Sunday, April 25, 2010

Tun , bintang yang sentiasa menyinar















Aku dapat hadir banyak program, ceramah dalam PRK Hulu Selangor ni. Pada aku walaupun ada provokasi budak budak Pakatan , Pemuda dan jentera kita tak tergugat langsung. Insyaallah jika jentera kita maintain sampai habis kita akan menang besar.Berletihlah hari ini. Anak cucu yang perjuangkan. Bukan macam diaorang, berjuang untuk Anwar. Bila Anwar cabut keluar negara nanti, tamatlah perjuangan. Kita insyaallah sampai akhir hayat meneruskan perjuangan.


Inilah contoh yang Tun Mahathir tunjuk kat kita. Kalau korang ada dalam majlis malam tadi, korang akan terkejut. Terkejut pertama kerana Tun tu sendiri. Terampil, segak dan segar. Idea dan cara macam 30 , 40 tahun dulu. Seri wajah..sunhanallah.
Aku tengok Nik Aziz , ceramahnya duduk. Nak bangun kena papah. Itupun ada hati ngajak orang bunuh UMNO.

Terkejut kedua melihat khalayak. Sorakan, tepukan amat hebat. Penghargaan kepada pemimpin dapat dilihat dengan nyata. Begitu ramai anak muda hadir dan memberikan sokongan. Budak budak baru ni nampak ceria dan bersemangat. Sapa kata anak muda dah tinggalkan UMNO sebenarnya sengaja mengadakan cerita untuk seronokan diri sendiri.

Terkejut yang ketiga ialah apabila Datuk Najib memberi ruang yang seluasnya kepada Tun untuk berceramah. Datuk Najib mintak supaya Tun dijadikan penceramah utama dan tetamu kehormat, manakala beliau sendiri menjadi penceramah pengiring sahaja. Kalau Najib kekalkan sikap ini aku yakin sangatlah PRU 13 nanti insyaallah kita sapu bersih.

Betullah janji Najib dulu. Selagi ada hayat Tun, beliau tetap jadi pembimbing kita semua. Syukurlah. Kalau suasana semalam jadi ukuran. korang percayalah Hulu Selangor milik kita

Hassan Ali Menyertai UMNO

Kesilapan membaca khutbah pada hari Jumaat yang lalu nampaknya memberi kesan yang amat besar kepada Hassan Ali. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kawasan perumahan tersebut penduduk tidak dapat mendirikan Solat Jumaat. Kerisauan mula dirasakan bahawa ini adalah petunjuk yang ALLAH berikan sebagai tanda bahawa perjuangan yang selama ini dibanggakan sebenarnya bukan perjuangan yang ALLAH redhai.

Ditambah pula dengan pelbagai masalah prinsip dan masalah pengurusan jentera pakatan, Hassan Ali yang sebelum ini adalah aktivis UMNO mula memikirkan semula kedudukannya dalam PAS.

Kesilapan Tok Guru dalam ceramah di Rasa Tambahan dalam mana Tok Guru telah mengatakan orang Melayu pemalas, telah juga memberi kesan buruk terhadap peluang Pakatan dalam PRK Hulu Selangor ini.

Paling menggusarkan beliau ialah apabila berlaku penyelewengan yang ketara dalam peruntukan yang dikeluarkan oleh Pakatan dalam usaha mengekalkan kerusi Hulu Selangor ini.Beliau dapati jutaan ringgit yang dikeluarkan tidak dapat dikesan alirannya.

Perkara perkara yang berlaku dan banyak lagi peristiwa lain telah menginsafkan Hassan Ali yang akhirnya membuat keputusan untuk meketakan jawatan sebagai AJK Pemuda PAS Bukit Sentosa dan telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada ketua cawangan. Beliau sedar UMNO dan BN sahaja yang dapat memberikan perkhimatan terbaik kepada rakyat.

Saturday, April 24, 2010

Tersingkap di Hulu Selangor

Salah satu kekuatan Pakatan Pembangkang selama ini ialah gerakan bersepadu muslimat PAS dan Wanita Keadilan. Kegigihan mereka berkempen dan merayu undi dari rumah ke rumah memang tak dapat dinafikan.

Bagaimanapun bila aku masuk ke Hulu Selangor, ke Gedangsa, Sungai Tengi dan Felda Suharto aku dapati suasana dahulu dah tak ada lagi dah. Muslimat PAS dan Wanita PKR sedang menghadapi konflik dalaman yang amat serius dan dijangka akan membantutkan gerakerja mereka.

Sumber mengatakan ada dua faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
1. Muslimat tidak dapat menerima kenyataan Zaid menjadi calon. Maki hamun Zaid ter hadap Tok Guru tidak dapat diterima. Dalam masa yang sama dikatakan ada anak felda Gedangsa yang layak menjadi calon tetapi tidak dipertimbangkan.

2. Faktor kedua ialah agihan peruntukan jentera yang dikatakan tidak adil. Wanita Keadilan dikatakan memonopoli peruntukan sedangkan yang banyak bekerja ialah Muslimat PAS.

Kemudian aku juga mendapat maklumat kebanyakan kaum wanita felda tidak mahu melayan kumpulan pembangkang ini. Sekiranya Kumpulan Wanita UMNO sanggup berkorban mengambil peluang ini dengan melakukan lebih banyak ziarah dan pertemuan bersemuka aku yakin BN ada peluang amat besar untuk menang.

Sampai masanya Pakatan Pembangkang tidak dapat lagi menyembunyikan retak yang selama ini mengancam mereka. Di Hulu Selangor semuanya sudah tersingkap dan terselak.

ALLAH nak tunjuk..

Aku tak terkejut dengan apa yang berlaku ni. ALLAH nak tunjuk tak ada siapapun boleh halang. Ustaz ke , Tok Guru ke kalau dah dikuasai nafsu apa pun jadi. Inilah hasilnya apabila emosi benci menyelimuti hati nurani.

Kejadian pertama ialah apabila Hasan Ali merampas mimbar daripada imam yang biasa untuk berkempen sambil berkhutbah. Apalagi berkempen sakanlah dia sampai lupa bahawa dia sebenarnya berkhutbah. Lalu dia langsung tak berselawat yang merupakan salah satu rukun khutbah. Tak sahlah jadinya. ( Korang bayangkan Exco Agama tak
sembahyang Jumaat..Ya ALLAH )

Ini yang selalu Tun Mahathir sebut. Jangan campur aduk urusan politik dengan urusan agama. Akhirnya orang akan keliru. Ini nampaknya bukan orang je keliru Hasan Ali pun keliru sama. Kesan peristiwa ini dengan jelas menggambarkan mereka ini adalah golongan rakus dan gopoh yang akhirnya mencemarkan agama.

Kejadian yang kedua pula ialah apabila Nik Aziz mengatakan bahawa orang Melayu malas sewaktu menyampaikan ceramah di Rasa Tambahan pada malam 23 April 2010. Oleh kerana tuduhan ini dilemparkan dengan tegas dan jelas, maka ramai hadirin terkejut. Kesannya ramai yang mengambil keputusan meninggalkan majlis.

Melihat kepada keadaan ini maka Nik Aziz telah menamatkan ceramahnya lebih awal. Aku difahamkan apa yang berlaku ialah kerana Nik Aziz diberitahu ada ramai pengundi Cina dalam majlis tersebut. Jadi untuk menawan mereka Nik Aziz mengatakan orang Cina adalah pembayar cukai yang terbanyak berbanding orang Melayu yang pemalas.

Pengajaran daripada peristiwa ini ialah, jangan gunakan agama untuk kepentingan peribadi. Jangan buat fitnah. Korangpun masa nak mangkah nanti, berniatlah memangkah kerana ALLAH. Mudah sebenarnya buat pilihan sebab ALLAH dah tunjukkan.

Hulu Selangor- Pilihanraya Paling Pelik Dalam Sejarah

Aku dah berada di Hulu Selangor. Aku dah melihat dan meninjau. Aku berpeluang bercakap dengan jentera semua parti bertanding ( 2 parti je ). Kalau aku dimintak memberi pandangan tentang pilihanraya ini , aku akan katakan bahawa pilihanraya Hulu Selangor ini adalah antara yang paling pelik dalam sejarah . Alasan aku :-

1. Calon yang bertanding adalah dari BN dengan PKR. Tetapi yang berkempen ialah BN DAP dan PAS. PAS pulak berkempen bukan nak menangkan calon tapi kempen untuk diri sendiri. Contoh paling baru ialah apabila Nik Aziz berceramah kepada kira kira 600 orang penyokong malam tadi. Nik Aziz asyik bercerita tentang dirinya termasuklah kisah dia berhenti kerja untuk berjuang dalam PAS. Nama Zaid sekalipun tak sebut.

2. Calon yang bertanding 2 orang. Seorang Melayu (PKR) seorang lagi India (MIC)Pelik nya Bahasa Melayu calon India jauh lebih baik daripada calon PKR. Calon PKR cakap macam orang Amerika yang tinggal menumpang di Malaysia. Sukar difahami.

3. Masa ceramah tamat ialah pukul 12 malam. Tetapi semua ceramah pembangkang tamat sebelum pukul 11. Ini tak pernah berlaku sebelum ini. Selalu pembangkang kata tak cukup masa, tapi di Hulu Selangor, pembangkang tak cukup bahan

4. Selalu PAS bagi rasuah secara sulit. Semalam PAS bagi rasuah secara terbuka.Dalam ceramah Nik Aziz diberikan rasuah tersebut oleh YB Lembah Jaya.

5. Ceramah PAS, apalagi jika dihadiri Nik Aziz selalunya dihadiri ribuan penyokong. Tetapi di Rasa Tambahan ceramah Nik Aziz hanya dihadiri kira kira 500 lebih je. Untuk nampak hebat pengacara banyak kali mengucapkan terimakasih kepada penyokong India dan Cina. Sebenarnya tak ada pun penyokong Cina India yang datang.

Ada banyak lagi benda pelik berlaku tapi aku nyatakan lima je. Tujuan aku ialah nak kaitkan kepercayaan orang tua, kalau seseorang melakukan perkara pelik itu tandanya tak berapa elok. Buang tebiat namanya. Jadi aku rasa Pakatan Pembangkangpun buang tebiatlah. Tunggulah masa mautnya datang.

Friday, April 23, 2010

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Sah...Ustaz Guan Eng Imam Besar Pakatan

Bila kita kata 1 Malaysia dia kata tiru Israel. Dia ni tak tahulah apa benda yang ditirunya. Korang bayangkan. Bila blogger mulakan kerja amar makruf nahi mungkar dengan mendedahkan perangai mabuk Zaid, senyap sunyi PAS. Tak berani bercakap.

Kononnya Hassan Ali anti arak. ( Konon... bukannya anti benarpun ) Tapi bila Ustaz Guan Eng buat sidang media isytihar Zaid dah bertaubat , maka kelam kabut panglima panglima PAS serata Hulu Selangor melaksanakan arahan Guan Eng maklumkan Zaid dah taubat.

Korang tunggulah ceramah Tok Guru Nik Aziz. Aku comform dia akan gunakan nama nama sahabat Rasullullah untuk mewajarkan Zaid. Dia akan sebut misalnya satu masa ,Saidina Umar, Khalid Al Walid semua minum arak. Kemudian depa ni jadi pejuang Islam. Maka kembanglah hidung Zaid. Melopong penyokong PAS.


Ini untung jadi PAS. Merata alam menipu. Guna ayat, guna sirah untuk kepentingan sendiri. Tapi ALLAH maha besar. Tiba tiba tak ada angin tak ada ribut, orang kepercayaan Tok Guru umumkan kemungkinan tak lama dah Tok Guru ni. Dah uzur dah tak larat. Bersedialah pelapis ambil alih. Ngamuk Tok Guru. Pantang orang kata dia uzur.

Tak taulah diaorang ni. Nak kata sangat nak berkawan dengan syaitan maka ALLAH penuhi keinginan mereka. Berkawan dengan syaitan berimamkan Guan Eng. Nauzubillah. Bukan Zaid je kena taubat. Tok Gurupun kena taubat juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...