Sunday, January 24, 2016

SELAIN LAYAN FITNAH, CETUS KONFLIK, UMNO TAK BUAT APA APAPUN.


Ini pandangan aku. Selepas PRU 13 yang menyaksikan UMNO berada dalam zon bahaya, aku jangka UMNO akan bangkit lebih gagah dengan strategi lebih mantap, tersusun dan konsisten.

Semacam ada kesedaran menyeluruh ketika itu untuk UMNO kembali lebih kuat demi agama, bangsa dan tanahair. Perjuangan mesti diteruskan kerana keputusan PRU 13 menggambarkan kita bila bila masa boleh tumbang jadi sejarah.

Maka muncullah ungkapan Tsunami Cina. Perubahan sokongan secara besar besaran pengundi Cina kepada DAP, menandakan bahawa jasa UMNO/BN selama ini sebenarnya tak pernah mereka hargai.

Selepas viral ungkapan Tsunami Cina, aku nampak yang bangkit solid adalah orang Cina. UMNO tak begerak. Aku tak peduli komponen lain ( Kecuali Sabah dan Sarawak). 

UMNO sibuk melayan fitnah yang bertali arus, dalam masa yang sama ghairah berkelahi sesama sendiri.

UMNO bersemangat masa Perhimpunan Agung, kemudian senyap sunyi.

Pengundi atau ahli baru gagal ditambah pada kadar yang sewajarnya. Jentera PRU 14 tak nampak berperanan.

Aku mintak maaf, jika perubahan tidak dilakukan, UMNO akan kalah lebih teruk PRU 14.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...