Monday, December 20, 2010

KEMALANGAN MAUT

" SESIAPAPUN TIDAK SANGGUP MENGHADAPI KEHILANGAN "



PIHAK PENGUATKUASA PERLU BUAT SEMAKAN

Aku percaya ajal maut, jodoh pertemuan adalah kehendak dan takdir ALLAH. Tapi ALLAH rahsiakan takdirnya agar kita manusia berusaha sebaik mungkin mencapai apa jua yang kita impikan.

Sebab itu sedaya upaya usaha ikhtiar mesti kita buat misalnya dalam mencegah kemalangan. Aku bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan keluarga dan rakan rakan mangsa kemalangan.

Aku dapat bayangkan betapa sukarnya nak menerima kenyataan kehilangan orang yang kita kasihi.

Pagi tadi seperti yang diulas oleh sahabat sahabat 27 orang terkorban dalam kemalangan bas persiaran. Hanya 7 orang selamat tapi ada yang parah.

Aku nak bagi pandangan akulah. Aku rasa pihak JPJ atau Polis tidak cukup penguatkuasaan terhadap bas persiaran dan bas ekspress ni. Pernah korang tengok bas di tahan di lebuh raya kerana laju ?

Tak pernah. Pada hal bas bas tadi kebanyakannya memotong kereta yang kena tahan. Maknanya bas bas ini semuanya, SEMUANYA melepasi had laju yang ditetapkan.

Tapi MEREKA TERLEPAS ? KENAPA? INILAH PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN AKU.

AKU TAK NAMPAK CARA LAIN. PENGUATKUASAAN MESTI DILAKUKAN SECARA SERIUS DAN BERTERUSAN.

INI TIDAK. BILA DAH BERLAKU KEMALANGAN, KELAM KABUT KELUAR KENYATAAN, SALAH ITU INI. DIRI SENDIRI TIDAK JUGA BERUBAH.

CUBALAH. LAJU SAMAN, GANTUNG LESEN DAN PERMIT. AKU RASA KALAU SERIUS TINDAKAN DIBUAT, INSYAALLAH KEADAAN AKAN DAPAT DIPERBAIKI.


PENDUDUK LUBUK MERBAU MERAYU

" KEHILANGANNYA MENJADI MISTERI "


SEGERAKAN PILIHANRAYA..

Ini aku sendiri yang dengar. Sekumpulan penyokong PAS Lubuk Merbau datang berjumpa aku baru baru ini sewaktu kenduri kahwin di Kampung Laneh.

Dia orang tanya aku kalau kalau ada cara nak cepatkan pilihanraya, sekurang kurangnya untuk DUN Lubuk Merbau. Tak tahan dia orang menghadapi rakyat di kawasan Lubuk Merbau yang asyik bertanya janji janji yang dia orang beri masa kempen 2008.

" Kami ni jadi mangsa Hj Zainuddin. ( YB Sekarang-PAS ). Dia tabur janji kami kena jawab."kata salah seorang dari mereka.

"Masalahnya Hj Zainuddin dah setahun tak buat perjumpaan. Dia ada masa ceramah, macam orang lain, kemudian hilang. Masa banjir di Kg Gapis, bayangpun tak nampak ", kata yang lain pula.

Inilah cakap cakap di Lubuk Merbau sekarang. Rakyat seakan tidak diwakili. Wakil Rakyat yang menjanjikan bulan bintang sebenarnya hanya wujud pada 3 bulan pertama sahaja.

Ada pandangan mengatakan bahawa Hj Zainuddin memang tak berani balik ke Lubuk Merbau kerana terlalu banyak janji yang tidak ditunaikan.

Aku bagitau dia orang, " Sabarlah, akan sampai masanya nanti kita perbetulkan kesilapan 2008. Kita akan pastikan nanti segala kepalsuan mereka akan terhukum "


PAKATAN BERTELAGAH

" KARPAL DIAPIT OLEH DUA ORANG PENYOKONG TEGARNYA "


BEREBUT TAK NAK LETAK CALON DI TENANG

Walaupun nama Mazlan Aliman telah diletakkan secara tidak rasmi di Tenang namun hakikatnya ia belum benar benar comform lagi.
Memang benar Mazlan diletakkan sebagai hukuman tetapi aku difahamkan pimpinan Pakatan tidak mencapai kata sepakat dalam perbincangan mereka semalam.

Pengalaman kalah di Galas dan Batu Sapi sebenarnya menakutkan dia orang. DAP menuduh PAS dan PKR gagal manakala PAS menuduh DAP sabotaj mereka di Galas.

Pakatan tahu dengan pasti mereka akan kalah di Tenang. Kalah bererti moral mereka akan merudum dan ini menjejaskan akan meruntuhkan moral mereka.

Yang amat mengelirukan mereka ialah mengapa setelah pelbagai fitnah dilemparkan UMNO/BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi. Pada mata kasar kelihatan rakyat menyokong mereka, tetapi apabila mengundi, pengundi memberi undi kepada UMNO/BN.

Walau bagaimanapun kita tunggulah hari penamaan calon nanti. Kepada aku UMNO akan menang tetapi kemenangan jauh lebih besar akan menjadi perangsang kepada UMNO/BN seluruh negara untuk bekerja lebih kuat lagi.



Sunday, December 19, 2010

MAZLAN ALIMAN DIHUKUM

" GHAIRAH MEMBAWA PADAH "


MAZLAN AKAN DIKUBURKAN DI TENANG

Ini berita yang baru aku terima. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kesan terlepas cakap tentang kekayaan Felda, Mazlan mendapat tekanan hebat daripada Pakatan Pembangkang.

Mazlan yang diarahkan oleh DAP untuk memburuk burukkan imej pengurusan Felda bagi membangkitkan kemarahan peneroka dikatakan telah gagal melaksanakan tugasnya. Sebaliknya peneroka semakin membulatkan sokongan kepada kerajaan UMNO/BN.

Cakap cakap tersebar luas di penghujung konvensyen bahawa Mazlan akan diletakkan sebagai calon di DUN Tenang dalam PRK tidak lama lagi. Ini adalah sebagai hukuman di atas kebodohannya.

Menjadi calon pembangkang seumpama menggali kubur sendiri atas beberapa faktor :-

1. Tenang adalah kubu kuat UMNO sejak dahulu lagi. Sewaktu tsunami politik berlaku dalam PRU 12, Tenang masih dimenangi UMNO dengan majoriti lebih 2000.

2. UMNO Bahagian Tenang dikatakan sebagai antara Bahagian paling stabil di Malaysia kerana tidak ada krisis kepimpinan berlaku di sini.

3. Terdapat lebih 3000 peneroka Felda yang mendaftar sebagai pengundi di sini. Dikatakan selepas era DS Najib sokongan peneroka terhadap UMNO/BN semakin melonjak.

4. Hubungan antara komponen BN juga berada di puncak apabila Parlimen Labis diwakili oleh MCA tanpa sebarang masalah.

Berdasarkan kepada faktor di atas maka kesimpulan boleh dibuat bahawa sebenarnya masa untuk berundur telah sampai kepada Mazlan Aliman.

Selamat jalan Mazlan. Inilah kesannya apabila engkau menggigit tangan orang yang menyuap kau makan.


MAZLAN ALIMAN KENA HAMPUT!!!

" KENYATAANNYA MENGUNDANG KEMARAHAN PAKATAN "


MENGELUARKAN KENYATAAN PALING BODOH DI DUNIA

Mazlan Aliman ni sebenarnya geli tapak kaki nak jadi YB. Macam macam dia buat untuk tampilkan dirinya. Tapi setakat ini tanda tanda awal pengiktirafan pimpinan belum lagi kelihatan.

Tapi korang fikirlah , punya nak perjatuhkan Felda, merata rata ceramah bagitau orang ramai bahawa TERDAPAT BANYAK BABI DALAM KEBUN SAWIT. Kesannya :-

1. Orang felda marah sebab kenyataan itu menggambarkan peneroka tak masuk kebun. Makan duit free daripada Kerajaan UMNO/BN

2. Babi adalah perusahaan yang sedang dikembangkan oleh Kerajaan Pakatan di Selangor. Usaha sedang dibuat untuk membolehkan penduduk di beberapa kampung di Sepang berpindah bagi mendirikan ladang babi.

Maknanya babi kepada Pakatan adalah sesuatu yang mulia sebenarnya.

Tapi kali ini Mazlan kena hamput sebab lain. Dia dah silap cakap semasa Konvenyen Pakatan. Semua pimpinan Pakatan telah capai persetujuan iaitu bila cakap tentang Felda, banyakkan cerita tentang Felda nak Bangkrap/ Muflis.

Mazlan pun dalam ceramah dia, itulah benda yang dia sebut. BABI dan FELDA nak muflis. Ke mana mana pun inilah bendanya.

Tapi hari ini dia dah silap. DIA UMUMKAN BAHAWA FELDA SANGAT BANYAK DUIT. ANTARA ' PROGRAM KERAJAAN YANG PALING BERJAYA '. DIA KATA FELDA PATUT BUAT UNIVERSITI BILA PAKATAN DAH KUASAI KERAJAAN.

Melompatlah pimpinan Pakatan yang lain. Aku dengar lepas tu Mazlan terus cabut. Sumber aku tak pasti sape yang maki hamun Mazlan sebab pimpinan Pakatan ni semuanya mahir dalam memaki hamun.

Nampak gaya terlepaslah lagi Mazlan nak jadi calon. Jadi Pegawai Khas Mahfuz sudahlah. Barulah padan...


DAP DOMINASI KONVENSYEN PAKATAN

" TERPAKSA PAKAI KANTA UNTUK LIHAT POTENSI PAS "


GUAN ENG TAMPIL TOKOH TERHEBAT

Cucu tiri Lee Kuan Yew, Lim Guan Eng memang betul betul strategislah. Hancur PAS dan PKR dalam tangan dia. Betul betul dia control the game lah.

Dia tetapkan dia orang pertama bercakap. Dia cakap perkara yang melukakan hati Haji Hadi dan Wan Zizah. Dia ' umumkan ' Nuar Brahim jadi PM. Kuasai Putrajaya.

Sedangkan umum semua tahu DAP melalui Karpal Singh baru sahaja berjaya ' menggantung Nuar Brahim ' di Parlimen.

Umum juga dapat menduga selepas ini Karpal akan sabotaj Anwar dalam kes ' Nuar meliwat Saiful '. Karpal pasti tidak akan membela Anwar sebaliknya membecarakan kerajaan UMNO/BN.

Guan Eng di akhir ucapannya pulak menegaskan MASA BERCAKAP DAH HABIS, INI MASA BUAT KERJA. Ucapan Guan Eng yang melambung PAS disambut sangat teruja.

Lepas itu Wan Zizah dan Hj Hadi kantoilah. Cakap macam kayu dia orang. Bijak Guan Eng. Dia rangsang awal, klimaks awal. Orang kemudian, macam taklimat je lah.

Ramai jugak peserta PAS yang bengang. Dia orang kata macam PAS tak wujud je..



MACAM MANA NIK AZIZ BOLEH ADA SIMPANAN

" AMBOI..MACAM PINANG DIBELAH DUA. BIASAJE. PERCAYALAH NIK AZIZ
ORANG BIASA "


KENAPA HANYA SUMBANG 1/3 JE ?

Aku baca banyak kali tulisan Bumiyang yang kata Nik Aziz nak sumbangkan 1/3 daripada simpanan dia kerana rasa syukur tidak sangkut kes SPRM.

Aku sangsi jugak awalnya dengan berita ini, tapi setau aku blogger pro kerajaan tak akan tulis berita palsu. Aku buat semakan. Memang Nik Aziz ada keluar kenyataan tu.

Cuma berita ini amat memeranjatkan sebab

1. Macamana Nik Aziz boleh ada simpanan. Diwar warkan bahawa Nik Aziz tiada apa apa selain perjuangan. Dikatakan Nik Aziz hanya ada Islam untuk teruskan kehidupan.

2. Nik Aziz dikatakan antara contoh ulamak ' warasatul anbia'. Pewaris para Nabi. Setau aku Nabi tak ada apa apa simpanan pun. Semuanya dihabiskan untuk Islam. Begitu juga para sahabat.

3. Para pengikut dan penyokong diseru menyumbang dan menderma. Nik Aziz dah puluhan tahun jadi pimpinan PAS baru nak sumbang.

4. Kenapa hanya nak sumbang 1/3. Buat apa lagi nak simpan 2/3 tu. Nak simpan untuk apa atau untuk siapa ? Anak menantu dah kaya raya.

Eloklah kita panjangkan kisah ini terutama kepada ' pencinta ' Nik Aziz. Dia ni sebenarnya bukan siapa siapa selain ahli politik yang mendapat laba daripada ' penglibatan politiknya '.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...