Thursday, September 9, 2010

DAH MEMANG LAKI BINI..BEGITULAH.

Masa aku dekat dekat nak kahwin dulu, bapak aku panggil aku mengadapnya. Masa tu aku dengan bapak aku berdua je. Gementar aku Tuhan je yang tahu. Macam macam bapak aku berpesan dan bagi nasihat. Termasuk hal hal yang sulit. Nak tahan lama, main bagi sedap dan banyak lagi.

Jadi aku tak heran bila ramai orang kata sex mesti dijadikan sebahagian daripada pendidikan. Semua ini supaya kita tidak lakukan benda benda yang dilarang dalam sex. Lubang hidung, lubang telinga dan lubang yang berjiran dengan qubul tu , jauhkan sama sekali. Itu khusus untuk berak je.

Jauh lebih penting daripada itu ialah pesanan bapak aku tentang perkongsian hidup. Pengorbanan dan kesabaran mesti tinggi. Kalau susah sama susah, manakala senang pula dinikmati bersama. Semakin kuat kita berkongsi laki bini makin kukuh cinta kasih kita.

Alhamdulillah, itulah yang praktikkan sampai sekarang. Sederhana tapi bahagia aku laki bini. Aku cerita semua ini bukan untuk dedahkan kisah aku. Tapi aku mohon pada kawan kawan supaya memahami dan tidak menghukum. Jauhkan dari segala buruk sangka.

Bukan sesuatu yang luar biasa. Bukan sesuatu yang pelik bahkan memang begitulah patutnya. Jangan masa seronok je bersama, masa susah dibiarkan sendirian. Bukan mudah Azmin nak memenangi kerusi Timbalan Presiden. Bukan kecik anak Zaid tu. Duit melambak. Bakat ada sedikit sebanyak. Maknanya Zaid ada pakej untuk jadi Timbalan Presiden. Inilah masanya Anwar kena buktikan bahawa laki bini memang kena bersama masa susah dan senang.Inilah masanya Anwar kena tunjukkan makna perkongsian hidup yang sebenarnya. Jadi jangan salah Anwar. Dah memang tepat apa yang dia buat tu. Kita tunggu je hasilnya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...