Thursday, June 19, 2014
BINTANG TERSOHOR KOREA YANG BERAGAMA ISLAM .
Satu ketika sewaktu mula menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
( sekarang Tun ) telah melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur. Dua negara menjadi fokus PM iaitu Jepun dan Korea.
Sejak itu kita tahu, salah satu sebab mengapa Tun M melaksanakan dasar ini ialah kerana kehebatan sikap, budaya dan disiplin tinggi rakyat kedua dua negara tersebut.
Sejak awal tahun 2000 hingga sekarang, satu lagi kekuatan Korea dapat kita kesan. Keupayaan mereka merentasi semua negara untuk memperkenalkan industri seni mereka. Tiada yang terkecuali sehingga mereka hakikatnya telah mengalahkan Hollywood dan Bollywood.
Satu perkara yang kurang diberi perhatian barangkali, Islam sedang mekar berkembang di Korea. Antara bintang Korea yang beragama Islam adalah yang aku letakkan gambar mereka di bawah ini...
Jung ll Woo
Jang Geun Suk
Han Ga In
Lee Ki Woo
Lee Woon Jae
Demikianlah kehebatan Islam. Tiada sempadan. Demikian jugak jika ALLAH mahu berikan hidayah, di manapun ia akan sampai. Pesanan kepada pejuang pejuang Islam di tanah air , kalau setakat bertempik di pentas ceramah, sebenarnya tak ada boleh dibanggakan. Da'i lain dah jumpa artis Korea dan Islamkan mereka. PAS pulak jumpa artis dah memang Islam, sesatkan mereka...
HAJI HADI - TIDAK BOLEH AKTIF ATAU TIDAK DIPEDULIKAN ?
Awalnya berita keluar , Presiden PAS ( Presiden ! )jatuh sakit sewaktu bercuti di Turki. Kemudian senyap, sunyi...Tiba tiba keluar kenyataan di bawah.
Aku tak tau pulak Hj Hadi dah balik. Aku yakin orang Pas pun ramai tak tau. Maka orang macam tak peduli langsung. Ehh..apa nih ? Haji Hadi sebagai Presiden Pas tak dipedulikan oleh anak buah?
Adakah kenyataan di bawah nak ' redakan ' kesunyian Haji Hadi. Orang tak datang kerana Doktor tak bagi Haji Hadi bersibuk sibuk. Adakah Allah mahu berikan mesej tertentu kepada Haji Hadi, PAS jugak?
Segalanya mungkin. Apapun kita doakan kesejahteraan beliau.
Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.
Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu.
Sehubungan dengan itu juga, adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.
Sekian. Harap maklum.
DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014
CINA DAP KENA PERBODOH DENGAN INDIA DAP !!
KUALA LUMPUR, 18 JUN – DAP akan tetap mempertahankan Adun Seri Delima RSN Rayer yang bakal dituduh di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menyebut kata-kata ‘Umno Celaka’.
Parti berpendirian bahawa pertuduhan terhadap beliau berikutan kenyataan yang dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah salah dan sekadar usaha Umno untuk membalas dendam politik.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataannya petang tadi melahirkan rasa terkejut dengan pendakwaan ke atas Rayer yang ketika ini ditahan polis dan menanti jaminan.
“Rayer telah menegaskan bahawa beliau tidak mengulangi apa yang disebutnya di luar Dewan.
“Oleh itu pertuduhan menghasut terhadap Rayer ini bukan sahaja bermotifkan politik tetapi juga menunjukkan bahawa Peguam Negara menjalankan dasar bilih bulu dan melakukan pendakwaan terpilih,” tegas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurut beliau, tindakan mendakwa seseorang berdasarkan kenyataan yang dibuat dalam Dewan boleh dianggap sebagai menghina sistem demokrasi berparlimen serta kesucian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai lembaga tertinggi di negeri tersebut.
Belum pernah mana-mana wakil rakyat ditahan dan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina parti politik lain dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
“Wakil rakyat menikmati kekebalan undang-undang, kecuali jika mereka mempersoalkan hak, status, kedudukan, keistimewaan dan kedaulatan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan,” jelas beliau lagi.
Menurutnya lagi tindakan mendakwa Rayer di atas kenyataan beliau, walhal Speaker DUN Pulau Pinang sendiri pun tidak mengarahkannya menarik semula kata-kata tersebut adalah tindakan balas dendam politik Umno terhadap DAP.
“Tidak ada tindakan pun diambil terhadap samseng-samseng Umno yang merusuh di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabat DAP Kuantan,” ujarnya.
22 Mei lalu lebih 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi merusuh di ibu pejabat DAP, serta mengugut mahu membakar bangunan tersebut.
“Ingat, sekali lagi saya dengar anda hina parti, saya akan bakar bangunan ini,”
“Kalau mereka boleh kata kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini,” jerit Mohd Razlan dan disambut sorakan peserta lain.
Sehari sebelum itu segerombolan samseng Umno merempuh masuk ke bangunan DUN Pulau Pinang setelah Rayer dilaporkan mengatakan ‘Celaka Umno’ terhadap pemimpin-pemimpin parti tersebut yang kerap kali mengulang ugutan tragedi 13 Mei.
Sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap pihak yang merusuh itu. – Roketkini.com
Dalam DUN
Luar DUN
Wednesday, June 18, 2014
LUKAKAN HATI CINA, LELAKI INI DENGAN SEGERA DIBAWA KE MAHKAMAH !
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman akan didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Kajang pagi esok.
Beliau didakwa berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net.
Lamanweb itu hari ini melaporkan Abdullah berkata, beliau telah menerima surat waran polis dan akan hadir ke mahkamah esok.
Beliau diwakili oleh Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid dari Lokman Reena & Co.

Aku tak bercadang untuk komen apa apa. Biarlah kita sama sama menyaksikan apa yang sedang berlaku di tanah bertuah ini.
PAGI ROGOL PELAJAR, PETANG ROGOL CIKGU !
Gambar hiasan
MIRI - Seorang guru wanita yang disamun di rumahnya, menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol penyamun itu, dengan menjerit meminta tolong jirannya.
Guru berusia 23 tahun itu telah dipaksa lelaki berkenaan dengan menggunakanparang, tetapi wanita itu bertindak menjerit sekuat hati menyebabkan penyamun itu lari, tetapi sempat membawa bersama barang-barang yang disamunnya.
Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pada jam 4 petang semalam, ketika guru itu berada di rumah bersama ibunya di Permyjaya, apabila seorang lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk.
Lelaki itu mengarahkan dua beranak itu menyerahkan wang, barang kemas dan telefon bimbit dalam anggaran RM5,500, katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Miri hari ini.
Gan berkata polis percaya lelaki yang sama sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada sebelah paginya, tetapi gagal.
Pelajar berkenaan juga tinggal di kawasan Permyjaya dan suspek menggunakan parang untuk mengancam mangsa, bertindak agresif dengan menumbuk, menampar dan mencederakan pelajar itu, kata Gan.
Pelajar itu kini menerima rawatan lanjut di hospital dan doktor mengesahkan dia tidak dirogol.
Berikutan dua kejadian itu, polis memburu seorang lelaki Iban berusia dalam lingkungan 20-an dan alamat terakhirnya juga di Permyajaya. - Bernama
Ulasan
Aku rasa ' ancaman ' macam ini dah terlalu banyak. kajian wajib dilakukan dan penguatkusaan mesti berkelas dunia. Bimbang aku bila kita sendiri selalu rasa terancam.

VIDEO - EDISI TERGEMPAR !! ANWAR, RAFIZI TAK MUNGKIN DAPAT MENGELAK !
Korang tengok sendiri. Nilai sendiri. Korang nak percaya atau tidak korang punya pasal. Nak kata benda ni besi, memang tak boleh sebab ia baru sangat berlaku...Berlaku di depan semua Ahli Parlimen termasuk dari Pakatan yang selama ini kagum kepada Anwar dan Rafizi..
Di pentas politik bolehlah...
Memang Rafizi kena kaw kaw punya
Apa yang berlaku di Parlimen bukan ada plot yang tetap sebab ada ruang bertanya, mencelah. Kian lama kian terbukti bahawa selama ini Anwar dan Rafizi adalah penipu tegar !
TV 3 atau RTM patut siar benda ni sebab sebagai sesumpah di luar mereka akan pusing cerita kot lain.
Demam tak kebah masing masing. Depan bijik mata kena balun...

Tuesday, June 17, 2014
PICIT BUAH ZAKAR ELAK DIROGOL !
Mungkin ini boleh jadi panduan kepada wanita yang berada di luar sana. Bila ada percubaan untuk rogol atau cabul, jangan panik. Bertenang, kumpulkan segala kekuatan yang ada dan dengan segala kekuatan yang ada ' PICIT TELOR LELAKI ITU SEKUAT KUAT HATI ! '. Dah ada orang berjaya menggunakan petua ini. Baca laporan di bawah...
MIRI: Seorang wanita pekerja ladang bertindak memicit buah zakar dan menggigit anggota badan seorang lelaki untuk mengelak dirinya dirogol dan dicederakan dalam kejadian di estet kelapa sawit di Suai Niah, di sini petang kelmarin.
Mangsa, wanita tempatan berusia 29 tahun berjaya melarikan diri sebelum diselamatkan seorang pekerja lelaki lain yang melalui tempat kejadian.
Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang ketika mangsa sedang berjalan kaki untuk balik ke kuarters pekerja yang terletak setengah jam dari tempat kerja.
Ketika menghampiri sebuah simpang di estet berkenaan, mangsa secara tiba-tiba ditangkap oleh seorang lelaki.
Mangsa dibawa menemui pengurus dan kemudian membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpanya.
Bertindak daripada laporan tersebut, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia pada jam 10 malam kelmarin.
Suspek berusia 29 tahun dibawa ke Balai Polis Pusat Miri petang semalam untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee yang dihubungi mengesahkan kes itu dan memberitahu bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.
Suspek ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis- Sumber.

Subscribe to:
Posts (Atom)