Monday, February 24, 2014

APALAH DUA JUTA KEPADA HAJI HADI !


Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Dulu sebab termakan dengan puji pujian orang, tak sedar jer Hj Hadi keluarkan amanat. Terlalu banyak kerosakan kerana amanat ini. Sedikitpun Haji Hadi tak rasa bersalah. Sampai sekarang dia tak tarik balik amanat dia.

Dengan orang UMNO, bolehlah. UMNO ni lembut hati. Dengan orang Anwar Ibrahim, Haji Hadi demam tak kebahlah ! Baru dia tahu, langit tinggi rendah.

Tapi aku rasa dua juta bukan jumlah yang besar pada haji Hadi. Duit Tabung Memali ada, duit derma rakyat miskin masa ceramah, dah berbilion bilion. Bayarlah Haji.

Kalau tak cukup sikit sikit mintak jer kat DAP. Settle punya...



Tuesday, February 18, 2014

LANGSUIR SERANG KAMPUNG !


Beberapa buah kampung di Jerteh , Terengganu gempar apabila ada penduduk terserempak dengan langsuir terbang sambil mengilai.

Cerita tentang kewujudan langsuir ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk. Bahkan kebanyakan penduduk tak berani keluar malam sebab nak elakkan terserempak dengan hantu ini.

Penduduk yang melihat sendiri hantu ini menggambarkan makhluk ini tingginya separas pinggang orang dewasa, berambut panjang, ada dua taring di bibir bawah dan badannya menampakkan daging...

Yang tak syoknya hantu ini akan mengilai sambil terbang di udara.
Pengasas Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah, Abdul Malik Lazim Al Azhari berkata hantu memang wujud. Ia adalah jelmaan jin yang diberikan pelbagai nama oleh orang Melayu.

Tiada manusia boleh lihat wajah jin sebenar tapi Allah bagi jin peluang untuk bertukar wajah.

He..he.. korang janganlah risau pulak. Maklumat terkini yang aku dengar langsuir ini dahpun ditangkap oleh seorang pengamal perubatan tradisional. Empat ekor semuanya...

Kata ustaz, banyakkan baca Al Quran, mudah mudahan benda benda gini tak ganggu kita...


Saturday, February 15, 2014

ZIZAN RAJALAWAK AKHIRNYA MENGAKU...


Itulah...banyak sangat kelang keluknya. Sama macam Ustaz Azhar Idrus jugak. Satu masa Ustaz Azhar Idrus pernah berdolak dalik bila menafikan dia minum minum dengan anak dan salah seorang isterinya di Mc D. Sedangkan sebelum itu mengutuk Mc D dan mengaitkannya dengan Yahudi.

Zizan Rajalawak ni pulak dikatakan amat rapat dengan Ustaz Azhar Idrus. Barangkali dapat jugak ilmu berdalihnya. Bila dikatakan Zizan Razak bersekedudukan dengan Emma Maembong, punyalah melompat menafikan.

Tiba tiba semalam Zizan mengaku Emma kerap kali datang ke rumahnya. Kerapkali datang tu bukanlah ' bersekedudukan' tapi lebih kurang jugaklah ! Apa pasal pulak nak kena datang ke rumah ?

Marah Zizan dengan jiran jirannya kerana membocorkan perkara ini kepada media. Aku nak nasihat sikit dua dua artis ni. Korang tengah laku sebab masing masing masih muda lela lagi.

Masa berjalan. Sampai masa, bila dah berumur korangpun akan merosot, merudum. Ini hakikat dunia hiburan. Kalau buat lawak ' tara ' Zizan lagi pada masa dah tua, orang jadi heranlah pulak.

Zizan tak sehebat P Ramlee yang lawaknya merentasi usia dan zaman.

Sebab itu padan padanlah. Baik menikah. Peminat akan hilang hormat jika tunjuk sangat miang tu. Emmapun sama. Anak dara pergi rumah boy friend apa hal pulak?

Jagalah maruah. Tuhan dah anugerahkan rupa, bakat.  Jangan nanti jadi ikutan budak budak muda yang jadi peminat. Ini Malaysialah, bukan Hollywood.

Kepada Zizan aku nak ingatkan, berbaik dengan Ustaz Azhar tu bagus tapi bukan lesen nak buat maksiat...


Wednesday, February 12, 2014

SERAM !!! TEROWONG BERHANTU !


Untuk bacaan orang dewasa saja.

Terowong Menora

Terowong Menora adalah antara terowong terpanjang di Asia. Pembinaannya adalah sebahagian daripada Lebuhraya Utara Selatan. Terowong ini semacam berada di puncak bukit. 

Kalau ada angka, aku rasa terowong ini mencatatkan kadar kemalangan paling tinggi.
Tak kiralah samada masa nak naik mahupun masa nak turun terowong. Lazimnya kalau berlaku kemalangan, banyak yang meninggal dunia.

Mungkin sebab itu orang kata terowong ini berhantu. Tapi tak taulah sejauh mana kebenarannya.



Terowong Johor

Terowong ini baru jer berhantunya. Sejak perlawanan di antara JDT dengan T-Team yang mencetuskan kontroversi. Aku rasa yang paling panas dalam sejarah. Kononnya ada kes pukul yang dilakukan oleh seseorang yang berpengaruh. Ada yang tuduh, ada yang nafi.

Sekarang ni dah lawan sumpah Quran pulak dah. Pada aku ini tragedi bagi bolasepak Malaysia. Hebat tak tara mana, kontroversi yang lebih. Aku kata terowong stadium ni berhantu sebab orang tak berani nak bercakap sangat mengenainya.



Terowong jeng..jeng...jeng..

Semalam mahkamah memutuskan Tan Seri Shafie Abdullah layak menjadi pendakwaraya bagi kes Anwar Ibrahim liwat Saiful. Dah tertunda bertahun tahun. Anwar ni, hakim dia nak tentukan, pendakwapun dia nak tentukan.

Shafie tak layak katanya kerana ada hubungan dengan UMNO. Peguambela Anwar semua pencacai Pakatan. Boleh pulak ?

Maka kita akan dapat mendengar, menilai semula apa yang berlaku dan siapa Anwar Ibrahim. Aku yakin selepas ini akan terjawab persoalan, apakah benda tumpul yang masuk dalam ' terowong 'Saiful.

Aku harap selepas ini Saiful akan dapat kembali hak dia sebagai manusia...Rakyatpun insyaallah akan jelas apa yang berlaku dan sistem kehakiman kita tidak lagi jadi barang mainan Anwar...






Tuesday, February 11, 2014

18 SX ! GURU TAK SENTUH ISTERI BERBULAN BULAN !


Ini Muhyiddin dengan Idris Jusuh kena tanggunglah. Seorang kawan aku, cikgu di sebuah sekolah menengah. Semalam aku bercakap dengan dia. Katanya ( maaflah ),
" Dah berbulan tak sentuh bini ooo . Aku nak bini tak larat, bini macam nak aku pulak rasa nak mampuih ! ".

Aku tanya dia " Teruk benarkah jadi cikgu ? ".

Rupanya cikgu sekarang ni bekerja 10 jam sehari. Sampai pukul 7 dan balik seawal awalnya pukul 5 petang. Kalau ada program PPD atau Jabatan, cikgu mungkin kerja 7 hari seminggu.

Kerja tak pernah selesai di sekolah. Mesti buat di rumah sampai 1/2 pagi. Masukkan data, masukkan maklumat. Inilah yang berlaku hari hari.

Aku kata buatlah setakat yang terdaya. Setakat terdaya apa, katanya.

Tak siap pada masa yang ditetapkan, bersedialah kena balun. Pengetua, pegawai Jabatan dan akan diumumkan pula dalam mesyuarat peringkat daerah dan negeri.

Aku tanya kawan aku " Tak kan tak de penyelesaian ?"

Katanya " Ada. Satu cara jer. Tukar kerajaan. Benda benda semua kerajaan zalim yang tak faham rakyat. Selagi kerajaan UMNO ni, selagi itu nasib guru tak terbela ! ".

Aku tak mau komen apa apa. Terserahlah kepada Menteri Pelajaran. 


Monday, February 10, 2014

SYYYYY!! MALAM TADI NURUL IZZAH TIDUR DI MANA ?


Memanglah...ini kisah kehidupan peribadi dia.
Tapi selama ini begitu banyak hal peribadi orang yang dijaja merata rata. Rosmah Mansur bukan orang politik tapi bukan sikit sikit perkara peribadi Rosmah dicanang, sebahagian besarnya tak betul pulak tu...

                                                                 NGAPPP !!!

Umum mengetahui Nurul Izzah telah memfailkan permohonan cerai. Umum mengetahui sejak sekian lama Nurul Izzah tidak pulang ke rumah, suami merayu rayu rindu padanya.

Anwar Ibrahim atau Wan Azizah nampaknya langsung tidak bersuara mengenai perkara ini sedangkan rakyat sedang tunggu apa cerita sebenar anak mereka.

Ada orang kata Nurul Izzah ada skandal di luar rumah, ada teman baru. Aku tak kata betul atau tidak betul. Anwar, Wan Azizah atau Nurul Izzah sendiri wajib beri penjelasan bagi mengelakkan pelbagai andaian dibuat orang.

Walaupun aku tak hormat keluarga ini tapi bila dah jadi benda gini, aku rasa pencerahan kena dilakukan. Keluarga yang dikatakan ' ideal Islam' takkan nak dibiarkan pelbagai cerita tak elok tersebar.

Anwar mudah jer...nak tutup cerita , bukak cerita baru. Selesai Kajang nanti tak tau apa pulak nak dibuatnya. Atau biar jer orang buat kesimpulan...kalau dah bapaknya begitu, maka anaknya beginilah !



Friday, February 7, 2014

HANG PATUT LINDUNG BUDAK TU..BUKAN ROGOL DIA !


Seorang warga emas berusia 63 tahun dihukum penjara selama 36 tahun atas 4 pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan seorang gadis buta yang berumur 13 tahun.

Binawe betullah Mohd Zubir Musa nih. Patutnya budak yang layak jadi cucu dia dijaga, dilindungi tapi dibuat tempat memuaskan nafsu syaitan dia. 
Kali pertama budak ini dirogol ialah pada 6/6 /2010 pada ketika dia baru berusia 13 tahun. Korang bayangkan betapa zalimnya orang tua ni.

Kemudian dicabul pulak dengan masukkan jari dia dalam kemaluan budak ni. Akhirnya mahkamah buat keputusan keras. 36 tahun penjara. Kalau hidup Mamat ni akan keluar masa umur dia 99 tahun.

Aku doakan biarlah ada peliwat duduk dengan dia dalam jel. Baru dia tahu azab kena liwat...


Tuesday, February 4, 2014

RAFIZI KAH KAH KAH KAH LEMBU KAH KAH KAH KAH KAH



Kah kah kah kah kah kah kah Rafizi kah kah kah sebaklah pulak kah kah kah

kah kah kah..sebak Rafizi mengenangkan pengorbanan Nuar Brahim di Kajang
kah kah kah kah..pengorbanan orang no satu kami kah kah kah kah

Kalau Kajang tak suka tolaklah kami kah kah kah kah kah kah
Kalau menang maknanya rakyat sukalah sangat kah kah kah kah

Orang undi bukan pai sukalah kah kah kah kah 
Cina nak kuasalah kah kah kah kah kah kah 

Nuar Brahim jadi kuda Cinalah kah kah kah
Ini tahun kudalah bro...
Rafizi jadi lembu jer...kah kah kah kah...

                                                           lali laju maaaa...

LELAKI KELANTAN JANGAN BACA NI...


Kota Bharu - Golongan lelaki khasnya di Kelantan tidak bertanggungjawab dalam menjaga dan melindungi serta mencari nafkah keluarga, sama macam ayam jantan yang tidak memberi manfaat kecuali berkokok dan membiak.

Exco Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, sebagai contoh bapa ayam hanya mengharapkan ibu ayam mencari makan untuk anak ayam. Beliau berkata semakin ramai lelaki pemalas di Kelantan. Mereka bersenang lenang manakala para isteri bertungkus lumus mencari rezeki.

Ibu ayam bersusah payah melindungi anak dalam hujan dan banjir manakala bapa ayam sibuk main dam aji.

he..he..apa macam abe abe Kelantan...tulah korang. Sokong PAS setengah mati, PAS dok balun korang !


Saturday, February 1, 2014

MELAYU TAK MATI...


Masa aku kecik kecik dulu, sebelum Tahun Baru Cina atau Raya Cina, orang kampung aku punyalah sibuk beli barang barang makan. Takut nanti bila Cina Raya orang Melayu pulak tak makan sebab semua kedai tutup.

Berbondong bondonglah orang kampung beli sardin, ikan bilis, ikan masin. Beras, gula, kopi dan macam macam lagi buat stok.

Tapi sekarang aku tengok, orang dah tak kisah kedai Cina tutup. Dah banyak kedai Melayu, Mamak. Pasar Tani, Pasar Pagi, Pasar Malam berjalan macam biasa walaupun Cina dok beraya.

Ini kejayaan kerajaan. Sedikit sebanyak monopoli Cina dalam bidang peruncitan dan berjaya dikurangkan. Yang wajib berubah ialah sikap orang Melayu. Kalau semua orang Melayu pakat beli barang di kedai Melayu atau mamak saja, aku yakin Cina tidak akan dominan lagi.

Cina jadi sombong sebab perniagaan mereka berjaya. Mereka berjaya sebab orang Melayu membeli di kedai kedai mereka. Sekarang ubahlah...mari kita buktikan Melayu tak mati tak makan kalau Cina tak berniaga, tutup kedai. Biar mereka tutup kedai selamanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...