Saturday, September 26, 2015

KERANA SEX, PUTERA RAJA DITANGKAP !

LOS ANGELES – Seorang Putera Raja Arab Saudi ditahan pihak berkuasa di Los Angeles kerana didakwa memaksa seorang wanita melakukan seks oral ke atasnya di sebuah rumah agam di Beverly Hills.

Putera Majed Abdulaziz Al-Saud ditahan pada Rabu, kata Pegawai Polis Los Angeles Drake Madison.

Menurutnya, kerabat Diraja Arab berusia 28 tahun itu telah ditahan selama satu malam dan dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$300,000 (268,000 euro).

Saksi mendakwa ternampak seorang  wanita dalam keadaan berdarah  menjerit meminta pertolongan disebalik tembok rumah agam berkenaan sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.

Putera Raja bermasalah itu sebelum ini pernah ditahan kerana kesalahan jenayah lain.

Jika disabit kesalahan, Majed  boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan denda AS$10,000. – mstar

Saturday, September 19, 2015

JANGAN CABAR SANGAT !

Dah lama aku tunggu ucapan PM yang macam ini. Ini nada Najib masa beliau Ketua Pemuda. Jelas dan tegas.Tiada ketakutan. Aku harap orang UMNO akan sambut semangat ini dengan kerja kuat menambah pengundi.

Lepas ini tak payah harap Pemuda UMNO menyatakan pendirian setegas ini. Mari kita anggap Pemuda dah hilang upaya. Kita berikan sokongan sepenuhnya kepada DS Najib, pemimpin Orang Melayu.


KUALA LUMPUR 18 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran supaya jangan sengaja mencarik maruah bangsa Melayu di negara ini.

Najib berkata, keamanan dalam negara yang dikecapi selama ini adalah kerana sikap adil dan bertimbang-rasa kaum Melayu terhadap bangsa lain di negara ini.

"Kita menghormati kaum-kaum lain, tapi jangan lupa, orang melayu juga ada perasaan, orang melayu juga ada hadnya. Kalau orang lain hormat kepada orang melayu, orang melayu akan hormat kepada orang lain.

"Kita hidup dalam sebuah negara yang semakin hari semakin aman dan semakin makmur sebab orang Melayu sentiasa bertimbang-rasa kepada orang lain, orang Melayu bersikap adil dari dulu sampai sekarang, dia adil sesamanya dan adil dengan kaum yang lain.

"Ini orang Melayu, tapi jangan carik-carik maruah orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Himpunan Silat Pesaka Merdeka di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan, himpunan yang berjaya diadakan pada Rabu lalu juga merupakan mesej jelas agar setiap kaum di negara ini menghormati antara satu sama lain.

Katanya, selain itu himpunan itu jelas memberi peringatan bahawa kerajaan pada hari ini tidak boleh sewenang-wenangnya ditumbangkan melalui demonstrasi jalanan.

"Kerajaan pada hari ini telah dipilih oleh rakyat dan proses demokrasi mesti berjalan.

"Kerajaan tidak boleh ditukar melalui demonstrasi jalan, kerajaan yang ada pada hari ini jangan orang fikir tiada sokongan," ujarnya.

Wednesday, September 16, 2015

LAGI CUBAAN LAGAKAN INSTITUSI RAJA DENGAN UMNO.

Raja Zarith Sofiah: Titah palsu, tolong sebarkan

Raja Zarith Sofiah: Titah palsu, tolong sebarkan
Salinan paparan perkongsian di laman Facebook.
PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dalam satu kenyataan mengesahkan petikan titah yang dikaitkan dengan Sultan Johor sebelum ini adalah fitnah.

Melalui laman Facebooknya semalam, Raja Zarith Sofiah juga menyertakan salinan titah yang didakwa dikeluarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan yang tersebar sebelum ini.

"Sila ambil perhatian: DYMM Sultan Johor tidak bertitah dan mengeluarkan kenyataan seperti yang tertera. Ia adalah palsu. Tolong sebarkan," tulis Raja Zarith Sofiah.

Titah palsu berkenaan berbunyi "Kerajaan Umno perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala tipu helah."

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menafikan kesahihan titah tersebut dan bertegas untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang bertanggungjawab.

Ulasan
Junjung kasih Tuanku. Semoga penjelasan ini akan menginsafkan para pengamal media agar berhenti merosakkan hubungan dan imej Istana dan UMNO.


Friday, September 11, 2015

PEGAWAI PM TELAH GAGAL !

Kuala Lumpur – Isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pernah menarik perhatian semua pihak termasuk media tempatan mahupun antarabangsa untuk membongkar ‘misteri’ sebenar di sebalik kematian wanita tersebut.

Terbaharu, Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan eksklusif kepada portal berita Al Jazeera sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengenali, berjumpa atau berkomunikasi dengan Altantuya Shaariibuu.

“Perdana Menteri tidak tahu, tidak pernah bertemu, tidak pernah mempunyai sebarang komunikasi dan tiada kaitan sama sekali dengan si mati (Altantuya).

“Kedua-dua individu (Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar) yang disabitkan bukan pengawal peribadi Perdana Menteri. Tuduhan itu sengaja bertujuan mengelirukan dan digunakan untuk mengekalkan teori konspirasi yang tidak berasas,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan sebagai respons kepada sebuah dokumentari terbaharu diterbitkan Al Jazeera.

Memetik kenyataan tersebut lagi yang disiarkan Al Jazeera semalam dalam artikel bertajuk “Malaysian govt responds to Al Jazeera investigation”, Kerajaan turut menafikan dakwaan penglibatan Altantuya dalam pembelian kapal selam untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Pembelian itu telah dirundingkan secara langsung antara kerajaan Malaysia dengan Perancis. Perimekar (Sdn Bhd) adalah 40 peratus dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) iaitu sebuah badan berkanun kerajaan,”

“Perimekar telah dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk mengendalikan semua hal logistik, latihan dan penyelarasan bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Latihan tersebut melibatkan apa yang perlu bagi kapal selam dan juruteknik untuk mengendalikan kapal selam.

“Tentera Laut tidak mempunyai tenaga kerja untuk mengendalikan perkara-perkara ini dalam tempoh lapan tahun pembinaan kapal selam dan penyelarasan logistik. Ini adalah satu kontrak perkhidmatan bagi kerja yang dilakukan dan ia secara telus,” jelas kenyataan tersebut.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia itu sembilan tahun lalu.

Tambah Kerajaan Malaysia lagi, segelintir pihak termasuk media sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menyerang Najib yang mana serangan tersebut adalah didorong oleh kepentingan politik tetapi gagal mengemukakan bukti.

“Ini adalah tuduhan yang berniat jahat dan ia juga satu penghinaan kepada badan kehakiman Malaysia.

“Musuh-musuh politik dan sekutu media mereka telah cuba untuk menyerang Perdana Menteri mengenai isu tersebut dalam beberapa tahun ini.

“Tetapi sama sekali tidak ada bukti sebarang salah laku, dan tidak akan pernah – atas sebab yang sangat jelas bahawa dakwaan tersebut sepenuhnya calitan palsu didorong oleh kepentingan politik,” katanya..

Terdahulu, Najib dalam satu sesi soal jawab khas yang disiarkan TV3 menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kematian wanita Mongolia itu.Suara TV

Ulasan

Aku berpendapat para pegawai kepada Perdana Menteri telah gagal menjawab atau respond kepada perkara ini. Segala macam tuduhan dan tohmahan dibiarkan sehingga orang percaya PM benar benar telah terlibat.

Bayangkan Tian Chua yang mengaku telah mencipta gambar PM, Altantuya dan Razak Baginda tetapi orang masih menganggap bahawa gambar itu adalah benar. Banyak keadaan pada pandangan aku berpunca dari kegagalan para pegawai ini dan percayalah jika ini dibiarkan berterusan PM akan menerima balanya.

Wednesday, September 9, 2015

PEMIMPIN UMNO DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN.

Pembangkang semakin hari semakin kian dihimpit ketakutan apabila orang-orang Melayu semakin berani bersuara mempertahankan hak di bumi bertuah ini.

Hari ini apabila kita bercakap mengenai hak Melayu, kita akan dituduh sebagai perkauman dan menghasut. Jika orang Cina DAP bercakap mengenai isu yang serupa, mereka seolah-olah kebal dan terhindar daripada undang-undang.

Saya telah dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan berhubung laporan Polis yang dibuat terhadap saya.

Lebih 6 laporan Polis dibuat terhadap saya berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini & Malaysia Gazette berkaitan himpunan 16 September ini.

Pihak PDRM menegaskan akan menyiasat saya dibawah akta hasutan kerana dikatakan menghasut orang-orang Melayu untuk turun beramai-ramai pada 16 September ini.

Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bukan penganjur ataupun jawatankuasa dan saya tidak tahu siapa dan apa yang ingin direncanakan pada himpunan 16 September 2015

Apa yang saya tahu adalah maklumat himpunan ini disebarkan melalui aplikasi WhatsApp & Facebook.

Namun ingin saya maklumkan kepada semua bahawa saya bersama rakan-rakan akan turut serta pada himpunan 16 September ini bagi menunjukkan kesetiaan kita sebagai rakyat tetap dan masih terus utuh bersama kerajaan.

Saya percaya demokrasi perlu didokong dengan sepenuhnya. Jika BERSIH memilih untuk turun ke jalanan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tetapi kita juga akan turun ke jalanan bagi menunjukkan rakyat masih sokong kerajaan.

Untuk perhatian penganjur Bersih 4.0, saya orang Melayu dan sebagai rakyat Malaysia telah beri kerjasama penuh kepada pihak PDRM. Mengapa anda masih belum berbuat demikian?

Ini tanah tumpahnya darahku !!

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


Aku petik surat Ketua Pemuda Wilayah ini dalam Rakyatnews. Aku mmg tak nafikan dalam banyak2 pemimpin Pemuda, aku hormat Saudara Mohd Razlan. Konsisten dalam kenyataan dan tindakan. Tak de nak retorik. Jelas dan tegas dalam apa yang beliau percayai benar.

Tak de pulak terpalik dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan imej dan maruahnya. Tak de pulak aku tengok mengekor Khairy ke hulu ke hilir.

Dalam pada kita melihat kelesuan Pemuda, aku bersyukur ada jugak pemimpin Pemuda yang berani macam Saudara Razlan ni. Tahniah.

Sunday, September 6, 2015

DAN MEMANG PELAWAK, BILA BILAPUN LAWAK !

SHAH ALAM - Semua pihak termasuk pimpinan Pas diingatkan agar bertimbang rasa dengan perasaan keluarga bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dalam membincangkan isu baiah secara terbuka di media.

Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, wujud kebimbangan apabila isu itu dibahas secara meluas dengan pelbagai pandangan, bakal wujud persepsi bahawa Pas sebuah parti yang hipokrit serta mengguna agama juga mencagar wanita (isteri) untuk kepentingan politik.

“Seharusnya semua pihak menghormati dan menjaga hati dan perasaan orang yang dilibatkan. Kalau pun anda tidak dapat menjaga hati dan perasaan Dr Hatta tetapi ingatlah isteri dan anak menantu serta keluarganya punya hati dan perasaan.

“Membincangkan isu baiah cerai talak tiga secara terbuka tidak pun membantu menambah kekuatan Pas, tetapi sebaliknya mencalarkan imej Pas. Dengan perbincangan yang berlaku hari ini telah akhirnya membentuk pelbagai persepsi masyarakat terhadap Pas. Paling dibimbangkan saya, masyarakat akan punya persepsi Pas ini hipokrit dan mengguna agama serta mencagarkan wanita (isteri) untuk kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Pas mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Harapan Baru dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas mendedahkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
 
Katanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat Pas di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.

Namun, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu baiah itu kini dikritik NGO dan tokoh wanita yang boleh menghakis keyakinan masyarakat wanita terhadap Pas serta tidak baik untuk masa depan politik Pas yang memerlukan sokongan pengundi wanita.

“Saya mengharapkan saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipertimbang sebaiknya oleh pimpinan dan ahli Pas. Uruslah isu ini dengan hikmah bukannya dengan perasaan bebal.

“Kepada sahabat karib saya YB Dr Hatta banyaklah bersabar menghadapi ujian dan cabaran perjuangan. Saya yakin dengan saudara akan terus istiqamah dengan Islam. Kepada isteri dan anak menantu Dr Hatta tabahlah menghadapi cabaran kehidupan. Janji Allah tetap benar, selepas kesedihan akan ada kegembiraan dan selepas kepayahan akan ada kemudahan,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim menggesa semua pihak khususnya ahli Pas yang menyertai PPM supaya berhenti daripada mempolemikkan isu baiah talak tiga ke atas isteri masing-masing dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.SH


Ulasan

Selama ini setiap saat puak ni mengutuk DS Najib suami isteri. Sampai seolah olah DS Najib tiada harga langsung. Tak ke mereka pada masa itu rasa apa perasaan DS Najib, keluarganya dan para penyokongnya?

Pada aku, ini balasan Allah Ta'ala. Ko buat orang, satu hari ko kena balik. Aku harap PAS belajar dari segala peristiwa ini.

Saturday, September 5, 2015

SPRM KENA BETULKAN BALIK..

PUTRAJAYA - Kritikan delegasi luar di Persidangan Anti Rasuah Malaysia (IACC) bahawa Malaysia dilanda krisis rasuah dibuat tanpa fakta yang kukuh.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, kebanyakan dakwaan peserta luar hanya berdasarkan persepsi.
"Itu pandangan mereka tetapi kemungkinan mereka tidak mempunyai fakta. Rasuah berlaku di mana-mana di seluruh dunia termasuk Malaysia dan kita amat serius menanganinya.
"Tetapi rasuah bukan krisis besar di Malaysia, itu tidak benar," katanya dalam sidang media di IACC, di sini, semalam.
Dalam persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu, Malaysia tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan peserta luar.
Antara yang lantang bersuara ialah Pengerusi Transparency International (TI), Jose Ugaz yang mendakwa Malaysia berdepan krisis rasuah berikutan isu kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengulas lanjut, Mustafar berkata, dakwaan Jose itu tidak berasas kerana hanya mengambil satu kes sebagai contoh.
"Beliau hanya merujuk kepada seorang individu dan mengatakan korupsi sangat serius.
"Malah, ada juga peserta yang cuba membuat perbandingan dengan negara lain," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran IACC kali ini, beliau berkata, rata-rata reaksi peserta menyifatkannya antara yang terbaik.
Menurut beliau, hasil persidangan itu dirumuskan melalui Deklarasi Putrajaya yang dipersetujui 1,200 peserta dari 130 negara dan akan dihantar kepada Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
"Antara rumusan deklarasi ialah untuk bersama-sama membanteras rasuah. Intipati utama yang diketengahkan dalam persidangan adalah mengenai tindakan tidak bekerja secara 'silo'.
"Setiap negara mesti bekerjasama dengan negara lain bagi menangani masalah rasuah," katanya.SH

Ulasan

Ini kenyataan yang boleh dipertanggungjawabkan. Tapi dalam masa yang sama SPRM kena jugak jaga pegawai lain yang keluarkan kenyataan. Ada kenyataan yang memang boleh timbulkan persepsi negatif. Seolah olah memang rasuah benar benar berlaku dan malangnya kerajaan pulak yang dilihat kaki rasuah.

Aku nampak SPRM punya tanggungjawab besar. Betulkan semula persepsi ini demi negara kita. Banyak kerosakan berlaku hasil Persidangan Anti Rasuah yang dilakukan. Aku anggap ia adalah sebahagian daripada pencabulan terhadap hak dan kedaulatan kita



Wednesday, September 2, 2015

DR HATTA CERAI TALAK 3 !

SHAH ALAM 2 Sept - Pas mendakwa perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dengan isterinya terbubar dengan talak tiga selepas melanggar bai'ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Memetik laporan Utusan Online, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu tetap berpegang teguh dengan pendirian tersebut memandangkan lafaz bai'ah setiap calon Pas yang bertanding di negeri Kelantan mengandungi lafaz tambahan iaitu cerai taklik talak tiga.
 
"Terserah pada dialah kalau rasa terikat atau tidak dengan bai'ah itu tetapi pendirian Pas ialah bai'ah itu mengikat, taklik itu pun mengikat.
 
"Bai'ah setiap negeri sama cuma di Kelantan terdapat tambahan lafaz taklik talak tiga.
 
"Jadi kepada sesiapa yang keluar parti (tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat) dia kena tanggunglah akibat," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Pas Kelantan di JKR 10, semalam.
 
Keahlian tujuh ahli parlimen dan lima Adun Pas tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi menyertai Parti Pekerja Malaysia, parti tidak aktif yang digerakkan semula oleh Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).
 
Kesemua dua belas wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad (Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
 
Lima lagi adalah Adun termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Sementara itu kata Mohd Amar lagi, bagi wakil PAS di negeri lain yang turut meninggalkan parti tanpa meletak jawatan pula perlu menyedari bahawa pelanggaran baiah mereka menyebabkan setiap elaun yang diterima adalah haram.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, wakil rakyat Pas negeri ini yang menyertai Parti Pekerja Malaysia dinasihatkan segera merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

“Saya tidak dapat beri pandangan berhubung perkara ini kerana saya sendiri tidak mengetahui apa yang dilafazkan mereka. Cuma adalah lebih baik mereka merujuk Mahkamah Syariah secepat mungkin.

“Di mahkamah, hakim akan meneliti perkara ini secara mendalam, dia boleh tengok dan siasat kandungan bai’ah sebenar serta ambil kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan,” katanya. RN


Aku sepatahpun tak nak komen. Ini harga yang mereka bayar untuk jual beli Islam yang mereka lakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...