Sunday, April 26, 2015

RAHSIA BESAR TERBONGKAR !

"Isu itu telah selesai dan ia hanya salah faham. Pas kawasan Permatang Pauh akan bersama-sama dalam kempen pilihan raya kecil ini, malah Pas kawasan itu akan melancarkan jentera pilihan raya malam ini," kata Mustafa Ali  ketika ditemui di sini hari ini



Aku dah jangka dan aku yakin ramai sependapat dengan aku. Hudud adalah barang lelongan PAS semata mata. Tak lebih daripada itu. Mempertahankan hudud adalah salah faham sahaja.

Maka janganlah kita hairan mengapa PAS begitu berantakan sekarang. PAS sedang menerima hukuman Allah.

Tak mustahil sekali ini UMNO mampu menang di PRK Permatang Pauh. UMNO solid, tiada masalah. Jentera dikatakan berada dalam ' mood A '. Kita yang berada di luar. Jom ramai ramai kita doa dan berikan sokongan.

Akhirnya kita serahkan kepada Allah. Yang penting, belumpun mengundi PAS dah kalah dalam keadaan hina.

Thursday, April 16, 2015

ROMPIN..

" Saya diminta untuk membantu Tan Sri Muhyiddin memimpin PRK di Rompin, esok saya akan turun sehari suntuk di Rompin untuk melakukan gerakan. Ini penting kerana perjuangan parti dan PRK tidak berkisar kepada kritikan seorang individu. Ini maruah parti. Ini kedudukan calon Barisan Nasional. Saya harap jentera kita yang bergerak esok akan bergerak di atas nama parti - tanpa dikaburi dengan isu-isu semasa kerana fokus kita ialah untuk memenangkan calon BN dalam PRK. Insyallah, kalau semua rapatkan barisan, calon kita akan berjaya mengekalkan kerusi di Rompin. Itu tanggungjawab saya sebagai koordinator, bersama-sama dengan YAB MB DSDR Adnan Yaakob, 5 negeri angkat untuk Pahang dan keseluruhannya akan dipantau oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri." DS Hishammuddin Hussein.





Aku ni dah banyak kali kena balun kerana kepercayaan aku kepada keupayaan dan kebolehan DS Hishammuddin Hussein. Peristiwa mintak maaf keris telah dipergunakan sepenuhnya untuk ' menggoncang ' beliau sedangkan sebenarnya mintak maaf itu ada sebab yang tersendiri.

Tapi aku melihat kebangkitan beliau. Calang calang orang kalau macam itu punya kena rasanya tak bangkit dah tapi beliau bangkit dengan kekuatan baru.

Transformasi UMNO, MH 370, LIMA 2015 dan banyak lagi menggambarkan kemampuan beliau. Dan paling penting apabila beliau tetap sama setelah bertahun tahun dan tidak pernah berubah. Tanya orang orang lama. Hishammuddin tak pernah nampak elit...

 







Beliau boleh turun menyusur, merendah diri. Ini kemahuan rakyat masakini.
Sebab itu aku yakin beliau akan mampu memimpin Rompin dengan baik walaupun hakikatnya UMNO dan kerajaan berada dalam keadaan tidak begitu selesa...

Ini bentuk pemimpin yang rakyat  mahukan. Bertanjak, berlagak bukan lagi pilihan rakyat.

Rompin ini kubu kita. Tapi kubupun dalam gelora mungkin goyang. Ini medan menguji keupayaan DS Hishammuddin. Rakyat Malaysia jadi saksi..




Sunday, April 12, 2015

MUKHRIZ MAHATHIR LETAK JAWATAN !


Korang bagi masa sikit baca artikel ni..di sini

Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, rakyat khasnya orang UMNO tidak perlu memilih antara Tun Mahathir dengan DS Najib Razak. Aku yakin kritikan Tun Mahathir tidak bersifat peribadi sebaliknya kerana kasihnya kepada UMNO.

DS Najib Razak Presiden UMNO dan Perdana Menteri telah menjawab segala persoalan yang dibangkitkan dan normallah jika ada orang berpuas hati dan ada yang tidak.

Aku nak tegaskan bahawa puas hati atau tidak bukan bergantung kepada apa jawapan yang diberi sebaliknya apa yang ' sedia ada ' dalam fikiran masing masing. 

Cuma aku nak nyatakan pandangan aku terhadap isu yang ditimbulkan oleh seorang YB dari Kedah ini. Datuk Ahmad Lebai Sudin aku rasa agak keterlaluan apabila meminta Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai MB hanya kerana belum mahu nyatakan sokongan kepada PM sehingga siasatan terhadap 1MDB selesai.

Fikir cara mudah jer pun dah boleh nampak bijaksana Mukhriz sebab dia tak nak kelihatan melulu dalam memberikan sokongan. DS Najib yang suruh siasat. Dah tentu DS Najib tiada ketakutan apa apa. Kita boleh jangka hasil siasatan.

Aku bimbang dengan sebahagian orang UMNO.Ghairah sangat nak nyatakan sokongan sebenarnya tak banyak manfaat kepada parti. Kita seakan akan nak nafikan proses siasatan yang dibuat.

Meminta seseorang yang tidak ' ghairah ' meletakkan jawatan hanya akan mencetuskan polemik baru yang jelas tak menguntungkan UMNO. Kita tunggu tengok apa reaksi orang ramai..

Satu lagi kita usah nilai Mukhriz sebagai anak Tun Mahathir. Kita kena nilai Mukhriz sbagai pemimpin muda UMNO yang sedang berjaya menawan hati rakyat Kedah...

Apa korang punya pandangan..?


Wednesday, April 8, 2015

TUN MAHATHIR MEMANG TERUK !


Terpaksa kita akui walaupun pahit. Tun Mahathir Mohamad, mantan PM kita selama lebih 22 tahun adalah seorang yang teruk.

Beliau teruk sebab tak habis habis menghentam DS Najib Tun Razak PM yang kita kasihi.

Aku dah turun ke bawah, aku nak naik ke atas. Semua setuju dengan aku bahawa Tun Mahathir mengulang soalan soaln yang ditanya oleh pembangkang.
Semua yang beliau timbulkan adalah semua yang pembangkang timbulkan sebelum ini.


Tapi kan, aku dah kaji, aku dah jumpa orang, semua golongan. Tua muda setuju dengan aku. Kalau DS Najib jawab semua soalan Tun Mahathir yang teruk itu, maka sebahagian besar masalah akan selesai.

Kalau DS Najib senarai satu satu soalan Tun dan jawab secara terperinci, jelas dan tepat maka imej DS Najib dan kerajaan akan pulih. Pembangkang akan kelu dan kaku. UMNO akan kembali segar kerana orang UMNO tidak lagi berasa was was.

Makanya , katalah Tun Mahathir teruk sebab dia tak kisah apa orang nak kata tapi jawablah soalan Tun sebab aku dah kaji, ini jugak soalan rakyat tapi mereka tak ada cara nak bertanya..

Saturday, April 4, 2015

PILIH SAMADA TUN M ATAU DS NAJIB .

Kita tak perlu memilih antara Tun M dengan DS Najib. Kedua duanya kita kasih dan yang lebih utama bila sampai Pilihanraya kita hanya perlu memilih UMNO.
Aku dapat rasa tekanan yang DS Najib terima hasil kritikan Tun M. Dalam masa yang sama aku tak rasa Tun M ada niat tak baik.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ini pada aku menarik jugak. Rayuan anak muda..di sini.

Cuma aku rasa DS Najib pun bukan calang calang orang. Beliau tidak membalas kritikan Tun M bahkan sentiasa menganggap Tun M sebagai tokoh besar yang wajib dihormati. Bijak PM kita bilamana dalam banyak acara negara Tun M masih tetamu utama.









Saranan aku jentera parti kena bekerja kuat. Orang kampung perlu dijaga sebab merekalah harta UMNO. Mereka tak peduli 1MDB sebab mereka tak baca internet sangat.

Orang kampung terkesan bila harga getah turun manakala harga barang keperluan naik mendadak. Orang kampung akan pening jika cas air dan elektrik meningkat. Ini yang rapat dengan kehidupan mereka.

Aku yakin jika golongan ini dijaga, UMNO akan kekal maintain pada PRU 14.Soalnya adakah UMNO di Bahagian dan Cawangan bergerak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...