Saturday, December 18, 2010

NOTA KECIL KEPADA PAPA GOMO

" JANGAN SAMAKAN MEREKA..."


JANGAN SAMAKAN TERESSA KOK DENGAN PELACUR

Aku hormat sangat dengan Papa Gomo. Dia ni orang lama dalam dunia siber. Banyak pengalaman dia. Aku ni new comer. Tapi dah jadi sifat aku, benda tak sesuai aku kena tegurlah.

Aku tak setuju dengan Papa Gomo bila dia samakan Teressa Kok dengan pelacur jalanan. Ini amat tidak adil dan menjatuhkan imej DAP dan Pakatan Pembangkang.

Walaupun aku tak reti sangat , tapi aku tahu pelacur jalanan

1. Tak pernah mendakwa dialah yang terbaik

2. Tak pernah kacau orang

3. Tak pernah keluar kenyataan yang boleh huru harakan negara

4. Tak pernah hina Islam dengan cara mencemarkan masjid

5. Tak pernah tabur fitnah yang burukkan kerajaan yang dah
puluhan tahun menabur jasa kepada rakyat

Banyak sangat pelacur jalanan tak buat. Dia melacur kerana nak teruskan hidup. Apa status dia di sisi Tuhan , biarlah Tuhan yang tentukan. Lagipun pendakwah PAS tak pernah dekati dia orang. Pendakwah PAS lebih cenderung mendekati Eli dan Teressa.

Jadi.. aku merayau pada Papa Gomo, tolonglah jangan samakan Teressa Kok dengan pelacur jalanan.

Tolonglah..
Teressa Kok jauh..lebih rendah daripada itu.
Tolonglah tolong ye..


NIZAR KAKI PUSING

" KEMALANGAN YANG MENJEJASKAN PEMIKIRAN NIZAR "


IKUT TELUNJUK NUAR BRAHIM

Ramai orang tau, Nizar ni Nuar letak dalam PAS untuk jadi mata telinga dia. Nizar macam Kamarudin Jaafar. Dia bukan PAS tulen.
Tapi kalau PAS tulen pun penipu nya sama je.

Hari ini Nizar pertikai Mufti. Dia kata yang dia persoalkan ialah syar'e kah perbuatan Zambry menepung tawar.

Aku nak syorkan mana mana pihak pun tak usah jawab dah. Sampai mati pun tak selesai. Dulu dia orang kata, SYIRIK. Bila dah sah tak syirik, dia tanya pulak syar'e kah ?

Jadi baik usah jawab. Yang syar'e ialah gadai tanah 999 tahun. Yang syar'e ialah benarkan orang bukan Islam tafsir al Quran, yang syar'e ialah melompat dalam dewan, yang syar'e ialah bila berhujah dia melampau.

Jadi maknanya yang syar'e ialah PAS. Yang syar'e ialah PKR. Yang syar'e ialah DAP.

PUAS HATI NIZAR, DAH . TAK PAYAHLAH BUAT DOSA PUTAR BELIT. LEPAS PRU 13 NANTI, KORANG JADI PESARALAH.


KORANG NAK JADI SPY ?

" HANTAM HANTAM !! INI BN KASI MAMPUIH "


MENTERI SERAH TUGAS KEPADA RAKYAT

Apa punya Menteri ni ? Aku cakap banyak kali dah. Pasal harga barang jangan buat main main. Tiap tiap hari Mak Limah, Pak Hassan, Yam Janda , Muthu, Ah Kow beli barang.

Dia orang ni tak baca surat khabar. Tengok TV pun setakat drama kungfu, Alisa, Cinta Kirana je. Kadang kadang tengok Ehwal Islam.

Dia orang tak tahu Nuar Brahim kaki liwat. Dia orang tak kisah Karpal Singh bela orang yang satu masa dulu dia tuduh kaki liwat.

Wikileaks langsung dia orang tak faham.

Tapi barang naik, dia orang terasa sangat. Dulu anak kirim 200 sebulan cukup makan. Bawak 50 ringgit ke pasar pagi tak habis.

Sekarang, 200 ringgit dan tak cukup. 50 ringgit tak penuh bakul.
Harga barang semua naik. SEMUA. Dari yang sekecil kecilnya sampai yang sebesar besar barang.

Apek jual ikan kata ' INI GILA PUNYA BN MA..HALI HALI ADA NAIK, HALI HALI ADA NAIK... WA MAU CALI MAKAN MANYAK SUSAH WOO.."

Aku nak bagitau Menteri ni, tak payah spy spylah..korang dah tau dah..apa tindakan ?


Friday, December 17, 2010

MUJAHID TIPU ORANG PARIT BUNTAR

" HANYA WAKIL MENJENGAH KAMPUNG "


MENGAKU KONVENSYEN ESOK KONVENSYEN PAS

Aku hari ini ke Bagan Tiang. Satu kampung dalam Parlimen Parit Buntar. Rupa rupanya Dr Zambry dah datang ke sini. Ke Masjid. Jadi percakapan juga Dr Zambry apabila dia dikatakan tak macam MB. Makan ' taruh atas '. Bersembang macam orang kampung.

Tapi ada kenyataan yang tak sedap dengar . " Kalau orang UMNO sini macam tu, mampus PAS ". Kata dia oranglah.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita bagaimana Mujahid sudah tipu PAS Parit Buntar. Dia kata Konvensyen Pakatan esok lusa ni sebenarnya adalah Konvensyen PAS. DAP dan PKR tumpang je.

Sebab itu dia suruh orang PAS Parit Buntar pakai baju PAS. Biar nampak gah sikit.
Dia bagitau kat orang Parit Buntar, " Pakatan ni kalau tak ade PAS alamat tak boleh menanglah."

" Masa depan Pakatan ni betul betul di tangan PAS ". Katanya.

Aku tak respon sangat cerita ni, tapi aku tanya diaorang,

" Rajin Mujahid masuk no..? ".

Jawapan diaorang yang aku syok dengar ,

" Wakil dia adalah. Dia tak sempat, PAS pun dia kena jaga, DAP dia kena tolong, PKR dia kena tengok ",.

" Dengar cerita dia mungkin jadi Menteri kot ",kata dia orang lagi.

Aku kata, "mungkinlah kot. Menteri di Thailand ".

Dalam perjalanan balik, aku terfikir juga. Betapa malangnya orang Parit Buntar. Pembangunan hanya berlaku di Bandar Parit Buntar. Kampung kampung masih di takuk lama. Tiada perubahan sama sekali.

Yang sedihnya , bagaimana mudahnya sebahagian daripada mereka ditipu oleh orang yang kononnya perjuangkan agama.

Aku rasa kalaulah orang UMNO Parit Buntar tidak banyak politiking, letakkan UMNO di depan, aku yakin sangatlah , bukan setakat Parlimen bahkan semua kerusi di situ pasti dapat dirampas.


MARI SAMBUT SERUAN LEE KUAN YEW

" Nik Aziz tak sedar bahawa PAS tak pernah wujud dalam kepala LKY"


KITA DAH MULA PUN..

Sejak dulu lagi Lee Kuan Yew tidak pernah gembira dengan Malaysia selagi Malaysia diperintah oleh UMNO/BN. LKY ada kepercayaan bahawa orang Melayu adalah bangsa yang lemah.

Bila Dr Mahathir mula menjadi PM, dan mempercepatkan waktu selama 1/2 jam LKY sebenarnya betul betul malu dan terpukul. Kemudian Dr Mahathir melaksanakan pelbagai dasar dan projek yang sebenarnya tak pernah terfikir oleh LKY sendiri.

Kemudian Dr Mahathir seakan akan mewakili Asia di mata dunia yang LKY cuba capai. Macam macam LKY cuba termasuk menjalin hubungan istimewa dengan Amerika. Hakikatnya LKY gagal.

Namun dendam tetap dendam. Sebab itu LKY di belakang kita mengkritik kita. Bila dia kata Nuar Brahim tak layak, pemimpin yang ada tak cekap jadi dia nak bagitau dunia bahawa yang tinggal adalah DAP. PAS memang tak masuk kira langsunglah..

Aku nampak antara bukti ' TIDAK CEKAP ' dari sudut pandangan LKY ialah kerajaan kita terlalu lembut dan kelihatan takut khasnya dalam menguatkuasakan undang undang.

Aku nak seru kerajaan. Tiru Singapura. Di Singapura kerajaan bertindak ' KERAS DAN KEJAM'. Pembangkang tak ada peluang nak angkat muka. Cakap lebih, saman. Bila saman PASTI KERAJAAN MENANG.

Aku rasa dah sampai masa dah. Bila pembangkang dah ' BERPOLITIK DENGAN NIAT NAK HANCURKAN NEGARA, AKU RASA KERAJAAN KENA BERTEGAS '.

Semalam di Parlimen dah bermula apa yang selama ini rakyat nantikan. Jangan peduli 20/30 orang yang protes. Di luar ada jutaan rakyat yang memang dah ' bosan dan getik ' dengan karenah pembangkang.

Aku harap ini adalah langkah pertama ke arah kehidupan lebih baik bagi rakyat Malaysia yang cintakan hidup yang tenteram.


Thursday, December 16, 2010

APA PUNYA FUAD ZARKASHI

" APA NI YOB..? "


ORANG DAH NAK MATI KEBULUR, DIA BARU NAK SIASAT

Aku baca blog dankuala.blogspot. Benda benda macam ini memang mengganggu kehidupan aku pagi pagi lagi. Baru aku nak seronok Malaysia menang 2-0 malam tadi, tiba tiba baca berita malang yang sepatutnya tak berlaku di negara yang UMNO/BN kuasai.

Macamana Fuad Zarkashi boleh kata Kementerian tak tau ribuan pekerja kena pecat ? Tak sambung kontrak dengan pecat samalah.
Korang tak fikir ke, bila malam orang tengok TV, Najib kata kerajaan berusaha nak jaga rakyat, nak rasa derita rakyat.

Korang tak fikir ke apa mangsa pemecatan ini akan kata? "Alah..Najib, cakap je. Kita yang tua bangka ni kena buang kerja".

Kalau kata nak siasat, nak siasat apanya bila surat penamatan nak keluar ? Apa nak dirasionalkan ? Ini soal makan minum. Ini soal hidup mati .

Aku sendiri nak dengar semalam di Perak riuh rendah. Aku yakin lebih 2000 orang kena pecat.

2000 orang ni campur anak bini, sedara mara, jiran tetangga, habislah UMNO/BN.

Atau mungkin Fuad ni memang nak UMNO/BN tumbang, aku tak taulah.

Cubalah berfikir, ini bukan saja soal politik. Ini persoalan manusia dan kemanusiaan. Macamana rakyat teraniaya ini nak hidup selepas ini.

JANGAN NANTI DAH TERANTUK BARU NAK TERNGADAH!


Wednesday, December 15, 2010

AZMIN MENEMPUH HARI BAHAGIA

" YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK LARI DARI SUAMIKU
YANG BUAS DAN GANAS " DOA WAN AZIZAH


TEMPOH BERBULAN MADU TELAH TIBA

Karpal Singh dan R Sivarasa menjadi mangsa kebodohan sendiri.Dewan yang mulia ada auranya yang tersendiri. Sebab itu korang sampai matilah jadi pembangkang. Atau lepas PRU 13 ni mungkin korang tak ade peluang nak masuk pun.

Korang ikut provokasi Azmin tu buat apa ? Dia memang sedaya upaya berusaha supaya digantung. Hajat dia dah sampai pun.
Dia dah plan benda ni dengan Nuar Brahim.

Tak tau lah pulau mana dia orang nak honey moon. Wan Zizah ngangalah di rumah. Cakap aku tak nak dengar. Fail je permohonan cerai. Mintak ampun kat ALLAH TA'ALA kerana lewat kembali ke pangkal jalan.

Semalam aku dengar Wan Zizah muntah dalam kereta semasa balik dari Jelajah Nuar Brahim Serang Lee Kuan Yew dan Najib.
Kononnya sebab ' loya' dengar kenyataan Nuar ' saya tidur nyenyak, makan makanan yang enak, isteri cantik dan setia '.

Wan Zizah pun keliru, Nuar tujukan pujian tu pada siapa. Tapi aku syak dia halakan kat Azmin. Sebab itu hari ini macam dapat ' suntikan ' kasih daripada Nuar Brahim. Melompat lompat dalam parlimen.

Yang kantoi Sivarasa dan Karpal. Lu Sapa ? Lu ingat lu lawyer semua orang takutka ? Ini UMNO belum tunjuk lagi tau. Sekarang lu sudah nampak UMNO punya kuku aa..

Aku harap ahli UMNO yang di akar umbi dapat motivasi sikit. Baru rasa macam ada power. Jom kita bergerak laju lagi. Daftar pengundi baru. Kita jaga pengundi lama. Pastikan undi terhadap kita nanti yang terbaik dalam sejarah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...