Kenyataan Media Mustafa Ali berkaitan Bai'ah PAS seperti yang tersiar dalam Portal Pakatan, Malaysiakini.( 13 NOV )
Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:
"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.
"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."
Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.
Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu.
Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.
Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.
Ulasan
Biarlah aku tak mengulas sebab nanti macai marah aku. Aku cuma nak bertanya, apa maknanya hidup kalau dah dilaknat ALLAH ?
Thursday, August 14, 2014
DAHSYAT OOO !! VIDEO PENGHINAAN TERHADAP TOK GURU DAN PAS YANG TAK PERNAH DIJANGKA !! ALLAHHUAKBAR !!
Terkejut lah ! Ya Rabbi ! Dahsyat ooo...
Aku tak tau apa yang dah merasuk YB Saari Sungip nih ! Tak kisahlah apa pendirian dia tapi buat kenyataan terbuka seperti ini aku anggap keberanian tahap tinggi. Kesian kat Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi...Tak nak hormat sebagai pemimpin, hormatlah sebagai orang alim, orang tua..

PAS HANYA LAPIK KAKI DAP !
Sejak awal lagi Haji Hadi dan Nik Aziz bertahan. Tiada sebab dari segi syarak yang mewajarkan Khalid Ibrahim dipecat, tiada. Kemudiannya pandangan ini dikongsi oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama.
Banyak berlaku percanggahan sehingga akhirnya Hj Hadi mengeluarkan arahan agar tiada seorangpun mengeluarkan kenyataan tanpa izin pimpinan PAS. Arahan ini banyak kali dilanggar oleh ( contohnya ) Khalid Samad, Hanipa Maidin dan sebagainya.
Semua itu tidak penting pada aku. Tapi bila Mat Sabu bercakap...
"Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?".
"Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang .
Jangkaan aku , PAS akan menukar pendirian dan menarik sokongan kepada Khalid. PAS akan bertungkus lumus mencari nas Al Quran dan Hadis bagi mewajarkan tindakan mereka.
( Pada ketika itu Hj Hadi dan Nik Aziz bukan lagi tokoh dihormati )
Sebahagian daripada JK Tertinggi PAS adalah penyokong Anwar yang percaya jika PR memerintah mereka akan mendapat tempat. Anwar berjaya menawan mereka sebab kebanyakan mereka mula berpolitik kerana kebencian dan hasad dengki.
Pada ketika itu, aku pun percaya kata seorang ahli DAP Melayu yang jugak seorang blogger ( Aspan Alias ) bahawa PAS hanyalah lapik kaki DAP !

Wednesday, August 13, 2014
ANDA KELETIHAN ? MARI KITA BERGELAK KETAWA MENONTON LAWAK INI . KAH ! KAH ! KAH !
Weii ! Bukan korang jer. Akupun letih. Cerita Selangor ni tak pernah berlaku di tempat lain. Di Uganda, Timor Leste yang baru kenal demokrasipun tak pernah jadi benda ni.
Pelik sangat. Letihlah. Rasa macam baru lari keliling Kuala Lumpur dalam panas terik tengahari. Nasib baiklah ada video ni. Lawaknya masyaallah, tahap Maharaja Lawak . Jadilah, ringankan kepala otak.

PADAH SELUK SELUAR ANAK DARA !
Gambar hiasan
KOTA BHARU - Seorang lelaki mengaku salah di mahkamah majistret, di sini, kelmarin atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak saudaranya, 4 Ogos lalu.
Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditetapkan pada 10 September depan di Mahkamah Majistret Bachok oleh Majistret, Nik Habri Muhamad.
Tertuduh yang beralamat di Kampung Pauh Sembilan, Tawang, Bachok, dan berusia 23 tahun itu mengaku salah didakwa memasukkan tangan ke dalam seluar yang dipakai mangsa dan telah mencabul kehormatan remaja itu.
Kejadian dikatakan berlaku di dalam sebuah bilik di alamat sama pada jam 1.30 pagi, 4 Ogos lalu dan mangsa ketika itu berusia 13 tahun dua bulan.
Tuduhan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM5,000, namun Nik Habri mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,500 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa.
Tetuduh (kiri) dikawal keluar dari mahkamah selepas mengaku salah, kelmarin.- Sumber
Tuesday, August 12, 2014
ALLAHHUAKBAR !! NIK AZIZ LETAK JAWATAN SEBAGAI MURSYIDUL AM PAS !
" Aku harap berita ini tidak benar. Aku rasa ini bukan masanya. Keadaan sedang berkecamuk, huru hara. Aku rasa PAS masih sangat sangat memerlukan nasihat daripada Tok Guru Nik Aziz." Ini kata kawan aku dalam perbualan telefon sebentar tadi.
Yang sebenarnya akupun terkejut. Aku tak dengar pulak cerita ini. Aku cuba cari dalam blog, facebook. Tapi tak jumpapun berita ini.
Kata kawan aku, Nik Aziz kecewa apabila krisis berlaku di Selangor , PAS kelihatan berpecah belah. Masing masing dengan pendirian sendiri sedangkan adabnya bila berlaku kemusykilan sepatutnya PAS segera merujuk kepada pimpinan tertinggi yang akan merujuk pula kepada Majlis Syura.
Katanya " Apapun situasi yang berlaku Tok Guru mahu Al Quran dan Hadis jadi panduan. Bukan nafsu yang selalunya memperdayakan manusia ".
Aku tak tahu apa sebenarnya berlaku. Kita tunggulah sehari dua ini untuk mendapat maklumat lebih jelas. Secara peribadi, aku nampak segala yang berlaku ada hikmah tersendiri. Cuma kita kena duduk berfikir.
Memang nampak ketara sangat, bila dalam keadaan krisis PAS ternyata gagal mengawal ahlinya. Mungkin orang yang lama dalam PAS dengan orang baru dalam PAS punya cara berbeza. Kesannya inilah yang berlaku.
Pada aku ini membuktikan lagi betapa PAS adalah sebuah parti politik, tiada yang istimewa !

TERLALU HANGAT !! KHALID PECAT SEMUA EXCO DAP DAN PKR !!
Khalid pecat serta-merta semua exco PKR, DAP
0
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.
Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.
"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.
"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor.
Senarai exco dipecat
DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi
GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Kalau bukan dari Mkini, aku tak tulis ooo !! Kah ! Kah ! Kah !
Subscribe to:
Posts (Atom)