Tuesday, March 31, 2015

MELAYU DAH TAK APA DAH !

Pembangkang Biadab Pakai Serba Hitam Pada Istiadat Pembukaan Sidang Dewan - Zambry

IPOH, 31 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan semua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri hari ini sebagai biadab dan tidak menghormati institusi Diraja.

Zambry turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Adun pembangkang yang tidak menghormati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang pada Selasai mencatatkan sejarah keberangkatan pertama baginda ke Dewan Undangan Negeri selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan.

Menurut beliau, perbezaan yang wujud antara kerajaan dan pembangkang tidak perlu dipanjangkan sehingga ke tahap memalukan Sultan.

"Hari ini merupakan majlis istiadat pembukaan dewan yang memerlukan mereka ) memakai pakaian seperti sebelum ini, tetapi mengapa hari ini jadi begini, apa pun alasan yang mereka berikan saya tidak terima sama sekali.

"Pembangkang memakai serba hitam melambangkan kematian, kesedihan, kegelapan dan berkabung," katanya kepada pemberita selepas istiadat itu hari ini.

Zambry berkata tindakan biadab Adun pembangkang itu juga menyebabkan Sultan Nazrin menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.

Ditanya adakah Sultan Nazrin Shah murka dengan tindakan Adun terbabit, menteri besar berkata: "Saya tidak berhak mengatakan Sultan murka atau tidak tetapi kita tahu tindakan tiada sesi bergambar dan sebagainya, kita boleh baca dan sangat mengejutkan baginda.

"Tuanku amat berharap sesi bergambar diadakan kerana pertama kali baginda dengan penuh bersejarah merasmikan Dewan Undangan Negeri dan dalam titah ucapan, tuanku menyebut hari ini adalah pembukaan dewan yang bersejarah bagi baginda selaku seorang Sultan," katanya.

Beliau berkata kemungkinan Adun pembangkang itu akan memohon maaf kepada Sultan Nazrin Shah atas keterlanjuran mereka tetapi perbuatan memakai pakaian serba hitam telah memperlihatkan sikap sebenar mereka.

"Rakyat akan lihat watak mereka ini... mungkin dia nak elak daripada isu lain, ini strategi mereka, tetapi janganlah sampai perkara yang tidak sewajarnya dipolitikkan turut dipolitikkan," katanya.

Sejumlah 26 Adun pembangkang tiba di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi, secara berkumpulan dengan berpakaian serba hitam.

Terdahulu, pada sidang akhbar berasingan, Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tindakan mereka memakai pakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Tindakan protes itu juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga barang kini dan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) esok, katanya.

Ulasan

Aku mintak maaflah. Pada pandangan aku kita orang Melayu amnya dan UMNO khasnya dah makin hilang taring. Raja dihina di depan mata kitapun, kita gagal berbuat apa apa. Sekadar mengulas dan melahirkan rasa kecewa.

Agama Islam dah lama dihina. Jugak kita tak upaya berbuat apa apa..

Aku nak tanya soalan. Adakah peristiwa ini menjadikan UMNO lebih gigih bekerja ? Lebih solid ? Korang jawablah sendiri.

Saturday, March 21, 2015

BERAKHIR CEMERLANG , SYUKURLAH.

Maka akan adalah orang kata aku bodek. Tak pe. Katalah. Cuma aku nak kata, kepemimpinan DS Hishammuddin dan kerjasama kuat semua pihak terbabit telah menjayakan LIMA 2015.

di sini. dan baca jugak artikel ini..

Ini pencapaian pemimpin UMNO. Pemimpin Melayu. Kita kongsi kebanggaan ini sebab ia berlangsung dalam masa UMNO/BN diserang kiri kanan. Rakan dan musuh sama sama prasangka.

Aku harap semangat kejayaan ini akan dibawa meresap ke dalam UMNO. Selepas ini pulun pulak untuk UMNO menang PRU 14.








DS Hishammuddin dan teamnya berikan komitmen 100 %. Maka Allah limpahkan rahmatnya dengan kejayaan cemerlang. Sikit sebanyak akan ada kekurangan. Normallah.

Kita bercakap tentang keupayaan, kemampuan dan masa depan UMNO/BN di tengah tengah segala kekurangan dan cabaran yang kita hadapi.


Wednesday, March 11, 2015

GELI TAPAK KAKI...

Aku tak  terkejut membaca artikel terbitan The Malaysian Insider ( TMI ) di sini....


Hakikatnya media adalah antara alat berkesan dalam membina atau melumpuhkan sesuatu karektor. Namun dalam realiti masyarakat Malaysia, ada yang naik atau turun tanpa peranan media yang jelas kerana sistem                   ' bersemuka' yang jadi amalan kita sejak lama.

Aku tak bercadang untuk mengulas secara terperinci hasil kaji selidik Merdeka Center ini sebab korang boleh baca artikel berkenaan sepenuhnya. Cuma aku sebagai orang akar umbi memang dapat ' mengesan ' rasa bangga orang UMNO atau rakyat umumnya terhadap pencapaian DS Hishammuddin dalam mengendalikan MH 370 dan diikuti dengan kejayaan pelbagai transformasi UMNO.

Perasaan ini menjadi lebih manis apabila ia berlaku selepas PAU 2013 yang menyaksikan DS Hishammuddin menghadapi laluan sukar sebelum memenangi Naib Presiden di tempat ketiga. Perbandingan serta merta dapat dilakukan tanpa banyak berfikir. Bagaimana seseorang yang digambarkan lemah sebelum pemilihan sebenarnya mempunyai kekuatan luar biasa sewaktu menghadapi krisis ( MH 370 ).

Aku jangka TMI mempunyai tujuan tertentu apabila melakukan soal selidik dan kemudiannya menerbitkan artikel ini. Tapi kita lupakan niat mereka dan mari kita akui kenyataan bahawa DS Hishammuddin bukan seorang yang ' geli tapak kaki '.

Dalam politik ' geli tapak kaki ' bermakna ghairah melampau untuk mendapat kedudukan lebih tinggi. Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang jelas mempunyai kegilaan ini.

DS Hishammuddin tidak ada sejarah ' merempuh atau melanggar '. Beliau naik betul betul melalui anak tangga. Dalam waktu apapun beliau masyhur sebagai orang yang taat dan patuh kepada pemimpin atasan dan tidak pernah nampak berbeza dengan mereka.

Sewaktu krisis beliau sentiasa bersama arus perdana tetapi tidak melampau menyerang pihak yang berbeza. Ini terbukti dalam beberapa krisis yang berlaku di dalam UMNO. Ketua Pemuda Malaysia beralih dalam ' krisis '.Tan Seri Rahim Thamby Chik, Datuk Seri Zahid Hamidi melepaskan jawatan Ketua Pemuda dalam keadaan tidak selesa tetapi beliau tidak langsung kelihatan ghairah untuk mengganti pada ketika itu sebaliknya naik mengikut proses biasa.

MH 370 makin menampakkan diri beliau secara jelas. Pada waktu dunia 
' melambung ' beliau, beliau tampil tegas dan jelas sebagai ' pekerja bawahan' kepada Perdana Menteri.

Pada setiap kali sidang media beliau tidak pernah tidak menyebut nama Perdana Menteri untuk pelbagai konteks dan keperluan, beliau sama sekali tidak nampak ghairah dengan pesona dan pujian.

Dan ia kekal begitu sampai sekarang. Beliau adalah pekerja parti dan kerajaan.
Apa kaitannya dengan artikel atau dapatan kajian Merdeka Center ini ? Jika mereka  mahu  melihat retak berlaku antara DS Hishammuddin dengan DS Najib, maka aku yakin ia tidak akan berlaku.

DS Hishammuddin bukan orang yang akan terbuai dengan pujian atau emosi dengan kutukan. Barangkali betullah. Pengalaman yang beliau warisi daripada keluarga beliau adalah guru yang amat mendidik.

Ini jugak bermakna para pertama artikel TMI ini sama sekali tidak akan mengganggu beliau.

" Ketika tekanan meningkat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara, satu kaji selidik di kalangan pemimpin politik pelapis mendapati, kebanyakan rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi perdana menteri akan datang."

Lebih daripada itu, aku yakin sangat DS Hishammuddin tidak akan berubah hanya kerana pandangan orang lain kepadanya telah berubah. Tenang, hemoi dan ceria.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...