Aku tak terkejut membaca artikel terbitan The Malaysian Insider ( TMI ) di sini....
Hakikatnya media adalah antara alat berkesan dalam membina atau melumpuhkan sesuatu karektor. Namun dalam realiti masyarakat Malaysia, ada yang naik atau turun tanpa peranan media yang jelas kerana sistem ' bersemuka' yang jadi amalan kita sejak lama.
Aku tak bercadang untuk mengulas secara terperinci hasil kaji selidik Merdeka Center ini sebab korang boleh baca artikel berkenaan sepenuhnya. Cuma aku sebagai orang akar umbi memang dapat ' mengesan ' rasa bangga orang UMNO atau rakyat umumnya terhadap pencapaian DS Hishammuddin dalam mengendalikan MH 370 dan diikuti dengan kejayaan pelbagai transformasi UMNO.
Perasaan ini menjadi lebih manis apabila ia berlaku selepas PAU 2013 yang menyaksikan DS Hishammuddin menghadapi laluan sukar sebelum memenangi Naib Presiden di tempat ketiga. Perbandingan serta merta dapat dilakukan tanpa banyak berfikir. Bagaimana seseorang yang digambarkan lemah sebelum pemilihan sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa sewaktu menghadapi krisis ( MH 370 ).
Aku jangka TMI mempunyai tujuan tertentu apabila melakukan soal selidik dan kemudiannya menerbitkan artikel ini. Tapi kita lupakan niat mereka dan mari kita akui kenyataan bahawa DS Hishammuddin bukan seorang yang ' geli tapak kaki '.
Dalam politik ' geli tapak kaki ' bermakna ghairah melampau untuk mendapat kedudukan lebih tinggi. Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang jelas mempunyai kegilaan ini.
DS Hishammuddin tidak ada sejarah ' merempuh atau melanggar '. Beliau naik betul betul melalui anak tangga. Dalam waktu apapun beliau masyhur sebagai orang yang taat dan patuh kepada pemimpin atasan dan tidak pernah nampak berbeza dengan mereka.
Sewaktu krisis beliau sentiasa bersama arus perdana tetapi tidak melampau menyerang pihak yang berbeza. Ini terbukti dalam beberapa krisis yang berlaku di dalam UMNO. Ketua Pemuda Malaysia beralih dalam ' krisis '.Tan Seri Rahim Thamby Chik, Datuk Seri Zahid Hamidi melepaskan jawatan Ketua Pemuda dalam keadaan tidak selesa tetapi beliau tidak langsung kelihatan ghairah untuk mengganti pada ketika itu sebaliknya naik mengikut proses biasa.
MH 370 makin menampakkan diri beliau secara jelas. Pada waktu dunia
' melambung ' beliau, beliau tampil tegas dan jelas sebagai ' pekerja bawahan' kepada Perdana Menteri.
Pada setiap kali sidang media beliau tidak pernah tidak menyebut nama Perdana Menteri untuk pelbagai konteks dan keperluan, beliau sama sekali tidak nampak ghairah dengan pesona dan pujian.
Dan ia kekal begitu sampai sekarang. Beliau adalah pekerja parti dan kerajaan.
Apa kaitannya dengan artikel atau dapatan kajian Merdeka Center ini ? Jika mereka mahu melihat retak berlaku antara DS Hishammuddin dengan DS Najib, maka aku yakin ia tidak akan berlaku.
DS Hishammuddin bukan orang yang akan terbuai dengan pujian atau emosi dengan kutukan. Barangkali betullah. Pengalaman yang beliau warisi daripada keluarga beliau adalah guru yang amat mendidik.
Ini jugak bermakna para pertama artikel TMI ini sama sekali tidak akan mengganggu beliau.
" Ketika tekanan meningkat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara, satu kaji selidik di kalangan pemimpin politik pelapis mendapati, kebanyakan rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi perdana menteri akan datang."
Lebih daripada itu, aku yakin sangat DS Hishammuddin tidak akan berubah hanya kerana pandangan orang lain kepadanya telah berubah. Tenang, hemoi dan ceria.
Wednesday, March 11, 2015
Thursday, February 26, 2015
TAK ADE APA YANG PELIKNYA.
Sebenarnya tak ada apa yang peliknya . Memang itulah dia. Dirinya yang sebenar. Kebetulan rakyat khasnya anak muda suka perlakuan macam ini.
GELAGAT Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil gambar pasangan warga Jerman di tempat pelancongan terkenal Angkor Wat mendapat perhatian pengguna laman sosial Facebook baru-baru ini.
Gambar tersebut dikongsi di laman Facebook beliau 22 Februari lalu.
Dalam entri tersebut Hishammudin menulis, "tidak menjangka permintaan dari pasangan warga Jerman yang meminta tolong merakamkan gambar mereka di Angkor Wat."
Aksi spontannya ini mendapat pujian pengguna laman sosial berkenaan. Antara komen-komen ialah, "terbaik Datuk Seri, kalau mereka tahu mereka dibantu oleh menteri Malaysia, alangkah hebatnya.
Ada juga komen berbunyi, "sangat merendah diri, semoga kekal dengan sikap sebegini."
Seorang lagi berkata, "mereka pasti berbangga bila mereka tahu anda adalah menteri. Mereka bertuah kerana anda menjadi satu minit jurugambar."
Hishammuddin ketika itu dalam rangka lawatan kerja ke Kemboja sempat meluangkan masa untuk melawat kompleks kuil terkemuka, Angkor Watt.
Gambar tersebut dikongsi di laman Facebook beliau 22 Februari lalu.
Dalam entri tersebut Hishammudin menulis, "tidak menjangka permintaan dari pasangan warga Jerman yang meminta tolong merakamkan gambar mereka di Angkor Wat."
Aksi spontannya ini mendapat pujian pengguna laman sosial berkenaan. Antara komen-komen ialah, "terbaik Datuk Seri, kalau mereka tahu mereka dibantu oleh menteri Malaysia, alangkah hebatnya.
Ada juga komen berbunyi, "sangat merendah diri, semoga kekal dengan sikap sebegini."
Seorang lagi berkata, "mereka pasti berbangga bila mereka tahu anda adalah menteri. Mereka bertuah kerana anda menjadi satu minit jurugambar."
Hishammuddin ketika itu dalam rangka lawatan kerja ke Kemboja sempat meluangkan masa untuk melawat kompleks kuil terkemuka, Angkor Watt.
Thursday, February 19, 2015
SHAFIE DEDAHKAN RAHSIA PRESIDEN MAJLIS PEGUAM !
Aku bukan nak dedahkan sangat artikel SUARA TV ni keseluruhannya. Tapi aku nak fokus kepada kenyataan yang aku serlahkan. Sembang kencang je rupanya Presiden Majlis Peguam tapi hakikatnya dia tak layak. Hah ! Hah ! Hah !
Kelana Jaya – Peguam ketua pendakwa raya kes liwat II Anwar Ibrahim menegaskan keputusan mahkamah berhubung kes itu tidak terlibat dengan konspirasi politik.
Kelana Jaya – Peguam ketua pendakwa raya kes liwat II Anwar Ibrahim menegaskan keputusan mahkamah berhubung kes itu tidak terlibat dengan konspirasi politik.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian pada sesi dialog di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein bersama kira- kira 150 orang yang menyertai sesi selama hampir dua jam, malam tadi.
Menurutnya, keengganan Anwar untuk menjalani ujian DNA, sebaliknya hanya memberi kenyataan sehingga menjadikan kes itu lemah.
Beliau turut menyatakan Anwar tidak mengunakan 13 saksinya termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah untuk menguatkan kes dan mempertahankannya.
“Bagaimana berlaku konspirasi sedangkan terdapat penemuan sperma Anwar di dubur pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Abdullah?
“Anwar ada banyak peguam yang membelanya dan (keputusan Mahkamah Persekutuan) ini menunjukkan peguam pendakwa lebih bagus dalam kes ini,” katanya.
Peguam UMNO itu berkata, penting Anwar disabitkan kesalahan kerana dia cenderung kepada homoseksual yang “menggugat keselamatan negara”.
Muhammad Shafee pada akhir sesi dialognya menafikan adanya arahan daripada Perdana Menteri berkaitan dengan kes ini dan ia sememangnya tidak berlaku.
“Sejak 10 tahun saya menjadi pendakwa raya, saya tidak pernah melihat polis meletakkan bukti dalam sesuatu kes dengan sengaja.
“Ini sekaligus menyebabkan saya sanggup bersumpah depan Al-Quran bahawa Anwar bersalah,” katanya
Muhammad Shafee Abdullah turut menyifatkan Majlis Peguam hanya dijadikan alat kepada Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong telah salah anggap kes Anwar kerana ianya adalah kesalahan jenayah dan bukannya tuduhan politik.
Menurutnya, Majlis Peguam kini dilihat bukan sebuah badan bebas tetapi menjadi parti politik kepada pembangkang.
“Leong bukanlah peguam jenayah dan kenyataanya mengenai Seksyen 377B adalah tidak tepat kerana tidak memahami fakta,” katanya.
Tuesday, February 10, 2015
DAP RAYAKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH !
Maka takdir Allah Taala, Anwar terpenjara sekali lagi kerana perbuatannya sendiri. Seperti yang dijangka DAP antara yang paling awal merayakan peristiwa ini dengan mencetuskan persepsi bahawa Anwar dianiaya.
Aku harap UMNO tak pulak berfikir bahawa peluang untuk menang makin besar. Tidak sama sekali. Kalau UMNO kekal macam sekarang, leka dan lesu, terimalah akibatnya pada PRU 14.
Sunday, February 8, 2015
TAK DE CARA LAIN MELAINKAN PILIHAN RAYA.
Makin banyak petanda dan petunjuk. DAP benar benar mahu kuasa sebab dengan kuasa mereka boleh lakukan apa sahaja yang selama ini jadi duri dalam hati mereka.
Institusi Raja, Askar Melayu Diraja, Ketuanan Melayu, Islam dan sebagainya pasti dihapuskan apabila mereka mendapat kuasa. PAS dan PKR dah mereka kuasai. Ada Melayu telah mereka beli.
Kita tak mungkin berperang dengan Cina DAP. Tak mungkin. Tak taulah apa yang menakutkan orang Melayu. Seorang Cina membuang daging babi ke kawasan masjid tak kena penamparpun. Kalau budak Melayu, curi dua tiga ringgit duit masjid setengah mati kena balun.
Kesimpulannya tiada cara lain. UMNO wajib menang semua kerusi yang bakal ditandingi dalam PRU 14. Tak ada cara lain untuk kekal berkuasa di Tanah Melayu ini.
Betullah kenyataan DS Hishammuddin, hanya UMNO boleh selamatkan orang Melayu. Tapi dalam masa yang sama kita kena pastikan UMNO jugak selamat.
Setakat ini belum nampak ada usaha yang benar benar kuat untuk selamatkan UMNO. Belum lagi. Pemimpin dan orang UMNO umumnya masih sibuk dengan urusan lain.
Aku tak tau berapa pengundi baru telah didaftarkan oleh UMNO tapi berasaskan pemerhatian aku, rasanya macam tak berapa nak ada.
DS Hishammuddin amat berkesan dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin Kerajaan, Menteri. nampak sangat keupayaan beliau. Aku rasa sampai masanya beliau diberi tanggungjawab memimpin gerakan menambah pengundi.
Monday, February 2, 2015
PADAH MAIN BINI ORANG !
Segamat – Orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogel sebelum masuk ke dalam sebuah teksi sedang parkir dan menguncinya.
Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.
Menurutnya, kemudiannya dia ternampak seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam tanpa baju berlari sambil dikejar sekumpulan lelaki.
Katanya, apabila tiba di hentian teksi itu lelaki berkenaan bertindak masuk ke tempat duduk belakang kenderaan rakannya dan mengunci pintu.
“Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.
“Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit,” katanya. – Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)











