Monday, December 30, 2013
TERKINI !! PERHIMPUNAN HARAM 31 DISEMBER 2013 DIBATALKAN !
Mohon jasabaik kawan kawan semua. Sila panjangkan berita yang aku dengar nih ! Perhimpunan Haram 31 Disember yang berselindung di sebalik isu kenaikan harga barang dibatalkan sama sekali.
Gambar hiasan
Aku dengar pembatalan ini adalah akibat kegagalan mana mana pihak untuk mengaku sebagai penganjur. Malah beberapa NGO yang dinamakan oleh pihak polis sebagai ' mungkin penganjur ' juga telah menafikan sekeras kerasnya penglibatan mereka.
Aku bersyukur, alhamdulillah. Buat apa susah susah nak berhimpun protes harga barang naik. Yang naikkan barang Cina DAP yang berniaga. Pergilah ke pasar, korang akan tau apa barang yang naik harga dan mengapa harganya naik.
Baiklah bawak anak anak berjalan atau berehat di rumah. Lagipun masa tu kita dah bersiap siap anak nak bersekolah. Sekarang ni kita dah taupun sebenarnya ramai yang mengaku ' hero rakyat', kena gempaq sikit lari lintang pukang...
Saturday, December 28, 2013
TAHNIAH ROSMAH MANSOR !
Yang ini aku respeklah. Tahniah kepada Rosmah Mansor dan Datuk Najib.
Anak dia yang juga anak tiri PM kita , Riza Shahriz Abdul Aziz, baru berumur 36 tahun jer tapi dah mampu beli rumah ( kondo mewah )
berharga 33.5 juta dollar US. Duit Malaysianya 110 juta.
Kondo ini terletak di New York, USA. Riza ini mengaji dan bekerja di luar negara. Pada aku ini pencapaian yang amat membanggakan.
Macam macamlah kalau orang nak mengata. Sebab ada orang fikir Melayu ni biar kekal miskin. Biar Cina jer kaya raya.
Pada aku Rosmah boleh tumpang banggalah. Anak yang berjaya maknanya mak bapak dia berjaya didik dia. Mudah jer. Aku nak cadangkan mana mana anak Melayu yang berduit beli jugak hartanah yang mahal mahal di Pulau Pinang. Biar Guan Eng ternganga !
Gambar hiasan..
Thursday, December 26, 2013
PERHIMPUNAN HARAM 31 DISEMBER , LELAKI INI SEDANG DICARI !
Perhimpunan Haram walau apapun tujuannya sudah pasti akan datangkan kesan yang sangat buruk. Tarikh yang dipilihpun dah nampak jahatnya. Tarikh orang nak bawak anak cucu berehat.
Ada orang nak relaks, ada orang jerit pekik ! Turunkan ! Turunkan !
Maka polis terpaksa datang. Bila polis datang ada orang provok. Polis kejar, orang tu lari. Langgar cucu orang. Tok dia marah. Jerit, gaduh !
Polis pulak yang kena maki. Keadaan jadi huru hara. Media antarabangsa buat liputan. Hancurlah imej Malaysia !
Jadi jangan biarkan benda ini berlaku. Cegah ! Halang !
Hanya seorang jer yang aku belum dengar bercakap lagi. Sebelum ini aku dah syok dah dengan ketegasan dia. Aku tak tau kenapa sekarang senyap sesenyapnya !
Kalau korang nampak lelaki ini, korang tolong mintak dia bercakap yer !
Sunday, December 22, 2013
PEMUDA UMNO KALAH TERUK DENGAN UNIT AMAL DI SUNGAI SIPUT !
Aku tak mahu mengulas atau memberi pandangan. Aku hanya nak menceritakan peristiwanya.
Empat hari lalu, seorang pelajar Tingkatan satu SMK Simpang Beluru telah jatuh dan lemas sewaktu memancing di Sungai Perak berhampiran Jambatan Victoria.
Tiga hari operasi mencari dilakukan oleh pelbagai agensi. Bomba, JPAM,Polis,Rela dan orang ramai. Akhirnya semalam jenazah ditemui di sekitar Kota Lama Kiri.
Yang aku nak ceritanya dalam tempoh itu, Unit Amal Pas lengkap beruniform bertungkus lumus membantu operasi. Mereka mengedarkan makanan dan minuman dan mereka bergilir gilir di tempat kejadian sepanjang masa operasi berjalan.
Mereka mencelah dan menyelit di celah celah orang ramai. Mereka menjadi percakapan orang ramai. Mereka dihargai dan dilihat bersama menghulurkan bantuan dan simpati.
Soalan aku dan teman teman yang lain...mana Pemuda UMNO Sungai Siput ?
Friday, December 20, 2013
LAGI PUNCA UMNO AKAN KALAH PRU 14 DIKENALPASTI !
Semalam aku bersembang sambil minum minum dengan beberapa orang kawan. Minum petang, santai jer pun. Kalau dah memang orang politik, mahu tak mahu cerita politik terkeluar juga walaupun aku dah tak berapa nak minat dah kisah politik ni.
Salah seorang kawan aku tu ialah kontaktor Kelas F dan Pembekal Makanan Bermasak yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Maknanya dari segi layak, memang layaklah nak masak di asrama sekolah sekolah dalam Malaysia.
Cuma yang tak sedap dengar, kawan aku ada pandangan yang mengejutkan aku. Katanya kalau betul nak berniaga, elakkan daripada ' diketahui ' sebagai aktivis UMNO atau penyokong UMNO.
Pengalaman kawan aku ni, samada projek Kelas F atau nak mohon membekalkan makanan di asrama, kalau sah sah orang UMNO peluang nak dapat projek amat tipis. Kalau dapatpun projek yang amat kecil yang tak mampu nak gajikan pekerja.
Jika kita mohon dengan sokongan Menteri, contohnya Muhyiddin Yassin, tobatlah tak kan dapat punya. Sekarang ni ada cakap cakap bahawa penyokong pembangkang akan lebih berpeluang kerana panel pemilihnya kebanyakannya condong kepada pembangkang.
Aku bukan orang berniaga. Jadi aku tak dapat nak sahkan maklumat ini. Tapi jika maklumat ini benar sebab aku juga pernah dengar maklumat seperti ini sebelum ini, maka betullah jangkaan ramai orang. UMNO sebenarnya ' rasa ' diri berkuasa sebenarnya tidak. Kosong...
Dan aku taklah hairan kalau selepas ini UMNO akan mereput secara perlahan lahan !
Wednesday, December 18, 2013
PERHIMPUNAN GULING KERAJAAN, MIMPI YANG TAK MUNGKIN JADI KENYATAAN !
INI YANG AKU RESPEK DIA NIH !!
CEPAT, TEPAT DAN TEGAS. TAK ADA PANTUN SELOKA. TERUS BERI PERINGATAN DAN AMARAN. JANGAN TERLIBAT SAMA SEKALI DENGAN SEBARANG PERHIMPUNAN HARAM.
BERITA MALAM INI MELAPORKAN USAHA PIHAK TERTENTU UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN BAGI MENGGULINGKAN KERAJAAN. SATU LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT TETAPI BELUM ADA TANGKAPAN DIBUAT.
AKU PERCAYA ORANG BAIK DAH TENTU TAK KAN BUAT KERJA INI. INI KERJA KOMUNIS. MENGANGGUK DI AIR KERUH.
MEREKA TAHU SEBAHAGIAN RAKYAT SEDANG TERTEKAN, ADA RAKYAT SEDANG MARAH. AKU NAK BAGITAU HANGPA, AKUPUN TENGAH MARAH DENGAN KERAJAAN.
BUAT MALU AKU JER. LEPAS NAIK, NAIK,LEPAS NAIK NAIK LAGI. MAMPUIH NAK BERJAWAB DENGAN ORANG KAMPUNG !
TAPI TOBATLAH AKU NAK BAGITAU, BUAT MASA INI, INILAH KERAJAAN YANG TERBAIK UNTUK KITA. ORANG KAMPUNG TAU. NAK HARAP PAS ? DAP ? PKR ?
DEPA SENDIRI TAK BEGHAPA NAK BETUL. PEMILIHAN DALAM PARTIPUN TAK DAPAT NAK SELESAI, INI PULAK NAK PERINTAH NEGARA. SORRYLAH !
AKU NAK BAGITAU KEPADA ORANG YANG NAK MENGANJURKAN PERHIMPUNAN NI, ORANG MELAYU KHASNYA KALAU MARAHKAN NYAMUK TAK KAN BAKAR KELAMBU, AKU JAMINLAH !
Rakyat tahu bagaimana menangani nyamuk...
ADA BUDAK BALUN HAJI HADI..! KAWW PUNYER...
Aku tak taulah apa nak jadi dengan budak nih ! Korang bacalah sendiri...DI SINI...
Kalau ikut kepercayaan orang kampung aku ( sorang jerlah ), Haji Hadi sama macam Nik Aziz. Tak boleh disanggah, tulah !
Kaki fitnah rupanyer...
Kalau ikut kepercayaan orang kampung aku ( sorang jerlah ), Haji Hadi sama macam Nik Aziz. Tak boleh disanggah, tulah !
Kaki fitnah rupanyer...
Subscribe to:
Posts (Atom)









