Thursday, January 29, 2015

MH 370..BERITA DUKA !

Kesemua 239 orang diisytihar meninggal dunia



Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 239 orang dalam pesawat penerbangan MH370 dianggap telah meninggal dunia.

Ketua Pengarah DCA,  Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan perkara itu melalui satu rakaman yang disiarkan melalui RTM jam 6 petang ini.

Menurutnya, perisytiharan itu akan dapat membantu para waris untuk mengemukakan tuntutan ganti rugi mereka.

Katanya, kerajaan Malaysia menganggap, para penumpang tersebut tidak mungkin akan dapat terus hidup di kawasan pencarian, di selatan Lautan Hindi, selepas 327 hari berlalu.

"Maka, dengan berat hati dan penuh dukacita, bagi pihak kerajaan Malaysia, kami dengan rasminya mengisytiharkan bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH370 merupakan satu kemalangan...

"...kesemua 239 orang penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370 kehilangan nyawa mereka," katanya.

Menurutnya, perisytiharan itu dibuat mengikut piawai Konvensyen Chicago.

Sidang media anjuran Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu sepatutnya diadakan pada jam 3.30 petang di Putrajaya.

Ia bagaimanapun dibatalkan ekoran “kehadiran waris penumpang di majlis taklimat", kata DCA dalam kenyataannya petang ini.

Anggota keluarga semalam mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan Malaysia tidak membuat kesimpulan melulu berhubung isu itu.

MH370, yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, pada Mac lalu.

Sehingga kini jejaknya masih belum dikesan.


Ulasan

Aku dengar perisytiharan ini hanya formaliti penerbangan. manakala usaha SAR dan segala siasatan akan tetap diteruskan. Kita hamba Allah, kepadaNya kita berserah.

Monday, January 26, 2015

BIJAK BILA MERENDAH !

KOTA KINABALU 26 Jan - “Saya tidak layak,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, untuk menasihati bekas pemimpin parti dan kerajaan yang kini sering mengkritik pentadbiran semasa di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, walaupun merupakan pemimpinan kanan UMNO dalam hierarki kerajaan, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan nasihat kepada orang yang diibaratkannya sebagai guru.

Bagaimanapun tegas Menteri Pertahanan itu, banyak perkara yang berlaku dalam negara dan pentadbiran sekarang ini juga berpunca daripada keputusan-keputusan pemimpin terbabit suatu ketika dulu.

“Siapa saya untuk menasihati orang yang mengajar saya hingga menjadi Naib Presiden hari ini? Adakah saya yang layak menasihati mereka? (Sedangkan) saya adalah hasil daripada didikan mereka.

“Mereka (pemimpin terdahulu) perlu tahu apa yang diajar oleh mereka, nilai-nilai yang mereka amal dan ajar ketika mereka memimpin diwariskan, (pemimpin sekarang) mengamalkannya,” jelas Hishamuddin.

Sehubungan itu beliau berharap perkara itu disedari semua bekas pemimpin atau pegawai tinggi kerajaan yang kini mencemuh kerajaan, bahawa kebanyakan apa yang mereka kritik telah berakar umbi ketika mereka berkuasa.

“Tidak bolehlah kerana mereka tidak lagi memimpin sekarang, maka mereka perlu membangkitkan pelbagai masalah. Apa yang kita ada sekarang adalah warisan dan legasi daripada kepimpinan mereka sendiri,” tegasnya.

Hishamuddin menambah: “Mereka telah memimpin negara selama bertahun-tahun, dan kita sekarang bersedia untuk menghadapi apa sahaja berdasarkan kepimpinan mereka.”

Kenyataan Naib Presiden UMNO ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang membuat beberapa kenyataan yang didakwa menyerang kepimpinan Najib.

Sebagai tindakan balas, media arus perdana dikatakan menggunakan pembangkang, terutamanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang balik Dr Mahathir dan Daim.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kapal selam KD Tunku Abdul Rahman Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang berlabuh di Teluk Sepanggar di Sabah, Hishammuddin menggesa semua bekas pemimpin negara untuk melihat gambaran yang lebih besar.

“Mereka telah memimpin negara selama bertahun-tahun, dan kita sekarang bersedia untuk menghadapi apa sahaja berdasarkan kepimpinan mereka,” katanya.RN




Ulasan

Aku rasa suka tak suka orang kena akui bahawa DS Hishammuddin sedang berada dalam situasi ' boleh bagi pandangan '. Akhir akhir ini ' kerja ' menyebabkan beliau begitu kedepan.

Tapi beliau mengambil pendekatan menghormati, merendah diri. Beliau bijak sebab bukan mudah nak bercakap sesuatu tentang Tun M atau Tun Daim. Mereka legend dalam negara kita.


Wednesday, January 21, 2015

BETUL PLKN TIADA MANFAAT !

PUTRAJAYA 20 Jan - Penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun tidak akan menjejaskan pelaksanaan transformasi PLKN.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, satu makmal juga akan diwujudkan mulai bulan depan yang akan menghimpunkan kesemua pihak berkepentingan bagi meneliti secara menyeluruh berkenaan kerangka transformasi serta keputusan penangguhan itu.

"Penangguhan PLKN selama setahun ini sama sekali tidak memberi kesan besar dan menjejaskan pelaksanaan program PLKN secara keseluruhannya pada masa akan datang," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan akan menangguhkan PLKN tahun ini, dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program dikaji semuka dan ditambah baik.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan sudah melakukan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan input dan cadangan bagi menambah baik PLKN.

Bagi merealisasikan transformasi PLKN, kementeriannya menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian seperti Belia dan Sukan, Pendidikan, Sumber Manusia, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kerja Raya serta Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, pihaknya memberi jaminan hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara tidak akan diketepikan berikutan pengumuman struktur ekonomi oleh Najib hari ini.





Pakatan nak sangat PLKN mansuh. Bukan Pakatan saja, Saifuddin Abdullahpun sama. Alasan mereka PLKN tak datangkan manfaat. Aku setuju. Jika PLKN dijalankan dengan baik, ikut modul pasti ia tak akan datangkan manfaat kepada Pakatan.( Yang diketuai DAP )

Tapi ia akan datangkan manfaat kepada negara dan bangsa. Kalau tengok sumbangan peserta PLKN dalam membantu mangsa banjir baru baru ni, nampak sangat berbaloinya program ini. Anak anak ini telah berjaya dipimpin untuk sama sama bertungkus lumus membantu mangsa.

DS Hishammuddin berhak bertegas mahu PLKN dikekalkan sebab beliau bersama sama peserta PLKN dalam misi bantuan ini. Mereka sama sama jadi sebutan rakyat terbanyak.

Paling penting anak anak yang mempunyai jiwa menyumbang ini sudah pasti tak akan termakan dengan hasutan Pakatan. Benih benci tak mungkin dapat disemai dalam jiwa mereka. Sebab itu aku nak mintak kerajaan khasnya Kementerian Pertahanan agar tidak terganggu.

Perkiraan paling utama ialah pembentukan negara bangsa walaupun banyak mana peruntukan terpaksa dilaburkan.

Monday, January 19, 2015

ANWAR BETUL, RAKYAT HAKIM NEGARA !

Rakyat hakim negara ni retorik Anwar Ibrahim untuk cetuskan semangat kepada budak budak dialah. Hakikatnya, rakyat terbanyak tak bersama diapun.



Cuma bila baru baru ini aku hantar anak balik ke asrama, aku berpeluang bercakap dengan beberapa orang guru dari Kelantan yang terjejas teruk kerana banjir. Terkejut jugak aku sebab nada cikgu cikgu ni nampak sangat jelas. Kecewa dengan Kerajaan dan pemimpin PAS yang hampir tak berbuat apa apa langsung sebaliknya kalau datangpun menyalahkan Kerajaan Pusat.




Yang aku terpegun, bila nama DS Hishammuddin disebut sebagai antara pemimpin yang paling disenangi, mesra dan amat mudah didampingi. Aku syoklah sebab aku memang berkenan dekat DS Hishammuddin ni.


Dikatakan ke mana sahaja beliau pergi, beliau memberi masa kepada mangsa banjir yang memang nak luah macam macam. Maka macam macamlah orang mengadu. 
Sebenarnya ramai terkejut dengan akhlak DS Hishammuddin. Jangkaan mereka pemimpin UMNO sangat sukar didekati. Sedangkan yang mereka lalui jauh berbeza.


Aku banggalah jugak. Pemimpin ni bukan boleh dilakon lakon, dibuat buat. Tak jadi. Ia lahir dari dalam hati. 

Sekarang sebenarnya bergantung kepada UMNO Kelantan. Aku rasa DS Hishammuddin dan bukakan lorong. Terserah kepada UMNO Kelantan untuk masuk. Macam mana kaedah dan caranya kena bincanglah.

Aku makin yakinlah . Sebenarnya politik ni bukan sekadar pentas dan pembesar suara. Ia jauh lebih luas. Rakyat sentiasa melihat dan menilai.

Sunday, January 18, 2015

MEMALUKAN !! PENONTON BOLA PERAK KENA BELASAH !

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) kesal dengan insiden pergaduhan membabitkan penyokong pasukan dengan penyokong Perak di Stadium Paroi pada 16 Januari lalu.
PBNS dalam satu kenyataan berkata, persatuan bola sepak itu sangat terperanjat apabila menerima maklumat mengenai insiden dalam perlawanan persahabatan yang juga bertujuan mengisi Tabung Mangsa Banjir.
“Kami amat terperanjat atas kejadian berdarah yang berlaku di Paroi selepas perlawanan persahabatan Negeri Sembilan dan Perak pada hari Jumaat lalu. Tidak tahu apakah puncanya.
“Tetapi kejadian ini amat memalukan rakyat dan penyokong setia bola sepak Negeri Sembilan,” kata kenyataan itu melalui laman Facebook rasmi PBNS.
Menurut PBNS, kelakuan samseng dalam kalangan penyokong bola sepak Negeri Sembilan perlu dibendung oleh semua pihak termasuk dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapati wujud anasir itu.
Tegas kenyataan itu, sukan bola sepak untuk mengeratkan perpaduan bukannya untuk menjadi punca perbalahan.
“Walau apapun alasan, kami memohon maaf kepada penyokong Perak atas kejadian yang pertama kali terjadi di Paroi itu. Semoga pihak berkuasa dapat mengenalpasti dan menangkap mereka yang terlibat,” kata kenyataan itu. -MYNEWSHUB

Ulasan

Aku rasa ini bukan kali pertama berlaku. Bahkan sudah agak kerap sedangkan zaman aku muda muda dulu tak ada pulak kes berpukul pukul pasal tengok bola. Aku rasa FAM perlu tangani benda ni dengan serius. Pencapaian bolasepak kita tak tara manapun tapi sampai nak berbunuhan.

Lebih malang lagi apabila peristiwa ini adalah perlawanan persahabatan yang niatnya baik sangat, nak kutip derma untuk mangsa banjir. Menteri Sukan kena tengoklah. Peristiwa ini berlaku di kampung laman Menteri.

Saturday, January 17, 2015

VIDEO YANG MEMALUKAN !

Pakatan bangga dengan orangnya dan menganggapnya sebagai pakar. Dah orang kata pakar, maka diapun bila ada peluang bercakaplah dengan kepercayaan bahawa dia adalah pakar. Tapi hakikatnya, dia tak cakap benarpun. Dia tak bagitau apa pertuduhan terdap Mejar Zaidi.

 Dia nak ceritapun bahawa Mejar Zaidi adalah kakitangan awam yang terikat dengan tata etika kerja.

bahkan dia tak bagitaupun Mejar Zaidi sepatutnya dibela oleh peguam PAS tapi peguam itu telah tidak hadir perbicaraan, Inilah Pakatan. Segalanya tipu muslihat.


Friday, January 16, 2015

JAKIM TELAH GAGAL !

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengelak untuk menerima cadangan berdebat dengan peguam Eric Paulsen ekoran kenyataan beliau yang mendakwa pihak berkuasa agama itu "mempromosikan ekstremisme".

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata cadangan berdebat yang turut dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shabery Cheek, "bukan soal isu, bukan soal pokok".

"Kes Eric ni sedang dalam siasatan polis, soal debat ini bukan soal isu, bukan soal pokok.

"Selesai dulu kes dia ini di mahkamah," katanya melalui kiriman Whatapps yang dimajukan oleh pegawai perhubungan awam Jakim kepada Malaysiakini semalam.

Ahmad Shabery semalam turutbersetuju mengenai saranan agar satu debat terbuka diadakan antara Jakim dan Paulsen sebagai memberi peluang kepada peguam itu menjelaskan maksud kenyataannya yang mendakwa Jakim mempromosikan ektremisme.

Sementara pengamal undang-undang itu pula turut mengalu-alukan cadangan menteri itu dan menerima jemputan debat dalam satu kenyataan ringkasnya di Twitternya semalam.

Mengulas persetujuan Eric untuk berdebat, Othman pula membidas pengarah eksekutif NGO Lawyer For Liberty (LFL) supaya "tidak mencari helah" daripada siasatan polis.

"Jangan dia cari helah untuk mengelakkan daripada siasatan ini dengan mengalihkan kepada mempertahankan diri melalui debat pula.

“Selesai dulu di mahkamah," katanya lagi.


Ulasan

Aku kagum. JAKIM telah gagal diperangkap oleh Eric. Aku rasa Datuk Ahmad Syaberypun hanya bercakap mewakili Kementerian beliau. kalau nak debat, RTM boleh siarkan.

Aku tak berapa cenderung dengan perkataan debat sebab awal awal lagi kita dah tau siapa Eric. Dia tahu dia berikan fakta yang salah. Dia tahu apa kandungan khutbah, bahkan dia tahu betapa murninya Islam.

Eric sekadar mahu menguji ' berani ' atau tidak umat Islam dalam keadaan berpecah belah ni. Berani tak pihak berkuasa ambil tindakan. Sekarang dia dah tersepit dan cuba lari. Kalau dilayan, macam kita bukak pintu untuk dia menyelinap keluarlah.

Tahniah JAKIM !

Monday, January 12, 2015

INI PETANDA KEADILAN ALLAH, INSYAALLAH.

Kita diuji dengan pelbagai ujian. MH 370, MH17, banjir besar dan sebagainya. Aku anggap ini ujian berskala besar. Malangnya pulak, kita tidak bersatu menghadapi semua ini. Seakan akan ada dia kumpulan. Kerajaan di satu sudut, pembangkang di sudut yang lain.

Harapan kebanyakan rakyat Malaysia, mudah mudahan LIMA 2015 ini akan berlangsung dengan cemerlang. Dengan 92% ruang pameran telah ditempah, 35 negara bersetuju untuk menyertai, tanda tanda kejayaan mula kelihatan.


Apapun hakikatnya kita boleh berusaha sebaik baiknya, selebihnya kita berserak kepada ALLAH, mudah mudahan ALLAH anugerahi kita kejayaan. Datuk Seri Hishammuddin telah berjaya melepasi banyak ujian bersama pasukannya. Kita harap kejayaan yang lebih besar dapat dicapai melalui LIMA 2015, insyaallah.


Keyakinan kita, selepas ALLAH menguji kita, ALLAH akan mengangkat darjat kita mudah mudahan...


KUALA LUMPUR 12 Jan - Pameran Udara dan Maritim Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan menjadi pameran terbesar berbanding dengan edisi sebelum ini ekoran ada peningkatan 11 peratus penyertaan syarikat pempamer.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata LIMA edisi ke-13 yang telah diadakan itu tidak boleh menggunakan pendekatan lama berikutan dunia sudah berubah.

"LIMA 2015 amat penting bukan sahaja kepada negara dan rantau kita tetapi sebenarnya jika dibawa dengan baik, kita boleh menunjukkan kepada dunia bahawa dengan gandingan semua pihak secara ikhlas dan terurus, saya percaya pesanan akan dibawa kepada dunia daripada kepimpinan negara kita pada hari ini.

"Ini memerlukan sokongan dan sandaran daripada semua pihak yang berpentingan. Setakat hari ini saya lihat tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersama-sama dengan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Laman Sesawang dan Apresiasi LIMA 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan disini, hari ini.
Hishammuddin, Tun Hussein, menteri pertahanan, mindef, LIMA, LIMA 2015, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar ibrahim, anwar liwat
Sebelum itu, beliau sempat mempengerusikan mesyuarat Mesyuarat Penyelarasan Menteri-Menteri LIMA 2015 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya.

LIMA 2015 mempunyai keistimewaan tersendiri berikutan kerajaan turut memfokuskan penglibatan komuniti ASEAN sebagai salah satu komitmen Malaysia dalam menerajui ASEAN pada 2015.

Penganjuran tersebut bukan sahaja dapat memperkukukan hubungan erat di kalangan negara anggota tetapi turut merancakkan pasaaran bagi industri maritim dan aeroangkasa pertahanan dan komersial di kalangan negara ASEAN.

LIMA 2015 merupakan penzahiran dan teknologi terkini dalam bidang maritim dan aeroangkasa sebagai satu agenda strategik negara dalam menambah daya tarikan pelancong.

Acara Nasional merupakan nama pengiktirafan oleh kerajaan bagi pameran ini dan meletakkan pameran ini sebaris dengan pameran industri pertahanan dan maritim utama dunia yang lain seperti International Defence Exhibition and Conference (IDEX) dan Australian International Airshow dan Aerospace & Defence Exposition (AVALON).

Saturday, January 10, 2015

TIDAK LEKA DENGAN BANJIR !

Seluruh jentera ATM digerakkan bagi membantu mangsa banjir dari segenap sudut. Dari Menteri, Timb Menteri, KSU, Peg Tinggi Tentera sampailah ke bawah semuanya terlibat . Alhamdulillah, dalam kesibukan itu DS Hishammuddin tidak sedetikpun leka daripada mengambil berat isu keselamatan.

KUALA LUMPUR 9 Jan - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dalam keadaan siapsiaga menghadapi ancaman keganasan luar sepertimana inisden 'Charlie Hebdo' di Perancis baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata kawasan tumpuan dalam negara perlu diberi tumpuan khas oleh pihak ATM sebagai langkah mengekang daripada insiden seumpama itu terjadi.

"Jangan ambil mudah mengenai apa yang berlaku di negara berkenaan, tidak mustahil kita hadapi dinegara kita sendiri.

"Sebab itu tumpuan dikawasan mencetuskan kebimbangan kita daripada ancaman keselamatan dan ketenteraan mestilah diberikan tumpuan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Jaket Kepada Kontinjen Malbatt 850-1 dan Malbatt 850-2 di Auditorium Kementerian Pertahanan disini, hari ini.
angkatan tentera malaysia, ATM, Charlie Hebdo, paris menteri pertahanan, datuk seri hishammuddin hussein, dato seri hishammuddin hussein, malaysia, pengkalan tentera laut diraja malaysia, TUDM, teluk sepanggar, kota kinabalu, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, umno, najib razak, anwar ibrahim, anwar liwat
Beliau dalam pada itu menjelaskan akan berangkat ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu pada 17 sehingga 18 Januari ini.

Jelasnya, lawatan itu bagi melihat kawasan persekitaran di Sabah dan peralatan ketenteraan yang akan dibawa masuk ke negara ini untuk menguatkan lagi sistem ketenteraan.

"Kita akan menghantar Lift Fleet Submarine dan kenderaan berperisai 8x8 daripada Deftech yang akan ditempatkan disana, dan menambah baik Lapangan Terbang Lahad Datu dan Labuan.

Ujarnya, ATM juga telah menempatkan Pesawat Hawks di pengkalan persisir pantai Sabah dan akan menempatkan aset sama di Pengkalan Hadapan di Lahad Datu.

Tambahnya, agenda keselamatan ini akan dibawa ke mesyuarat kabinet setiap minggu dan akan dijadikan agenda utama kementerian dalam membendung ancaman keganasan.

"Ini merupakan perancangan rapi yang akan kita umumkan pada masa sesuai.

"Ini bermakna Mindef dan ATM tidak mengambil mudah ancaman baru dan terus memperbaikinya," katanya.

Sunday, January 4, 2015

AKU RESPEKLAH, BETUL..

Orang lain nak cakap apa pun tak pe. Tapi aku tak fikir ramai orang sanggup buat sampai macam ini...












Sebab ramai orang kata beliau elit. Sebenarnya beliau memang elit tapi apa yang beliau lakukan langsung tak menggambarkan latar belakangnya..Beliau mampu turun jauh ke bawah. Alangkah bermaknanya gambar gambar ini. Ia mengangkat UMNO tinggi di tengah tengah segala tohmahan.



PENYANYI BERTUMBUK DENGAN BAPAK !

Kalau cakap pasal sikap buruk penyanyi lelaki ini, satu buku pun tak habis. Lepas satu, satu cerita mengenainya hinggap ke telinga Cik Pang.
Terbaru, penyanyi tinggi lampai ini dikatakan bertumbuk sakan dengan bapanya. Itupun selepas tidak puas hati apabila bapanya marah sebab ada orang datang kutip hutang!

Kata teman Cik Pang, penyanyi itu pada mulanya meminjam wang yang banyak dengan seorang lelaki. Alasan penyanyi itu, dia tengah kering sebab tiada tawaran menyanyi sejak sekian lama.
Namun dengan muka tak tahu malu, dia berjanji akan bayar semula dalam tempoh tertentu. Entah apalah janji manis ditabur si penyanyi sampai si lelaki percayakannya.

Tunggu punya tunggu, hutang tak bayar-bayar walaupun lebih tempoh sehingga si lelaki terpaksa berjumpa bapa penyanyi itu untuk menuntut hutang.
Si bapa yang terkejut dengan jumlah wang dituntut terus bertemu dan memarahi anaknya. Si anak tak kenang budi pula naik angin dan mula bergaduh besar dengan bapa sampai nak bertumbuk. Mujur waktu itu ada ahli keluarga lain yang tolong leraikan dan amankan keadaan.

Apa nak jadi de­ngan penyanyi ini, Cik Pang pun pening kepala. Sudahlah kes mabuk dan bergaduh dulu pun belum selesai, kini timbul cerita ini pula. RasaƂ­nya budak ni nak kena ajar masuk tempat pemulihan akhlak baru sedar agaknya.


Ulasan

Saja aku petik berita dalam Harian Metro ini. Berita ini menarik perhatian aku sebab ia jarang berlaku dan bila ia berlaku melibatkan artis aku rasa elok diberikan perhatian. Menyampah aku dengan artis Malaysia ni sebab sensasi kisah peribadi lebih hebat daripada hasil seni mereka.


Aku nak cadangkan Kementerian yang berkaitan untuk bertegas. Artis ambil dadah, artis kena tangkap khalwat, artis mencuri sewajarnya digam sekurang kurang untuk satu tempoh masa. Kalau tidak ia beri kesan buruk sebab mereka ini sedikit sebanyak ada pengikut.


Sampai bila nak dibiarkan artis artis macam gini berada di atas pentas? Macam kebal pulak mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...