu keluarga sahaja yang menaiki Proton Wira.

Selain daripada datang dengan Camry, Mercedes, Perdana dan macam macam kereta mewah lagi.

Semasa aku bersekolah rendah, aku ada kawan bernama Helen Margaret. Ayah dia hantar setiap pagi dengan Datsun 120 Y. Masa itu ayah Helen adalah orang kaya di tempat aku.

Apa maknanya aku ceritaperkara ini . Aku nak gambarkan orang India ramai dah kaya, dah senang. Ini kesan ' keadilan sosial dan ekonomi ' yang pemimpin kita perjuangkan.

Jangan ada orang mendakwa kaum India terpinggir. Dakwaan mereka salah dan berniat jahat. Memanglah ada di sana sini orang India susah. Orang Melayu pun sama. Cina pun serupa.

Umumnya Orang India di Malaysia lebih selesa daripada kebayakan orang India di negara India sendiri. Aku harap orang India sedar ini dan bersyukur.

Sama sama kita pertahankan kemakmuran ini. Dan kita kongsi kemakmuran ini bersama. Demi anak cucu.

FAKTOR KEMENANGAN BN


AHMAD MASLAN TIDAK SEBUT 2 FAKTOR UTAMA

Aku membaca pandangan Ahmad Maslan melalui PAPA GOMO. Aku bersetuju kepada Ahmad Maslan. Cuma aku nak menambah dua lagi faktor yang amat penting, yang menjadi faktor kemerosotan UMNO/BN dalam PRU 12.

1. UMNO sangat solid. Samada di Galas mahupun di Batu Sapi. Walaupun ada beberapa orang ' berharap' menjadi calon, namun selepas calon sebenar dinamakan semua orang akur. Tidak berlaku sabotaj. Semua ahli dan pemimpin parti bekerja untuk memenangkan calon yang diputuskan.

Walaupun di Batu Sapi UMNO tidak bertanding tetapi pemimpin dan ahli UMNO bekerja seolah olah calon sendiri yang bertanding. Di Galas dan di Batu Sapi tiada uangkapan ' sepatutnya aku yang terpilih'.

Aku dapati sikap pengundi Cina bergantung kepada ' kuat atau lemahnya UMNO. Sekiranya UMNO kuat pengundi Cina akan pergi kepada UMNO/BN begitulah sebaliknya.

2. Faktor kedua ialah ' mesra rakyat ' khasnya pengundi. Ini juga antara faktor kekalahan UMNO. Selama ini UMNO kelihatan terpisah dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. UMNO kelihatan ELIT dan rakyat menjadi GETIK.

Di Galas UMNO telah berubah. UMNO telah menjadi sebahagian daripada rakyat. UMNO telah merasai denyut nadi rakyat.
Rakyat selesa mengadu. Raktyat bahagia berbincang.

Sekiranya kesemua ini dijaga mulai sekarang sehingga PRU 13, Insyaallah kita akan menang besar selepas ini.

Thursday, November 4, 2010

USTAZ HALIM ABDUL RAHMAN SAKIT

' KERISAUAN MELAMPAU MEMANG BOLEH MENGAKIBATKAN GANGGUAN MENTAL "


PERLU RAWATAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN JANGKITAN KEPADA ORANG LAIN.

Ustaz Abdul Halim Abd Rahman adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat. Seumur hidupnya beliau tidak pernah berasa tertekan dan terhimpit seperti sekarang sewaktu menghadapi PRK DUN Galas.

Ustaz Abdul Halim mengalami gangguan mental kronik yang menjejaskan keupayaannya berfikir dan kesannya beliau telah mengeluarkan kenyataan yang luar biasa dan menimbulkan kesan amat buruk kepada PAS.

Minggu lalu beliau telah MENGUBAH HUKUM RASUAH DARIPADA HARAM KEPADA HARUS MELALUI PERUBAHAN ISTILAH DARIPADA RASUAH KEPADA KEMUDAHAN.

Semalam beliau mengeluarkan kenyataan menggemparkan bukan sahaja masyarakat Galas tetapi masyarakat dunia. Beliau mengatakan 2000 PENGUNDI HANTU AKAN CUBA MENGUNDI PADA PRK GALAS. 29 ORANG PEGUAM DAN UNIT TINDAKAN KHAS TELAH BERSEDIA MENANGKAP PENGUNDI HANTU INI.

Kenyataan yang dianggap GILA oleh semua orang ini telah menyebabkan WAKIL PARTI PAS DALAM SETIAP TEMPAT MENGUNDI BEGITU KECEWA KERANA DIPERBODOHKAN SEDANGKAN MEREKA TELAH MENYEMAK SENARAI PENGUNDI PULUHAN KALI DAN MENDAPATI TIADA PENGUNDI HANTU YANG WUJUD.

Ulasan : Benar ' SEBARANG EMOSI MELAMPAU BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN MENTAL'. BEREHAT DAN BERTAUBATLAH USTAZ. INSYAALLAH, ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT.

Wednesday, November 3, 2010

DAP GUNA PENDEKATAN KOMUNIS

" KOMUNIS SEKARANG TIDAK PERLUKAN UNIFORM. IA HIDUP DALAM HATI DAN JIWA MEREKA "


BERSAMA DOKONGAN PAS DAN PKR

Bila aku menulis tentang DAP dan Pakatan yang dipimpinnya menyemai akar komunis, maka ada orang mencabar aku menunjukkan bukti di hutan mana mereka beroperasi. Sebanyak mana orang telah dibunuh dan dari mana mereka memperolehi senjata.

Cabaran ini menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran orang kita kerana menganggap komunis hanya ada di hutan. Mereka menganggap komunis ' hanya perang dan pembunuhan '.

Aku nak jelaskan komunis adalah ideologi. Perang, bunuh, seksa adalah sebahagian daripada kaedah mereka. Ada banyak lagi kaedah lain yang mereka gunakan khasnya selepas ' era perang dingin '.

Aku tetap dengan pendirian aku menyokong Tan Seri Ghazali Shafie bahawa " MENCETUS KONFLIK DAN BERTINDAK ATAS KONFLIK ADALAH SALAH SATU KAEDAH KOMUNIS".

Inilah yang dilakukan oleh DAP dn sekutu yang diketuainya. Semalam di Pulau Pinang berlaku demonstrasi di DUN oleh beberapa kumpulan yang dianiaya. Mereka dihalau dari kampung halaman.

Gerai mereka dirobohkan. Mereka dihina seperti anjing kurap. Jiwa mereka bertukar menjadi hamba. Inilah konflik yang dicetuskan.

Korang jangan terkejut. Lim Guan Eng mungkin akan MUNCUL SEBAGAI HERO yang menyelamatkan penduduk dan peniaga ini.Dia akan kata apa yang berlaku adalah perancangan KERAJAAN BN DAHULU.

Hak rakyat ini dikembalikan oleh Guan Eng selepas TEMPOH DERITA YANG PANJANG. RAKYAT AKAN ' SENTIASA SEDAR DAN INSAF BAHAWA MEREKA BOLEH DIHALAU DAN DIPANGGIL BALIK PADA BILA BILA MASA OLEH GUAN ENG, DAP DAN PAKATAN MEREKA.

Rakyat akan bergantung dan hidup tanpa JIWA MERDEKA. INILAH YANG MENJADI PENDEKATAN KOMUNIS. INILAH STRATEGI MEREKA SETELAH PERANG BUKAN LAGI KAEDAH YANG PALING BERKESAN.

Nasihat Aku : Belajar dari peristiwa di Pulau Pinang, jauhi dan musnahkan mereka sebelum mereka merampas Negara yang kita cintai.

Tuesday, November 2, 2010

DAP SEMAKIN GANAS

' MUSLIMAT PAS BERTAKBIR SETELAH BERJAYA DITARBIAH OLEH CHONG DALAM SATU MAJLIS TAZKIRAH'


MAHU HANYA GURU CINA BERTUGAS DI SJKC

Setelah usaha mengocak dan menghiris Perlembagaan berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sehingga terpaksa MajlisRaja Raja ikut campurtangan DAP hari melangkah setapak lagi ke hadapan.

Hari ini DAP yang disokong kuat oleh PAS dan PKR telah cuba mencadangkan supaya DI SEKOLAH CINA HANYA GURU CINA SAHAJA BERTUGAS.

Ini maksud AP Bukit Mertajam apabila mencadangkan di dalam Dewan yang mulia supaya Guru Bahasa Melayu di SJKC mesti menguasai Bahasa Mandarin.

Chong Eng jelas menghina Bahasa Melayu kerana menganggapnya hanya sebagai SATU SUBJEK BUKAN ALAT PERPADUAN DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

Dengan cadangan jahat dan rasis itu Chong Eng sebenar berharap agar tiada lagi guru guru Melayu bertugas di Sekolah Cina. Dengan ini akan wujud GENERASI CINA YANG BENAR BENAR CINA SECINA CINANYA.

Aku harap kerajaan akan mengambil perkatian serius mengenai perkara ini sebab aku sangat yakin PAS yang sedang ' bermandi wang tajaan DAP di Galas ' pasti akan menyokong cadangan ini dengan nas ciptaan mereka.

Usul perlu dibawa untuk Chong Eng kerana menggunakan dewan yang mulia untuk menghasut dan menyuburkan rasisme.

ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM SEBENAR

DULU ISLAM LAIN, PROTONLAH..SEKARANG?

NAIKNYA DI KELANTAN, TURUN JUGA DI KELANTAN

Antara perkara yang amat ditekankan oleh Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO ialah agar umat Melayu Islam menjadikan Islam sebenar sebagai addin atau cara hidup. Tun sedar jika ini berlaku, pasti Umat Melayu Islam akan jadi umat terbaik dalam kalangan umat manusia seperti yang ALLAH janjikan.

Malangnya PAS telah memesongkan aqidah, pemahaman dan penghayatan Islam ini kepada Islam yang PAS perkenalkan berdasarkan perspektif politik sempit mereka. Islam sebenar mahu umatnya bersatu, PAS mengajak kepada perpecahan.

Islam sebenar melatih berbaik sangka, PAS melatih dan ahli berfikir secara negatif. Islam sebenar mengajak kepada berkasih sayang, PAS menyemai perasaan benci.

Islam melarang taksub dan pemujaan, PAS menyediakan dan membina tokoh untuk dipuja oleh pengikutnya.

Islam menjadi lemah dan terbelah belah. Percayalah kepada aku, kalau seseorang mula menjadi pengikut PAS, maka cara berfikirnya automatik berubah. Pasti. Semuanya menjadi negatif dan dilihat dari sudut politik.

Bagaimanapun aku nampak sejak akhir akhir ini khasnya pada kempen PRK DUN Galas keadaan jadi berbeza. Aku pergi ke Galas. Aku berjumpa rakyat. Rakyat menilai sendiri dengan berani.

Dulu kalau Nik Aziz, orang tak berani langsung nak kritik. Pengkritik Nik Aziz dikatakan pernah mengembek seumur hidup. Ada orang kata Nik Aziz keramat. Tapi sekarang berbeza.

Pergilah ke Galas. Hampir 60% orang yang aku jumpa mengata Nik Aziz. Tak buat apa pun. Bila bercakap di mana pun mengata UMNO. Dia tak buat apa.

Yang orang terkilan sangat ialah ' KEMEWAHAN MELAMPAU' anak menantu Nik Aziz. Dulu kata ZUHUD. Tak pilih dunia. Sekarang Nik Aziz sendiri berbanglo, berkereta besar.

Pemimpin PAS semua kaya raya. Rakyat tengok ni. Di Galas dulu, pemimpin PAS tak pernah datang langsung. Sekarang datang pagi petang.

Ini maksud aku kebangkitan Islam. Orang berani menilai secara jujur.Dulu sebut PAS semua betul. Sebut Nik Aziz tak berani angkat muka pun.

Sekarang, alhamdulillah. Sebut PAS semua berani kata ia adalah parti. Bukan parti Islam pun, Parti penipu. Syukurlah tak terlambat nampaknya umat Melayu untuk kembali ke pangkal jalan

Monday, November 1, 2010

SATU PERSATU PETUNJUK DATANG

" SEBENARNYA TIDAK SUSAH TIPU ORANG MELAYU "

PERISTIWA SITI BALQIS SEPENTING PRK GALAS DAN BATU SAPI

Nampaknya ia sekadar menjadi bahan berita. Ia tidak jadi fokus walaupun kesan peristiwa ini mempunyai makna yang amat besar dalam kita membicarakan pembinaan negara bangsa seperti yang selalu disebut oleh PM kita DS Najib Razak.

Aku jadi bimbang apabila orang kita percaya sangat benda pelik, halus dan khurafat. Sekarang ni Pusat Rawatan yang menggunakan nama Islam bercambah tumbuh. Malangnya orang percaya.

Penyakit yang dirawat semuanya jenis yang tak boleh nak buktikan. Sihir, gangguan makhluk halus, jin dan lain lain. Aku jangka kebayakan pusat ini dikendalikan oleh aktivis PAS. Ini cara dia orang kempen.

Ia dah jadi fenomena pulak dalam masyarakat. Sebab itu bila timbul kisah ' gadis ghaib ' maka gadis ini jadi tumpuan. Ustaz ustaz paling ramai datang. Berpuluh jin ditangkap. Ada dikurung dalam botol, ada dibuang ke laut.

Satu ketika Siti dikatakan dilarikan jin berbulu ke Gunung Jerai. Tiba tiba kena tangkap rumah kawan dia di Nilai Negeri Sembilan. Dia cerita dia orang kaya tapi dah kematian ibu bapa.

Kesimpulannya Siti dah tipu orang satu Malaysia. Ustaz yang dok mengubat dia juga dah menipu kita kerana kata dah tangkap jin padahal jinnya tak ada.

Pengajarannya :-

1. Kita mudah kena tipu kerana kita tak nak berfikir

2. Orang yang nampak alim, belum tentu baik. Kadang kadang menipu juga.

3. Orang yang nampak alim pun senang tertipu kerana malas atau tak mahu berfikir.

1. Kesimpulan aku :- Bangsa akan runtuh kerana kita tak berfikir. Kalau ada je jalan mudah kita akan guna walaupun kesannya buruk. Inilah kaedah yang digunakan oleh pembangkang di Malaysia. Tipu rakyat untuk kepentingan sendiri.

2. Peristiwa Siti Balqis ini mesti diperbesarkan supaya rakyat tidak lagi mengambil jalan singkat, percaya buta tuli. Rakyat mesti dipaksa berfikir atau hiduplah dalam keadaan hina sampai bila bila.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...