Friday, September 6, 2013
MALANGNYA PEMAHAMAN MUHYIDDIN TAK MENYELURUH !
AKU MENONTON RANCANGAN WAWANCARA ( TV 3 ) YANG LALU, MENAMPILKAN TAN SERI MUHYIDDIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI YANG JUGA MENTERI PELAJARAN/PENDIDIKAN.
AKU MENGAGUMI PERANCANGAN KERAJAAN YANG PADA DASARNYA AMAT BAIK KE ARAH MEMACU NEGARA MENCAPAI PUNCAK PADA MASA HADAPAN.
TRANSFORMASI YANG DICADANGKAN DAN TELAHPUN MENJADI DASAR MEMANG AMAT BAIK UNTUK MEMPERSIAPKAN GENERASI BERKELAS DUNIA.
CUMA PADA KESEMPATAN INI AKU INGIN MENYUARAKAN PANDANGAN AKU. AKU NAK SENTUH SATU ASPEK SAJA IAITU MENGURANGKAN BEBAN GURU.
BILA BERCAKAP TENTANG BEBAN GURU, TAN SERI MENYEBUTKAN ANTARA LAIN ' MEMANG GURU TERPAKSA MENJADI GURU DISIPLIN, GURU SUKAN DAN SEBAGAINYA'.
TAN SERI SEBAGAI MENTERI SEBENARNYA TELAH TERSALAH TANGGAP. AKU TAK FIKIR GURU TERBEBAN SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN GURU SUKAN. INI MEMANG SEJAK DAHULU LAGI MENJADI SEBAHAGIAN DARI TUGAS GURU.
SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN, SEMUA GURU ADALAH GURU SUKAN, GURU KO KURIKULUM.
INI ADALAH HAKIKAT YANG BUKAN SAHAJA DITERIMA BAHKAN TELAH DILAKSANAKAN OLEH GURU.
BEBANAN GURU SEKARANG IALAH APABILA TERPAKSA MEMBUAT UJIAN SETIAP KALI SELESAI SETIAP ' KEMAHIRAN ATAU TAJUK'DAN MELAPORKAN KEPUTUSANNYA MELALUI INTERNET.
SELAGI LAPORAN TAK DIBUAT GURU DIANGGAP TIDAK MENJALANKAN TUGAS.
MASALAHNYA DI SEMUA SEKOLAH MASALAH YANG SAMA DIALAMI.TIDAK BOLEH ' MENGAKSES/ MASUK ' KE LAMAN LAMAN YANG DITENTUKAN KERANA KUALITI PERKHIDMATAN INTERNET YANG SANGAT RENDAH.
KEMUDIAN, LAPORAN YANG SAMA TERPAKSA DIHANTAR KE PELBAGAI BAHAGIAN DI KEMENTERIAN, JABATAN DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH. OLEH KERANA FORMAT BERBEZA MAKA GURU TERPAKSA MENAIP SEBANYAK TIGA KALI.
GURU JUGA TERPAKSA MELAKUKAN SEMUA TUGASAN INI DI RUMAH KERANA TIDAK CUKUP MASA DI SEKOLAH.
KEBANYAKAN SEKOLAH AKAN BERAKHIR PADA PUKUL TIGA PETANG. OLEH KERANA 'TEKANAN ' KEMENTERIAN UNTUK PASTIKAN PRESTASI MENINGKAT MAKA SEKOLAH AKAN MENGADAKAN KELAS TAMBAHAN. KEBANYAKAN GURU HAKIKATNYA BEKERJA MULAI TUJUH PAGI DAN AKAN SAMPAI KE RUMAH ( JIKA BERHAMPIRAN SEKOLAH ) SEKITAR ENAM PETANG.
INI BARANGKALI SESUATU YANG TIDAK DIBINCANGKAN DALAM PULUHAN ' PERSIDANGAN MEJA BULAT ' SEPERTI YANG TAN SERI SEBUTKAN.
JADI AKU INGIN MENYATAKAN BAHAWA JIKA GURU DIDAPATI LEBIH CONDONG KEPADA PEMBANGKANG, MAKA ELOKLAH TAN SERI BERTANYA ' DI SEBALIK SEGALA TAMBAHAN TANGGUNGJAWAB INI, DI MANAKAH TAMBAHAN KEBAJIKAN UNTUK GURU ? '
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment