AKU PERCAYA JUTAAN ANAK MUDA KASIH KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Aku tersentuh membaca komen udanggalah terhadap tulisan aku berkaitan Tun Mahathir. Komennya ringkas sangat tetapi aku yakin ianya lahir dari kehalusan pekerti kesan pendidikan ayah bondanya.
Katanya " DS Najib adalah permata yang digilap oleh Tun dan kini permata itu menghiasi cincin ".
Aku menyedari hakikat bahawa sebenarnya ada jutaan anak muda yang selama ini menjadi ' majoriti senyap' yang tidak banyak bersuara menyatakan pendirian.
Aku pun selalu berbual dengan anak anak muda yang rata rata mempunyai pendirian dan perasaan sama dengan udanggalah. Mereka memilih untuk tidak bersuara kerana mereka ' lemas berkonflik '. Mereka inginkan ketenangan.
Aku fikir dah sampai masanya untuk aku mengajak anak anak muda ini bangkit menyatakan pendirian. Masanya telah sampai untuk anak anak ini bangkit melontarkan pandangan.
Aku tidak mengharapkan mereka menjadi penyokong melulu tetapi jadilah pengkritik yang membina dan membangunkan anak bangsa.
Aku pun dah nampak , orang Cina dan India benar benar melatih anak anak muda mereka. Mereka mempersiapkan anak anak muda mereka untuk menjadi pemimpin. Manakala ada orang Melayu melatih anak anak muda untuk melihat sesuatu dengan perasaan benci dan prasangka.
Aku tahu ada anak anak yang belajar di Pusat Pengajian Tinggi tetapi mempunyai mentaliti rendah kerana ' perangkap benci' ini.
Aku berharap selepas ini ada anak muda yang sejiwa dengan udanggalah akan bangkit memberikan harapan kepada orang orang tua seperti aku.
Aku nak menyeru mereka menjadi 'pengikut' bukan sahaja kepada blog aku tetapi kepada pelbagai ' kaedah maya ' seperti yang diinginkan oleh DS Najib.
Dah sampai masa, kita kena tunjukkan bahawa kita sebenarnya ramai, jauh lebih ramai daripada ' musuh musuh negara ', insyaallah.
No comments:
Post a Comment