Friday, January 17, 2014

SKANDAL MENTERI SUMBER MANUSIA DAN WARTAWAN TERBONGKAR ! I


Isteri Menteri ini godam akaun Twitter suaminya untuk menghantar mesej bagi mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan seorang wartawan Pakistan.

Shashi Tharoor dan Mehr Tarar saling berbalas ungkapan cinta yang akhirnya dapat dihidu oleh isteri Menteri berkenaan, Sunanda Tharoor.


Tampan...

Sunanda menyatakan " Lelaki adalah bodoh. Wanita itu mungkin agen Pakistan. Wanita itu mengejar suami saya. Dimanakah kesetiaan cinta di dunia ini ".

Pendedahan Sunanda mungkin akan menghancurkan karier politik suaminya. Kita di Malaysia pulak, ada orang makin banyak skandal, makin setia isterinya. Siap tolong cover lagi...

                                                 Tiada kaitan dengan Sunanda


Wednesday, January 15, 2014

DALAM RIUH RENDAH KRITIKAN TERHADAPNYA, DAP BERJAYA BANGSATKAN MELAYU PULAU PINANG !


Sebenarnya NGO atau bekas ahli DAP yang dapat liputan media tiap tiap hari buang masa jer. Kritikan terhadap Pemilihan CEC DAP tak lebih daripada usaha anjing menyalak bukit.

Kongres Melayu Pulau Pinang melalui Presidennya dah jadi amat popular sekarang.
Tapi bukan kerana memperjuangkan nasib orang Melayu tapi membalun pemilihan parti DAP. Keyakinan aku, setiap kali wajah Rahmad Isahak ini tersiar di media, pemimpin DAP mesti berguling guling gelak !

Helah DAP sangat berkesan. Lepas satu kampung satu kampung Melayu kena halau.Lepas satu gerai, satu gerai Melayu kena roboh ! Aku rasa umat Melayu Pulau Pinang ini dah cukup terhina dibuat DAP.

Terbaru 50 lagi keluarga Melayu yang dah puluhan tahun tinggal di Kampung Jalan Pokok Asam , Jelutung sedang menunggu masa untuk diusir. Mereka semua telah menerima notis yang bertarikh 5 Disember 2013.

Alasan Kerajaan negeri ialah untuk membesarkan tanah perkuburan Islam yang memang terletak berhampiran kawasan itu. Pengerusi Badan Bertindak Pokok Asam sebaliknya menyatakan bahawa ada projek komersial yang akan dilaksanakan.

Aku yakin dan percaya, DAP sengaja melayan serangan orang terhadap organisasinya sebab dalam masa yang sama dia harap orang tak perasan dia telah berjaya membangsatkan Melayu !

Tuesday, January 14, 2014

UNDANG UNDANG MALAYSIA UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA !



                                                     Raja Noor Jan Shah Raja Tuah

Hari ini Raja Noor Jan Shah bin Raja Tuah ditangkap dan akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengaku sebagai Sultan Melaka. Kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ( dengan tegas dan beraninya) menjelaskan bahawa penangkapan ini adalah berlandaskan undang undang.

Pihak Polis pulak kata lebih 10 ( aku ulang sepuluh ) aduan diterima daripada orang ramai dan NGO yang rasa tidak selesa dengan perkembangan ini. Betul juga barangkali, ini satu bentuk ' gangguan ' terhadap Institusi Raja.

Pada aku peristiwa ini adalah satu ' kemalangan ' kepada sistem kita.

                                                  Paderi Lawrence Andrew

Ratusan laporan polis oleh pelbagai pihak terhadap Ketua Pengarang Majalah The Herald, Paderi Lawrence Andrew, sudah ada perintah mahkamah ( yang telah dilanggar ) dan dengan jelas Paduka Seri Sultan Selangor sudahpun bertitah namun paderi ini masih bebas.

Bukan sedikit ' kerosakan ' yang telah dan akan berlaku kerana kebiadaban paderi ini.
Aku tak pandai undang undang tapi aku cuba percaya bahawa belum ada landas undang undang yang boleh mensabitkan paderi ini.

Undang undang kita dah ditakdirkan hanya terpakai untuk orang Melayu sahaja. Malang benar nampaknya jadi Melayu di Malaysia ini...


KANGKUNG, MENTALITI PEMBANGKANG DAN PENYAKIT UMNO !


Aku tak terkejut langsung bila begitu ramai macai Pakatan menggunakan 
' kangkung ' sebagai bahan politik cetek mereka. Biasa sebenarnya bila pembangkang menggunakan ' ranting ' sebagai bahan hujah dengan meninggalkan 'pokok' terbiar.

Aku tak salahkan mereka pun. Itu jer tahap mentaliti mereka. Sebab itu mudah jer mereka ditakluk DAP. Sebagai contoh, mereka jadi GILA kepada Lim Guan Eng kerana Lim Guan Eng makan nasi bungkus, tetapi mereka langsung tak peduli bila Cina DAP itu menghalau orang Melayu dan meruntuhkan gerai gerai mereka.

Cuma yang aku nak sentuh ialah mengapa sampai Perdana Menteri sendiri terpaksa bercakap perkara sebegitu. Mengapa kenaikan harga barang ini menjadi isu yang sangat besar, mengalahkan isu isu lain misalnya pencabulan terhadap Kalimah ALLAH, cabaran terhadap institusi Raja dan sebagainya.

Aku rasa di sinilah kelemahan UMNO yang jadi tunjang Kerajaan. Bila Kerajaan mendepani kesukaran seperti sekarang , sepatutnya UMNOlah yang ke depan. UMNO yang paling hampir dengan rakyat.

Gunakan UMNO cawangan dan bahagian. Buat program penerangan, jelaskan kepada rakyat apa yang berlaku. Rayu rakyat untuk memahami situasi.

Ini tidak berlaku aku rasa. UMNO beku bahkan ada yang masih meraikan kejayaan dalam pemilihan.  UMNO tidak rasa terpanggil untuk bantu memahamkan rakyat tentang perubahan yang tidak dapat tidak terpaksa dilaksanakan dan kesannya.

Segalanya Najib, bersendirian dan jadi bahan kecamanlah. Menteri Menteripun aku tengok tak perform. Majlis Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri. Mana ada semangat kekitaan ? Tak de... aku memang risau. Dalam keadaan ' krisis ' UMNO tidak langsung berfungsi...
 

Sunday, January 12, 2014

PEMIMPIN PEMBANGKANG CEDERA DIPUKUL !



Sekurang kurangnya 10 orang termasuk seorang pemimpin pembangkang cedera dalam pertempuran di antara polis anti rusuhan dan penunjuk perasaan di luar sebuah mahkamah .

Polis menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan rusuhan dan turut menggunakan belantan.

Yuri Lutsenko, bekas Menteri Dalam Negeri Ukraine yang sekarang menjadi salah seorang pemimpin pembangkang.



Di luar negara pemimpin pembangkang berada di barisan paling depan jika berdemonstrasi. Kalau mereka dipukul, pemimpin antara yang kena pukul dulu.

Di Malaysia, pemimpin pembangkang tukang peghangat jer...orang turun padang , mereka naik hotel.

He..he..

Saturday, January 11, 2014

KALAU BENAR HASAN MALEK LETAK JAWATANPUN, KERAJAAN TAK RUGI !


Semalam heboh diperkatakan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan meletak jawatan. Aku lega sebenarnya. Tiba tiba Pejabat Menteri keluarkan kenyataan balas menafikannya.

Aku beranggapan Hasan Malek telah gagal. Kenaikan harga barang secara melampau menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Ini kejayaan pembangkang. Orang kaitkan kenaikan harga barang dengan langkah penyusunan semula subsidi gula dan minyak.

Ini tidak benar. Kenaikan harga barang adalah kesan manipulasi dan tindakan jahat para peniaga dan pemborong. Mereka untuk keliling..

1.  Mereka untung dari sudut ' duitnya '

2.  Mereka untung kerana berjaya suburkan marah dan benci kepada Kerajaan.

Kenaikan berlaku di seluruh negara dan melibatkan semua barang tapi yang aku dengar ada peniaga di Pasar Borong Selayang ( sahaja ) telah dikompaun kerana kesalahan ini.

Dua kegagalan Kementerian Hasan Malek yang mungkin menyebabkan kerajaan ini runtuh, mungkin..

1.  Kegagalan memberikan kefahaman kepada rakyat
2.  Kegaglan menguatkuasakan undang undang

Yang menjadi mangsa kerana kegagalan ini ialah rakyat terbanyak. Ini isunya. Aku rasa kita tak boleh berdolak dalik. Kerajaan ini perlu dipertahankan. Hasan Malek perlu ada kerangka masa bagi mengukur keberkesanannya.

Hasan Malek tidak boleh sekadar menyalahkan rakyat kerana tidak membuat aduan. Ini dah jadi isu nasional, tak payah tunggu aduan pun orang tahu apa berlaku. Pilihannya jika hasan Malek rasa sudah tidak berdaya, maka aku fikir baiklah berundur supaya oarng yang berkesan dapat mengambil alih !


 

Sunday, January 5, 2014

ANTARA CIKGU PALING HEBAT DI DUNIA !



Telah mengajar lebih dua puluh tahun.
Satu sekolah,dia seorang jer cikgu
Anak muridnya dah melebihi, maaf cakaplah, 10 000 ekor !


                                         Bekas Pelajar...

Wan Ibrahim Wan Mat dah berusia 60 tahun tapi masih gigih mengajar beruk di sekolah khasnya. Dalam satu tempoh masa Wan Ibrahim menghadkan pelajarnya paling ramaipun 20 ekor. Ini bukan beruk Kelantan jer, satu Malaysia.

Setiap hari Wan Ibrahim akan melatih beruknya selama lapan jam. Antara kemahiran yang diajar ialah memanjat pokok kelapa, memulas dan menjatuhkan buah kelapa yang tua.

Bagi setiap beruk yang dilatih, Wan Ibrahim hanya mengenakan bayaran antara 150 hingga 200 ringgit, sampai beruk ni mahir dan diambil oleh pemiliknya.

Wan Ibrahim menggunakan perkataan mudah dan ringkas bagi mengajar supaya anak muridnya tak keliru dan cepat faham.

Wan Ibrahim menegaskan bagi mendidik beruk, sesiapa sahaja mesti bersabar kerana kebanyakan yang dihantar kepadanya amat liar dan agresif.

p/s - Dahsyatkan kebijaksanaan Allah Taala. Kita tunjukkan kepada kita betapa haiwanpun kalau dididik dan diajar, ia akan patuh dan jadi berguna kepada kita...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...