Tuesday, September 9, 2014

LIM GUAN ENG AKHIRNYA SALAHKAN ANWAR IBRAHIM ! KAH ! KAH ! KAH !

Memang terkangkanglah Anwar Ibrahim. Terkonteng konteng seorang. Turut terkangkang sama ialah Mat Sabu dan orang orangnya dalam PAS. DAP boleh pusing 360 ' dan buat muka selamba.
Barulah mereka tahu hati perut DAP !

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Satu kenyataan Lim hari ini menyebut, beliau memohon ampun kerana tindakan tersebut menyebabkan sultan berasa dukacita.

Jelasnya, keputusan untuk mengemukakan nama calon tunggal itu dibuat selepas rundingan dengan ketua umum PKR, yang juga suami kepada Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“...Ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya.

Tambahnya, keputusan itu juga berdasarkan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah.

Ia juga berdasarkan sepakat di antara parti Pakatan Rakyat bahawa calon MB baru itu dari parti PKR, katanya lagi. ~mk

Monday, September 8, 2014

MESEJ KEPADA UMNO !

Kalau tidak kerana Persidangan UMNO Bahagian, aku rasa UMNO hampir tiada apa apa untuk dilakukan. Sepi, sunyi. Tambahan pulak apabila Pakatan ' kelihatan ' macam ada masalah, lagilah UMNO seronok berselimut.



Jadi aku rasa pesanan Naib Presiden ini elok diberi perhatian. Supaya UMNO dapat menyusun, dan merangka sesuatu sebagai persiapan menghadapi PRU 14. Mungkin kursus kursus kepemimpinan, kursus meningkatkan kualiti ahli boleh dianjurkan agar apa yang dibimbangi tidak berlaku.



Sunday, September 7, 2014

WAWANCARA TERAKHIR DR HARUN DIN !

Berita yang mengatakan Tuan Guru Dr Harun Din akan meninggalkan PAS nampaknya tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya beliau akan kekal bersama PAS setelah golongan taksub Anwar panas punggung dan memilih untuk mewujudkan parti serpihan.

Dan difahamkan juga bahawa beliau tidak akan lagi bercakap kepada media selagi tiada keputusan mutlak dicapai...aku rasa perlahan lahan ramai orang mula faham makna perjuangan Islam dan perjuangan parti selepas apa yang berlaku ini termasuk rakyat terbanyak...



MAT SABU SEMBAH DERHAKA !

Sebenarnya ini maklamat Pakatan. Nak tunjuk mereka tidak hormat Institusi Raja. Konflik MB Selangor mendedahkan belang mereka. Mat Sabu langgar Hj Hadi. Walaupun Sultan mahu, PAS akan tolak jawatan MB !

Mat Sabu sembah derhaka !



PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan.

Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak tawaran itu jika istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita tolaklah," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

KALAU KORANG NAK SINIS, AKU PEDULI APA ?

Yang dok cetuskan persepsi orang kita jugak, bukan orang lain. Aku tak akan peduli apa orang kata. Yang penting ambil mesej utama. Masa Lahat Datu kena serang, yang pergi pertahan orang Semenanjung sampai ada yang meninggal.

Dengar macam kasar, tapi dengan puak DAP , PKR dan PAS pun memang kena cakap kasar, biar terang. Semua orang tahu Sabah adalah kubu UMNO/BN.



Sebab itu Pakatan buat kerja gila babi di Sabah sejak 2008 lagi. Tak boleh kempen elok elok, dia kempen bagi orang Sabah benci Semenanjung.

Dia silap, majoriti rakyat Sabah dah sebati sebagai Malaysia...Dan satu perkara aku kena tegaskan, selepas PRU 12 dan diteguhkan dengan PRU 13, pemimpin UMNO tidak lagi retorik sebaliknya mengotakan apa yang mereka kata.



Saturday, September 6, 2014

UMNO TUNJUK BODOH !

Kadang kadang aku tak faham UMNO. Bodoh sombong. Aku harap berita yang aku dengar ni tak betul. Naib Presiden UMNO , Datuk Seri Shafie Apdal umumkan bahawa sesiapa yang ingin menjadi ahli UMNO WAJIB terlebih dahulu mendaftar sebagai pengundi.

Ada soalan yang aku nak tanya.

1. Adakah pemimpin UMNO rasa macam orang gila babi nak sangat jadi ahli UMNO? Tidakkah macam macam karenah selama ini menyebabkan orang lari ke parti PAS dan PKR yang hanya perlu daftar melalui online?

2. Berapa umur nak jadi Puteri dan Pemuda UMNO? Berapa umur melayakkan seseorang mendaftar sebagai pengundi ?

Aku rasa UMNO tak berubah jugak. Perasan hebat dan handal. Akhirnya orang akan lari pasal bosan !


Friday, September 5, 2014

DR PENING !

Nak tergelakpun ada..Dr ni boleh pening dengan PAS. He..he..

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.

Dalam perkembangan terkini, satu lagi kenyataan media Timbalan Presiden Pas menjadi viral di aplikasi WhatsApp mendakwa AJK Pas Pusat tidak tahu menahu mengenai senarai terbaru yang dihantar Pas ke istana Selangor pada 3 September.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Mohamed Azmin Ali," ujar Mohamad Sabu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...