Monday, March 29, 2010

Siapapun menang, sama saja

Semalam terjawablah teka teki siapa yang bakal menerajui MCA. Seperti yang aku duga , Chua Soi Lek berjaya kalahkan 2 orang calon lain. Walaupun kecil majoritinya ia tetap juga menggambarkan kemenangan. Cuma yang aku nak ajak korang fikirkan ialah siapapun yang menerajui MCA sebenmarnya tidak akan mengubah apa apapun.

Percayalah kepada aku bahawa MCA tetap juga akan menjadi pendesak kepada kerajaan. Minta macam macam tapi dalam masa yang sama mengundi pembangkang. Mereka nak gambarkan UMNO sebenarnya lemah sehinggalah semua hajat mereka dipenuhi.

Sejak PRU aku tak pernah percaya kepada MCA ni. Dia dengan DAP sama je. Tengoklah di Penang. Pernahke korang dengar pemimpin MCA bantai DAP ? Pilihanraya kecil, ada korang nampak MCA bertungkus lumus nak menangkan calon BN. Tengoklah di Bukit Gantang dulu. Semua undi Cina pergi kepada Nizar bukan calon UMNO.

Jadi kesimpulan aku ialah, siapapun menang tak ada maknanya kepada kita. Baiklah kita kuatkan diri kita demi agama, bangsa dan tanahair tercinta ini. MCA tetap juga akan problem selepas ini sebab dia tak nak bagi komitmen kepada BN, biar BN kalah lagi kemudian tuding jari kepada UMNO . Selepas itu minta lagi macam macam. Orang Melayu akhirnya bosan sokong pulak PAS. Siapa untung ? Cina. Orang Melayu jadi barua yang hina.Fikirkanlah

Alahai Nik Aziz

Tanpa angin tanpa ribut tiba tiba orang tua ni buat kenyataan. Nik Aziz kata dia akan rasa bahagia jika tidak dilantik lagi sebagai Mursyidul Am PAS. Katanya dan tak kuat. Selalu tak hadir mesyuarat. Sebenarnya korang tau tak, memang ada banyak usaha dalam PAS dan buang Nik Aziz. Merapu, nyanyuk. Macam mana nak bagi nasihat.

Nik Aziz kata nak bagi tumpuan kepada Kelantan. Di Kelantan lagi kuat usaha nak buang orang tua ni. Husam dah geli tapak kaki nak jadi MB. Macam macam benda Nik Aziz buat sebenarnya merosakkkan akidah orang Islam. Nik Aziz arahkan puak puak tertentu sebarkan kehebatannya. Ada orang bertugas untuk ceritakan ' keluarbiasaan' Nik Aziz.

Korang bayangkan, sekarang ni orang sampai ke peringkat menyusun botol botol air di laluan Nik Aziz. Airnya kena angin NIk Aziz je terus jadi penawar. Nik Aziz tahu benda ni. Dia tak larang pun sebab dia sendiri suka sangat pemujaan yang sebegitu rupa. Yang malangnya umat Melayu yang memuja Nik AZiz ni.

Jahil benar golongan ni. Rasullullah sendiri semasa nak menolong orang mengangkat tangan berdoa. Mana ada pakai lalu je, jadi ubat. Jadi benda benda inilah yang sebenarnya menjadi beban kepada PAS. Dahlah sponsor mereka pun tengah gelabah, mursyidul pulak dah ngarut, maknanya PAS pun tengah gali kubur nampaknya.

Monday, March 22, 2010

Kasihan Ahmad Hairani..

Korang ingatke Ahmad Hairani? Ahmad Hairani ni orang terpelajar. Segak. Macam Saiful Bukhari Azlan
Putih orangnya. Satu masa dia ni menggemparkan negara. Ahmad Hairani buat pengakuan dan bertaubat.
Ahmad Hairani mengaku dia ada hubungan sulit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada aku, Ahmad Hairani ni orang mulia. Sanggup mengaku dan bertaubat walaupun dipaksa oleh isteri dan kaum keluarga. Tekanan , rasa malu dan rasa bersalah menyebabkan Ahmad Hairani kadang kadang sakit termasuk mengalami gangguan mental. Aku tabik Ahmad Hairani. Semoga ALLAH menerima taubatnya.

Yang aku rasa malu sangat, hina sangat ialah ustaz tempat Ahmad Hairani ni mengadu. Ustaz tempat Ahmad Hairani belajar cara bertaubat. Ustaz Taib Azamudin, AJK PAS Pusat. Kononnya ulamak. Bangunlah ustaz. Jangan kerana jaga kedudukan dan darjat ustaz sanggup mendiamkan diri. Kalau ustaz sanggup mendedahkan kebenaran ini , aku percaya belang Anwar Ibrahim akan terdedah. Tak payah lagi orang Islam berpecah belah.

Jangan kerana politik ustaz sanggup melihat keruntuhan sebuah tamadun yang lama terbina. Melayu Islam ini satu tamadun. Pergilah mana manapun. Hanya di Malaysia sahaja tamadun ini terbina. Fikirlah nasib Ahmad Hairani. Fikir juga balasan ALLAH kepada ustaz kerana menyembunyikan kebenaran ini. Jangan gadai agama dengan harga yang amat murah. Ustaz jangan hanya mengajar orang bertaubat, ustaz juga kena bertaubat.

Thursday, March 18, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...