Sekali lagi kita dapat perbaharui kesedaran bahawa kuasa ALLAH tiada siapa atau apapun dapat mengatasinya. Kita boleh merancang dan berikhtiar tetapi hasil akhirnya adalah ketentuan ALLAH jua.
Hari ini aku terbaca kenyataan Khalid Samad dalam akhbar edaran PKR edisi terbaru. Khalid adalah antara JK PAS yang paling banyak bercakap.
Khalid mungkin tidak mempunyai sebarang niat apabila mengatakan bahawa Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali sebenarnya langsung tidak tahu menahu berkaitan serbuan JAIS ke sebuah gereja di Selangor.
Kalau Dr Hassan tau pasti beliau akan melarang serbuan JAIS sebaliknya akan membiarkan umat Islam dikristiankan.
Khalid juga menyebut bahawa Putrajaya yang arahkan supaya umat Islam diselamatkan dalam gereja tersebut.
Ulasan aku ialah mudah jer. Ini semua kehendak ALLAH. Korang yang bercakap tentang Islam pagi petang siang malan, bila ada cabaran terhadap Islam lari kelam kabut.
Kemudian, nampaknya PAS sendiri setuju dan iktiraf usaha UMNO pertahankan Umat Islam berbanding PAS yang hanya berebut nak bercakap.
5 comments:
umporno pertahan Islam kah kah kah. hoi luncai , perkasa sendiri tak mengaku umporno pertahan Islam.
Pertahan Islam apa? berpuluh ribu murtad selama lebih 50 tahun umno perintah. Apa umno buat? ada, tolak undang2 murtad yang pas bawa di parlimen
Anon,
Beribu murtad selama 50 tahun?
Namakan 100...
Pada Pandangan Saya:-
Murtadnya seseorang itu bukannya bergantung kepada betapa hebatnya penguatkuasaan undang-undang dunia.
Jika seseorang itu hendak murtad dia hanya perlu berniat dan melakukan perlanggaran syariah yang membawa kepada murtad.
Tetapi jika kita tahu ada gerakan yang hendak mencemar kesucian Islam, menghancurkan Islam dan memurtadkan pengikutnya dan kita pula bersengkongkol dengan pihak tersebut maka bertambah kuat lah gerakan tersebut.
UMNO tetap akan mempertahankan kesucian agama Islam walau apa cacian dan penghinaan yang dilontarkan. Ini adalah fakta.
memang fakta umno tolak undang2 murtad yang pas bawa
Pada Pandangan Saya:-
Mengapa wajar menggunakan undang-undang murtad yang PAS bawa????
Siapa PAS untuk menyediakan undang-undang murtad?????
Apa hebatnya undang-undang murtad PAS tersebut???????
Isu murtad tidak dapat dikawal dengan undang-undang dunia. kenapa??????????
Jika seseorang itu hendak murtad beliau hanya perlu berniat dan melanggar peraturan syariah berkaitan murtadnya seseorang itu.
Mulut sahaja kata Islam tetapi hatinya, keinginanya dan tindak-tanduknya kesemuanya menjurus ke arah kemurtadan maka apa yang boleh dibuat oleh undang-undang UMNO, undang-undang PAS,undang-undang KERAJAAN????
Soal akidah dan murtadnya seseorang itu hanya tuan punya badan dan Allah Yang Satu sahaja yang benar-benar mengetahui.
ORANG MURTAD HANYA AKAN MENDAPAT BALASANNYA DIAKHIRAT SAHAJA.
Post a Comment