Tuesday, June 1, 2010

Ada juga khabar gembira

Sepanjang minggu lalu aku rasa kebanyakan isu yang timbul dalam blog memeningkan kepala. Banyak perkara sebenarnya mencetuskan kerisauan. Hidup dalam risau ni sebenarnya kadangkala meletihkan kita.

Kepada pencinta bangsa, aku rasa ada dua peristiwa yang bagi aku memberikan keyakinan bahawa kita hakikatnya ada banyak ruang untuk cipta kejayaan khasnya dalam PRU 13.
Kedua dua peristiwa ini melibatkan Datuk Najib.

1. Cara Datuk Najib respon pandangan Tun Mahathir dalam isu rundingan dengan Singapura. Bila Tun M kata hanya sebahagian kecil sahaja yang selesai, Datuk Najib terus sambut dengan kenyataan bahawa memang dia perlu masa untuk selesaikan satu persatu. Memek muka dan suara langsung tak ada tanda kecewa atau marah.

2. Apabila Kongres Ekonomi Bumiputera merumuskan Model Ekonomi Baru ( MEB ) gagal dan anti Melayu sekali lagi Najib tunjuk jiwa besar dengan memberi jaminan akan mengkaji dan memperbaikinya sejajar dengan kehendak orang Melayu.

Kedua dua ' gerakbalas ' Najib tadi menggambarkan kebijaksanaan beliau dalam menangani sesuatu isu. Aku rasa orang Melayu bangga dengan contoh yang ditunjukkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...