Saturday, October 11, 2014

MAT SABU TENAT !

Agak pelik. Mat Sabu sakit langsung tak jadi bahan berita khasnya dalam media Pakatan terutamanya PAS. Aku tunggu jugak, nak dengar perkembangan. Tak de.


Cuma semalam seorang kawan bagitau, Mat Sabu tenat dan sangat kurang bercakap. Doktor yang awalnya mengesyaki Mat Sabu diserang denggi, kemudiannya mendapati Mat Sabu ' sihat '.

Kawan aku kata Mat Sabu beberapa kali muntah darah dan berak berdarah. Ada maklumat kata Mat Sabu disahkan oleh seorang bomoh di Krabi, Thailand terkena sihir yang amat kuat.

Tolonglah. Kalau ada sesiapa punya maklumat. Sebenarnya satu masa Mat Sabu adalah salah seorang kawan aku walaupun berbeza ideologi politik...

Thursday, October 9, 2014

KEBAJIKAN ATM KEUTAMAAN KERAJAAN.

Benda ini aku sokong sangat. Cabaran yang sedang dihadapi amat besar. Anggota keselamatan kita bukan lagi sekadar beroperasi dalam latihan sebaliknya memang berdepan ancaman. Lahat Datu sepatutnya mengajar kita untuk lebih bersedia.

Dalam pada kita berharap anggota keselamatan berkorban, kita juga sewajarnya memikirkan kebajikan mereka dan keluarga mereka.

Tahniah kerajaan UMNO/BN. Tak payah umum Negara Berkebajikan tapi sentiasa utamakan kebajikan rakyat.



Wednesday, October 8, 2014

MAHATHIR TEGUR LAGI, DS NAJIB DENGAR KER?


TEGURAN SAYA PADA KERAJAAN BUKAN NASIHAT – DR MAHATHIR


Tun Dr Mahathir Mb Selangor

Oleh: Tun Dr Mahathir Mohamed
1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.
2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.
3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.
4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh.
5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.
6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.
7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.
8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.
9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.
10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.
11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.
12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.
13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.
14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan. – www.chedet.com
Suara TV - TQ

Tuesday, October 7, 2014

MESEJ PELIK DARIPADA MENTERI.

Pasti ramai sedang berpusu-pusu pulang dari kampung setelah bercuti sempena Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah, masa yang ada telah dimanfaatkan utk bertemu insan tersayang di kampung walaupun terpaksa memandu berjam-jam. Ternyata amalan ziarah-menziarahi tatkala musim perayaan masih menebal dlm tradisi kita. Ia merupakan satu tradisi hebat yg perlu kita wariskan kpd generasi akn datang. Sesibuk manapun kita, jgnlah sesekali kita lupa luangkan masa menziarahi ibu bapa kita. Bagi saya, ketibaan Hari Raya Aidiladha kali ini bawa pengertian yg sangat besar dalam hidup saya kerana saya baru sahaja kehilangan bonda tersayang. Sehingga hari ini masih terngiyang-ngiyang saat dan kenangan bersama bonda. Saya ingin berpesan kpd mereka yg masih memiliki ibu dan ayah agar hargailah kedua-duanya sepenuh hati, sepenuh jiwa dan raga. Akhir kata, marilah kita sedekahkan Alfatihah buat ibu bapa dan saudara-mara yg telah pergi meninggalkan kita.

AL FATIHAH.

( Petikan FB Datuk Seri Hishammuddin Hussein )


Ulasan

Ramai kawan aku bercakap tentang perkara ini hari ini. Kenyataan yang amat menyentuh dan sangat rapat dengan kita. Jarang ahli politik mampu mencurahkan isi hati macam ini.

Dalam pada pemimpin Pakatan menghasut rakyat agar tidak pulang ke kampung kononnya kerana tidak mampu, DS Hishammuddin menekankan peri penting pulang untuk bersama ibu bapa.

Seriuslah. Aku kagum dengan kenyataan ini...



Monday, October 6, 2014

FUGRO DISCOVERY

Seperti yang diikrarkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, operasi mengesan dan menyelamat MH 370 akan diteruskan. Kata Datuk Seri Hishammuddin " Saya melihat ke dalam mata kaum keluarga MH 370 dan dapat menyelami perasaan mereka. Saya dan kerajaan berjanji, walau apa juga rintangannya kita akan teruskan usaha SAR MH 370 "..

MELBOURNE 5 Okt. - Kapal Fugro Discovery tiba di Fremantle untuk menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Kapal itu telah melalui proses pembaikan di Durban, Afrika Selatan sebelum tiba di Australia Barat, dan memiliki peralatan pencarian, serta anak-anak kapal bagi misi itu yang akan dikerahkan beberapa hari lagi, lapor agensi berita Australian Associated Press.

Dilaporkan kapal induk Go Phoenix dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata kapal itu akan menjalankan operasi pencarian di kawasan berkenaan selama 12 hari sebelum belayar ke Fremantle untuk mengambil bekalan.
Fugro Equator, yang melakukan kerja pengukuran di kawasan carian, mungkin akan diguna sebagai kapal pencarian apabila tugas mengumpul maklumat batimetri (instrumen untuk kajian dasar laut) selesai akhir bulan ini.

Lebih 111,000 kilometer persegi kawasan carian itu telah dianalisis dan kerja ukur batimatri atau pemetaan di dasar laut telah dilaksanakan sehingga kini.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sehingga kini pesawat itu belum ditemui bagi membongkar misteri kehilangannya dan usaha mencari masih diteruskan. - BERNAMA





Sunday, October 5, 2014

Wednesday, October 1, 2014

MKINI SILAP LAPOR LAGI !

Perit orang kampung buat jalan sendiri ke kabinet



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyatakan sokongannya terhadap projek pembinaan jalan sendiri oleh penduduk kampung di Pitas, pedalaman Sabah esok.

“Kia mesti bantu,” katanya menjawab tweet yang diajukan padanya berhubung perkara itu.

Beliau juga berikrar mendapatkan sokongan daripada rakan-rakannya dalam Umno daripada Sabah untuk membantu pembinaan jalan di Kudat itu.

“Saya akan cakap dengan mereka di (mesyuarat) kabinet esok,” kata naib presiden Umno itu di Twitter.

Perkara itu juga diambil maklum oleh setiausaha Umno Sabah dan menteri perumahan Datuk Rahman Dahlan.

“OK, maklum. Mari bincangkan perkara ini esok,” jawab Rahman kepada Hishammuddin.

Setelah 15 tahun menunggu, penduduk Pitas mengambil inisiatif mengeluarkan simpanan sendiri untuk membina sebatang jalan balak sepanjang 7.5 kilometer.

Jalan itu apabila siap akan menghubungkan enam kampung di kawasan itu dengan pekan Pitas.

Mereka sebelum ini mengumpulkan RM5,000 untuk membeli peralatan dan menyewa peralatan pembinaan dan memerlukan kira-kira RM85,000 lagi.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.

Penduduk enam kampung itu kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.


Ulasan
Mkini nak gambarkan kegagalan Kerajaan UMNO/BN. Tapi mereka tak sensitif. Ini adalah salah satu kawasan  dalam Malaysia. Sedikit sebanyak faktor kelemahan pegawai kerajaan, pimpinan masyarakat dan pimpinan politik memainkan peranan. 

Ia berbeza dengan masalah air di Kelantan. Air bersih untuk sebuah negeri yang diperintah oleh Pakatan selama 22 tahun.

Dan paling hebat, Mkini telah secara tidak sengaja telah melaporkan keprihatinan dua orang Menteri Barisan Nasional..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...