Wednesday, November 12, 2014

BODOH BUDAK NIH !

JPA ancam tarik biasiswa Fahmi


Aktivis Fahmi Zainol berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

JPA juga tidak senang dengan kenyataan “negatif” dan “provokatif” terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan “Umbrella Revolution” Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

"Kegagalan saudara mematuhi surat ini menyebabkan penajaan saudara boleh ditamatkan serta merta dan tuntutan terhadap saudara dan penjamin akan dilakukan oleh jabatan ini," surat Ruziah itu dipetik.

Sementara itu, Fahmi ketika ditanya tindakannya jika diminta membayar balik biasiswa itu menjawab:

“Saya akan bagi alasan bahawa saya tidak menghina kerajaan. Tetapi saya keluarkan fakta dan sejarah.

“Kerajaan sepatutnya ambil (perhatian) untuk penambahbaikan, bukan berbuat demikian .”

Beliau juga memberitahu Malaysiakini, walau apa pun yang berlaku, perjuangannya melalui aktivisme mahasiswa berbaloi.

“ Saya rasa berbaloi untuk generasi yang akan datang. Saya ada kuasa waktu ini dan saya perlu bertindak.

“Insya-Allah saya akan disoal di akhirat nanti, waktu ada kuasa kenapa tidak lakukan apa-apa dalam menentang kezaliman,” katanya.
Ulasan

Mkini dok main jugak isu ini. Budak ni tidak dikenakan tindakan kerana menganjurkan Pidato Anwar. Beliau dan rakan rakannya menganjurkan program tanpa kebenaran Universiti. Mudah jer. 

Bukan bapak dia punya universiti yang dia boleh buat ikut suka...Lepas tu aku nak tanya jugak, berapa ramai budak China dan India terlibat? Kalau tak de maknanya kena perbodoh jer lah...

Monday, November 10, 2014

HAJI HADI SAKIT TENAT DAN DIMINTAK BERUNDUR !

Baca Artikel ini...

Aku sebenarnya terkejut. Tak sangka akan sampai begini akhirnya perjalanan politik seorang tokoh seperti Hj Hadi.



Banyak yang boleh kita tekuni. Risiko perpecahan Umat Melayu sehingga keputusan dalam Parti kita sendiri Cina DAP yang menentukan.


Orang PAS bahkan orang UMNO jugak kena duduk muhasabah. Sampai masa, Allah turunkan peristiwa tertentu untuk kita mendapat pengajaran daripadanya.

Sunday, November 9, 2014

PAU, YANG TAK DE PEMILIHAN, PENILAIAN WAJAR BERTERUSAN !

Tak meriah sangat kata orang Persidangan Agung UMNO ( PAU ) sebab tahun ini tak ada pemilihan. Pemimpin UMNO selesa sebab boleh goyang kaki. Pada aku tak salah kalau kita nak nilai prestasi pemimpin kita walaupun tiada pemilihan.

Presiden dengan Timbalan Presiden tak payah nilai sebab mereka tak bersaing dengan sesiapa. Kalau nak nilai jugak aku rasa kedua duanya telah mainkan peranan dengan baik.

Naib Presiden, ada tiga orang. Sebagai pemimpin Kerajaan aku fikir ketiga tiganya telah menjalankan tugas masing masing seperti yang sewajarnya.
Aku sebagai akar umbi rasa DS Hishammuddin paling kuat bekerja untuk parti. Masa nak pemilihan Datuk Zahid dan Datuk Shafie Afdal lebih kerap turun padang. Hampir setiap hari ada program bertemu UMNO di bawah. Dah menang kurang sangat turunnya.

Hishammuddin menang corot tetapi sangat aktif turun ke negeri dan bahagian. Mungkin alasannya ini ' perancangan ' tertentu sebab Hishammuddin diberi post yang sesuai untuk turun. Pada aku ini alasan.

Masa nak pemilihan dulu, masing masing pandai je cari sebab nak turun. Penggunaan media baru jugak aku nampak Hishammuddin jauh ke depan dan ini amat digemari anak muda. Dua orang lagi guna jugak media maya tapi tak aktif sangat.

MH370 dan MH 17 pada pandangan aku mengubah Hishammuddin 100%. Beliau nyata berbeza berbanding dengan apa yang beliau digambarkan sebelum pemilihan 2013.



Ada lagi tokoh yang pada aku boleh diberi fokus lebih. Mukhriz Mahathir berjaya sebagai MB Kedah  tapi ' kenegeriannya' menutup peluang untuk lebih menyumbang kepada UMNO.

Ismail Sabree Yaakob mungkin ramai tak tau adalah perancang yang sangat hebat. Banyak kejayaan beliau dalam usaha menolong pesawah dan nelayan tapi tak dihebohkan.

Khairy Jamaluddin cemerlang sebagai Menteri Belia dan Sukan tetapi gagal sebagai Ketua Pemuda UMNO. Tak ada apa yang dapat dibuktikan oleh Pemuda setakat ini. Perjuangan Melayu lebih diperjuangkan oleh NGO.

Kebanyakan yang lain suam suam kuku. Wan Bro ? Malas cakaplah..dia perjuangkan dirinya dari masa pemilihan sampailah sekarang.

Wanita dan Puteri pada pandangan aku tetap menjadi sayap terkuat UMNO. kalau nak bagi apa apa tugasan parti, kedua dua sayap ini tak pernah gagal...


Saturday, November 8, 2014

NURUL PENTINGKAN DIRI SENDIRI..

Tapi dia nafikan hak anak anaknya untuk hidup berkeluarga bila tetap jugak mahu bercerai. Tidakkah Nurul memahami perasaan anakanaknya?


PUTRAJAYA: Nurul Izzah menarik nafas lega kerana masih ada ruang untuk beliau dan keluarga‎ bersama ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


‎Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan menetapkan pada satu tarikh bagi keputusan setelah mendengar hujah-hujah dari pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung rayuan Anwar dalam kes Fitnah II.


"Sebagai pengakhiran kami sekeluarga bersyukur untuk sementara waktu ini, sekurang-kurangnya kami masih bersama ayah," katanya kepada Harakahdaily di lobi mahkamah.(Foto: Anwar berucap kepada penyokong beliau semalam)


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengingatkan agar semua bersedia kerana masih banyak lagi kes yang membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan hanya terjurus kepada Ketua Pembangkang itu sahaja.‎


"‎Kita harus bersedia untuk sebarang kemungkinan, kita harus tingkatkan kesedaran ramai jangan ingat bukan hanya isu berkaitan Anwar sahaja tetapi ada lagi kes lain yang membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.‎


Beliau yakin dengan hujah yang diberikan barisan peguam bela‎ yang pastinya memihak kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


‎"Barisan peguam telah mengukuhkan pembelaan dengan sebaik mungkin, kami berasa bangga dan yakin keputusan memihak kepada Anwar.‎


"‎Kami merasakan Anwar tidak bersalah t‎api untuk menyuarakan dan menyatakan pembuktian itu dengan jelas barisan peguam telah buat yang terbaik.‎


"Jadi syukur hari ini kita diberikan peluang dan menanti keputusan hakim, kita yakin dengan bukti dan kes yang diberikan, insya Allah Anwar akan bebas," sambung beliau.‎ -

Friday, November 7, 2014

BAPAK ROGOL ANAK SAMPAI BERANAK DUA !

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.

Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.


Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.


Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.


Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.


Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.


Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.Sinar


Ulasan

Pelik. Bapak ni dah tentulah setan. Emak, datuk, nenek, jiran, bahkan budak tu sendiri tak kan lah tak ada pengetahuan langsung sampai sempat beranak dua orang. Apa nak jadi masyarakat kita nih ?

Thursday, November 6, 2014

KATALAH APAPUN, HAKIKATNYA KITA HANYA ADA UMNO !

Mungkin ada yang kata ini retorik tapi retorikpun kita hanya ada UMNO. Aku tengok NGO Melayu yang ada, masing masing macam ada kepentingan peribadi.
Ada yang berjuang kononnya kemudian promosi firma guaman sendiri.

Ada jugak yang berjuang dalam masa yang sama dok perlekeh kerajaan seolah olah dialah juara orang Melayu. Melayu umumnya sedang berpecah belah. Kalau tak kerana itu aku tak fikir orang berani goncang tiang seri negara..



KUALA LUMPUR 6 Nov - UMNO akan terus menjadi sebuah parti teras menegakkan Islam dan Melayu dalam berhadapan ancaman dari dalam dan luar negara.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO sebagai parti kerajaan terbukti telah menjuarai beberapa isu yang berkaitan dengan Islam termasuk dalam mempertahankan kalimah Allah.

"Ramai orang Melayu takut bahawa hak-hak mereka, seperti yang termaktub di bawah Perkara 153, akan terjejas jika terdapat perubahan dalam bertindak. Saya ingin meyakinkan mereka bahawa UMNO akan terus mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.

"Kami mempunyai pendirian dan tidak akan terjejas," katanya semasa ditemubual dalam rancangan 'Soal Jawab' di TV3 malam tadi.

Beliau turut memberi jaminan bahawa UMNO akan sentiasa memelihara hak mutlak kaum bumiputera sebagaimana termaktub dalam perlembagaan walaupun berhadapan dengan pelbagai ancaman perkauman.

Katanya, isu perkauman yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini disebabkan penyalahgunaan  teknologi internet yang menjadi platform dalam menyebarkan isu yang berbentuk hasutan terhadap masyarakat di negara ini.

"Sebelum ini, anda tidak dapat mendengar orang mengeluh atau menyuarakan kebimbangan.

"Tetapi hari ini, ada Internet. Kita hidup dalam dunia tanpa sempadan, "katanya.

Mengenai langkah parti itu untuk memasukkan satu klausa Sunni - istilah "As-Sunnah Wal Jamaah" - untuk menggantikan perkataan "Islam" dalam perlembagaannya, Hishammuddin menjelaskan, ianya bertujuan bagi meningkatkan usaha-usaha untuk mempromosikan imej Islam dan untuk menghalang penyelewengan ajaran Islam oleh kumpulan sesat.

Tegasnya, langkah tersebut direalisasikan bagi mencegah penyebaran ajaran sesat di samping menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan prinsip agama yang cuba dikelirukan beberapa kumpulan militan termasuk 'Islamic State' (IS).

"IS telah menarik beribu-ribu mualaf dari negara-negara Barat untuk menyertai perjuangan mereka di Timur Tengah.

"Dunia sedang memerhatikan Malaysia dan UMNO untuk melihat pendekatan kami dalam menyampaikan Islam dan apa yang kita boleh lakukan untuk menggalakkan kesederhanaan," katanya.

Wednesday, November 5, 2014

JIN LARI MENDENGAR AZAN..SUBHANALLAH.

Tangan Rafiqin Muncul Lepas Azan

on TUESDAY, NOVEMBER 4, 2014 


“Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin Allah s.w.t.,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupa-rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Ketua Pemuda Umno Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar.

Mohd Johari merupakan individu pertama yang menemui menemui Ahmad Rafikin Azman kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari keempat sekitar jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam  6.40 petang. - AANS



Aku sangat bersimpati. Kita dapat rasa perasaan kaum keluarga arwah. Kita doakan kaum keluarga tabah menghadapi ujian besar ini. Moga Allah berikan kekuatan.

Namun ada pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini. Langkah keselamatan semasa mengadakan program perlu dipertingkat. Dan akhirnya kita terpaksa menyerahkan diri kepada Allah setelah buntu dan tidak berdaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...