Sunday, September 12, 2010

TERANIAYAKE KITA ?


Sewaktu cuti Raya baru ni aku berpeluang jumpa rakan rakan lama. Ada yang dah 20 tahun aku tak jumpa. Ada yang 30 tahun. Ramai juga yang lepas sekolah terus hilang. Muncul dah jadi jutawan. Alhamdulillah.

Ada juga rakan rakan yang dah pergi mengadap Tuhan. Kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Tak ada seorangpun mati kerana tak cukup makan. Macam di Indonesia yang sibuk bercakap soal kedaulatan tu. Kebanyakannya mati kerana terlebih makan. Maaflah..bukan niat aku nak permainkan soal hidup mati, tapi inilah hakikatnya.

Korang tengok lebuhraya. Berjuta kereta sepanjang masa. Hampir tak ada kereta buruk. Di kampung ada rumah tak cukup halaman nak parking kereta. Yang malangnya termasuk rumah Tok Guru Tok Guru PAS , Pencacai pencacaipun bukan main hebat lagi bila anak anak pakat balik.

Apa makna semua ni. Maknanya negara kita amat makmur. Rakyat bebas membina kehidupan.Berusahalah, insyaallah kita akan capai apa yang kita nak. Hebat sangatke kita? Tak.
Yang hebat adalah kerajaan. Kerajaan BN yang mentadbir negara dengan bijak. Memberi pelajaran dan menyediakan peluang pekerjaan.

Jadi apa logiknya kalau puak PAS,DAP dan PKR kata kerajaan zalim. Mana bukti yang kata rakyat dianiaya ? Tak ada. Jadi aku nak menyeru kepada anak muda yang baru nak hidup ni, sementara korang memandu balik ke kota melalui lebuhraya yang disediakan kerajaan berfikirlah, bukan semua kerajaan buat macam apa yang kerajaan kita buat. Jangan kerana hasutan ' syaitan' korang suka suka nak tukar kerajaan Menyesal tiada gunanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...