Sunday, July 31, 2011

3000 HADIR TAZKIRAH RAMADHAN LEE BOON CHYE

AHLI PARLIMEN GOPENG BERJAYA TAKLUK PAS LUBUK MERBAU !

Semalam Ahli Parlimen PKR Gopeng berjaya menceroboh Surau RPA Mior Aris , Lubuk Merbau dengan bantuan PAS kawasan Lubuk Merbau.

Yang peliknya Lee Boon Chye nak bagi ceramah tentang kesihatan jantung tetapi buat dalam surau. Padahal melambak markas PAS ada di kawasan berhampiran.

Untuk pengetahuan semua YB PAS Lubuk Merbau, Haji Zainuddin memang tak pernah ada dalam kawasan pun. Gamaknya program ini nak hidupkan balik nama PAS yang dah mati di Lubuk Merbau.

Barangkali ini perkongsian bijaklah. Haji Zainuddin selalu hadir kalau ada Cina DAP yang meninggal. Sebagai balasan Boon Chye ceramah dalam surau.

Korang janganlah terkejut pulak. Kehadiran sebenar ialah 30 orang. Itupun termasuk yang mengiringi Boon Chye.

Aku jangka bukan kehadiran yang mereka utamakan. Mereka nak tunjuk, pada bila bila masa dan di mana mana saja mereka boleh ceroboh masjid dan surau.

Pada bila bila masa mereka boleh hina umat Islam sebab PAS akan sentiasa patuh dan taat kepada mereka.

Tahniahlah PAS Lubuk Merbau. Setelah gagal melakukan apa apa, mereka mintak tolong Cina PKR datang bantu...


Saturday, July 30, 2011

SEKEJAP ADA, SEKEJAP TAK DA !


AKU BERCAKAP TENTANG TELOR HISHAMUDDIN...

Bila KDN menahan Dr Jeyakumar bersama lima yang lain, aku rasa bangga sebab nampaknya kerajaan bersungguh menjamin masa depan anak cucu.

Aku tambah bangga bila Menteri KDN beberapa hari kemudian menegaskan bahawa kerajaan bertegas demi mempastikan komunisme tak kembali dihidupkan di Tanah Melayu ini.

Kemudian aku dengar berita bahawa Jeyakumar nak mulakan mogok lapar. Berita itu kemudiannya melaporkan bahawa Hishamudin akan pergi melawat Jeya.( Tak taulah dia pergi ke tak ).

Tiba tiba kumpulan ini dibebaskan tanpa syarat. Apa benda semua ni?
Dulu kata ada asas yang kuat untuk menahan mereka. Mana asasnya?
Kenapa pulak mereka dilepaskan?

KDN menahan mereka dengan tegas kemudian melepaskan mereka hanya kerana Jeyakumar nak mogok lapar ? Adakah mogok lapar itu bermaksud mereka sebenarnya tidak bersalah?

Bagaimana kalau selepas ini Chin Peng pulak nak mogok lapar sehingga dibenarkan pulang ke tanahair di mana ramai orang Melayu dibunuhnya?

Bagaimana jika pembunuh Sosilawati juga ingin melakukan mogok lapar ?

Apa benda semua ni ? Menteri KDN nak jaga siapa sebenarnya ?




Friday, July 29, 2011

BERKAWAN DENGAN BABI JADIKAN PAS GILER BABI !!



Sejak tidur satu selimut dengan DAP yang sedang menghalau umat Islam di Pulau Pinang, PAS dilanda macam macam musibah aku tengok.

Nik Aziz asyik kena balun dengan anak buah. Haji Hadi dah bercakap menggunakan teks yang disediakan oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Mat Sabu sedang nazak jatuh dari motorsikal sewaktu sedang lari dari polis. Ulamak PAS semua dah kena bungkus. Senyap sunyi tak bersuara.

Terbaru pulak, PAS Pahang kena sawan babi. Mereka mintak Mufti Pahang bertindak kerana ada kilang keluarkan silika. Silika ini pulak akan digunakan sebagai sebahagian daripada komponen penapis arak.

Kilang arak ini beroperasi di Amerika Syarikat !

Jadi apa yang gilanya ? Di Selangor orang Islam boleh bekerja di kilang arak, angkut arak atau jual arak. Di Selangor yang diperintah Pakatan Hasan Ali dipecat dari Exco kerana cuba memberi pandangan berbeza dengan Ronnie Liu berkaitan arak.

Di Kelantan yang secara mutlak diperintah PAS, tahun 2010 44 lesen menjual arak dikeluarkan dengan izin Kerajaan Negeri.

Di negeri BN , kilang buat silika dimintak tutup . Apa lagi yang mahu dipanggil mereka ini selain GILER BABI !



BERTELANJANG DI DEPAN RUMAH !

PERBUATAN MENGUNDANG BAHAYA !

Petang semalam aku menziarahi seorang rakan di sebuah kawasan perumahan yang agak baru didiami. Sewaktu berlegar legar mencari rumahnya aku nampak sekumpulan budak budak sedang bermain di tepi jalan.

Ada di antara budak budak tu bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun. Aku jangka yang paling senior dalam kalangan budak budak tu ialah yang berumur sekitar 4 atau 5 tahun.

Tak ada orang dewasa di kawasan berhampiran. Aku terfikir juga,
senang benar jadi mak bapak. Kawasan baru, berhampiran jalan raya,
sikap lepas tangan mak bapak memang mengundang bahaya.

Nampaknya beberapa peristiwa ngeri yang melibatkan beberapa mangsa sebelum ini, tidak menjadi pengajaran kepada sebahagian mak bapak.

Kalau ditakdirkan berlaku sesuatu yang buruk kepada anak anak ini,
siapa pulak yang nak disalahkan yer !


Thursday, July 28, 2011

APA DAH JADI NIH ! ?

SISTEM KESELAMATAN KITA WAJIB DIKAJI.

Semalam DS Najib Razak cuba ' diserbu ' sewaktu tiba di KL Sentral.Beberapa orang anggota AMK cuba melakukan provokasi liar termasuk menjeritkan ' reformasi '.

DS Najib adalah seorang yang amat humble dan terbuka. Tetapi beliau adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang dipilih rakyat.

Apa yang berlaku semalam menggambarkan kelemahan sistem keselamatan PM. Bagaimana mungkin sekumpulan 'musuh ' yang dapat dilihat secara terang dan nyata dapat sama sama menunggu PM dengan selesa.

Bagaimana pulak ' musuh ' dapat begitu hampir dengan PM sehingga berjaya masuk ke dalam kamera.

Ini petanda bahawa Nuar Brahim sudah amat nekad. Budak budak suruhan Nuar Brahim juga sudah menjadi ' amat berani' melakukan sesuatu untuk Nuar.

Hakikatnya mereka telah berjaya semalam. Peristiwa ini akan jadi bahan ceramah mereka.

1. Rakyat begitu benci kepada kerajaan sehingga sanggup melakukan apa saja untuk tunjukkan kemarahan dan kebencian.

2. DS Najib sebenarnya tidak peduli kepada rakyat kerana rakyat nak berjumpapun dihalang.

Dalam masa yang sama aku nak bertanya. Apa dah jadi dengan kerajaan kita nih ? Sebelum ini Bersih 2 berjaya dilaksanakan, sekarang Najib pulak telah diaibkan.

Tunggulah, peristiwa ini pasti akan jadi berita antarabangsa yang mencemarkan imej negara !


Wednesday, July 27, 2011

TIGA TOKOH YANG AKAN MERUNTUHKAN UMNO !

UMNO TAK KAN TUMBANG KERANA PEMBANGKANG !

Yakin dan percayalah ! UMNO tidak akan kalah kerana kehebatan pembangkang. Selagi pembangkang berperasaan, berfikiran dan berkelakuan macam sekarang, insyaallah UMNO akan terus diberi kepercayaan oleh rakyat.

Tapi UMNO akan kecundang dan tewas kerana unsur dalaman UMNO sendiri. Untuk kali ini aku nak tampilkan 3 tokoh yang pada pandangan aku menjadi liabiliti kepada parti .

1. Datuk Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi kerajaan UMNO/BN. Sebagai Timbalan Menteri yang rapat dengan anak muda, pada aku kenyataannya bukan menguntungkan parti tapi merosakkan parti.

Sangat bahaya sebenarnya sikap Saifuddin ini apatah lagi beliau adalah pemimpin dari Pahang iaitu Negeri Perdana Menteri dan Presiden parti.

2. Khairy Jamaluddin

Ketua Pemuda UMNO ini adalah yang paling teruk dalam sejarah parti.Setakat ini aku tak nampak ke mana Pemuda nak dibawa. Tak de benda yang dibuatnya nampak memberi manfaat kepada parti.

Aku juga nampak sehingga kini Khairy gagal membentuk kepimpinan Pemuda di semua peringkat. Yang paling mudah dilihat ialah bilamana sehingga kini pengundi muda yang belum berdaftar sebagai pengundi dikatakan melebihi sejuta orang.

Itu belum dicampur dengan pengundi muda yang sudah berdaftar tetapi mengundi pembangkang.

3. Tun Faisal

Exco Pemuda ini aku masukkan dalam senarai kerana peranannya sebagai kepala Unit Media Baru UMNO. Selain mempunyai blog dan face book sendiri, aku tak tau samada pasukan yang sama ada di negeri dan bahagian. Aku dengar ada latihan dibuat tetapi tak nampak pulak hasilnya.

Polemik Tun Faisal dengan beberapa blogger pro kerajaan baru baru ini menampakkan ' wajah sombong Pemuda UMNO ' yang menjadi sebahagian punca anak muda menyampah dengan UMNO.

Percubaan Tun Faisal menjawab kritikan menyerlahkan ' kekebalan'
Pemuda yang tak boleh ditegur dan dikritik. Barangkali selepas ini,
rakyat tidak lagi akan menegur sebaliknya memuji apa yang UMNO lakukan tetapi mereka akan menghukum UMNO dalam pilihanraya.

Sebagai pemerhati di akar umbi, jika aku ada peluang bercakap , aku nak bagitau pucuk pimpinan parti " Jika pucuk pimpinan gagal bertindak, aku bimbang mereka akan menguburkan UMNO ".


Tuesday, July 26, 2011

NASHA AZIZ JADI MANGSA !

BERLAKON DRAMA LAWAK BODOH !

Aku pun tak fahamlah TV3 ni. Sebagai saluran paling diminati, TV3 punya tanggungjawab besar untuk membantu membina negara bangsa. Tambahan pulak TV 3 ni orang pakat tengok walaupun Pakatan Pembangkang dah banyak kali kempen supaya memboikotnya.

Sebelum ini TV 3 jadi juara cerita hantu, cerita saka. Dalam setiap cerita digambarkan bahawa semua hantu dan saka ni takut dan kalah dengan ustaz ustaz, pak lebai pak lebai.

Sebab itu pusat rawatan yang menggunakan nama Islam dah tumbuh macam cendawan. Orang mula percaya bahawa banyak penyakit berpunca daripada hantu , jin atau saka.

Kadang kadang beratus ringgit habis duit untuk berubat. Ada kawan aku sampai sekarang marahkan arwah Toknya kerana tinggalkan saka. Padahal , sampai sekarang juga pusat rawatan tersebut tak berjaya sembuhkan penyakitnya.

Hakikatnya semua hospital kerajaan adalah pusat rawatan Islam sebab ia didirikan oleh kerajaan Islam, tenaganya dilatih dan digaji oleh Kerajaan Islam.

Malam tadi pulak TV 3 siarkan sebuah drama bertajuk SUPERMAK. Nasha Aziz jadi pendukung watak utamanya. Punyalah teruk kualiti drama ini.

Aku dok tengok macam unsur nak perbodohkan polis pun ada. Nak tunjukkan polis lemah pun ada.

Gamaknya apa fikiran penerbit drama ni yer ? Apa nak dilontarkan kepada penonton khasnya bebudak ?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...