Monday, January 19, 2015

ANWAR BETUL, RAKYAT HAKIM NEGARA !

Rakyat hakim negara ni retorik Anwar Ibrahim untuk cetuskan semangat kepada budak budak dialah. Hakikatnya, rakyat terbanyak tak bersama diapun.



Cuma bila baru baru ini aku hantar anak balik ke asrama, aku berpeluang bercakap dengan beberapa orang guru dari Kelantan yang terjejas teruk kerana banjir. Terkejut jugak aku sebab nada cikgu cikgu ni nampak sangat jelas. Kecewa dengan Kerajaan dan pemimpin PAS yang hampir tak berbuat apa apa langsung sebaliknya kalau datangpun menyalahkan Kerajaan Pusat.




Yang aku terpegun, bila nama DS Hishammuddin disebut sebagai antara pemimpin yang paling disenangi, mesra dan amat mudah didampingi. Aku syoklah sebab aku memang berkenan dekat DS Hishammuddin ni.


Dikatakan ke mana sahaja beliau pergi, beliau memberi masa kepada mangsa banjir yang memang nak luah macam macam. Maka macam macamlah orang mengadu. 
Sebenarnya ramai terkejut dengan akhlak DS Hishammuddin. Jangkaan mereka pemimpin UMNO sangat sukar didekati. Sedangkan yang mereka lalui jauh berbeza.


Aku banggalah jugak. Pemimpin ni bukan boleh dilakon lakon, dibuat buat. Tak jadi. Ia lahir dari dalam hati. 

Sekarang sebenarnya bergantung kepada UMNO Kelantan. Aku rasa DS Hishammuddin dan bukakan lorong. Terserah kepada UMNO Kelantan untuk masuk. Macam mana kaedah dan caranya kena bincanglah.

Aku makin yakinlah . Sebenarnya politik ni bukan sekadar pentas dan pembesar suara. Ia jauh lebih luas. Rakyat sentiasa melihat dan menilai.

7 comments:

Anonymous said...

Baguslah UMNO tolong rakyat tapi pengalaman saya orang Kelantan agak sukar dipercayai.

Anonymous said...

Sangka baik. Saya juga dengar dari kawan kawan. Ada perubahan besar bakal berlaku.

Anonymous said...

Terbaik DS Hisham. Memang beliau juara dalam membantu mangsa banjir

Anonymous said...

Kita usah pandang rendah rakyat. Mereka menilai dan sampai masa akan membuat pilihan

Anonymous said...

PAS TIPU KELANTAN LAMA DAH. BILA SAMPAI MASA TAKDIR ALLAH MENDEDAHKAN PENIPUAN MEREKA.

Anonymous said...

Problem sebenarnya UMNO Kelantan. Selesai masalah ini oklah. Kerajaan pusat dah buat banyakpun.

Anonymous said...

Pemimpin Umnopun bukan semua pulun. Datuk Hisham nampaklah kesungguhannya. Tahniah kerana berjaya memimpin Kementerian Pertahanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...