Thursday, April 16, 2015

ROMPIN..

" Saya diminta untuk membantu Tan Sri Muhyiddin memimpin PRK di Rompin, esok saya akan turun sehari suntuk di Rompin untuk melakukan gerakan. Ini penting kerana perjuangan parti dan PRK tidak berkisar kepada kritikan seorang individu. Ini maruah parti. Ini kedudukan calon Barisan Nasional. Saya harap jentera kita yang bergerak esok akan bergerak di atas nama parti - tanpa dikaburi dengan isu-isu semasa kerana fokus kita ialah untuk memenangkan calon BN dalam PRK. Insyallah, kalau semua rapatkan barisan, calon kita akan berjaya mengekalkan kerusi di Rompin. Itu tanggungjawab saya sebagai koordinator, bersama-sama dengan YAB MB DSDR Adnan Yaakob, 5 negeri angkat untuk Pahang dan keseluruhannya akan dipantau oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri." DS Hishammuddin Hussein.





Aku ni dah banyak kali kena balun kerana kepercayaan aku kepada keupayaan dan kebolehan DS Hishammuddin Hussein. Peristiwa mintak maaf keris telah dipergunakan sepenuhnya untuk ' menggoncang ' beliau sedangkan sebenarnya mintak maaf itu ada sebab yang tersendiri.

Tapi aku melihat kebangkitan beliau. Calang calang orang kalau macam itu punya kena rasanya tak bangkit dah tapi beliau bangkit dengan kekuatan baru.

Transformasi UMNO, MH 370, LIMA 2015 dan banyak lagi menggambarkan kemampuan beliau. Dan paling penting apabila beliau tetap sama setelah bertahun tahun dan tidak pernah berubah. Tanya orang orang lama. Hishammuddin tak pernah nampak elit...

 







Beliau boleh turun menyusur, merendah diri. Ini kemahuan rakyat masakini.
Sebab itu aku yakin beliau akan mampu memimpin Rompin dengan baik walaupun hakikatnya UMNO dan kerajaan berada dalam keadaan tidak begitu selesa...

Ini bentuk pemimpin yang rakyat  mahukan. Bertanjak, berlagak bukan lagi pilihan rakyat.

Rompin ini kubu kita. Tapi kubupun dalam gelora mungkin goyang. Ini medan menguji keupayaan DS Hishammuddin. Rakyat Malaysia jadi saksi..




7 comments:

Anonymous said...

Aku rasa memang UMNO kecewa bila Hishamuddin mintak maaf. Tapi bila dikaji balik semuanya kerana orang Melayu berpecah sangat. Cuma prestasi semasa Hisamuddin memang sangat memberangsangkan.

Anonymous said...

Semoga berjaya. Konflik, krisis akan beri kesan kepada undi. Cubalah sedaya upaya. Saya yakin Datuk Hisham akan mampu mengetuai usaha memenangi kerusi ini.

Anonymous said...

Ini masa susah. Moga dapat pertahan Rompin dan rampas Permatang Pauh. Good Luck..

Anonymous said...

Keputusan PRK ini membawa makna cukup besar. Kita tunggu tgk isyarat rakyat.

Anonymous said...

GST 1MDB. TUNGGU UMNO. TERIMALAH HUKUMAN RAKYAT.

Anonymous said...

Cabaran mungkin lebih besar tapi saya yakin Datuk Hisvham mampu memimpin jentera parti.

Anonymous said...

Bawak Tun M berkempen di P Pauh dan Rompin. Tengok hasilnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...