Tuesday, June 4, 2013
KU NAN SUDAH SILAP !!
AKU FIKIR INILAH MENTALITINYA YANG AKAN MEGHUYUBKAN UMNO. TENGKU ADNAN TENGKU MANSUR SETIAUSAHA AGUNG UMNO MEMBALAS SEGALA KRITIKAN TERHADAP JENTERA PARTI DENGAN MENGATAKAN UMNO TIDAK KALAH. WAR ROOM TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN.
AKU TAK TAU ORANG LAIN. AKU PUNYA PANDANGAN BERBEZA.BILA ORANG KRITIK KHASNYA BLOGGER YANG SEBELUM PRU 13 MEMPERJUANGKAN UMNO, PATUTNYA PIMPINAN PARTI KENA BERLAPANG DADA.
KITA ADA LIMA TAHUN UNTUK BUAT PENAMBAHBAIKAN. UNTUK PERBAIKI SESUATU MAKA TENTULAH YANG TAK BETUL DIKENALPASTI, DIPERJELASKAN SEHINGGA KE AKARNYA..
TEGURAN OLEH SESIAPAPUN BUKAN NAK JATUHKAN UMNO, NAK LUKAKAN HATI DS NAJIB. YANG NAK ROSAKKAN UMNO IALAH ORANG YANG SENTIASA KATA ' OK ' PADAHAL IANYA TAK OK.
SESUATU YANG WAJIB UMNO SEDARI IALAH MENANG PRU 13 SEBAHAGIAN BESARNYA KERANA PESONA DS NAJIB SENDIRI.
KESUNGGUHAN NAJIB MENAWAN HATI ORANG . BR1M, TR1M,VAUCER STUDENTS SEMUANYA BUAH TANGAN NAJIB.
UMNO UMUMNYA TAK BEGITU BERKESAN. IZINKAN AKU BAGI CONTOH SIKIT. SEKTRITERIAT PENERANGAN PIMPINAN AHMAD MASLAN PADA AKU TAK NAMPAK BUAH TANGANNYA.
(CONTOH)AKU SECARA TAK SENGAJA PERNAH MASUK KURSUS PENCERAMAH UMNO MALAYSIA. KONSULTAN YANG KENDALI MANAKALA FASILITATORNYA BUDAK UNIVERSITI.
KAMI DIAJAR CARA BERCERAMAH, BAGAIMANA NAK WUJUDKAN ELEMEN KEJUTAN BAGI MENARIK AUDIEN, BAGAIMANA NAK GUNA ALAT BANTU DAN SEBAGAINYA.
BILA HABIS KURSUS AKU BOLEH BUAT KESIMPULAN. KONSULTAN INI TAK PERNAH TERLIBAT DENGAN UMNO. DIA TAK TAU CERAMAH UMNO BIASANYA DIBUAT DI RUMAH ORANG. KHALAYAKNYA 20/30 ORANG MAKCIK MAKCIK KAMPUNG YANG MEMANG SOKONG UMNO.
AHMAD MASLAN PUN SILAP SEBAB MENYANGKA CERAMAH AKAN MENAMBAH UNDI. CERAMAH DICERUK MANAPUN PATUTNYA MELAHIR TUKANG KEMPEN. MAKCIK LEHA BERCAKAP DENGAN ANAK. MAKCIK LIMAH PENGARUHI MENANTU.
BENDA MACAM INILAH PERLU TEGURAN DAN PENAMBAHBAIKAN. SALAHKAN KALAU DIKATAKAN AKADEMI UMNO JANDA BAIK TELAH GAGAL DAN PERLU DIPERBETULKAN FUNGSINYA?
ITU BARU SATU SEKRETARIET. LATIHAN? PELAJARAN? EKONOMI?
AKU TAK NAMPAK MEREKA INI BERPERANAN SELAIN KELIHATAN MACAM' BERBUAT SESUATU' DAN MEMUJI MUJI PM SELEPAS SETIAP KALI BERUCAP.
PRU13 KITA TAK BERAPA TAU CINA TOLAK KITA. PRU 14 KITA TAHU DENGAN JELAS BETAPA KITA BERSENDIRIAN, KITA HANYA BOLEH BERHARAP KEPADA KOMPONEN SABAH DAN SARAWAK.
MAKNANYA CABARAN SANGAT BESAR. CABARAN INI HANYA BOLEH DITANGANI DENGAN JIWA BESAR, BUKAN JIWA KECIL, MANJA YANG SENTIASA PERLU BELAIAN DAN PUJI PUJIAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment