Friday, September 11, 2015

PEGAWAI PM TELAH GAGAL !

Kuala Lumpur – Isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pernah menarik perhatian semua pihak termasuk media tempatan mahupun antarabangsa untuk membongkar ‘misteri’ sebenar di sebalik kematian wanita tersebut.

Terbaharu, Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan eksklusif kepada portal berita Al Jazeera sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengenali, berjumpa atau berkomunikasi dengan Altantuya Shaariibuu.

“Perdana Menteri tidak tahu, tidak pernah bertemu, tidak pernah mempunyai sebarang komunikasi dan tiada kaitan sama sekali dengan si mati (Altantuya).

“Kedua-dua individu (Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar) yang disabitkan bukan pengawal peribadi Perdana Menteri. Tuduhan itu sengaja bertujuan mengelirukan dan digunakan untuk mengekalkan teori konspirasi yang tidak berasas,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan sebagai respons kepada sebuah dokumentari terbaharu diterbitkan Al Jazeera.

Memetik kenyataan tersebut lagi yang disiarkan Al Jazeera semalam dalam artikel bertajuk “Malaysian govt responds to Al Jazeera investigation”, Kerajaan turut menafikan dakwaan penglibatan Altantuya dalam pembelian kapal selam untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Pembelian itu telah dirundingkan secara langsung antara kerajaan Malaysia dengan Perancis. Perimekar (Sdn Bhd) adalah 40 peratus dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) iaitu sebuah badan berkanun kerajaan,”

“Perimekar telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk mengendalikan semua hal logistik, latihan dan penyelarasan bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Latihan tersebut melibatkan apa yang perlu bagi kapal selam dan juruteknik untuk mengendalikan kapal selam.

“Tentera Laut tidak mempunyai tenaga kerja untuk mengendalikan perkara-perkara ini dalam tempoh lapan tahun pembinaan kapal selam dan penyelarasan logistik. Ini adalah satu kontrak perkhidmatan bagi kerja yang dilakukan dan ia secara telus,” jelas kenyataan tersebut.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia itu sembilan tahun lalu.

Tambah Kerajaan Malaysia lagi, segelintir pihak termasuk media sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menyerang Najib yang mana serangan tersebut adalah didorong oleh kepentingan politik tetapi gagal mengemukakan bukti.

“Ini adalah tuduhan yang berniat jahat dan ia juga satu penghinaan kepada badan kehakiman Malaysia.

“Musuh-musuh politik dan sekutu media mereka telah cuba untuk menyerang Perdana Menteri mengenai isu tersebut dalam beberapa tahun ini.

“Tetapi sama sekali tidak ada bukti sebarang salah laku, dan tidak akan pernah – atas sebab yang sangat jelas bahawa dakwaan tersebut sepenuhnya calitan palsu didorong oleh kepentingan politik,” katanya..

Terdahulu, Najib dalam satu sesi soal jawab khas yang disiarkan TV3 menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kematian wanita Mongolia itu.Suara TV

Ulasan

Aku berpendapat para pegawai kepada Perdana Menteri telah gagal menjawab atau respond kepada perkara ini. Segala macam tuduhan dan tohmahan dibiarkan sehingga orang percaya PM benar benar telah terlibat.

Bayangkan Tian Chua yang mengaku telah mencipta gambar PM, Altantuya dan Razak Baginda tetapi orang masih menganggap bahawa gambar itu adalah benar. Banyak keadaan pada pandangan aku berpunca dari kegagalan para pegawai ini dan percayalah jika ini dibiarkan berterusan PM akan menerima balanya.

1 comment:

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...