Wednesday, September 2, 2015

DR HATTA CERAI TALAK 3 !

SHAH ALAM 2 Sept - Pas mendakwa perkahwinan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dengan isterinya terbubar dengan talak tiga selepas melanggar bai'ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Memetik laporan Utusan Online, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu tetap berpegang teguh dengan pendirian tersebut memandangkan lafaz bai'ah setiap calon Pas yang bertanding di negeri Kelantan mengandungi lafaz tambahan iaitu cerai taklik talak tiga.
 
"Terserah pada dialah kalau rasa terikat atau tidak dengan bai'ah itu tetapi pendirian Pas ialah bai'ah itu mengikat, taklik itu pun mengikat.
 
"Bai'ah setiap negeri sama cuma di Kelantan terdapat tambahan lafaz taklik talak tiga.
 
"Jadi kepada sesiapa yang keluar parti (tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat) dia kena tanggunglah akibat," katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Pas Kelantan di JKR 10, semalam.
 
Keahlian tujuh ahli parlimen dan lima Adun Pas tergugur secara automatik selepas mereka secara rasmi menyertai Parti Pekerja Malaysia, parti tidak aktif yang digerakkan semula oleh Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).
 
Kesemua dua belas wakil rakyat berkenaan adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud (Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad (Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
 
Lima lagi adalah Adun termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Sementara itu kata Mohd Amar lagi, bagi wakil PAS di negeri lain yang turut meninggalkan parti tanpa meletak jawatan pula perlu menyedari bahawa pelanggaran baiah mereka menyebabkan setiap elaun yang diterima adalah haram.

Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, wakil rakyat Pas negeri ini yang menyertai Parti Pekerja Malaysia dinasihatkan segera merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

“Saya tidak dapat beri pandangan berhubung perkara ini kerana saya sendiri tidak mengetahui apa yang dilafazkan mereka. Cuma adalah lebih baik mereka merujuk Mahkamah Syariah secepat mungkin.

“Di mahkamah, hakim akan meneliti perkara ini secara mendalam, dia boleh tengok dan siasat kandungan bai’ah sebenar serta ambil kira pelbagai aspek sebelum buat keputusan,” katanya. RN


Aku sepatahpun tak nak komen. Ini harga yang mereka bayar untuk jual beli Islam yang mereka lakukan.

5 comments:

Anonymous said...

Dulu pqs kata tak ada baiah talak 3. Sekarang pas sendiri akui ada baiah tersebut. Maknanya ramai yang kena tipu oleh pas. Dulu mati-matian dgn perjuangan pas..mereka ingat pas akan kekal islam selamanya..rupanya hujan ditengahari..tapi ramai melayu yg masih tidur dgn mimpi indah pas.

Anonymous said...

mari kita saksikan apakah kuasa lebih penting dr bini,drama terhebat abad ini..dulu org percaya ulama gila vavi,pastu anwar,skrg madey..watak si kitol dtg dlm pelbagai bentuk dan rupa

Anonymous said...

Talak ni, gurau pun jadik, inikan lg siap dgn bersumpah atas Nama Allah swt. Mmg berat ni. Check lah ngan mahkamah syariah, utk kepastian, kalau tak nanti jadik mcm org takder agama pulak, ikut suka jer.

Anonymous said...

Tiga isunya,
1.langgar sumpah, dikatakan boleh tebus dgn bayar kaffarah,
2.langgar bai'ah, boleh tebus ke ?
3.cerai taklik tiga sekaligus, boleh tarik balik ke ?

kena rujuk ke mahkamah syari'ah

Anonymous said...

Sumpah, boleh bayar kaffarah.
Bai'ah, kena dpt pelepasan dr chief parti.
Cerai taklik talak 3 sekaligus, kena rujuk mahkamah syari'ah.

Tu kaedahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...