Wednesday, January 21, 2015

BETUL PLKN TIADA MANFAAT !

PUTRAJAYA 20 Jan - Penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama setahun tidak akan menjejaskan pelaksanaan transformasi PLKN.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, satu makmal juga akan diwujudkan mulai bulan depan yang akan menghimpunkan kesemua pihak berkepentingan bagi meneliti secara menyeluruh berkenaan kerangka transformasi serta keputusan penangguhan itu.

"Penangguhan PLKN selama setahun ini sama sekali tidak memberi kesan besar dan menjejaskan pelaksanaan program PLKN secara keseluruhannya pada masa akan datang," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan akan menangguhkan PLKN tahun ini, dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program dikaji semuka dan ditambah baik.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan sudah melakukan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan input dan cadangan bagi menambah baik PLKN.

Bagi merealisasikan transformasi PLKN, kementeriannya menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian seperti Belia dan Sukan, Pendidikan, Sumber Manusia, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kerja Raya serta Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, pihaknya memberi jaminan hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara tidak akan diketepikan berikutan pengumuman struktur ekonomi oleh Najib hari ini.





Pakatan nak sangat PLKN mansuh. Bukan Pakatan saja, Saifuddin Abdullahpun sama. Alasan mereka PLKN tak datangkan manfaat. Aku setuju. Jika PLKN dijalankan dengan baik, ikut modul pasti ia tak akan datangkan manfaat kepada Pakatan.( Yang diketuai DAP )

Tapi ia akan datangkan manfaat kepada negara dan bangsa. Kalau tengok sumbangan peserta PLKN dalam membantu mangsa banjir baru baru ni, nampak sangat berbaloinya program ini. Anak anak ini telah berjaya dipimpin untuk sama sama bertungkus lumus membantu mangsa.

DS Hishammuddin berhak bertegas mahu PLKN dikekalkan sebab beliau bersama sama peserta PLKN dalam misi bantuan ini. Mereka sama sama jadi sebutan rakyat terbanyak.

Paling penting anak anak yang mempunyai jiwa menyumbang ini sudah pasti tak akan termakan dengan hasutan Pakatan. Benih benci tak mungkin dapat disemai dalam jiwa mereka. Sebab itu aku nak mintak kerajaan khasnya Kementerian Pertahanan agar tidak terganggu.

Perkiraan paling utama ialah pembentukan negara bangsa walaupun banyak mana peruntukan terpaksa dilaburkan.

5 comments:

Anonymous said...

Weii !! Babi, ko siasat dulu taikun cina yang kaya raya tu. Cina kaya ok, Melayu kaya salah. Bodoh punya babi.

Anonymous said...

Pembangkang mahu peralatkan anak muda untuk mencapai cita cita mereka. Sedangkan kerajaan angkat martabat anak muda ke tempat selayaknya.

Anonymous said...

KERAJAANPUN PERALAT BUDAK BUDAK PLKN TAPI SECARA POSITIF. HASILNYA MASYARAKAT PERCAYA INI PROGRAM YANG BAIK.

Anonymous said...

Anon 6:49, aku pecaya hang melayu. melayu yang jilat ponggong lim kit siang

Anonymous said...

Anak saya produk PLKN. Byk perubahan positif. Sembahyangnya terjaga. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...