Monday, December 14, 2015

SOMBONGNYA NAZIR..

Kuala Lumpur – EXCO Pemuda UMNO,  Nazir Husin Akhbar Hussin menyelar kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar yang menyifatkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang menteri yang sombong dan bongkak.

Nazir melalui laman Facebooknya mempertahankan Ismail Sabri berkata, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu sebenarnya yang tidak disukai kerana sombong, bongkak dan tidak tahu menghormati orang lain.

Menurut Nazir lagi kenyataan itu berdasarkan pengalamannya ketika Syed Hamid menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Pengalaman saya sendiri sewaktu Tan Sri Syed Hamid Menteri KDN. Habis dia gaduh dengan semua pegawai dan bagaimana dia mendongak langit dan menyombong,” tulisnya di Facebook.

Nazir Husin turut mempersoalkan sumbangan yang diberikan Syed Hamid sepanjang beliau menjadi menteri.

“Pada saya, Tan Sri patut duduk rumah jaga cucu. Dah tak perlu la sibuk-sibuk nak pegang apa-apa jawatan dan tak perlu nak mengata menteri lain tak betul.

“Satu jari awak menuding kepada orang lain empat lagi masih menuding pada awak semula . Tak perlu komen, cukup saya katakan, saya lagi meluat dengan komen awak Tan Sri. Patut dah berumur tu patut lebih matang dan bijak mengawal emosi bukannya nak sentap. Buang la ego tu meluat orang muda tengok,” tulisnya.

Nazir Husin berkata, berbanding Syed Hamid, Ismail Sabri seorang yang peramah dan mudah didekati semua lapisan masyarakat, mendengar pandangan serta mahu memperjuangkan isu anak-anak muda, ekonomi bangsa Melayu dan sedia turun padang berjumpa rakyat.

SuaraTV sebelum ini melaporkan kenyataan Syed Hamid yang marah dengan tindakan Ismail Sabri didakwa bersikap kurang ajar dan sombong.

Beliau ketika dihubungi SuaraTV semalam menyifatkan tindakan Ismail Sabri itu akan mengundang rasa benci masyarakat terhadap kerajaan.

Menurutnya insiden tersebut bermula apabila beliau cuba menerangkan isu kenaikan harga yang melibatkan pengangkutan awam kepada Ismail yang juga merupakan ahli majlis tertinggi UMNO.

“Pada mulanya saya tidak ingin menyebut sebarang nama, tapi kejadian tersebut perlu dihebahkan kepada orang ramai.

“Bila saya cuba maklumkan mengenai perkara tersebut (kenaikan harga adalah merupakan keputusan kabinet), dia (Ismail) terus menjawab ‘Tak, saya menteri kabinet saya tahu dan kita (mesyuarat kabinet) tidak pernah membincangkan mengenainya’.

“Lepas cakap macam tu, dia terus beredar pergi tanpa menunggu sebarang penjelasan daripada saya” ujar Syed Hamid lagi ketika menerangkan mengenai insiden yang berlaku selepas solat Jumaat di PWTC semalam.

Tidak cukup dengan itu, beliau kemudiannya memuat naik status di Facebooknya.

“Kalau saya jadi pengundi, saya tidak mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan sahaja. malu kerajaan sahaja. Pada hal masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun,” tulis Syed Hamid.




Ulasan

Aku tak berapa kenal sangat Nazir ni. Maklumat yang aku ada beliau adalah antara Exco Pemuda yang paling berjaya dalam perniagaan. Selain daripada itu aku tak dengar apa apa. Cuma bila kenyataan sebegini lahir daripada seorang Exco Pemuda, aku rasa eloklah sesuatu dilakukan.
Baguslah mempertahankan pemimpin yang kita hormat tapi aku tak fikir beliau layak menghentam bekas pemimpin yang sedikit sebanyak mempunyai jasa kepada kita.

Kenyataan Nazir keras dan kasar. Ini jugak antara perkara yang menyebabkan orang menyampah dengan UMNO. Ini jugak sombong dan bongkak...

Eloklah muhasabah. Masa depan masih panjang..


Saturday, November 14, 2015

BOLASEPAK !

Mari kita cakap pasal bola pulak.
Pertamanya aku bukan pemain bolasepak, tapi sejak lahir sampai sekarang hari hari aku dengar orang cakap pasal bola.

Aku nak komen pasal situasi bolasepak Malaysia.

1. Malaysia tak pernah jadi juara dunia. 
2. Malaysia sejak dahulu kala suam suam kuku je dalam sukan bola ni.
3. Tak de tanda Malaysia akan jadi juara dunia dalam tempoh terdekat.
4. Malaysia bukan nama besarpun dalam bolasepak.
5. Kalau dulu kita ada Mokhtar Dahari, sekarang kita tak ada tokoh.

Cadangan aku.

1. Anggap bolasepak sukan tiada masa depan.
2. Usah buang banyak duit dan masa untuk bola sepak.
3. Hidup sukan lain yang lebih berpotensi.
4. Tukar semua pemain kebangsaan, semua.
5.  Cari jurulatih baru, orang muda. Sebaiknya yang sedang melatih pasukan sekolah yg bagus2.

Tidak ada kaitan sebenarnya kualiti pasukan dengan FAM. FAM bukan mainpun. Kena berani buat perubahan. Kalau tidak, kita jadi bahan lawak sampai bila bila.

Tuesday, November 3, 2015

INI KESEDARAN BARU PAS.

KUALA LUMPUR – Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan niat DAP untuk merampas tampuk pentadbiran kerajaan Malaysia daripada kaum Melayu dengan memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, DAP turut merangka strategi tersebut dengan memperkudakan beberapa individu atau tokoh Melayu yang menyertai DAP semasa kewujudan Pakatan Rakyat.
“Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui Pakatan Rakyat iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam.
“Pendekatan mereka (DAP) dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama,” dedahnya dalam satu kenyataan semalam.
DAP pada Ogos lalu mengumumkan Pakatan Rakyat telah berkubur dan membentuk satu gabungan baharu parti pembangkang bersama-sama PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).
Mohd. Zuhdi dalam pada itu mendedahkan kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati pemimpin DAP kini semakin rakus dan ghairah untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi Pakatan Harapan.
Menurutnya, DAP turut menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam dan mengobarkan sentimen anti Melayu untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam.
“Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka.
“PPP yakin pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini,” katanya. –
MyNewsHub

Tuesday, October 6, 2015

UNDI TAK PERCAYA PASTI BERLAKU.

Undi tak percaya pasti akan berlaku. Yang menariknya ia tidak berlaku terhadap DS Najib seperti yang Macai riuh rendah tapi berlaku kepada Wan Azizah, Presiden PKR. Kita tunggulah. Aku jangka tak lama lagi je.

KUALA LUMPUR 5 Okt - Sekumpulan pemimpin kanan PKR didakwa membentuk kartel bagi merancang komplot untuk menggulingkan Presiden parti tersebut, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, komplot itu dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan pembangkang baharu pada 22 September lalu.

Menurut beliau, kartel tersebut seterusnya mengambil kesempatan dengan melancarkan petisyen agar mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR diadakan dengan agenda untuk menarik balik penyertaan parti tersebut daripada pakatan pembangkang baharu.

“Ini ialah ‘coup d’etat’ (rampasan kuasa). Ini ialah usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel berkenaan ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.

“Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan ‘u-turn’ dalam usaha pakatan pembangkang, di mana Wan Azizah hendak letak muka?” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau (http://chegubard.blogspot.my).

Dalam laman blog tersebut, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut menyenaraikan nama 25 pemimpin PKR yang didakwa terlibat dengan kartel menggulingkan Wan Azizah.

PKR akan mengadakan Kongres Nasional Tahunan di Shah Alam, Selangor pada 30 Oktober dan 1 November ini.

Badrul Hisham menambah, kartel berkenaan sedang dalam usaha untuk bersatu dengan kumpulan-kumpulan kecil dalam PKR yang kecewa dengan keangkuhan Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli.

Beliau memberitahu, pasukan yang bakal dibentuk itu agak besar dan akan memberi cabaran kepada Wan Azizah.

“Kepada Wan Azizah, belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tetapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja,” jelasnya.

Saturday, September 26, 2015

KERANA SEX, PUTERA RAJA DITANGKAP !

LOS ANGELES – Seorang Putera Raja Arab Saudi ditahan pihak berkuasa di Los Angeles kerana didakwa memaksa seorang wanita melakukan seks oral ke atasnya di sebuah rumah agam di Beverly Hills.

Putera Majed Abdulaziz Al-Saud ditahan pada Rabu, kata Pegawai Polis Los Angeles Drake Madison.

Menurutnya, kerabat Diraja Arab berusia 28 tahun itu telah ditahan selama satu malam dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$300,000 (268,000 euro).

Saksi mendakwa ternampak seorang  wanita dalam keadaan berdarah  menjerit meminta pertolongan disebalik tembok rumah agam berkenaan sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.

Putera Raja bermasalah itu sebelum ini pernah ditahan kerana kesalahan jenayah lain.

Jika disabit kesalahan, Majed  boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan denda AS$10,000. – mstar

Saturday, September 19, 2015

JANGAN CABAR SANGAT !

Dah lama aku tunggu ucapan PM yang macam ini. Ini nada Najib masa beliau Ketua Pemuda. Jelas dan tegas.Tiada ketakutan. Aku harap orang UMNO akan sambut semangat ini dengan kerja kuat menambah pengundi.

Lepas ini tak payah harap Pemuda UMNO menyatakan pendirian setegas ini. Mari kita anggap Pemuda dah hilang upaya. Kita berikan sokongan sepenuhnya kepada DS Najib, pemimpin Orang Melayu.


KUALA LUMPUR 18 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran supaya jangan sengaja mencarik maruah bangsa Melayu di negara ini.

Najib berkata, keamanan dalam negara yang dikecapi selama ini adalah kerana sikap adil dan bertimbang-rasa kaum Melayu terhadap bangsa lain di negara ini.

"Kita menghormati kaum-kaum lain, tapi jangan lupa, orang melayu juga ada perasaan, orang melayu juga ada hadnya. Kalau orang lain hormat kepada orang melayu, orang melayu akan hormat kepada orang lain.

"Kita hidup dalam sebuah negara yang semakin hari semakin aman dan semakin makmur sebab orang Melayu sentiasa bertimbang-rasa kepada orang lain, orang Melayu bersikap adil dari dulu sampai sekarang, dia adil sesamanya dan adil dengan kaum yang lain.

"Ini orang Melayu, tapi jangan carik-carik maruah orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Himpunan Silat Pesaka Merdeka di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan, himpunan yang berjaya diadakan pada Rabu lalu juga merupakan mesej jelas agar setiap kaum di negara ini menghormati antara satu sama lain.

Katanya, selain itu himpunan itu jelas memberi peringatan bahawa kerajaan pada hari ini tidak boleh sewenang-wenangnya ditumbangkan melalui demonstrasi jalanan.

"Kerajaan pada hari ini telah dipilih oleh rakyat dan proses demokrasi mesti berjalan.

"Kerajaan tidak boleh ditukar melalui demonstrasi jalan, kerajaan yang ada pada hari ini jangan orang fikir tiada sokongan," ujarnya.

Wednesday, September 16, 2015

LAGI CUBAAN LAGAKAN INSTITUSI RAJA DENGAN UMNO.

Raja Zarith Sofiah: Titah palsu, tolong sebarkan

Raja Zarith Sofiah: Titah palsu, tolong sebarkan
Salinan paparan perkongsian di laman Facebook.
PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dalam satu kenyataan mengesahkan petikan titah yang dikaitkan dengan Sultan Johor sebelum ini adalah fitnah.

Melalui laman Facebooknya semalam, Raja Zarith Sofiah juga menyertakan salinan titah yang didakwa dikeluarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan yang tersebar sebelum ini.

"Sila ambil perhatian: DYMM Sultan Johor tidak bertitah dan mengeluarkan kenyataan seperti yang tertera. Ia adalah palsu. Tolong sebarkan," tulis Raja Zarith Sofiah.

Titah palsu berkenaan berbunyi "Kerajaan Umno perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala tipu helah."

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menafikan kesahihan titah tersebut dan bertegas untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang bertanggungjawab.

Ulasan
Junjung kasih Tuanku. Semoga penjelasan ini akan menginsafkan para pengamal media agar berhenti merosakkan hubungan dan imej Istana dan UMNO.


Friday, September 11, 2015

PEGAWAI PM TELAH GAGAL !

Kuala Lumpur – Isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pernah menarik perhatian semua pihak termasuk media tempatan mahupun antarabangsa untuk membongkar ‘misteri’ sebenar di sebalik kematian wanita tersebut.

Terbaharu, Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan eksklusif kepada portal berita Al Jazeera sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengenali, berjumpa atau berkomunikasi dengan Altantuya Shaariibuu.

“Perdana Menteri tidak tahu, tidak pernah bertemu, tidak pernah mempunyai sebarang komunikasi dan tiada kaitan sama sekali dengan si mati (Altantuya).

“Kedua-dua individu (Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar) yang disabitkan bukan pengawal peribadi Perdana Menteri. Tuduhan itu sengaja bertujuan mengelirukan dan digunakan untuk mengekalkan teori konspirasi yang tidak berasas,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan sebagai respons kepada sebuah dokumentari terbaharu diterbitkan Al Jazeera.

Memetik kenyataan tersebut lagi yang disiarkan Al Jazeera semalam dalam artikel bertajuk “Malaysian govt responds to Al Jazeera investigation”, Kerajaan turut menafikan dakwaan penglibatan Altantuya dalam pembelian kapal selam untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Pembelian itu telah dirundingkan secara langsung antara kerajaan Malaysia dengan Perancis. Perimekar (Sdn Bhd) adalah 40 peratus dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) iaitu sebuah badan berkanun kerajaan,”

“Perimekar telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk mengendalikan semua hal logistik, latihan dan penyelarasan bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Latihan tersebut melibatkan apa yang perlu bagi kapal selam dan juruteknik untuk mengendalikan kapal selam.

“Tentera Laut tidak mempunyai tenaga kerja untuk mengendalikan perkara-perkara ini dalam tempoh lapan tahun pembinaan kapal selam dan penyelarasan logistik. Ini adalah satu kontrak perkhidmatan bagi kerja yang dilakukan dan ia secara telus,” jelas kenyataan tersebut.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia itu sembilan tahun lalu.

Tambah Kerajaan Malaysia lagi, segelintir pihak termasuk media sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menyerang Najib yang mana serangan tersebut adalah didorong oleh kepentingan politik tetapi gagal mengemukakan bukti.

“Ini adalah tuduhan yang berniat jahat dan ia juga satu penghinaan kepada badan kehakiman Malaysia.

“Musuh-musuh politik dan sekutu media mereka telah cuba untuk menyerang Perdana Menteri mengenai isu tersebut dalam beberapa tahun ini.

“Tetapi sama sekali tidak ada bukti sebarang salah laku, dan tidak akan pernah – atas sebab yang sangat jelas bahawa dakwaan tersebut sepenuhnya calitan palsu didorong oleh kepentingan politik,” katanya..

Terdahulu, Najib dalam satu sesi soal jawab khas yang disiarkan TV3 menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kematian wanita Mongolia itu.Suara TV

Ulasan

Aku berpendapat para pegawai kepada Perdana Menteri telah gagal menjawab atau respond kepada perkara ini. Segala macam tuduhan dan tohmahan dibiarkan sehingga orang percaya PM benar benar telah terlibat.

Bayangkan Tian Chua yang mengaku telah mencipta gambar PM, Altantuya dan Razak Baginda tetapi orang masih menganggap bahawa gambar itu adalah benar. Banyak keadaan pada pandangan aku berpunca dari kegagalan para pegawai ini dan percayalah jika ini dibiarkan berterusan PM akan menerima balanya.

Wednesday, September 9, 2015

PEMIMPIN UMNO DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN.

Pembangkang semakin hari semakin kian dihimpit ketakutan apabila orang-orang Melayu semakin berani bersuara mempertahankan hak di bumi bertuah ini.

Hari ini apabila kita bercakap mengenai hak Melayu, kita akan dituduh sebagai perkauman dan menghasut. Jika orang Cina DAP bercakap mengenai isu yang serupa, mereka seolah-olah kebal dan terhindar daripada undang-undang.

Saya telah dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan berhubung laporan Polis yang dibuat terhadap saya.

Lebih 6 laporan Polis dibuat terhadap saya berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini & Malaysia Gazette berkaitan himpunan 16 September ini.

Pihak PDRM menegaskan akan menyiasat saya dibawah akta hasutan kerana dikatakan menghasut orang-orang Melayu untuk turun beramai-ramai pada 16 September ini.

Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bukan penganjur ataupun jawatankuasa dan saya tidak tahu siapa dan apa yang ingin direncanakan pada himpunan 16 September 2015

Apa yang saya tahu adalah maklumat himpunan ini disebarkan melalui aplikasi WhatsApp & Facebook.

Namun ingin saya maklumkan kepada semua bahawa saya bersama rakan-rakan akan turut serta pada himpunan 16 September ini bagi menunjukkan kesetiaan kita sebagai rakyat tetap dan masih terus utuh bersama kerajaan.

Saya percaya demokrasi perlu didokong dengan sepenuhnya. Jika BERSIH memilih untuk turun ke jalanan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tetapi kita juga akan turun ke jalanan bagi menunjukkan rakyat masih sokong kerajaan.

Untuk perhatian penganjur Bersih 4.0, saya orang Melayu dan sebagai rakyat Malaysia telah beri kerjasama penuh kepada pihak PDRM. Mengapa anda masih belum berbuat demikian?

Ini tanah tumpahnya darahku !!

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


Aku petik surat Ketua Pemuda Wilayah ini dalam Rakyatnews. Aku mmg tak nafikan dalam banyak2 pemimpin Pemuda, aku hormat Saudara Mohd Razlan. Konsisten dalam kenyataan dan tindakan. Tak de nak retorik. Jelas dan tegas dalam apa yang beliau percayai benar.

Tak de pulak terpalik dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya. Tak de pulak aku tengok mengekor Khairy ke hulu ke hilir.

Dalam pada kita melihat kelesuan Pemuda, aku bersyukur ada jugak pemimpin Pemuda yang berani macam Saudara Razlan ni. Tahniah.

Sunday, September 6, 2015

DAN MEMANG PELAWAK, BILA BILAPUN LAWAK !

SHAH ALAM - Semua pihak termasuk pimpinan Pas diingatkan agar bertimbang rasa dengan perasaan keluarga bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dalam membincangkan isu baiah secara terbuka di media.

Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, wujud kebimbangan apabila isu itu dibahas secara meluas dengan pelbagai pandangan, bakal wujud persepsi bahawa Pas sebuah parti yang hipokrit serta mengguna agama juga mencagar wanita (isteri) untuk kepentingan politik.

“Seharusnya semua pihak menghormati dan menjaga hati dan perasaan orang yang dilibatkan. Kalau pun anda tidak dapat menjaga hati dan perasaan Dr Hatta tetapi ingatlah isteri dan anak menantu serta keluarganya punya hati dan perasaan.

“Membincangkan isu baiah cerai talak tiga secara terbuka tidak pun membantu menambah kekuatan Pas, tetapi sebaliknya mencalarkan imej Pas. Dengan perbincangan yang berlaku hari ini telah akhirnya membentuk pelbagai persepsi masyarakat terhadap Pas. Paling dibimbangkan saya, masyarakat akan punya persepsi Pas ini hipokrit dan mengguna agama serta mencagarkan wanita (isteri) untuk kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Pas mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Harapan Baru dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas mendedahkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
 
Katanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat Pas di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.

Namun, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu baiah itu kini dikritik NGO dan tokoh wanita yang boleh menghakis keyakinan masyarakat wanita terhadap Pas serta tidak baik untuk masa depan politik Pas yang memerlukan sokongan pengundi wanita.

“Saya mengharapkan saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipertimbang sebaiknya oleh pimpinan dan ahli Pas. Uruslah isu ini dengan hikmah bukannya dengan perasaan bebal.

“Kepada sahabat karib saya YB Dr Hatta banyaklah bersabar menghadapi ujian dan cabaran perjuangan. Saya yakin dengan saudara akan terus istiqamah dengan Islam. Kepada isteri dan anak menantu Dr Hatta tabahlah menghadapi cabaran kehidupan. Janji Allah tetap benar, selepas kesedihan akan ada kegembiraan dan selepas kepayahan akan ada kemudahan,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim menggesa semua pihak khususnya ahli Pas yang menyertai PPM supaya berhenti daripada mempolemikkan isu baiah talak tiga ke atas isteri masing-masing dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.SH


Ulasan

Selama ini setiap saat puak ni mengutuk DS Najib suami isteri. Sampai seolah olah DS Najib tiada harga langsung. Tak ke mereka pada masa itu rasa apa perasaan DS Najib, keluarganya dan para penyokongnya?

Pada aku, ini balasan Allah Ta'ala. Ko buat orang, satu hari ko kena balik. Aku harap PAS belajar dari segala peristiwa ini.

Saturday, September 5, 2015

SPRM KENA BETULKAN BALIK..

PUTRAJAYA - Kritikan delegasi luar di Persidangan Anti Rasuah Malaysia (IACC) bahawa Malaysia dilanda krisis rasuah dibuat tanpa fakta yang kukuh.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, kebanyakan dakwaan peserta luar hanya berdasarkan persepsi.
"Itu pandangan mereka tetapi kemungkinan mereka tidak mempunyai fakta. Rasuah berlaku di mana-mana di seluruh dunia termasuk Malaysia dan kita amat serius menanganinya.
"Tetapi rasuah bukan krisis besar di Malaysia, itu tidak benar," katanya dalam sidang media di IACC, di sini, semalam.
Dalam persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu, Malaysia tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan peserta luar.
Antara yang lantang bersuara ialah Pengerusi Transparency International (TI), Jose Ugaz yang mendakwa Malaysia berdepan krisis rasuah berikutan isu kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengulas lanjut, Mustafar berkata, dakwaan Jose itu tidak berasas kerana hanya mengambil satu kes sebagai contoh.
"Beliau hanya merujuk kepada seorang individu dan mengatakan korupsi sangat serius.
"Malah, ada juga peserta yang cuba membuat perbandingan dengan negara lain," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran IACC kali ini, beliau berkata, rata-rata reaksi peserta menyifatkannya antara yang terbaik.
Menurut beliau, hasil persidangan itu dirumuskan melalui Deklarasi Putrajaya yang dipersetujui 1,200 peserta dari 130 negara dan akan dihantar kepada Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
"Antara rumusan deklarasi ialah untuk bersama-sama membanteras rasuah. Intipati utama yang diketengahkan dalam persidangan adalah mengenai tindakan tidak bekerja secara 'silo'.
"Setiap negara mesti bekerjasama dengan negara lain bagi menangani masalah rasuah," katanya.SH

Ulasan

Ini kenyataan yang boleh dipertanggungjawabkan. Tapi dalam masa yang sama SPRM kena jugak jaga pegawai lain yang keluarkan kenyataan. Ada kenyataan yang memang boleh timbulkan persepsi negatif. Seolah olah memang rasuah benar benar berlaku dan malangnya kerajaan pulak yang dilihat kaki rasuah.

Aku nampak SPRM punya tanggungjawab besar. Betulkan semula persepsi ini demi negara kita. Banyak kerosakan berlaku hasil Persidangan Anti Rasuah yang dilakukan. Aku anggap ia adalah sebahagian daripada pencabulan terhadap hak dan kedaulatan kita



Wednesday, September 2, 2015

DR HATTA CERAI TALAK 3 !

SHAH ALAM 2 Sept - Pas mendakwa perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dengan isterinya terbubar dengan talak tiga selepas melanggar bai'ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Memetik laporan Utusan Online, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu tetap berpegang teguh dengan pendirian tersebut memandangkan lafaz bai'ah setiap calon Pas yang bertanding di negeri Kelantan mengandungi lafaz tambahan iaitu cerai taklik talak tiga.
 
"Terserah pada dialah kalau rasa terikat atau tidak dengan bai'ah itu tetapi pendirian Pas ialah bai'ah itu mengikat, taklik itu pun mengikat.
 
"Bai'ah setiap negeri sama cuma di Kelantan terdapat tambahan lafaz taklik talak tiga.
 
"Jadi kepada sesiapa yang keluar parti (tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat) dia kena tanggunglah akibat," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Pas Kelantan di JKR 10, semalam.
 
Keahlian tujuh ahli parlimen dan lima Adun Pas tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi menyertai Parti Pekerja Malaysia, parti tidak aktif yang digerakkan semula oleh Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).
 
Kesemua dua belas wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad (Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
 
Lima lagi adalah Adun termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Sementara itu kata Mohd Amar lagi, bagi wakil PAS di negeri lain yang turut meninggalkan parti tanpa meletak jawatan pula perlu menyedari bahawa pelanggaran baiah mereka menyebabkan setiap elaun yang diterima adalah haram.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, wakil rakyat Pas negeri ini yang menyertai Parti Pekerja Malaysia dinasihatkan segera merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

“Saya tidak dapat beri pandangan berhubung perkara ini kerana saya sendiri tidak mengetahui apa yang dilafazkan mereka. Cuma adalah lebih baik mereka merujuk Mahkamah Syariah secepat mungkin.

“Di mahkamah, hakim akan meneliti perkara ini secara mendalam, dia boleh tengok dan siasat kandungan bai’ah sebenar serta ambil kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan,” katanya. RN


Aku sepatahpun tak nak komen. Ini harga yang mereka bayar untuk jual beli Islam yang mereka lakukan.

Saturday, August 29, 2015

ATM AKAN TANGANI BERSIH.

RANAU 28 Ogos - Kementerian Pertahanan optimis dengan peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mampu mengawal perhimpunan haram BERSIH 4.0 tanpa perlu pembabitan tentera.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak perlu campur tangan kecuali jika berlaku situasi luar kawalan hingga keadaan diisytiharkan darurat.

"Peranan ATM dalam perkara itu sudah dijelaskan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam, namun ada pihak sengaja memutar belit kononnya tentera bersedia untuk mengambil alih daripada PDRM.

"Saya tengok banyak 'spin' terhadap kenyataan PAT... ATM sebagai benteng terakhir (keselamatan negara) kalau ada darurat dan keadaan di luar kawalan kita akan ambil alih, bukan sengaja nak masuk.

"ATM terikat dengan undang-undang, itulah yang PAT kata semalam. Kalau tentera masuk itu apabila berlaku rusuhan dan keadaan luar kawalan, (tetapi) saya yakin polis boleh kawal keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Media Prima Berhad (MPB) - ATM bagi membaiki rumah mangsa gempa bumi di Kampung Sinisian dekat Kundasang di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun; Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid serta Panglima Pemerintahan Medan Timur ATM, Datuk Mohd Zaki Mokhtar.
Sebelum ini, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ATM hanya akan campur tangan pada perhimpunan haram BERSIH sekiranya keadaan tidak terkawal hingga kerajaan mengisytiharkan darurat.RN




Ulasan

Ini cerita tentang keselamatan rakyat dan negara. Dalam masa yang sama mengukuhkan keyakinan aku betapa UMNO tak kurang pemimpin sehingga negara nak digadai kepada Cina DAP. Aku makin yakin aku betul bahawa DS Hishammuddin adalah salah seorang pemimpin yang layak diberikan kepercayaan bila sampai masanya.

Aku percaya ada yang berbeza tapi jangan nak komen bukan bukan sebab aku bercakap tentang apa yang aku suka dan aku percaya. Korang ikut koranglah.

Bila Menteri tak mengelak atau menyalahkan pegawai, kepada aku Menteri tu A lah. Tak de nak bertepis, bersilat. Semua jadi clear. PDRM ada kekuatan untuk hadapi krisis ini. Tapi Bersih DAP jangan over. Pada bila bila masa ATM boleh turun pertahankan negara.

Aku yakin DAP sedang cuba semai pulak kebencian rakyat kepada ATM, mereka pasti akan gagal.

Monday, August 24, 2015

GAMBAR YANG BUDAK DAP TAK SUKA TENGOK !

Untuk tatapan budak budak suruhan DAP yang hari ini merelakan umat Melayu dihalau dari rumah mereka di Kampung Mutiara Pulau Pinang.

Jangan menyangka DS Najib berseorangan.



Saturday, August 22, 2015

RAPATKAN BARISAN DEMI UMNO

KUALA KRAI 21 Ogos – Ahli-ahli UMNO diseru supaya merapatkan saf dan memperkukuhkan parti bagi memastikan kelangsungan perjuangan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sudah tiba masanya ahli-ahli UMNO diberi suntikan semangat untuk bangkit dalam mempertahankan parti keramat itu.

“Cukup-cukuplah layan isu semasa dalam laman sosial kerana perkara tersebut sengaja digembar-­gembur untuk mengganggu emosi dan hanya akan merugikan kita.

“Kita ada agenda yang lebih besar untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO. Kita perlu lihat ke hadapan dengan gelombang yang ingin kita wujudkan secara proaktif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pe­rasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuala Krai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.UM

Ulasan

Konsisten aku nampak Naib Presiden UMNO ini. Benar, orang UMNO lebih banyak menari ikut gendang yang dipalu pembangkang. Usaha kukuhkan parti jadi terabai.

Jentera parti untuk berdepan PRU 14 berada pada tahap suam suam kuku. Aku harap lebih ramai pemimpin parti akan turun ke lapangan. Temui akar umbi. Suntik semangat dan satukan kembali semua orang UMNO.







Thursday, August 20, 2015

JANGAN BEGITU BEGINI SANGAT..

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak supaya Penganjur perhimpunan BERSIH 4.0 supaya melupakan hasrat untuk meneruskan perhimpunan BERSIH 4.0 ekoran ia dilihat menyusahkan peniaga dan warga kota di sini.
    
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Wilayah Persekutuan, Datuk Jamal Mohd Yunus berkata sekiranya penganjur tetap meneruskan perhimpunan tersebut, beliau akan mengumpul seramai 8,000 orang peniaga untuk bersama-sama berniaga di perkarangan rumah penganjur.

"Jangan terkejut juga jika esok atau lusa kami seramai 8,000 orang berada di hadapan rumah marina chin.

"Kami sudah tahu dimana dia tinggal, kami sudah mendapatkan maklumat itu," katanya kepada ketika ditemui pemberita bersama beberapa NGO dan peniaga di perkarangan pusat membeli belah Semua House di sini, hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan seumpama telah diadakan sebelum ini banyak telah mendatangkan kemarahan kepada peniaga berikutan perhimpunan tersebut dilihat tidak selamat bagi peniaga untuk meneruskan peniagaan.

"Jangan ingat kumpulan itu sahaja boleh buat, malah kami pun boleh buat.

"Jika mereka mampu buat, kami 10 kali lagi mampu buat daripada mereka," tegasnya.


Ulasan

Sejak dari mula aku nampak dah kesukaran PDRM. Tertekan, lepas satu satu. Cuma aku nak yakinkan PDRM. Lebih ramai rakyat yakin dan percaya kepada PDRM. PDRM buat keputusan tepat, usah sekejap begitu sekejap begini.

Jika PDRM tak bertegas sekali ini, aku yakin keadaan akan lebih sukar dikawal.
Hakikatnya ada orang nak runtuhkan kerajaan ada orang nak pertahankannya.

Usah bimbang. Sekali ini bertegas, selepas ini keadaan akan jadi lebih mudah. Demia negara yang kita kasihi .

Tuesday, August 18, 2015

BIJAK PANDAI TAK PERNAH TOLONGPUN..


Kelemahan aku ialah menyediakan angka dan data. Aku bukan nak bentang dalam mahkamahpun. Cuma hakikatnya begitu ramai orang yang menggunakan media maya sedang membicarakan DS Najib. Mereka telahpun buat keputusan bahawa jika DS Najib tak turun, UMNO dan Kerajaan akan tumbang.

Aku nak sarankan beberapa perkara.

1. UMNO menang hanya di kawasan luar bandar. Tak ada satu kerusi bandarpun yang UMNO menang.

2. Orang yg mengaku bijak pandai, banyak buat analisis dan andaian telah gagal selama ini untuk menangkan UMNO. Bukan baru ini jer. Sejak 2008.

3. UMNO tak menang atau kalah kerana isu semata mata walaupun ada jugak sedikit sebanyak kesannya. UMNO menang atau kalah atas dua sebab utama

1. Jentera UMNO berkesan di semua peringkat
2. Kos sara hidup tidak menekan.

Jadi cadangan aku ialah UMNO tak usah gila babi ikut rentak yang pembangkang mainkan. Berjawab jawab setengah mati. Pembangkang dah tentu boleh cakapa apa saja. Jalankan jentera parti. War Room lah, PDM lah, JRlah semua ini wajar digerakkan. Ini keutamaannya.

DAP dok petik sana sini untuk alpakan kita. Di bawah jentera mereka tak berhenti bergerak. UMNO?

Kerajaan UMNO jugak mesti melihat kos sara hidup yang melambung sekarang. Harga getah turun, harga barang naik. Pendapatan kurang dari perbelanjaan.

Ini isunya. Selesaikan ini dulu, insyaallah kita akan bertahan. Kemudian beransur ansur perbaiki kekurangan. Usah takut mengaku silap salah.

Yakin jika kita benar, Allah akan limpahkan pertolongan.



Sunday, August 9, 2015

CARI PENYAKIT KHALID NIH !





Apabila Tan Sri Muhyiddin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri , maka ramai yang menyangka bahawa UMNO akan hancur sebab pengaruh Johor terhadap UMNO memang cukup kuat.



Kemudian timbul pulak beberapa kenyataan daripada beberapa pihak di Johor yang nampak seperti menentang PM dan Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak.



Namun pemimpin UMNO cukup matang. Ucapan terbaru MB Johor jelas menunjukkan bahawa tiada penentangan daripada UMNO Johor. Yang nyata mereka mengharapkan pembetulan dan dalam masa yang sama harapan mereka agar pemimpin kanan dari Johor diangkat lebih tinggi.



Dalam konteks ini nampaknya mereka amat berharap DS Hishammuddin akan pergi lebih jauh. MB Johor bukan sekadar memberi cadangan, bahkan memberikan justifikasi. Korang dengarlah. Aku macam yang pernah aku nyatakan memang mahu pemimpin yang aku berkenan ini naik bila tiba masanya.


Friday, August 7, 2015

KETUA BAHAGIAN TAK PERNAH BAGITAU AKUPUN !

Sebenarnya kita dah nak hancur. Tak de sebab lain. UMNO ke, PAS ke asal Melayu je sedang menuju kehancuran. DAP tolong panaskan sikit sikit jer.

Kita tahu saudara kita di P Pinang kena halau macam bangsat. Kita tahu kalau DAP berkuasa kita jugak akan kena halau macam bangsat jugak.

Kita tak kisah. Yang penting hati kita puas.

Maka duit dalam akaun PM jadi isu. 1MDB yang tolong Melayupun jadi isu.

Kalau tak kerana itupun, kita akan cari sebab lain supaya PM kita tumbang. Ada orang akan berebut untuk naik. Maka UMNO pun pecah. Itu je matlamat DAP dan kita tukang sokong.

Aku nak bagitau korang. Aku duduk dalam parti secara serius dalam tiga PRU. Aktif sangat dengan jawatan penting dalam Jentera UMNO untuk PRU.

Tak pernah sekalipun Ketua Bahagian aku bagitau berapa duit ada, dari mana dia dapat. Yang aku tau semua keperluan dipenuhi dan UMNO menang semua PRU tersebut.

Kenapa? Sebab dalam Bahagian aku tak ada orang yang busuk hati. Tak ada...

Sunday, August 2, 2015

SAMPAI MASA AMBIL TINDAKAN TEGAS !

29 orang ditangkap. Ada yang provok pasukan keselamatan. TMI kata ada yang lontar mercun kepada polis. Katalah mereka ini mahu kebenaran ditegakkan tapi apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang salah di sisi undang undang.

Aku harap pihak berwajib bertegas sekali ini. Dah lama sangat mereka diberikan kebebasan sehingga mereka tak hormat lagi hak asasi orang lain yang mahu ketenangan di hujung minggu. Usah banyak sangat warning sebab ada orang jadikan warning sebagai bahan lawak



KUALA LUMPUR -  Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, "lagi ditangkap, lebih ramai akan ke hadapan!".

Menurutnya, penahanan tersebut tidak akan dapat menghalang suara orang muda untuk terus melaungkan pendirian menolak Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

"Kami seru anak muda terus bersama menyatakan pendirian menolak Najib dan kerakusan pentadbirannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Nazmi turut mengkritik tindakan polis melakukan penahanan ke atas aktivis dan pemimpin AMK di himpunan #TangkapNajib.

"Kami mengecam tindakan polis menangkap aktivis-aktivis di Himpunan #TangkapNajib termasuk Naib Ketua AMK, Tan Kar Hing, Setiausaha AMK, Chang Lih Kang dan Exco AMK, Afzainizam Abdul Rahman.

"Ini berikutan tangkapan Adam Adli, Mandeep Singh dan Setiausaha Pengelola AMK Syukri Razab semalam," katanya lagi.

Dua pemimpin AMK, Chan Lih Kang (Setiausaha AMK Pusat) dan Tan Kar Hing (Naib Ketua AMK Pusat) antara yang ditahan oleh pihak berkuasa dalam himpunan #Tangkap Najib di pekarangan Sogo hari ini.

Kedua-duanya ditahan sebaik sahaja mereka mula melaungkan provokasi pada himpunan tersebut.

Terdahulu, polis memberi amaran tegas kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan#TangkapNajib bagi menggesa penangkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan orang awam yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Monday, July 27, 2015

TAK PAYAH AMARAN DAH.

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggelabah dengan amaran kerajaan mahu mengekstradisi pengendali portal Sarawak Report, Brown cuba mensabotaj kerajaan negara ini melalui laporan palsu.
Kedua-dua parti itu membantah warga asing yang sering memburukkan kepimpinan negara melalui laporan berunsur fitnah tersebut diekstradisi dengan alasan kononnya ia akan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

“Cadangan mahu mengekstradisi Claire akan menjadikan Malaysia bahan tawa antarabangsa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu segera mengabaikan idea tersebut,” tegas Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Rajiv Rishyakaran dalam satu kenyataan hari ini. ‘

Beliau turut mempertahankan Claire bukan individu yang memalukan Malaysia melalui laporan-laporannya yang memburukkan negara ini sebaliknya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wartawan.

Ketua Biro Politik PKR, N.Surendran pula mendakwa kerajaan Malaysia tidak akan dapat mengekstradisi pengendali portal Sarawak Report itu dari United Kingdom ke negara ini.
Dakwanya, kerajaan British tidak akan membenarkan mana-mana rakyat negara itu diekstradisi oleh Malaysia kerana mendedahkan isu membabitkan wang bernilai bilion ringgit.

Ahmad Zahid semalam memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra untuk berhubung dengan kerajaan Britain mengenai Claire.
Bekas staf syarikat PetroSau
di International, Xavier Andre Justo yang ditahan polis Thailand baru-baru ini mendedahkan pernah bertemu Clare dan tokoh politik Malaysia berhubung pertukaran dokumen kononnya bukti penyelewengan 1MDB yang sebenarnya adalah palsu.
– MYNEWSHUB.CC

Ulasan
Pandangan akulah. Tak usah banyak kenyataan, tak perlu banyak amaran. Ini masa bertindak. Dah lama dah KDN bagi amaran demi amaran. Aku yakin Allah dah bukak jalan. Kali ini, usah bertangguh lagi. Kebenaran mesti ditegakkan.

Wednesday, July 22, 2015

POLITIK ORANG DAH TAK DE.

KOTA BHARU - Nik Abduh Nik Abduh Aziz mengecam sesetengah bekas pimpinan Pas yang menggunakan nama ayahandanya yang juga bekas Mursyidul Am Pas  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menghalalkan tindakan menubuhkan parti baru.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, tindakan itu seolah-olah menipu diri sendiri dan ahli Pas sudah pasti menyedari pemimpin berkenan tidak bercakap benar.

“Ahli Pas tahu mereka sedang bercakap bohong, jumpa Tuan Guru di lubang kubur nanti,”katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu  Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, walaupun Allahyarham Nik Abdul Aziz sentiasa menyokong penuh PR tetapi tidak pernah menggadaikan prinsip yang dipegangnya.

“Pada saya tidak wajar menggunakan nama tokoh yang meninggal dunia untuk menyokong pendirian kita apatah lagi pendirian tersebut untuk menghancurkan parti itu sendiri,”katanya yang pernah menjadi setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz dari 2010 hingga 2013.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harapan Baru ikut nasihat Nik Aziz‎]

Dalam nada sindiran kepada Gerakan Harapan Baru, Ahmad Fadhli berkata,  sikap berprinsip dan tidak mudah putus asa tunjang kepada perjuangan Nik Abdul Aziz seperti mana isu perlaksanaan hudud.

“Allahyarham menyokong penuh tindakan dan hasrat kerajaan negeri untuk meneruskan perjuangan menguatkuasakan hudud selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan pusat akan memberi laluan kepada Kelantan.

“Bukan isu mempercayai janji kerajaan pusat tetapi untuk membuktikan komitmen Kelantan dan Pas yang tidak pernah undur di dalam isu ini (hudud).

“Malah, Tok Guru pernah menyatakan bahawa jika hudud menyebabkan DAP keluar PR, hasrat itu tetap diteruskan kerana ia merupakan dasar perjuangan parti ini (Pas),”katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fahdli mencadangkan agar Pas melucutkan keahlian pemimpin veteran Pas Kelantan,  Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang merupakan kerana secara terang-terangan  menyerang Pas ketika berucap dalam satu majlis penerangan Harapan Baru baru-baru ini.



Ulasan

Aku tak bercadang nak ulas banyakpun tapi nak mengajak kita sama sama berfikir. Logik apa yang sedang bermain dalam PAS sekarang. Dah habis orang hidup, orang yang dah tak de diseret dalam politik serang menyerang sesama sendiri. Jom kita berfikir, adakah ini satu peringatan daripada Allah kepada kita semua?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...