Wednesday, June 30, 2010

AKU DAH KATA DAH..

...Apabila Lim Guan Eng mencabar Tan Seri Musa Hassan meletak jawatan dan bertanding pilihanraya, bukan hasrat Lim Guan Eng untuk suruh Tan Seri letak jawatan betul betul .

...Apabila Nuar Brahim kata hakim bahalol, bukan itu maksud sebenar Nuar Brahim. Nuar Brahim tahu hanya orang bijak pandai yang layak jadi hakim, Nuar Brahim tahu sangat tu.

Hasrat Nuar Brahim dan Lim Guan Eng sama. Matlamat mereka serupa. Menyemai kebencian dalam kalangan rakyat kepada Institusi Kehakiman dan Institusi Kepolisan. Bila rakyat dah benci, rakyat akan bangkit. Rakyat akan berontak. Mungkin rakyat tak memberontak secara kekerasan tetapi rakyat memberontak melalui Pilihanraya. Inilah matlamat diaorang yang turut dikongsi bersama tok tok guru dalam PAS.

Aku tulis perkara ni kerana aku nak ingatkan kita semua. Inilah yang pernah kata dahulu. Akar Komunisma sedang menjalar dalam negara kita. Kalau sayang negara jom kita bersatu, pastikan puak puak ni terpadam dari lanskap politik negara. Demi agama, bangsa dan negara tercinta ni.

Diaorang ni bukan komunis ( aku harap ), tetapi kaedah dan cara yang digunakan sama je. Korang pikirlah tengok

Sunday, June 27, 2010

FELDA SAMAN SUARA KEADILAN.

Aku sebenarnya agak teruja membaca tajuk berita ni. Suara Keadilan ni macam Harakah juga. Diterbit untuk menipu. Diaorang ni boleh menipu sebab ustaz dia orang dah sediakan nas yang menghalalkan penipuan. Ini untungnya berpolitik bersama ustaz. Kalau dalam UMNO, kamu menipu kamu tanggunglah akibatnya.

Dalam PAS, Keadilan boleh belaka. Yang aku nak tergelak , Ahmad Maslan. Kenapa dia pulak yang ke depan sangat. Melantun lantun dalam TV. Ini tanda tak bijak. Kalau Ahmad Maslan bijak tentu dia dah gerakkan seluruh peneroka seluruh negara untuk nyatakan pendirian.

Bukan ajak seorang berdua, buat kenyatan akhbar. Lepas itu isytiharkan nak saman. Ini bukan zamannya dah. Ini zaman kita kena libatkan semua orang . Semua orang yang di bawah sebenarnya meluap luap nak tunjukkan perasan mereka. Mereka tak ada platform.

Selama ini PAS dan Keadilan bising kata peneroka teraniaya, dizalimi. Jom tunjukkan kepada semua orang sebenarnya apa pendirian peneroka terbanyak. Jangan asyik muka Ahmad Maslan je mewakili peneroka. Ahmad Maslan punya kerja ialah bagi penerangan kepada rakyat apa UMNO dan kerajaan dah buat. Jangan hilang fokus. Biarlah Pemuda , Puteri je yang hilang fokus. Kalau orang tua hilang fokus, tunggulah masanya kita hilang maruah.

Wednesday, June 23, 2010

MASUK TAK MASUK, SAMA JE..

Maka aku dapati ramailah yang teruja dengan berita Dr Asri akan menyertai UMNO. Aku pun suka juga. Dr Asri ni orang terpelajar. Selalu berfikir di luar kotak. Berbeza dengan ulamak lain terutama yang datang dari PAS. PAS ni bukan berfikir dalam kotak, dia fikir dalam gua.

Cumanya aku nak bagitau UMNO ni tidak pernah bergantung pada mana mana individu. Ini yang keramatnya. UMNO dihidupkan oleh orang kampung. Orang yang tak pernah tanya apa aku dapat bila berjuang di dalam UMNO.

UMNO tak runtuh kerana seorang dua pemimpin. UMNO akan runtuh jika ahli di kampung merajuk dan tinggalkan parti. UMNO juga tak akan kuat kerana seorang dua pemimpin, tapi UMNO akan kuat kerana ahli marhainnya kuat dan setia kepada parti.

Jadi kesimpulannya, masuklah Dr. Masuklah kerana ALLAH , demi agama , bangsa dan negara.

Tuesday, June 22, 2010

CINA BOLEH SOKONG

Baru baru ni aku bersembang panjang dengan seorang pemimpin veteran MCA. Pemimpin peringkat Bahagian je, tapi dah puluhan tahun menjadi pemimpin. Bila dah lama berbual baru aku perasan bahawa ada kemungkinan selama ini pimpinan BN mengabaikan suara akar umbi daripada kalangan masyarakat India dan Cina.

Suara pimpinan tertinggi mereka barangkali tidak menggambarkan isi hati sebenar masyarakat di bawah. Menarik pandangan uncle ni. Dia kata orang Cina memang tak percaya pada pembangkang. Bahkan mereka tahu DAP pun penipu. Nuar Brahim dia orang tahu 'busuk punya kaki'.

Tapi yang diaorang tak gembira ialah mereka seakan tak dipedulikan oleh wakil wakil rakyat. Pimpinan UMNO Bahagian buat program UMNO, tak ada program BN. Bila nak pilihanraya kecil terutamanya baru kelam kabut jumpa diaorang.

Pemimpin PAS katanya seminggu sekali datang bersembang. Minum kopi di kedai, tolong bayarkan. Kalau ada orang Cina mati , datang lawat. Orang tua diziarahi. Bagi 50 ringgit je. Tapi tunjuk perhatian. Ambil berat.Orang Cina tidak ghairah dengan peruntukan sebab semua dah ada.

Kalau pemimpin UMNO boleh buat ini, uncle ni kata orang Cina akan sokong balik. Bina hubungan dan jaga hubungan itu secara berterusan. Jangan takut nak jumpa masyarakat Cina. Katanya tak ramai orang Cina susah. Sedikit sahaja yang perlu dibantu. Tapi yang melihat bantuan itu diberi sangat ramai dan mereka ini menilai.

Benarlah kata pemimpin MCA ni, sama yang Najib kata. Jadi apalagi..mulalah sekarang kalau nak selamat.

Monday, June 21, 2010

KHAIRY..BILA NAK MULA ?

Sepanjang Bulan Jun ni aku dapat banyak kesempatan menghadiri mesyuarat UMNO samada di peringkat cawangan ataupun bahagian di Negeri Perak. Mesyuarat UMNO ini selamanya sama. Kebanyakannya bersulam lawak dan silaturrahim. Apapun aku dapat melihat Wanita UMNO kekal sebagai penyelamat korum.

Pemuda dan Puteri UMNO wajib menilai diri. Ada banyak mesyuarat tidak dapat dilaksanakan kerana tak cukup korum. Ada yang cukup korum tapi macam tak mesyuarat. Sukar mencari mesyuarat yang berakhir dengan azam dan iltizam untuk meningkatkan diri.

Orang dewasa aku nampak sangat berbeda dengan tahun tahun yang lalu. Mesyuarat menjadi medan mengangkat motivasi diri. Semangat berkobar. Kebanyakannya sangat cenderung membahaskan cara dan kaedah menjayakan gagasan Presiden parti.

Kalau dulu , nak bertanding untuk jadi perwakilan ( G 7 ) macam nak perang, tahun ini bertanding sambil berseronok. Dah tak ghairah lagi. Menang kalah nampaknya sama je.

Cuma aku risau sikit sebab kesungguhan dan komitmen orang tua tua ni tak diwarisi oleh anak muda dalam UMNO. Aku fikir ini antara kerja besar Pemuda dan Puteri Pusat. Aku sampai sekarang nampak Pemuda dan Puteri macam tak ada fokus. Tak nampak langsung.

Masa aku mendengar seorang Exco Pemuda merasmikan persidangan aku jadi makin bimbang. Sepanjang masa berucap dia hanya cerita pasal Aman Malaysia. Cerita Palestin, tidak langsung dikaitkan dengan perjuangan Pemuda UMNO.

Aku rasa orang pun jadi hairan. Gelanggang mana Mamat ni berjuang? Atau memang Pemuda dah kehilangan gelanggang? Aku rasa ini antara faktor mengapa Najib tak lantik Khairy jadi Menteri. Sebagai Ketua Pemuda banyak sangat Khairy kena buat. Cuma...aku rasa Khairy belum bermula.

Thursday, June 17, 2010

PAKATAN LANUN PERAK HANCUR

Belum lagi. Tapi tak lama dah. Korang tengoklah nanti. Paling lama bulan September ni. Sekarang puak lanun ni sedang berusaha bukan untuk memperbaiki keadaan tetapi menyembunyikan keretakan yang berlaku.

Inilah kesan kahwin lari. Sekarang ni mana ada diaorang berceramah bersama. PAS, DAP dan PKR tidak lagi berkongsi pentas berbohong. Mereka berbohong secara berasingan sekarang.

Dengar ceritanya Nuar Brahim akan datang ke Perak untuk memperbaiki keadaan ini. Dah tentulah pihak tertinggi pakatan mengharapkan kehadiran Nuar Brahim akan membantu memulihkan keadaan.

Nik Aziz dah tolong kempen untuk perbaiki ' imej ' Nuar Brahim yang berbelang. Nga Kor Meng dah mula ugut wakil DAP. Di bawah rakyat Perak sedang menikmati kemajuan dan kepimpinan Dr Zambri yang tak dapat diselindung.

ADUN UMNO sedang bertungkus lumus memenuhi janji pilihanraya. Tak ada siapapun melayan puak penipu punya 'perang psikologi' yang katakan ada ADUN nak lompat.

Datanglah ke Perak. Korang tengoklah pusat pusat berhimpun Pakatan dulu. Dah jadi macam muzium, sunyi je. Cumanya aku nak mengingatkan korang, elakkan datang masa Nuar Brahim ada, nanti terkena tempias tipunya.

Wednesday, June 16, 2010

TAK SEDAR KENA LIWAT

Aku langsung tak terkejut bila ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh umum keluar DAP uantuk bergerak bebas dan menyokong BN. Aku tak terkejut langsung. DAP parti komunis. Parti Cina. Perjuangan mereka kekal. Macam Yahudi Cina DAP juga menganggap mereka dijadikan sebagai yang terbaik.

Orang lain semua koman. Semua lekeh. Masa Nizar jadi MB, Nizar kena rujuk Ngeh Ko Ham sebelum keluar kenyataan. Dalam Dewan Nizar kena tanya dulu Nga Kor Meng sebelum menjawab soalan. Jadi apa nak heran. Kempen DAP kepada orang Cina ialah ' kita kena jadi ketua, kita tak boleh jadi pengikut Melayu sebab Melayu adalah bangsa yang lekeh ".

Jadi jangan heran ADUN ni lompat. Dia macam malukut kepada DAP. Tak pernah ditanya pandangan. Tak pernah dimintak pendapat. Larilah dia.

Yang aku heran , Melayu UMNO. Seronok sangat. Macam dah selamatdah UMNO di Perak. Pengundi tak juga dicari. Program parti ke akar umbi tak juga dibuat. Yang aku heran ialah kenapa orang UMNO rasa macam dia pulak yang menang bilah ADUN ni lompat.

Hakikatnya UMNO jangan tidur. Lompat ini langsung tak ada kesan terhadap PRU 13. Tambahlah pengundi. Aku takut nanti UMNO tidur lena, masa tidur tak sedar punggung kena liwat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...