Friday, September 9, 2011

PESURUHJAYA PAS PERAK TIDAK RASUAH !



Mulanya aku heranlah jugak . Rajin benar Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussein turun ke Parit Buntar. Hampir setiap minggu. Ada kalanya seminggu dua kali.

Aku fikir Abu Bakar nak cover Idham Lim. Memang orang Titi Serong marah sangat dah sekarang ni. Semua janji Idham Lim masa kempen PRU 12 tidak terlaksana.

Hubungan dingin Idham Lim dengan pengundi Melayu jugak jadi isu. Asyik asyik Cina Bagan jer. Jadi ramai jugak orang kata, Abu Bakar nak tebus ' dosa ' Idham Lim.

Bulan puasa ni beliau turun jugak. Kali ni bagi sumbangan. Aku kata ' sumbangan'. Kalau korang nak kata itu rasuah, korang punya pasallah.

Rupanya Abu Bakar ada matlamat lain. Patutlah pasang umpan, bubu.
Abu Bakar akan jadi calon PAS Titi Serong. Pencacai PAS dah mula
berjalan di Titi Serong.

' Hangpa tak mau ka dapat MB jadi wakil kita ? ". Itulah lagu yang didendangkan sekarang. Ada jugaklah orang yang syok, teruja.


Cuma aku nak bagitaulah. Sewaktu cakap cakap Nizar akan lawan di Changkat Jering, para penyokong diberitahu Nizar akan jadi MB.

Nampaknya PAS nak wujudkan dua jawatan MB. Cuma yang nak jadi kalut sikit ialah DAP dah pasti letak calon Melayu. Bakal MB jugak.

HE!HE!HE! Kan dah pening tu !


Wednesday, September 7, 2011

SENANG JER HUSAM KAMBING TUMBANGKAN MAT SABU !

HUSAM LAKSANA KEHENDAK NIK AZIZ

Pertamanya aku mintak maaf pada korang. Beberapa hari aku tak menulis. ' Keluar ' sekejap. Lama tak keluar ni, sesekali kena juga keluar balik sambil melihat, menilai dan mengkaji diri.

Rumusan aku ialah aku tidak cukup kuat bekerja memberi kesedaran kepada Umat Melayu khasnya tentang bahaya yang sedang menunggu mereka di masa hadapan.

Bahaya paling utama ialah penyelewengan yang dilakukan oleh PAS yang sedikit sebanyak ' dipercayai' membawa risalah Islam. Ada orang khasnya anak muda telah terterangkap dalam pesona PAS sedangkan hakikatnya PAS lebih hampir kepada kumpulan ajaran sesat walaupun tak setara Ayah Pin.

Sebentar tadi aku bersembang dengan seorang rakan lama. Menarik juga pandangan kawan aku ni. Dia kata bila PAS Kelantan tiba tiba mengatur debat Mat Sabu dengan Khairy, dia tahu ini adalah usaha terancang PAS Kelantan nak tumbangkan Mat Sabu.

Nik Aziz sebenarnya mahu Tuan Ibrahim menjadi Timbalan Presioden tetapi malangnya Tuan Ibrahim kalah kepada Mat Sabu. Benar, Nik Aziz seorang pendendam.

Logik juga. Semua orang tahu Mat Sabu bukan seorang yang berilmu. Perhatikan ceramahnya di mana mana. Tiada ilmu dalam ceramahnya.
Mat Sabu seorang yang ' sensasi '.

Bahasanya yang kasar dan kadangkala lucah adalah kekuatannya. PAS Kelantan sebenarnya telah berjaya. Mat Sabu tidak berani melaksanakan tanggungjawab yang dibebankan di atas bahunya,

Mat Sabu boleh mencabar sesiapa sahaja sekarang. Siapa sahaja tetapi ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa satu masa Mat Sabu telah
tidak berani menyertai debat yang dianjurkan oleh PAS sendiri.

Jika ini dijadikan asas, maka korang jangan hairan jika sampai sekarang Nik Aziz tidak langsung membela Mat Sabu.

Di atas segalanya aku yakin dan percaya sangat, Husam adalah pemain utama penghinaan ini,


Sunday, September 4, 2011

INILAH YANG HERO MAT SABU TELAH LAKUKAN !

CERITA LUKA YANG TAK AKAN TERPADAM !

Ini adalah kupasan Datuk Ramlah Adam. Beliau barangkali menyokong UMNO tetapi bukan aktivis parti. Beliau adalah ahli akademik yang memikul kebenaran di atas bahunya.

25 Februari 1950 Jam 4. 30 pagi :-

Mat Indera telah membawa 200 orang Malayan Races Liberation Army(MRLA- PKM ) telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Sarjan Jamil Mohd Noh telah bertindak berani dan tak mahu menyerah kalah.

Dalam pertempuran itu 25 orang telah terkorban. Tiga orang isteri anggota keselamatan telah dicampak ke dalam api yang marak menyala.
Seorang kanak kanak telah turut dicampak ke dalam api. Rentung menjadi arang.

Semua peristiwa ini diceritakan oleh Yusof Rono yang merupakan satu satunya anggota yang terselamat dan dapat meloloskan diri.

Darah, tulang temulang dan airmata mereka yang gugur tak mungkin dapat diganti semula.

Alangkah ' bahayanya ' Mat Sabu. Walaupun menjadikan Karl Marx sebagai idola janganlah sampai menjadikan pejuang sebagai petualang.

Barangkali DAP sangat berbesar hati dan pasti akan menawarkan kerusi kepada Mat Sabu. Barangkali juga Mat Sabu akan menang kerana cucu cicit rakan rakan Mat Indera akan berusaha memenangkannya.

Tetapi percayalah. Mat Sabu akan dikenang sebagai salah seorang anak Melayu paling kotor dalam sejarah negara !


BERAS LIMA KILO JER !!

ITU JER BANTUAN PAS.

Dengaq macam nak tolong sangat. Kami pun pilah Parit Buntaq pasai nak dapat bantuan raya. Rupanya dapat beras lima kilo jer.

Inilah luahan hati salah seorang jiran aku. Punya ghairah dulu kempen untuk PAS pada PRU 12. Dengar macam semua masalah akan PAS selesaikan pada masa itu.

Rupa rupanya tak dak satu pun yang selesai. Dulu kata bila pilih PAS semua orang akan dapan geran bendang yang masih sangkut di Agro Bank Bagan Serai. Sekarang ni dah nak pilihanraya pulak.

Yang seronoknya depa kata janji tahun 2008 dulu dok keluaq balik.

Kata jiran aku, dah kena sekali tak kan lagi dah. Lagipun orang Parit Buntaq sendiri sangat susah jumpa wakil rakyat PAS ni. Masing masing pulun di Bagan. Jaga hati Cina , lukakan hati Melayu.

Apa pun kita tunggulah PRU 13. Aku cakap banyak nanti ada orang kata aku fitnah pulak.

HE! HE! HE!


Saturday, September 3, 2011

TERIMA KASIH ABANG MAT ! HE! HE! HE!

MAT SABU BERBUDI KEPADA UMNO !

Sebagai seorang yang praktikal aku mengaku UMNO agak perlahan dalam gerakerja kempen politik berbanding dengan PAS. Aku percaya sebahagiannya kerana pemimpin UMNO juga adalah pemimpin kerajaan yang terikat dengan banyak kerja.

Sebab itu ada banyak benda yang berlaku dari sudut politiknya terabai. UMNO tak ambil peluang macam yang PAS buat. Sebab itu juga banyak perkara berlaku di Kelantan, Selangor dan Kedah terlepas begitu sahaja.

Mujur ada Mat Sabu. Aku agak dah. Bila Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS, aku anggap ALLAH nak UMNO terus memerintah negara.

Mat Sabu terkenal sebagai ' kaki gebang '. Dia cakap kosong. Sebab itu dia jadi Ahli Parlimen sekejap jer. Lepas tu dia kantoi. Dia gagal melaksanakan apa jua yang dia cakap.

Orang macam Mat Sabu sangat berguna kepada UMNO. UMNO boleh tunggu Mat Sabu bercakap untuk kemudiannya dibalun balik.

Tapi aku betul betul tak sangka Mat Sabu akan dedahkan strategi Pakatan nak mengubah sejarah. Menukar pengganas menjadi pejuang, menukar pejuang menjadi pengkhianat.

Mat Sabu sebenarnya ' tercepat ' daripada orang lain. Pakatan rancang nak tukar sejarah ini selepas memerintah. Kelam kabut Karpal Singh nak buat ' pembetulan' tetapi dah terlewat.

Rakyat dah tahu rahsia mereka. Macam Ngeh Koo Ham buat di Perak.
Cuba bawak masuk Chin Peng dengan alasan Chin Peng juga pejuang kemerdekaan.

Sekarang ni semua pemimpin Pakatan bertungkus lumus menjawab dan melakukan pembetulan. Berdasarkan pemerhatian aku, rakyat tak dapat terima penjelasan. Rakyat tengok sendiri rakaman ceramah Mat Sabu.

Alhamdulillah. Keghairahan Mat Sabu menginsafkan rakyat. Aku rasa Mat Sabu pun dah tak cukup 24 jam sehari nak perbetulkan balik kenyataannya.

PAS boleh salahkan media. Tapi PAS kena akui media melaporkan apa yang Mat Sabu cakap sebijik sebijik.

Aku tunggu Mat Sabu saman Utusan Malaysia. Lagi cepat lagi baik. Dengan ini lebih tepat rakaman ceramah Mat Sabu dapat disiarkan dan disaksikan oleh seluruh dunia.

Terima kasih, Abang Mat. HE! HE! HE!


BENAR , 16 SEPTEMBER HAMPIR BERLAKU !!

PENDEDAHAN WIKILEAKS MENGANGKAT MARTABAT BN !

Lebih kurang sama keadaannya dengan ceramah Mat Sabu. Pendedahan Wikileaks juga adalah bahan kempen yang wajib diperbesarkan oleh UMNO/BN.

Kalau peristiwa lompat di Perak dianggap oleh Pakatan sebagai ' politik jijik dan kotor ', Malaysiakini telah membuktikan Nuar Brahim telah
melakukan perkara ' jijik dan kotor' juga.

Bezanya UMNO/BN tidak menggoda ADUN Pakatan Perak. Mereka melompat sebahagiannya kerana Nizar Jamaluddin terbukti boneka yang tidak berdaya. Mereka melompat setelah umat Melayu Perak dijadikan rakyat Kelas Tiga.

Manakala Nuar menawarkan jawatan. He! He!He !

Kemudiannya diketahui untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri sahaja 4 orang dari Sabah dan Sarawak. Tidak termasuk Haji Hadi dan lim Kit Siang. Tidak dikira Azmin Ali.

Mereka 'telah' diberi rasuah. Katakan semua AP UMNO/BN ini mahu tetapi hakikatnya mereka tidak bersama Nuar Brahim. Yang penting kekotoran telahpun dibuat. Yang penting Nuar Brahim dan Pakatan
telah menghalalkan sesuatu yang mereka katakan jijik selama ini.

Terima kasih Wikileaks. Terima kasih Malayia kini. Inilah Nuar dan Pakatan. Gagal dan bergelumang najis !


Friday, September 2, 2011

AWAS SUAMI SUAMI DI KEDAH !!

ANDA DALAM BAHAYA !


Saja aku nak tolong peringatkan. Dah macam cerita purba la pulak. Pada zaman Aduka, Indera, Taruna, Tobeng, Demang, Jalak dalam filem dulu dulu suami yang ' tiada apa apa ' melopong bila Demang nak rampas bini depa.

Free jer. Nak lawan tak berani. Pengikut Demang ramai. Demang pulak kaya raya. Ada ilmu kependekaran yang tinggi. Melawan bererti maut.

Di Kedah kononnya ada jugak keadaan hampir sama berlaku. Tapi taklah secara kekerasan. Dikatakan ada pembesar negeri amat bijak dan licik dalam menggoda bini orang.

Persamaannya ialah ' ketinggian ilmu agama ' jadi alasan. Kemudian tak dak paksa paksa punya. Bini orang ni dengan rela hati mintak cerai dan bernikah dengan pembesar ni . Alasannya nak mengaji agama.

Yang aku nak peringat ialah sekarang ni angin sedang bertiup kencang di Kedah. Pembesar handalan ini kononnya sedang mempersiapkan diri untuk mengganti Azizan Razak yang dikatakan tidak lagi mampu menjalankan tugas.

Sedang ' bersepak terajanglah PAS '. Yang pentingnya aku nak ingatkan. Mana mana suami yang mempunyai isteri jelita yang mahu 'mengaji' agama, bawaklah mengaji sekarang.

Yang kedua, elakkanlah bawak isteri ni di majlis majlis yang ada ramai pembesar yang berilmu tinggi.

He! He! He! Aku tolong peringatkan. Tak nak pakai pun tak pa....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...