Thursday, December 12, 2013
ZAHID DAH TUNJUKKAN BUKTI, MT SABU WAJIB JAWAB !! JAWAPAN NIK AZIZ TAK DIPERLUKAN !
Zahid dah buktikan dia ada bukti Mat Sabu pendukung Syiah.
Sekarang kita tunggu dua perkara,
1. Mat Sabu jawab dakwaan ini kepada umum
2. Pihak berwajib mendakwa Mat Sabu di Mahkamah.
Sekiranya ini tidak berlaku maknanya tiada apa apalah...
KEPADA LIM GUAN ENG SAMPAH LEBIH UTAMA DARIPADA MASYARAKAT INDIA !!
23 keluarga India dari Ladang Byram, Nibong Tebal Pulau Pinang diarahkan mengosongkan rumah mereka oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang selewat lewatnya pada 18 Disember ini. Kerajaan memutuskan untuk menjadikan tapak rumah mereka sebagai tempat pelupusan sampah.
Setiap keluarga diberikan sebanyak RM 2000 sebagai pampasan. Ini jer nilai yang DAP berikan kepada masyarakat India yang sudah puluhan tahun tinggal di kawasan ini.
Aku pasti Lim Guan Eng ada alasan. Dia akan berikan hujah. Tapi kenyataannya , Kerajaan DAP telah halau penduduk ini seperti Kucing Kurap.
Mana tokoh tokoh pejuang masyarakat India? Ambiga ? Kulasegaran?
N. Surendran ?
Wednesday, December 11, 2013
BEGINI MAHASISWA, HANCURLAH NEGARA DI MASA DEPAN !
Aku tak tau apa yang dah jadi dengan universiti di Malaysia nih ! Dulu orang berebut rebut nak masuk universiti, kalau ada budak kampung masuk universiti kendurilah sekampung. Bangga dengan pencapaian anak kampung tu.
Sekarang bukan kata sekampung, hampir setiap rumah ada anak anak yang masuk univrsiti. Dah jadi biasa anak anak masuk universiti. Sebahagiannya kerana kejayaan dasar kerajaan. Baguslah.
Tapi aku tengok kebelakangan ini, mahasiswa dan jadi tak tentu arah. Tak de kualiti. Cara berfikir dan bertindak sangat tidak matang bahkan macam tak berfikir pulak.
Menyertai demonstrasi, perhimpunan. Malangnya kebanyakannya budak budak Melayu. Aku pernah tanya, apa yang diperjuangkan ? Tak dapat nak jawab dengan meyakinkan. Asyik asyik cakap nak ganti, ubah kerajaan zalim.
Aku kata zalim benarkah kerajaan kepada kamu? Nak masuk universiti dengan kelulusan minima. Anak Cina, India melambak dapat 9 A tak dapat masuk matrik, tak dapat masuk universiti. Anak Melayu 6A/7A dah boleh masuk matrik seterusnya masuk universiti.
Tak cukup duit ada PTPTN. Dapat tawaran dah dapat pendahuluan 1500 ringgit. Kemudian dapat lagi pinjaman tambahan. Zalim apa lagi ?
Hari ini ada pulak kumpulan TURUN. Gabungan NGO ( kononnya )dan mahasiswa lancarkan gerakan menuntut turunkan kos sara hidup. Semua Melayu kecuali Ketua Pemuda DAP ! Ketua Pemuda PAS pun hadir, tukar racun.
Lebih malang lagi Pengerusi gerakan ini ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam
( GAMIS ). Pelik aku, bila berkait dengan Islam jer, bodohlah pemikirannya.
Apa tak bodohnya, sentiasa nak MENGUBAH ORANG LAIN, DIRI SENDIRI TAK BERUBAH. Aku berani jaminlah, tengok hand phone dia, jenis apa? Koman? Sorrylah budak Melayu tak pakai barang koman. Tgk baju seluar pulak..macam orang dah kerja.
Motor ? Wajib ada padahal dia student. Ini maksud aku. Orang cerdik tak ghairah nak ubah orang atau keadaan. Orang bijak akan selalu menyesuaikan diri ikut keadaan.
Kita tak ada kuasa turun harga barang. Harga barang Cina DAP yang kawal. Kita sesuaikan apa barang yang kita nak guna...ini baru betul. Anak Cina bermatian belajar, budak Melayu jadi kuda PAS dengan DAP !
Melayu....
Cina...
Tuesday, December 10, 2013
TASHA SHILLA SUKA LELAKI ' WOW '!
Pelakon cantik, Tasha Shilla mengaku hatinya telah tertawan dengan lelaki baru. Mudah kata, cintanya sudah berubah kepada lelaki lain.
Kalau dahulu, Tasha rapat dengan bintang bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Sekarang tak lagi.
Cinta Tasha kini milik peninju Muay Thai bernama Hans. Kalau dilihat secara luaran, penampilan Hans lebih maskulin dan hebat. Badan berketul ketul. Bertatu !?
Rupanya Tasha tak suka lelaki Melayu. Tasha lebih suka lelaki Cina. Sebab itu dia tolak cinta Mahali.- Mingguan Malaysia.
P/S - He..he..masa muda Tasha, bolehlah. Ada rupa pulak. Bila dah jadi makcik, sape sape pun tak peduli...
Gambar hiasan
Saturday, December 7, 2013
MAT SABU FAILKAN SAMAN TERHADAP ZAHID !
Kuala Lumpur 7 Dis - Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dijangka akan memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi kerana dikatakan memfitnah beliau semasa berucap pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013.
DS Zahid antara lain, menegaskan bahawa beliau mahu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum untuk segera mengambil tindakan terhadap pemimpin no 2 PAS itu.
Baca disini ...
Aku ada soalan sikit..
1. Korang agak, Mat Sabu nak saman ke tak ?
2. Kenapa pulak DS Zahid suruh Jamil Khir ?
3. Kenapa DS Zahid umum benda ni dalam Perhimpunan UMNO ?
Kita tunggulah sehari dua ni...
Tuesday, December 3, 2013
TOLONGLAH !! JANGAN BUAT LAWAK !
Maka hari ini bermulalah Persidangan UMNO 2013 selepas menyelamatkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU 13 yang lalu. Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO jam lapan malam ini.
Tahun ini pada pandangan aku UMNO bersidang dalam ' krisis '. UMNO tidak bersidang dalam selesa. UMNO kena akui kenyataan ia bukan lagi parti yang berkuasa macam dulu dulu.
1. UMNO hilang kuasa dalam menentukan hala tuju rakan rakan dalam BN. Parti komponen UMNO hampir lumpuh khasnya dalam menawan pengundi Cina. UMNO seakan tidak disegani oleh sekutu dalam BN. Bayangkan dalam keadaan ' GAGAL ',
MCA dan Gerakan saban waktu meminta pelbagai ' benda ' untuk kepentingan orang Cina.
2. UMNO juga gagal ' memahami dan membantu ' rakyat khasnya orang Melayu. Aku rasa selepas PRU 13 tiada apa apa yang dilakukan oleh UMNO yang menyebabkan orang Melayu boleh bangga. Hal hal yang berkaitan dengan Melayu dan Islam jelas diperjuangkan oleh NGO. UMNO hampir tidak ' bersuara ' sama sekali.
3. UMNO gagal menguasai kerajaan. Ada ramai Menteri dan Timbalan Menteri Melayu tetapi perkara yang sepatutnya tidak berlaku tetap juga berlaku. Contohnya UMNO gagal menjaga kebajikan Kakitangan Awam yang peratusan Melayunya amat tinggi.
Tengok ' penderitaan ' yang ditanggung oleh para guru. ( Peratusan Melayu tertinggi dan merupakan kakitangan kerajaan teramai ). Sehingga sekarang, hari hari aku dengar guru merungut kerana tekanan kerja. Sehingga diberitakan ramai guru beralih menyokong pembangkang.
4. UMNO gagal mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Pengguna terbesar dalam negara ialah orang Melayu. Aku nak katakan semua harga barang naik. SEMUA. Tinggal lagi ada yang diumum, ada yang tidak diumum. Orang Melayu dan tak boleh nak hadapi kenaikan ini sebenarnya.
5. UMNO juga gagal mempertahankan harga komoditi yang rata rata melibatkan orang Melayu. Harga getah pernah naik sehingga enam ringgit tetapi kemudiannya turun dan tak naik naik sehingga sekarang. Sewaktu harga getah naik, semua harga barang naik. Malangnya sewaktu harga getah turun, tiada satupun harga barangan pengguna yang turun.
Ini antara bahan yang aku nak bagi pada pembahas di Persidangan UMNO. Cakap soal derita dan kesusahan rakyat. Biar Presiden dan pemimpin dengar.
Jangan buat lawak ! Rakyat jadi benci mendengarnya. Atau kita tunggu PRU 13. Tunggu rakyat hukum dan UMNO jadi sejarah !
Sunday, December 1, 2013
DS NAJIB SAHKAH UMNO TELAH GAGAL !
SELAMA INI AKU PERCAYA UMNO SELAKU TUNJANG BARISAN NASIONAL DAN PAKSI KERAJAAN ADALAH JUARA PERPADUAN. OLEH YANG DEMIKIAN AKU
KOMPROMI DENGAN MACAM MACAM PENGORBANAN YANG UMNO DAN ORANG MELAYU LAKUKAN SEJAK DAHULU SAMPAI SEKARANG.
NAMUN , BARU BARU INI YAB PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK TELAH MEMBUKTIKAN SESUATU YANG BERBEZA...DI SINI
AKU CUBA BERSANGKA BAIK. TAPI AKU TAK DAPAT MENOLAK BEBERAPA PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN AKU.
1. APA SUDAH JADI DENGAN MACAM MACAM DASAR DAN PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN SELAMA INI ?
2. MENGAPA ' MEREKA ' YANG DILANTIK SEDANGKAN SEBAHAGIANNYA AGAK SANGAT BERBEZA DENGAN UMNO SECARA TERSURATNYA ?
3. MENGAPA SEKARANG, SEAKAN MENJADI MIND SETTING KEPADA PERWAKILAN YANG BERHIMPUN BEBERAPA HARI LAGI ?
ITULAH PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN AKU. AKU TAK TAULAH ORANG LAIN. PADA AKU INI ADALAH SALAH SATU PERKARA PELIK YANG DS NAJIB LAKUKAN...
Subscribe to:
Posts (Atom)





