Thursday, January 30, 2014

JANGAN REMUKKAN HATI ORANG UMNO LAGI !


Penyelesaian luar mahkamah dengan Tian Chua dan Mustafa Ali hakikatnya telah meremukkan hati orang UMNO. Dalam keadaan UMNO dan Kerajaan diasak saban hari dengan macam macam fitnah dan tohmahan, tiba tiba UMNO ambil keputusan menarik balik saman fitnah !

Kini PRK Kajang sedang panas dibincangkan. Aku mewakili akar umbi menyeru agar UMNO dan Barisan Nasioanal tidak meletakkan calon dalam PRK Kajang ini. UMNO atau MCA sendiri tak kan menang di Kajang.

DAP kalaupun benar tidak dirundingi pasti akan mengarahkan pengundi Cina untuk memenangkan calon Pakatan. Mereka hakikatnya tidak suka kepada Anwar tetapi benci mereka UMNO sangat tinggi.

Jika tiada pertandingan, Pakatan tidak perlu berkempen. Mereka akan hilang gelanggang untuk menjatuhkan kerajaan ke dalam lubang. Biarkan mereka perasan bahawa mereka akan mendapat ruang untuk bercakap, sebenarnya yang berlaku tidak begitu.

Hasrat Anwar untuk menenggelamkan isu moralnya dan isu keluarganya tidak akan tercapai jika kita abaikan pilihanraya ini.

DUN Kajang mempunyai bilangan pengundi yang tidak jauh berbeza taburan kaumnya/ Ini bermaksud Cin a masih menjad kuasa penentu. Menang kalah ada dalam tangan Cina.

Aku cadang UMNO abaikan DUN Kajang. Banyak kerja lain yang UMNO boleh lakuk


Wednesday, January 29, 2014

DAH BERTAHUN KAHWIN, BARU TAHU PASANGAN GILA BABI !!



Memang frustlah. Sempat beranak pinak. Tidur sekatil, kongsi selimut. Kongsi bantal.

Kemudian tiba tiba jer dapat tahu pasangannya selamat ini pengidap sawan, gila babi !

Mana ada ubat ooo !!

Frustlah ! Dah tentu punya...dahsyatlah Anwar !



Tuesday, January 28, 2014

TOLONGLAH JANGAN KAITKAN TUN M DENGAN PRK KAJANG !


Dah ada cakap cakap mahu Tun Mahathir diletakkan sebagai calon BN di Kajang.
Aku percaya ramai orang mahu Anwar diktator kalah di Kajang sebab nampak sangat kuku besinya. Ramai juga orang percaya Tun Mahathir mampu kalahkan Anwar !

Sesuatu yang wajib kita semua fahami, Tun tak pernah ada masalah peribadi dengan Anwar Ibrahim. Tidak pernah. Pemecatan Anwar adalah akibat isu moral dan salah guna kuasa yang dilakukannya.

Sebarang tindakan Tun bersifat 'negarawan'. Menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair daripada seseorang yang pada masa itu dibuktikan amat bermasalah.

Aku yakin Anwar akan menang di DUN Kajang walau siapapun lawannya termasuk Tun Mahathir. Ini politik baru. DAP adalah faktor penentu di DUN Kajang kerana pengundi Cina menghampiri 40 %.

Bayangkan jika Tun bertanding. Segala macam usaha akan dilakukan bagi mempastikan tiada satupun undi Cina lari ke BN. Dengan kelemahan jentera BN Selangor, aku jangka Pakatan akan menang mudah.

Mereka akan mendapat kemenangan berganda kerana yang dikalahkan ialah Tun Mahathir yang amat digeruni oleh pembangkang khasnya DAP sebelum ini. Aku berpandangan biarkan Anwar menang percuma.

Wang dan masa dapat dijimatkan. Pakatan memang sedang berpecah tetapi untuk pastikan UMNO kalah mereka akan bersatu. Baik abaikan DUN Kajang dan kita biarkan perpecahan dalam Pakatan berpanjangan...


Saturday, January 25, 2014

DAP MEMANG NAK PERISTIWA 13 MEI BERLAKU !


Aku yakin sangat. DAP memang nak sangat peristiwa seperti 13 Mei 1969 berlaku. Ini masanya. Kawan aku ada kata, pada tahun kuda ini macam macam peluang sangat besar akan datang kepada Cina tetapi persaingan, cabarannya jugak besar. Kalau Cina tak ambik peluang tahun ini, ia tidak akan berulang lagi.

Berbeza dengan tahun 1969, sekarang DAP tak payah susah susah. Mereka telah berjaya menakluk PAS. Lihat apa saja yang mereka lakukan, semuanya menerima sokongan padu PAS.

Baca ayat Quran dan tafsir ikut suka
Masuk masjid
Hina Perlembagaan
Hina Agung dan Raja Raja Melayu
Guna Kalimah Allah
Halau orang Melayu Islam dari kampung halaman
Runtuh gerai dan kedai orang Melayu Islam
Permainkan Kalimah Allah
Hina pemimpin orang Melayu Islam

Semua ini benar dan betul bagi orang PAS. PAS kata mereka lebih mulia daripada orang Islam sendiri yang tidak sealiran dengan mereka.


DAP buat macam macam perkara nak bangkitkan kemarahan orang Melayu. Kangkung, boo pemimpin orang Melayu dan sebagainya. Kalau dulu, masa orang Melayu tak berpecah macam sekarang, aku rasa 13 Mei dah berulang.

Sekarang orang Melayu berpecah secara mutlak. Kalau nak berperang, perang kali ini bukan antara Melayu-Cina sebaliknya Melayu akan melawan Melayu kuda DAP.

Inilah matlamat DAP sebenarnya. Aku nampak cita cita DAP ini dah ada tanda akan tercapai, cuma masanya yang belum pasti...


Thursday, January 23, 2014

SAH NURUL IZZAH MOHON CERAI !


Kalau dilaporkan dalam media lain, tobatlah aku tak percaya. Tapi berita ini tersiar dalam Malaysiakini. 


Nurul Izzah memfailkan permohonan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Kes akan disebut semula pada 18/2/2014.

Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan ALLAH.

                                                              Gambar hiasan

Wednesday, January 22, 2014

PLEASELAH ZAHID ...


Nanti ada orang marah aku sebab asyik bercakap tentang pemimpin UMNO. Tapi macamana kalau tak cakap ? Dalam pada negara sedang hangat dengan isu Kalimah ALLAH, dalam pada kita dengar ada orang engkar titah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung, dia dok bermatian matian kejar PATI.

Bukan aku kata tak penting, tapi ini bukan keutamaan pada masa ini. Kerja ini kerja pegawai pun boleh selesai. Lepas tu ada yang dibiarkan. Amoi amoi yang dok kerja di rumah rumah urut di Selangor tu tak pulak ditangkap.

Yang utama sekarang ialah pencabulan perlembagaan, yang tak hormat norma norma yang telah lama dipertahankan. Tak kan nak tunggu berperang baru nak bertindak.


Tak kan PM dah kena hina, kena boo tak nak bertindak lagi. Tak kan tak ada undang undang yang boleh mencegah dan menghalang penghinaan. Maaf cakap, Datuk Najib bukan Pengerusi JKK, dia Perdana Menteri.

Pleaselah Zahid...lagi satu aku bimbang jugak sebab nampak gaya orang Melayupun bukan macam dulu, pantang maruah dicalar. Orang Melayu sekarang dah banyak 
' bersabar '...


Monday, January 20, 2014

DAH JELAS CINA NAK BERKELAHI, JOM KITA SOKONG NAJIB SEPENUHNYA !!


 Datuk Seri Najib kena tunjuk dia pemimpin Melayu Islam sejati. Aku rasa orang Melayu Islam faham DS Najib tak sempurna, ada kelemahan kekurangannya. Kita terima ini dengan syarat lakukanlah penambahbaikan.

Aku nampak berkelahi dengan Cina ni dah tak dapat nak elak lagi dah. Sekarang ni Cina pun aku dengar ada perancangan besar.

1.  Mereka akan gagalkan sebarang usaha untuk membawa masuk apa jua keperluan utama Tahun Baru Cina. Limau Mandarin dan udang. Mereka sanggup bekorban kali ini untuk maksimakan kemarahan dan kebencian rakyat.

2.  Mereka sedang berusaha untuk meyakinkan orang Cina supaya keluarkan semua simpanan yang ada dalam bank dalam negara. Bila pengeluaran besar besaran dibuat maka ekonomi negara akan mengalami krisis keyakinan yang dahsyat.

Mereka mahu lumpuhkan kerajaan UMNO. Ini strategi mereka.

Aku jangka akan ada Melayu yang hati mereka pekat dengan hasad dengki terhadap UMNO akan bantu mereka, tak mengapa...

Kita ramai ramai nyatakan sokongan terhadap Najib selagi Najib ada keberanian nak bercakap sebagai pemimpin Melayu Islam, jelas dan nyata. Aku harap sehari dua ini Najib akan tunjuk Melayu dia !


MATI SELEPAS DEDAH KECURANGAN SUAMI !


Baru jer aku tulis tentang mereka dan rumah tangga mereka yang berantakan.
Semalam dah tersiar berita si isteri ditemui mati di bilik hotel.

Isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Sunanda Pushkar ditemui mati dalam sebuah bilik hotel yang disewa oleh pasangan berkenaan.

Sumber yang rapat dengan pasangan ini menyatakan Sunanda berhasrat untuk bercerai dengan suaminya Shashi Taroor kerana sangat kecewa dengan hubungan sulit suaminya dengan seorang wartawan Pakistan bernama Mehr Tarar.




Mana mana orangpun tak dapat terima kenyataan bila pasangan didapati curang. Ini curang normal, bayangkan curang tak normal. Katakan pasangan melakukan hubungan luar tabii. Memang hancur luluhlah hati , kan !


Sunday, January 19, 2014

NASIB BAIK DATUK RAUF TAK DE...


Beberapa Blog hari ini menyiarkan kisah Cina DAP kena balun di Pulau Pinang kerana mengungkapkan ungkapan ' Melayu Bodoh ' kepada sekumpulan orang Melayu yang sedang berhimpun secara aman bagi menunjukkan protes atas sikap kurang ajar seorang ADUN Cina tapi bukan DAP...PKR.

Aku sangat banggalah dengan perhimpunan ini. Walaupun lebih kurang 3000 orang jer hadir tapi ia dibuat tanpa perancangan berbulan bulan macam kumpulan pencacai DAP dok buat selama ini.
Dia ni pun sejak dah habis umur Pemuda , dah berani dah tegakkan maruah ! Alhamdulillah, tahniahlah Penang.
Yang paling aku bersyukur ialah Datuk Abd Rauf, Setiausaha Kerja UMNO tidak bersama dalam perhimpunan itu. Kalau dia ada sahih Cina DAP tu terlepas.

Dia dah tentu akan maafkan Cina DAP tu dan bagi peluang Cina DAP tu mintak maaf.
Kira selesai pada dia. Luka hati orang Melayu dia tak ambik kisah. Lepas ini hangpa buat lagi. Insyaallah aku hadir . Tapi tolong jangan sampai Datuk Rauf tau yer...


Saturday, January 18, 2014

TOBATLAH PENGSAN NIK AZIZ BACA BERITA NIH !!


BACA DI SINI

KORANG JANGANLAH TERKEJUT. INI YANG TERSIAR, YANG TAK DILAPORKAN MELAMBAK LAMBAK. SEBAB ITU DAP TAK PERNAH GERUN DENGAN PAS. PAS NI HANYA MENGUTAMAKAN SLOGAN.

AKUI KENYATAAN, MACAM MACAM PERKARA MUNGKAR BERLAKU DI KELANTAN TAPI MEREKA PANDAI BERSELINDUNG DI BALIK JUBAH DAN LEBAI.

LETAKKAN RETORIK APAPUN, KALAU AGAMA TAK ADA DALAM JIWA, KOSONGLAH JUGAK...

Friday, January 17, 2014

SKANDAL MENTERI SUMBER MANUSIA DAN WARTAWAN TERBONGKAR ! I


Isteri Menteri ini godam akaun Twitter suaminya untuk menghantar mesej bagi mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan seorang wartawan Pakistan.

Shashi Tharoor dan Mehr Tarar saling berbalas ungkapan cinta yang akhirnya dapat dihidu oleh isteri Menteri berkenaan, Sunanda Tharoor.


Tampan...

Sunanda menyatakan " Lelaki adalah bodoh. Wanita itu mungkin agen Pakistan. Wanita itu mengejar suami saya. Dimanakah kesetiaan cinta di dunia ini ".

Pendedahan Sunanda mungkin akan menghancurkan karier politik suaminya. Kita di Malaysia pulak, ada orang makin banyak skandal, makin setia isterinya. Siap tolong cover lagi...

                                                 Tiada kaitan dengan Sunanda


Wednesday, January 15, 2014

DALAM RIUH RENDAH KRITIKAN TERHADAPNYA, DAP BERJAYA BANGSATKAN MELAYU PULAU PINANG !


Sebenarnya NGO atau bekas ahli DAP yang dapat liputan media tiap tiap hari buang masa jer. Kritikan terhadap Pemilihan CEC DAP tak lebih daripada usaha anjing menyalak bukit.

Kongres Melayu Pulau Pinang melalui Presidennya dah jadi amat popular sekarang.
Tapi bukan kerana memperjuangkan nasib orang Melayu tapi membalun pemilihan parti DAP. Keyakinan aku, setiap kali wajah Rahmad Isahak ini tersiar di media, pemimpin DAP mesti berguling guling gelak !

Helah DAP sangat berkesan. Lepas satu kampung satu kampung Melayu kena halau.Lepas satu gerai, satu gerai Melayu kena roboh ! Aku rasa umat Melayu Pulau Pinang ini dah cukup terhina dibuat DAP.

Terbaru 50 lagi keluarga Melayu yang dah puluhan tahun tinggal di Kampung Jalan Pokok Asam , Jelutung sedang menunggu masa untuk diusir. Mereka semua telah menerima notis yang bertarikh 5 Disember 2013.

Alasan Kerajaan negeri ialah untuk membesarkan tanah perkuburan Islam yang memang terletak berhampiran kawasan itu. Pengerusi Badan Bertindak Pokok Asam sebaliknya menyatakan bahawa ada projek komersial yang akan dilaksanakan.

Aku yakin dan percaya, DAP sengaja melayan serangan orang terhadap organisasinya sebab dalam masa yang sama dia harap orang tak perasan dia telah berjaya membangsatkan Melayu !

Tuesday, January 14, 2014

UNDANG UNDANG MALAYSIA UNTUK ORANG MELAYU SAHAJA !



                                                     Raja Noor Jan Shah Raja Tuah

Hari ini Raja Noor Jan Shah bin Raja Tuah ditangkap dan akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengaku sebagai Sultan Melaka. Kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ( dengan tegas dan beraninya) menjelaskan bahawa penangkapan ini adalah berlandaskan undang undang.

Pihak Polis pulak kata lebih 10 ( aku ulang sepuluh ) aduan diterima daripada orang ramai dan NGO yang rasa tidak selesa dengan perkembangan ini. Betul juga barangkali, ini satu bentuk ' gangguan ' terhadap Institusi Raja.

Pada aku peristiwa ini adalah satu ' kemalangan ' kepada sistem kita.

                                                  Paderi Lawrence Andrew

Ratusan laporan polis oleh pelbagai pihak terhadap Ketua Pengarang Majalah The Herald, Paderi Lawrence Andrew, sudah ada perintah mahkamah ( yang telah dilanggar ) dan dengan jelas Paduka Seri Sultan Selangor sudahpun bertitah namun paderi ini masih bebas.

Bukan sedikit ' kerosakan ' yang telah dan akan berlaku kerana kebiadaban paderi ini.
Aku tak pandai undang undang tapi aku cuba percaya bahawa belum ada landas undang undang yang boleh mensabitkan paderi ini.

Undang undang kita dah ditakdirkan hanya terpakai untuk orang Melayu sahaja. Malang benar nampaknya jadi Melayu di Malaysia ini...


KANGKUNG, MENTALITI PEMBANGKANG DAN PENYAKIT UMNO !


Aku tak terkejut langsung bila begitu ramai macai Pakatan menggunakan 
' kangkung ' sebagai bahan politik cetek mereka. Biasa sebenarnya bila pembangkang menggunakan ' ranting ' sebagai bahan hujah dengan meninggalkan 'pokok' terbiar.

Aku tak salahkan mereka pun. Itu jer tahap mentaliti mereka. Sebab itu mudah jer mereka ditakluk DAP. Sebagai contoh, mereka jadi GILA kepada Lim Guan Eng kerana Lim Guan Eng makan nasi bungkus, tetapi mereka langsung tak peduli bila Cina DAP itu menghalau orang Melayu dan meruntuhkan gerai gerai mereka.

Cuma yang aku nak sentuh ialah mengapa sampai Perdana Menteri sendiri terpaksa bercakap perkara sebegitu. Mengapa kenaikan harga barang ini menjadi isu yang sangat besar, mengalahkan isu isu lain misalnya pencabulan terhadap Kalimah ALLAH, cabaran terhadap institusi Raja dan sebagainya.

Aku rasa di sinilah kelemahan UMNO yang jadi tunjang Kerajaan. Bila Kerajaan mendepani kesukaran seperti sekarang , sepatutnya UMNOlah yang ke depan. UMNO yang paling hampir dengan rakyat.

Gunakan UMNO cawangan dan bahagian. Buat program penerangan, jelaskan kepada rakyat apa yang berlaku. Rayu rakyat untuk memahami situasi.

Ini tidak berlaku aku rasa. UMNO beku bahkan ada yang masih meraikan kejayaan dalam pemilihan.  UMNO tidak rasa terpanggil untuk bantu memahamkan rakyat tentang perubahan yang tidak dapat tidak terpaksa dilaksanakan dan kesannya.

Segalanya Najib, bersendirian dan jadi bahan kecamanlah. Menteri Menteripun aku tengok tak perform. Majlis Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri. Mana ada semangat kekitaan ? Tak de... aku memang risau. Dalam keadaan ' krisis ' UMNO tidak langsung berfungsi...
 

Sunday, January 12, 2014

PEMIMPIN PEMBANGKANG CEDERA DIPUKUL !



Sekurang kurangnya 10 orang termasuk seorang pemimpin pembangkang cedera dalam pertempuran di antara polis anti rusuhan dan penunjuk perasaan di luar sebuah mahkamah .

Polis menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan rusuhan dan turut menggunakan belantan.

Yuri Lutsenko, bekas Menteri Dalam Negeri Ukraine yang sekarang menjadi salah seorang pemimpin pembangkang.



Di luar negara pemimpin pembangkang berada di barisan paling depan jika berdemonstrasi. Kalau mereka dipukul, pemimpin antara yang kena pukul dulu.

Di Malaysia, pemimpin pembangkang tukang peghangat jer...orang turun padang , mereka naik hotel.

He..he..

Saturday, January 11, 2014

KALAU BENAR HASAN MALEK LETAK JAWATANPUN, KERAJAAN TAK RUGI !


Semalam heboh diperkatakan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan meletak jawatan. Aku lega sebenarnya. Tiba tiba Pejabat Menteri keluarkan kenyataan balas menafikannya.

Aku beranggapan Hasan Malek telah gagal. Kenaikan harga barang secara melampau menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Ini kejayaan pembangkang. Orang kaitkan kenaikan harga barang dengan langkah penyusunan semula subsidi gula dan minyak.

Ini tidak benar. Kenaikan harga barang adalah kesan manipulasi dan tindakan jahat para peniaga dan pemborong. Mereka untuk keliling..

1.  Mereka untung dari sudut ' duitnya '

2.  Mereka untung kerana berjaya suburkan marah dan benci kepada Kerajaan.

Kenaikan berlaku di seluruh negara dan melibatkan semua barang tapi yang aku dengar ada peniaga di Pasar Borong Selayang ( sahaja ) telah dikompaun kerana kesalahan ini.

Dua kegagalan Kementerian Hasan Malek yang mungkin menyebabkan kerajaan ini runtuh, mungkin..

1.  Kegagalan memberikan kefahaman kepada rakyat
2.  Kegaglan menguatkuasakan undang undang

Yang menjadi mangsa kerana kegagalan ini ialah rakyat terbanyak. Ini isunya. Aku rasa kita tak boleh berdolak dalik. Kerajaan ini perlu dipertahankan. Hasan Malek perlu ada kerangka masa bagi mengukur keberkesanannya.

Hasan Malek tidak boleh sekadar menyalahkan rakyat kerana tidak membuat aduan. Ini dah jadi isu nasional, tak payah tunggu aduan pun orang tahu apa berlaku. Pilihannya jika hasan Malek rasa sudah tidak berdaya, maka aku fikir baiklah berundur supaya oarng yang berkesan dapat mengambil alih !


 

Sunday, January 5, 2014

ANTARA CIKGU PALING HEBAT DI DUNIA !



Telah mengajar lebih dua puluh tahun.
Satu sekolah,dia seorang jer cikgu
Anak muridnya dah melebihi, maaf cakaplah, 10 000 ekor !


                                         Bekas Pelajar...

Wan Ibrahim Wan Mat dah berusia 60 tahun tapi masih gigih mengajar beruk di sekolah khasnya. Dalam satu tempoh masa Wan Ibrahim menghadkan pelajarnya paling ramaipun 20 ekor. Ini bukan beruk Kelantan jer, satu Malaysia.

Setiap hari Wan Ibrahim akan melatih beruknya selama lapan jam. Antara kemahiran yang diajar ialah memanjat pokok kelapa, memulas dan menjatuhkan buah kelapa yang tua.

Bagi setiap beruk yang dilatih, Wan Ibrahim hanya mengenakan bayaran antara 150 hingga 200 ringgit, sampai beruk ni mahir dan diambil oleh pemiliknya.

Wan Ibrahim menggunakan perkataan mudah dan ringkas bagi mengajar supaya anak muridnya tak keliru dan cepat faham.

Wan Ibrahim menegaskan bagi mendidik beruk, sesiapa sahaja mesti bersabar kerana kebanyakan yang dihantar kepadanya amat liar dan agresif.

p/s - Dahsyatkan kebijaksanaan Allah Taala. Kita tunjukkan kepada kita betapa haiwanpun kalau dididik dan diajar, ia akan patuh dan jadi berguna kepada kita...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...