Tuesday, August 18, 2015

BIJAK PANDAI TAK PERNAH TOLONGPUN..


Kelemahan aku ialah menyediakan angka dan data. Aku bukan nak bentang dalam mahkamahpun. Cuma hakikatnya begitu ramai orang yang menggunakan media maya sedang membicarakan DS Najib. Mereka telahpun buat keputusan bahawa jika DS Najib tak turun, UMNO dan Kerajaan akan tumbang.

Aku nak sarankan beberapa perkara.

1. UMNO menang hanya di kawasan luar bandar. Tak ada satu kerusi bandarpun yang UMNO menang.

2. Orang yg mengaku bijak pandai, banyak buat analisis dan andaian telah gagal selama ini untuk menangkan UMNO. Bukan baru ini jer. Sejak 2008.

3. UMNO tak menang atau kalah kerana isu semata mata walaupun ada jugak sedikit sebanyak kesannya. UMNO menang atau kalah atas dua sebab utama

1. Jentera UMNO berkesan di semua peringkat
2. Kos sara hidup tidak menekan.

Jadi cadangan aku ialah UMNO tak usah gila babi ikut rentak yang pembangkang mainkan. Berjawab jawab setengah mati. Pembangkang dah tentu boleh cakapa apa saja. Jalankan jentera parti. War Room lah, PDM lah, JRlah semua ini wajar digerakkan. Ini keutamaannya.

DAP dok petik sana sini untuk alpakan kita. Di bawah jentera mereka tak berhenti bergerak. UMNO?

Kerajaan UMNO jugak mesti melihat kos sara hidup yang melambung sekarang. Harga getah turun, harga barang naik. Pendapatan kurang dari perbelanjaan.

Ini isunya. Selesaikan ini dulu, insyaallah kita akan bertahan. Kemudian beransur ansur perbaiki kekurangan. Usah takut mengaku silap salah.

Yakin jika kita benar, Allah akan limpahkan pertolongan.



Sunday, August 9, 2015

CARI PENYAKIT KHALID NIH !





Apabila Tan Sri Muhyiddin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri , maka ramai yang menyangka bahawa UMNO akan hancur sebab pengaruh Johor terhadap UMNO memang cukup kuat.



Kemudian timbul pulak beberapa kenyataan daripada beberapa pihak di Johor yang nampak seperti menentang PM dan Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak.



Namun pemimpin UMNO cukup matang. Ucapan terbaru MB Johor jelas menunjukkan bahawa tiada penentangan daripada UMNO Johor. Yang nyata mereka mengharapkan pembetulan dan dalam masa yang sama harapan mereka agar pemimpin kanan dari Johor diangkat lebih tinggi.



Dalam konteks ini nampaknya mereka amat berharap DS Hishammuddin akan pergi lebih jauh. MB Johor bukan sekadar memberi cadangan, bahkan memberikan justifikasi. Korang dengarlah. Aku macam yang pernah aku nyatakan memang mahu pemimpin yang aku berkenan ini naik bila tiba masanya.


Friday, August 7, 2015

KETUA BAHAGIAN TAK PERNAH BAGITAU AKUPUN !

Sebenarnya kita dah nak hancur. Tak de sebab lain. UMNO ke, PAS ke asal Melayu je sedang menuju kehancuran. DAP tolong panaskan sikit sikit jer.

Kita tahu saudara kita di P Pinang kena halau macam bangsat. Kita tahu kalau DAP berkuasa kita jugak akan kena halau macam bangsat jugak.

Kita tak kisah. Yang penting hati kita puas.

Maka duit dalam akaun PM jadi isu. 1MDB yang tolong Melayupun jadi isu.

Kalau tak kerana itupun, kita akan cari sebab lain supaya PM kita tumbang. Ada orang akan berebut untuk naik. Maka UMNO pun pecah. Itu je matlamat DAP dan kita tukang sokong.

Aku nak bagitau korang. Aku duduk dalam parti secara serius dalam tiga PRU. Aktif sangat dengan jawatan penting dalam Jentera UMNO untuk PRU.

Tak pernah sekalipun Ketua Bahagian aku bagitau berapa duit ada, dari mana dia dapat. Yang aku tau semua keperluan dipenuhi dan UMNO menang semua PRU tersebut.

Kenapa? Sebab dalam Bahagian aku tak ada orang yang busuk hati. Tak ada...

Sunday, August 2, 2015

SAMPAI MASA AMBIL TINDAKAN TEGAS !

29 orang ditangkap. Ada yang provok pasukan keselamatan. TMI kata ada yang lontar mercun kepada polis. Katalah mereka ini mahu kebenaran ditegakkan tapi apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang salah di sisi undang undang.

Aku harap pihak berwajib bertegas sekali ini. Dah lama sangat mereka diberikan kebebasan sehingga mereka tak hormat lagi hak asasi orang lain yang mahu ketenangan di hujung minggu. Usah banyak sangat warning sebab ada orang jadikan warning sebagai bahan lawak



KUALA LUMPUR -  Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, "lagi ditangkap, lebih ramai akan ke hadapan!".

Menurutnya, penahanan tersebut tidak akan dapat menghalang suara orang muda untuk terus melaungkan pendirian menolak Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Kami seru anak muda terus bersama menyatakan pendirian menolak Najib dan kerakusan pentadbirannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Nazmi turut mengkritik tindakan polis melakukan penahanan ke atas aktivis dan pemimpin AMK di himpunan #TangkapNajib.

"Kami mengecam tindakan polis menangkap aktivis-aktivis di Himpunan #TangkapNajib termasuk Naib Ketua AMK, Tan Kar Hing, Setiausaha AMK, Chang Lih Kang dan Exco AMK, Afzainizam Abdul Rahman.

"Ini berikutan tangkapan Adam Adli, Mandeep Singh dan Setiausaha Pengelola AMK Syukri Razab semalam," katanya lagi.

Dua pemimpin AMK, Chan Lih Kang (Setiausaha AMK Pusat) dan Tan Kar Hing (Naib Ketua AMK Pusat) antara yang ditahan oleh pihak berkuasa dalam himpunan #Tangkap Najib di pekarangan Sogo hari ini.

Kedua-duanya ditahan sebaik sahaja mereka mula melaungkan provokasi pada himpunan tersebut.

Terdahulu, polis memberi amaran tegas kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan#TangkapNajib bagi menggesa penangkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan orang awam yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Monday, July 27, 2015

TAK PAYAH AMARAN DAH.

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggelabah dengan amaran kerajaan mahu mengekstradisi pengendali portal Sarawak Report, Brown cuba mensabotaj kerajaan negara ini melalui laporan palsu.
Kedua-dua parti itu membantah warga asing yang sering memburukkan kepimpinan negara melalui laporan berunsur fitnah tersebut diekstradisi dengan alasan kononnya ia akan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

“Cadangan mahu mengekstradisi Claire akan menjadikan Malaysia bahan tawa antarabangsa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu segera mengabaikan idea tersebut,” tegas Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Rajiv Rishyakaran dalam satu kenyataan hari ini. ‘

Beliau turut mempertahankan Claire bukan individu yang memalukan Malaysia melalui laporan-laporannya yang memburukkan negara ini sebaliknya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wartawan.

Ketua Biro Politik PKR, N.Surendran pula mendakwa kerajaan Malaysia tidak akan dapat mengekstradisi pengendali portal Sarawak Report itu dari United Kingdom ke negara ini.
Dakwanya, kerajaan British tidak akan membenarkan mana-mana rakyat negara itu diekstradisi oleh Malaysia kerana mendedahkan isu membabitkan wang bernilai bilion ringgit.

Ahmad Zahid semalam memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra untuk berhubung dengan kerajaan Britain mengenai Claire.
Bekas staf syarikat PetroSau
di International, Xavier Andre Justo yang ditahan polis Thailand baru-baru ini mendedahkan pernah bertemu Clare dan tokoh politik Malaysia berhubung pertukaran dokumen kononnya bukti penyelewengan 1MDB yang sebenarnya adalah palsu.
– MYNEWSHUB.CC

Ulasan
Pandangan akulah. Tak usah banyak kenyataan, tak perlu banyak amaran. Ini masa bertindak. Dah lama dah KDN bagi amaran demi amaran. Aku yakin Allah dah bukak jalan. Kali ini, usah bertangguh lagi. Kebenaran mesti ditegakkan.

Wednesday, July 22, 2015

POLITIK ORANG DAH TAK DE.

KOTA BHARU - Nik Abduh Nik Abduh Aziz mengecam sesetengah bekas pimpinan Pas yang menggunakan nama ayahandanya yang juga bekas Mursyidul Am Pas  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menghalalkan tindakan menubuhkan parti baru.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, tindakan itu seolah-olah menipu diri sendiri dan ahli Pas sudah pasti menyedari pemimpin berkenan tidak bercakap benar.

“Ahli Pas tahu mereka sedang bercakap bohong, jumpa Tuan Guru di lubang kubur nanti,”katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu  Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, walaupun Allahyarham Nik Abdul Aziz sentiasa menyokong penuh PR tetapi tidak pernah menggadaikan prinsip yang dipegangnya.

“Pada saya tidak wajar menggunakan nama tokoh yang meninggal dunia untuk menyokong pendirian kita apatah lagi pendirian tersebut untuk menghancurkan parti itu sendiri,”katanya yang pernah menjadi setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz dari 2010 hingga 2013.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harapan Baru ikut nasihat Nik Aziz‎]

Dalam nada sindiran kepada Gerakan Harapan Baru, Ahmad Fadhli berkata,  sikap berprinsip dan tidak mudah putus asa tunjang kepada perjuangan Nik Abdul Aziz seperti mana isu perlaksanaan hudud.

“Allahyarham menyokong penuh tindakan dan hasrat kerajaan negeri untuk meneruskan perjuangan menguatkuasakan hudud selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan pusat akan memberi laluan kepada Kelantan.

“Bukan isu mempercayai janji kerajaan pusat tetapi untuk membuktikan komitmen Kelantan dan Pas yang tidak pernah undur di dalam isu ini (hudud).

“Malah, Tok Guru pernah menyatakan bahawa jika hudud menyebabkan DAP keluar PR, hasrat itu tetap diteruskan kerana ia merupakan dasar perjuangan parti ini (Pas),”katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fahdli mencadangkan agar Pas melucutkan keahlian pemimpin veteran Pas Kelantan,  Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang merupakan kerana secara terang-terangan  menyerang Pas ketika berucap dalam satu majlis penerangan Harapan Baru baru-baru ini.



Ulasan

Aku tak bercadang nak ulas banyakpun tapi nak mengajak kita sama sama berfikir. Logik apa yang sedang bermain dalam PAS sekarang. Dah habis orang hidup, orang yang dah tak de diseret dalam politik serang menyerang sesama sendiri. Jom kita berfikir, adakah ini satu peringatan daripada Allah kepada kita semua?

Friday, July 3, 2015

MENTERI BIDA PLAT 1.3 JUTA.

KUALA LUMPUR 2 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjalankan siasatan jika wujud salah guna kuasa atau penyelewengan dalam proses membida set nombor pendaftaran kenderaan atau plat khas baharu iaitu PATRIOT 1, yang didakwa melebihi RM1.3 juta.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada isu yang perlu dibangkitkan dalam soal terbabit dan baginya tiada kesalahan mengeluarkan plat kenderaan sedemikian.

"Saya tidak bimbang sebab tiada benda yang hendak disembunyikan dalam perkara ini, SPRM boleh buat siasatan kalau ada salah guna kuasa dan penyelewengan tetapi semak dengan rekod siapa yang sebenarnya meluluskan PATRIOT 1," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Isu nombor plat pendaftaran kenderaan itu timbul apabila harga bidaan bagi nombor plat kenderaan PATRIOT 1 meningkat melebihi RM1.3 juta. Ia dilaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) mengendalikan lelongan, dengan hasilnya digunakan YPNM bagi mempromosikan semangat patriotisme.

Kempen nombor plat "PATRIOT" untuk nombor 1 hingga 9999 dilancarkan (YPNM) pada 1 Jun dan harga bidaan RM1.3 juta bagi PATRIOT 1 dipercayai paling mahal dalam sejarah di negara ini.
YPNM memohon bagi projek itu semasa Hishammuddin menjadi pemangku Menteri Pengangkutan namun ia hanya diluluskan selepas Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil alih kementerian itu.

Pada sidang media itu, Hishammuddin berharap tiada pihak yang melaga-lagakannya dengan Liow dalam isu ini.
"Mungkin ada usaha ke arah itu (melaga-lagakan), saya tidak bimbang sebab tiada apa yang hendak disembunyikan," katanya.

Ulasan

Aku sokong cara Menteri Pertahanan ni. Jawab dengan segera dan usah dolak dalik. Ini kaedah nak elakkan segalanya jadi bahan politik. Dulu adik Menteri ni dikatakan terlibat dalam bisnes haram. Beliau dikaitkan tapi bila disiasat tak de apa kaitanpun.

Aku harap Menteri lainpun sama. Jawab dan serahkan pada orang nak nilai. Cakap banyak sangatpun tak usah sebab nanti kena spin. Ringkas dan tepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...