Tuesday, April 29, 2014

GEMPAR !!! YUSRI KRU DAN LISA SURIHANI BERPISAH JUA !!

Telah melayari bahtera rumah tangga selama dua tahun bersama Yusry Abdul Halim ternyata kesibukan dalam tuntutan tugas sebagai artis membuatkan pasangan ini terpaksa ‘berpisah’.



Sekurang-kurangnya buat ketika ini, kata Lisa Surihani. Masakan tidak, kalau Yusry sibuk dengan kerja-kerja produksinya, Lisa juga tidak menang tangan dengan aktiviti seni.

Terbaru Lisa yang dipilih sebagai hos HBO Sentral dalam Bahasa Melayu sedang menjalani penggambaran filem muzikal, Sinaran arahan Osman Ali di Singapura.

“Saya memang agak sibuk ketika ini, memang agak sukar untuk berjumpa dengan Yusry kerana dia pun sibuk dengan urusan pasca produksi filem terbarunya, Cicakman 3.

“Kami berdua sibuk dengan tugasan masing-masing tapi saya tidak mahu mengeluh kerana industri ini adalah punca rezeki kami," ujarnya.

Namun Lisa memberitahu dia amat bertuah kerana mendapat suami yang bukan sahaja memahami tetapi juga amat mengambil berat terhadap dirinya.

“Walaupun sibuk Yusry tetap mencari masa berjumpa saya. Kalau sempat dia pergi ke Singapura untuk menjenguk saya. Walaupun jauh tanggungjawab dia sebagai suami tetap juga ditunaikan.

“Alhamdulillah saya dapat suami yang memahami. Keluarga baginya adalah perkara yang perlu diutamakan walau sesibuk manapun keadaannya," jelas Lisa lagi.

Diusik perihal soal anak selepas dua tahun melayari alam rumah tangga, Lisa seolah-olah mengelak daripada menjawab persoalan tersebut.

Bukan kurang senang tetapi bagi dirinya adalah lebih baik bercerita tentang kisah kerjaya berbanding peribadi.

“Bukan tidak mahu menjawab tapi sudah cukup rasanya cerita-cerita ini dikeluarkan sebelum ini, banyak sangat cerita hal ini nanti orang akan bosan nanti.- Sumber, kita doakan kebahagian mereka yer...

Sunday, April 27, 2014

HISHAMUDDIN MAKAN DENGAN OBAMA ? BIAR BETUL !!

Nuar Brahim pecah kepala baca catatan kawan aku nih! Macamana Obama boleh makan dengan Hishamuddin pulak, padahal Nuar dok heboh mintak nak jumpa Obama. Pengiktirafan bukan boleh dipaksa. Dia datang sendiri. Aku dengar Obama kagum keupayaan Hishamuddin meminpin pasukannya dalam usaha SAR MH 370. 

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini. 

Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengahari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan.Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini. 

Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengahari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan.Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.


                                                                                 Saling mengenali...

Tuesday, April 22, 2014

MENTERI MAIN BULU ?

Respeklah aku kat Adnan Satem. Cakapnya tak banyak tapi tindakannya jelas dan tegas. Biar orang nak kata apapun tak pe, asalkan keharmonian masyarakat tidak terjejas. Puak Puak Pakatan ni datangnya bermusim, dua tiga jam buat tohmahan dan fitnah kemudian balik. Kerosakan yang berlaku tidak mereka hiraukan...Kalaulah Najib ada kekuatan macam ini....

Pemimpin PKR Sarawak hari ini mengecam tindakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem (bawah) ekoran larangan terbaru memasuki negeri itu yang dikenakan terhadap pengarah strateginya Rafizi Ramli.

Mereka mendakwa Adenan mengamalkan pilih bulu tetapi dalam masa yang sama didakwa membiarkan pelampau kaum dan agama memasuki Bumi Kenyalang itu.

Rafizi tiba pada jam 6.20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang 30 minit kemudian oleh pegawai Jabatan Imigresen.

Larangan itu yang kedua terhadap pemimpin muda popular PKR itu.

Minggu lalu, semasa kempen pilihan raya kecil Balingian, beliau menghadapi larangan sama bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Larangan terhadap Zuraida ditarik balik ketika beliau tiba di Kuching pada Sabtu, tetapi tidak buat Rafizi.

“Jelas sekali, Adenan mengamalkan pilih kasih, dan apa yang dilakukannyanya bersifat politik,” kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

“Dia nampaknya lebih gugup berdepan pemimpin PKR berbanding bekas ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud.”

Sumber.

Saturday, April 19, 2014

ARTIS LUPA PAKAI BRA...?

Saturday, April 19, 2014


uqash

Uqasha Senrose Lupa Pakai Bra Sehingga Nampak Puting?

    April 19, 2014

0
 
22
 
0
 
 
Ingatkan selebriti Hollywood sahaja yang berani tampil berfesyen tanpa memakai bra, namun tak disangka-sangka aktres muda, Uqasha Senrose, 22, turut mempunyai minat yang sama.
Tak tahulah pulak kalau Uqasha memang lupa nak pakai bra ke kan.
Menerusi gaun berwarna merah jambu yang dipakainya ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini, sesuatu terjojol kelihatan pada tubuh pelakon tersebut.
Namun, dari pemerhatian penulis, itu juga mungkin merupakan lipatan ataupun jahitan di bahagian baju tersebut, cuma kebetulannya terletak di situ, sekali gus menimbulkan tanggapan nakal pada sesetengah peminat yang melihat penampilan Uqasha ini.-MYNEWSHUB.MY
uqash
uqashh
Oleh: AUDREY LEE
TK- Sumber....

Friday, April 18, 2014

KITA TUNGGU APA KATA NIK AZIZ..ATAU TAK TERKATA APA APA KOT ?


Aziz Bari: Kelantan masih keliru isu hudud


Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mendakwa PAS "keliru dan tidak jelas" berkaitan bidang kuasa dan cara pelaksanaan hudud di negeri itu ekoran hasrat mereka mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian berkaitannya di Dewan Rakyat.

Katanya lagi, kenyataan pemimpinnya, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan exco Kelantan Dr Fadzli Hassan juga tidak membantu menjelaskan perkara itu.

"Kalau PAS Kelantan kata ini kuasa pusat - sebagaimana yang didakwa oleh Dr Fadzli - kenapa mereka luluskan enakmen itu pada 1993? Kalau dah sedar itu bukan kuasa negeri mengapa buat undang-undang itu?

"Saya tahu mereka akan jawab ini soal akidah dan tanggungjawab. Soalan saya kenapa hal itu tidak pernah dijelaskan? Ini yang saya kata Kelantan gagal merangka rangka dasar dan hala tuju untuk pelaksanaan hukum hudud ini.

"Pelik. Seperti yang saya katakan tadi kalau dah tahu awak tak ada kuasa apa yang awak buat benda itu?” soal ahli akademik itu dalam e-mel balasan kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya berhubung tindakan Kelantan mahu membawa rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat.

Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Selangor (Unisel) berkata beliau sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dan menawarkan diri untuk membantu tetapi dipandang sepi.

'OK bila sampai Putrajaya'

Beliau sebaliknya berpandangan pelaksanaan hudud boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan PAS perlu bersabar serta menjelas implikasi undang-undang dan politik daripada isu ini.

"Tapi mungkin kerajaan Kelantan ketandusan isu dan parti tertekan kerana gagal menjelaskan isu ini kepada ahli-ahli. Ini pun pelik juga. Kalau ahli sendiri pun tak boleh kawal, nak menang macam mana?" sindir Abdul Aziz.

Sementara itu, beliau juga turut mempersoal mengapa Umno sebagai parti kerajaan tidak membentang rang undang-undang persendirian itu atau parti itu dianggap masih belum mengubah sikap tidak mahu melaksanakan hudud seperti dimaklumi.

"Dengan kata lain Umno hanya buat gimik dan mahu PAS bergaduh dengan DAP dan PKR atau isu ini.

"Dan nasib tak baik PAS akan hilang banyak kerusi di luar Kelantan kerana insiden ini menampakkan yang PAS sanggup tikam dari belakang," katanya.
Kalaulah yang bercakap ini pemimpin UMNO atau Tun Mahathir, dah tentu kena tuduh KAFIR punya. Tapi yang bercakap geng dia dan selama ini dilambung lambung, dilonjak lonjak. Kita tunggulah...
 

Friday, April 11, 2014

IDEA GILA BABI YANG JADI IKUTAN ORANG GILA BABI !! KAH ! KAH ! KAH !

Muhammad Shafie DAP dan budak budak PAS dan PKR  kata ada 'kaitan' dengan UMNO. Maka tak boleh wakili Kerajaan UMNO. Karpal Singh anak beranak, Hanifa Maidin, Lateefa Koya macai Pakatan boleh bahkan wajib wakili Anwar Ibrahim.

Idea dan pemikiran apa ini ? Idea dan pemikiran orang gila babilah !! Kah ! Kah ! Kah !


Lim: AG upah 'pejuang' hancurkan Karpal, DAP?


Mengupah peguam yang mempunyai kaitan dengan Umno bagi mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) menentang DAP menunjukkan niat politik untuk menghancurkan DAP, kata Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng.

Lim mempersoal sama ada Jabatan Peguam Negara telah kekurangan peguam yang profesional dan cekap sehingga perlu mengupah “pejuang” untuk mendiamkan musuh politik BN.

"Mengupah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) sebagai isyarat BN sedang berhempas pulas untuk menghapuskan bukan sahaja Karpal Singh, tetapi juga DAP," kata Lim dalam kenyataan.

Pejabat AG turut menggunakan Shafee untuk mendakwa, bagi pihak mereka, dalam kes kontroversi Liwat II terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Baca berita penuh]
 

Thursday, April 10, 2014

SEBENARNYA MAHFUZ CAKAP APA ?





Itulah..aku kata Mahfuz bodoh korang tak berapa percaya.

Aku malas nak jawab apa Mahfuz kata, sebab malas nak hujah dengan orang bodoh !

AKTOR HANYA PAKAI BOXER SEMASA SERBUAN !

[Mstar] PETALING JAYA: Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi, 30, berkata, ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya.

Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Selasa.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Terdahulu Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok kelihatan tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah.

Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan. -8/4/14

p/s   - Lakonan suam suam kuku jer...tapi hidup macam bintang Hollywood kan...


Tuesday, April 8, 2014

MH370 : SAMBIL KITA TERUS BERDOA, JANGAN LUPA INI YER...



Anwar...anwar...dah nak ke dalampun tipu lagi.

Nanti sape nak jaga Wan Azizah ?

Saturday, April 5, 2014

AKU DAH LAMA TUNGGU BENDA NI !


Salah satu sebab mengapa kadang kala kita hilang wibawa ialah kerana lembut dan budiman kita. Aku harap ini adalah permulaan kepada ketegasan Kerajaan DS Najib. ( Baca laporan Malaysiakini )

PM: AirAsia perlu pindah Ke KLIA2 pada 9 Mei

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia perlu berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun kerajaan menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia mendengar dan berbincang dengan mereka sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung perpindahan itu.
  
"Sebagai sebuah kerajaan kita perlu meneliti apa sebab kalau ada perkara yang mereka (AirAsia) fikir keberatan untuk berpindah tetapi yang saya mahu tekankan adalah dialog mereka dengan pihak kerajaan iaitu MAHB untuk mencari penyelesaian di atas kepentingan bersama.
  
"Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu dilihat macam 'arrogant statement' (kenyataan berbaur angkuh) tapi kalau mereka kata mereka ada sebab dan mereka mahu berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu adalah lebih sesuai lagi," katanya.
  
Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemain-pemain industri Malaysia dan Vietnam, di Hanoi hari ini.

Najib berada di Hanoi dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam yang berakhir hari ini.
  
Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan syarikat penerbangan itu baru-baru ini yang enggan berpindah ke KLIA2 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), ekoran kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di KLIA2.
  
Perdana Menteri berkata sepatutnya syarikat itu perlu mengemukakan sebarang kemusykilan dan masalah mereka tentang perpindahan itu pada peringkat awal dan bukannya pada peringkat yang mana KLIA2 sudah siap.
  
"Sekarang KLIA2 dah hampir siap, kita tidak boleh berpatah balik dan mereka (AirAsia) tidak boleh mengatakan 'kita tidak mahu berpindah' kerana mereka perlu berpindah ke sana," katanya.
  
Najib berkata kerajaan telah pun melantik jururunding bebas iaitu Ikram Premier Consulting untuk menilai tahap keselamatan KLIA2, dan apabila jururunding berkenaan telah membuat keputusan secara objektif, maka semua pihak perlu menerima.
  
- Bernama
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...