Thursday, September 30, 2010

PINTU JIHAD TELAH TERBUKA




DUN GALAS BUKAN SEKADAR KERUSI

PAS menganggapnya wajib dimenangi walaupun terpaksa menyembah UMNO. PAS menganggapnya sebagai petanda rakyat masih menyokongnya. PAS menganggap Kerusi Galas sebagai kayu ukur kejayaan mereka menyemai kebencian kepada UMNO dan kerajaan.

PAS menganggap DUN Galas menjadi bukti kejayaan mereka menyemai benih taksub kepada pemimpin Agung mereka. PAS perlu menang di Galas kerana kemenangan akan menjadi bukti bahawa agama adalah alat paling berkesan bagi mencapai matlamat mereka.

amalan nepotisme dan kronisme untuk rakyat Kelantan

PAS perlu menang bagi membuktikan penyelewengan mereka tidak diketahui oleh rakyat. PAS perlu mendapat pengesahan baru bahawa walaupun mereka menggadai prinsip, namun rakyat tetap berpihak kepada mereka.

PAS perlu dan wajib menang kerana kemenangan ini akan membawa makna bahawa rakyat redha ditipu dan diperbodohkan.

rakyat hanya perlukan akidah dan sahsiah yg bersih



UMNO juga perlu menang. UMNO perlu menang bagi membuktikan bahawa UMNO telah belajar daripada pengalaman masa lalu. UMNO perlu menang kerana kemenagan akan mengangkat kembali ' jiwa dan roh ' ahli dan pemimpin UMNO. UMNO perlu menang kerana kemenangan akan memberikan UMNO kuasa.

Dengan kuasa UMNO telah angkat martabat agama,
Dengan kuasa UMNO telah pertahan maruah bangsa,
Dengan kuasa UMNO telah julang imej negara.

Ayuh pemimpin dan ahli UMNO,

' Berniatlah sekarang, berniatlah bahawa kali ini kita akan berkempen, bekerja keras dengan seluruh daya upaya yang kita ada. Kita berniatlah akan berusaha sedaya upaya untuk memenangkan siapa jua calon yang diletakkan oleh pucuk pimpinan'.

' Berniatlah untuk menang. Kemenangan akan meruntuhkan , riak , takbur, dan penyelewengan yang tiada batasnya. Berniatlah untuk menang kerana mencapai kemenangan merupakan satu jihad. Namun jangan terfikir untuk membunuh saudara kita yang sesat. Bawalah mereka kembali ke pangkal jalan.

Jangan turuti HAJI HADI, menyeru dibunuh saudara seagama tetapi menjulang orang kafir.

Berniatlah sekarang. NIAT JUGA ADALAH PERMULAAN SUATU JIHAD.

Wednesday, September 29, 2010

PAS JUGA MANGSA SABOTAJ DAP ?


Seorang rakan lama yang mengaku ahli seumur hidup PAS telah menghubungi aku berikutan tulisan aku tentang sabotaj DAP terhadap PKR. Dia kata ada logik dan kebenaran tulisan aku. Aku nyatakan kepadanya bahawa aku hanya menulis manakala pendedahan itu dibuat oleh orang dalam PKR sendiri.

Rakan ini mintak aku tulis sikit tentang perkara yang sama yang sedang melanda PAS. DAP secara halus telah melakukan sabotaj terhadap PAS sehingga PAS sudah kehilangan ' wajahnya
yang sebenar '.

Dia mendakwa dalam banyak perjumpaan, mesyuarat atau muktamar samada di peringkat kawasan atau negeri, ahli telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan bimbang dengan apa yang berlaku sebaliknya pimpinan PAS hanya memberi jaminan bahawa segalanya berada dalam kawalan.

Aku mintak rakan ni berikan contoh. Katanya :-

1. PAS sama sekali tidak dibenarkan bercakap tentang negara Islam dan hukum hudud dalam mana mana ceramah terbuka. Sedangkan inilah matlamat perjuangan PAS sejak dahulu.

2. PAS tidak dibenarkan sama sekali mengadakan ceramah politik secara bersendirian. Sebaliknya setiap kali ada ceramah PAS, diwajibkan kehadiran salah seorang penceramah DAP.

3. Sewaktu ceramah bersama, DAP telah meminta untuk bercakap hal hal berkaitan agama bagi menggambarkan keterbukaan PAS. Contoh apabila timbul isu kalimah ALLAH.

Di samping itu ada lagi yang berlaku secara tidak langsung tetapi kesannya sangat besar kepada PAS.Sebagai contoh ada pemimpin DAP yang diajar menghafal ayat ayat tertentu untuk digunakan dalam ceramah sedangkan perkara ini tidak disenangi oleh orang lama dalam PAS.

Di Perak pula PAS telah diminta untuk tidak menggunakan lambang PAS dalam PRU 13. Semua calon PAS akan bertanding menggunakan lambang DAP. DAP menjamin calon ini akan dimenangkan dan salah seorang daripada mereka akan dilantik menjadi Menteri Besar.

Menurut rakan aku ni, apa yang berlaku sebenarnya telah meretakkan hubungan sesama ahli PAS dan kesannya mula dapat dilihat sekarang. Majlis ceramah dan majlis Hari Raya PAS didatangi oleh orang Cina dan India melebihi orang PAS sendiri.

Ceramah ceramah PAS kini sudah menjadi semacam pesta pasar malam tanpa roh.

Catatan : Ini adalah pandangan dia. Korang fikirlah dan buatlah pertimbangan.

Tuesday, September 28, 2010

SABOTAJ PKR


PERTAMA KALI SAIFUDDIN NASUTION BERCAKAP BENAR !!!

" Kami boleh sahkan wujudnya elemen provokasi, kerana apa yang berlaku sama sahaja caranya, iaitu kotak undi dipecahkan, kertas undi diselerakkan dan selepas itu mereka beredar ".

Ini adalah petikan kenyataan Saifuddin Nasution, SU Agung PKR semalam. Saifuddin ni antara orang lama yang kekal dalam PKR walaupun dia antara orang yang tak digemari oleh Nuar Brahim ( Kononnya kerana dia nampak begitu jantan ).

Saifuddin ni terkenal sebagai seorang yang pandai mencetus sensasi berasaskan teknik ' tipu dan lari'. Dikatakan sebahagian pecah belah dalam PKR adalah hasil kelicikan Saifuddin bagi mempastikan survival politiknya.
Antara orang yang paling tidak dipercayai oleh orang lama dalam PKR, Saifuddin nilah.

Tapi bila dia kata ada sabotaj terhadap persidangan dan pemilihan cabang cabang PKR, Saifuddin bercakap benar. Aku sendiri dah jangka perkara ini pasti berlaku. Sebab itu aku sedikitpun tak terkejut.

Bila dia kata sabotaj ini adalah angkara pihak luar, sekali lagi Saifuddin bercakap benar. Yang tak benarnya ialah jumlah cabang bermasalah. Saifuddin kata 7 . Sebenarnya hampir semua cabang ada problem. Ahli hantu, tak cukup korum, mesyuarat tak ikut peraturan dan banyak lagi.

Saifuddin juga mempunyai pihak yang disyakinya, cuma dia tak berani nak sebut. Satu sumber yang rapat dengan Saifuddin menyatakan antara yang paling disyaki ialah kumpulan pengganggu ini adalah tajaan DAP. Asas kepada andaian ini ialah :-

1. DAP mesti gambarkan PKR adalah parti yang bermasalah. Tujuannya nak calarkan imej Nuar Brahim selaku penasihat. Nuar Brahim mesti dielakkan daripada menjadi Perdana Menteri dengan jangkaan perlembagaan akan berjaya diubah dan Lim Guan Eng sedang dilatih untuk menjadi Perdana Menteri.

2. DAP merasakan adalah lebih mudah menguasai PAS kerana pemimpin PAS mempunyai tahap mentaliti yang rendah dan kadangkala kelihatan bendul. Dalam masa yang sama PAS tidak mempunyai kuasa wang seperti PKR

3. DAP telah berjaya memecahkan perpaduan Melayu Islam. Inilah matlamat mereka menjalin hubungan dengan PKR dan PAS. Matlamat ini dapat dicapai lebih cepat daripada jangkaan mereka. DAP menjangkakan tanpa Nuar Brahim pun perpecahan ini akan dapat diteruskan dengan lebih hebat lagi.

4. DAP memang percaya Nuar Brahim melakukan perbuatan liwat dan Karpal Singh tidak berniat untuk membela Nuar Brahim yang dikatakan ' tidak bermoral ". Karpal dan pasukan pembela akan cuba menjadikan kes Nuar Brahim sebagai alat untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Selepas itu mereka akan pastikan Nuar Brahim didapati bersalah.

Sumber ini merumuskan apabila PKR dapat dilumpuhkan, dengan sendirinya Nuar Brahim akan hilang dari peta politik Malaysia dan ini memudahkan DAP mencapai cita cita besar mereka sendiri.

Catatan : Aku rasa pandangan sumber dalaman PKR ini ada asasnya, korang ..?

Monday, September 27, 2010

WOW !!! PENDEDAHAN CETUS FENOMENA BARU


Pendedahan dan pengakuan Ustaz Lim Guan Eng tentang penggunaan wang judi bagi membantu fakir miskin dan warga emas di Pulau Pinang telah mencetus fenomena luar biasa dalam kalangan pemimpin dan aktivis Pemuda PAS Perak.

Beberapa perjumpaan tidak rasmi telah diadakan di Ipoh, Kuala Kangsar dan Parit Buntar bagi membincangkan isu ini dan ia hampir kepada kesimpulan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat perlu mendapatkan penjelasan rasmi daripada DAP tentang beberapa perkara :

1. Sewaktu persiapan menghadapi pilihanraya Umum 12, di manakah pemuda pemuda DAP?

2. Kenapa hanya Pemuda PAS sahaja yang turun ke jalanan menghadapi provokasi polis masa keadilan hendak diperjuangkan ?

3 Semasa peralihan pemerintahan daripada Pakatan kepada BN, keadaan sangat mencabar.
Pemuda dan ahli PAS telah berhimpun tanpa kebenaran bagi mempertahankan Menteri
Besar. Ribuan orang telah berkumpul. Di mana DAP ketika itu ?

4. Sewaktu penyokong PAS mengorbankan diri menghalang kereta Sultan di masjid Ubudiah, mengapa tiada seorang pun aktivis DAP hadir sama ?

5. MENGAPA DAP TIDAK MEMBENARKAN PAS MEMBIAYAI PERHIMPUNAN TERSEBUT MENGGUNAKAN TABUNG JIHAD ?

6. DARI MANAKAH SUMBER YANG DIPEROLEHI OLEH DAP UNTUK MENANGGUNG NASI BUNGKUS, AIR MINERAL DAN LIMAU MANDARIN YANG DIBERIKAN KEPADA KAMI SEPANJANG TEMPOH PERHIMPUNAN TERSEBUT ?

7. DARI KEDAI MANAKAH MAKANAN TERSEBUT DIBELI, KERANA KAMI HANYA ME NERIMA MAKANAN TETAPI TIDAK TAHU DI MANA IA DIMASAK DAN DIBELI?

Menurut salah seorang JK Pemuda PAS Kuala Kangsar yang ditemui , apabila Ustaz Lim membuat pengakuan, timbul pertanyaan dan perbincangan dalam kalangan pemuda, bahawa seakan akan perjuangan mereka tidak mendapat pertolongan ALLAH.

" Bayangkan betapa sukarnya untuk mendapatkan Perak, kemudian dengan mudah ia terlepas ke tangan BN. Kita memikirkan juga kemungkinan ada peringatan yang ALLAH nak berikan kepada kita. Ini termasuk kemungkinan sumber makanan kita yang haram ".Kata pemimpin Pemuda PAS yang tak mahu namanya dikenali itu.

Sekiranya ada keperluan mesyuarat khas Pakatan akan dicadangkan di peringkat pusat bagi mencari titik pertemuan bagi mengatasi masalah ini. PAS tidak mahu ada unsur ' sabotaj' dilakukan oleh rakan Pakatan kepada PAS.

Catatan : Aku tak mahu ulas apa apa . Tunggulah sehari dua ni. Kita akan saksikan kejutan yang lebih besar lagi.


ALAHAI..KESIAN TOK GURU..



Tok Guru dianiaya, tindakan undang undang dikaji,


Aku ni jenis orang yang mudah simpati. Walaupun aku tak suka seseorang, walaupun aku tahu seseorang tu pemikirannya , pertuturan dan tindakannya, banyak merosakkan agama dan bangsa, walaupun aku tahu orang tu putar alam tetapi bila aku tahu dia teraniaya dah tentu aku jatuh simpati pada dia. Maaflah.. ini kelemahan aku.

Terbaru ni aku simpati sungguh kat Tok Guru Nik Aziz. Simpati sangat kepada dia ni. Tua, uzur dan tak larat. Cakap pun sekarang ni, pagi lain, petang lain. Bukan apa. Nyanyuk sikit. Aku baru tahu je yang Tok Guru ni sangat tidak bahagia menjadi Menteri Besar,.

Aku juga baru tahu bahawa selama ini Tok Guru dipaksa menjadi Menteri Besar. Padahal Nik Aziz lama dah nak pencen. Zalim pemimpin dan ahli PAS yang memaksa Nik Aziz. Nik Aziz sendiri mengakui bahawa dia tiap tiap tahun dipaksa meneruskan tugas Menteri Besar Dia nak berhenti sebab dia bukan orang tamak, katanyalah.


Saban tahun dia dipaksa menerima duit rasuah untuk melancong ke Mekah, dipaksa menjampi untuk memasukkan "berkat" ke dalam air botol, terpaksa redho seliparnya dicuri untuk mendapatkan keberkatan.

Patutlah sejak akhir akhir ini Tok Guru nampak amat tertekan. Pasal itulah dia keluar kenyataan macam macam. Kebayakannya bertentangan dengan orang lain. Harun Din kata tak boleh, dia kata boleh. Ustaz Harun Taib kata haram, dia kata harus.

Rupa rupanya bukan sengaja Tok Guru Nik Aziz merepek. Bukan sengaja Nik Aziz melalut. Dia protes rupanya. Mana boleh tahan, asyik asyik kena paksa.

Kesian Tok Guru. Jadi aku cadangkan kepada Tok Guru, jangan putus asa. Solat hajat ramai ramai. Mohon supaya ALLAH tutup niat orang yang paksa Tok Guru menjadi Menteri Besar.
Buat solat hajat ramai ramai agar ada orang berani mengganti Tok Guru sebagai Menteri Besar walaupun dah pasti jauh lebih lemah daripada Tok Guru ( Realistikle sikit..seribu tahun lagi belum tentu ada ganti kehebatan Tok Guru )

Mohonlah kepada ALLAH. ALLAH memang makbulkan doa Tok Guru kerana Tok Guru orang teraniaya. Atau Tok Guru boleh mintak mana mana syarikat untuk taja orang berdoa di Mekah.
Mudah mudahan hajat Tok Guru tercapai. Atau Tok Guru upah je Karpal Singh, saman orang yang paksa Tok Guru.

Sunday, September 26, 2010

PAS MERACAU TAHAP GILA BABI

Slah satu kelebihan yang ada pada PAS ialah dia pandai dan sanggup mengambil kesempatan atas pelbagai peristiwa yang berlaku secara serta merta. Dia tak peduli samada sikap tersebut melukakan hati orang yang terlibat atau tidak. Dia juga tidak pernah berfikir kesan eksploitasi tersebut. ( Kaedah yang sama pernah digunakan oleh Parti Komunis Malaya dahulu )


Terbaharu ialah peristiwa melibatkan pembunuhan Datuk Sosilawati, jutawan kosmetik bersama tiga orang rakannya. Mahfuz mengaitkannya dengan penglibatan pihak atasan sama seperti Altantuya manakala Nasrudin Hasan Tantawi menyebutkannya sebagai kelemahan undang undang sivil.


" Cadangan kami ialah laksanakan undang undang syariah Islam sebagai alternatif bagi mengatasi jenayah yang parah ini", kata beliau.


Aku bersetuju bahawa Undang undang Islam adalah yang terbaik di dunia. Undang undang Islam adalah undang undang wahyu. Tetapi sehingga kini PAS yang mahir undang undang ini masih gagal tampil dengan draf yang lengkap, dapat diterima oleh semua pihak dalam negara. PAS sekadar bercakap secara umum kepada orang Islam dan menafikannya apabila berdepan dengan orang bukan Islam.


Dalam masa yang sama , korang jangan pulak terpedaya dengan Mamat ni. Nasrudin ini pada pandangan aku adalah salah seorang pemimpin PAS yang paling banyak tipu muslihatnya. Dia hampir setara dengan Nik Aziz.


Korang bayangkan, di tempat yang sama , dalam masa yang sama Mamat ni boleh keluarkan kenyataan pulak,


" Walaubagaimanapun rakyat seharusnya terlebih dahulu diberi penjelasan berhubung keadilan perundangan Islam sesuai dengan semangat demokrasi yang diamalkan di negara ini ".


YAA RABBI... apa maknanya semua ni?
Maknanya Mamat ni cakap kosonglah. Sekadar bercakap supaya namanya hidup dalam politik arus perdana.

Jelaslah PAS sangat berminat memperalatkan agama untuk menarik undi. Patutlah DAP beriya sangat bersahabat dengan mereka.

Saturday, September 25, 2010

REEZAL MARICAN, BERNAFAS DALAM LUMPUR


Semalam Reezal Marican sekali lagi tampil mencuri tumpuan. Kali ini beliau tampil bersama bukti bahawa Lim Guan Eng telah menggunakan wang judi untuk membayar wang ehsan 100 ringgit kepada fakir miskin dan warga emas di Pulau Pinang.

Aku ucap tahniah kepada Reezal kerana bertungkus lumus mencari bahan untuk menggoncang imej kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng anak kepada Lim Kit Siang.

Namun begitu aku nampak pendedahan ini lebih kepada bola tanggung yang diberi kepada Guan Eng. Beliau mendapat ruang yang amat baik untuk menempelak semula. 3 hujah Guan Eng sudah tersebar dalam media pembangkang yang pada pandangan aku semacam orang mengantuk di sorongkan bantal.

1. 90 % daripada penerima bantuan ialah orang Melayu Islam. Maknanya ramai sangat orang Melayu Islamni susah.

2. Beliau ( Lim Guan Eng ) lebih memahami Islam. Sebab itu tiada duit judi digunakan untuk membantu orang Islam.

3. Lesen judi sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan pusat, maknanya kerajaan BNlah. (Rujuk kitab orang PAS- Harakahdaily.net )

Inilah bahayanya apabila bertindak tanpa perancangan teliti. Aku nampak Reezal tak payah ghairah. Ini bukan keutamaannya sekarang. Fokus kepada menambah pengundi. Aku ulang banyak kali dah benda ni.

Banyak mana pendedahanpun tak ada maknanya kalau orang tak undi kita. Tak payah sensasi sangat. Biar artis je yang buat cerita sensasi. Pemuda pulunlah 4 juta anak muda yang belum berdaftar tu.

Tuhan telah takdirkan Reezal jadi pemimpin Pemuda walaupun kalah bertanding. Gunalah peluang yang ada untuk menebus kesilapan masa lalu. Ketua Penerangan adalah antara jawatan yang paling banyak kerja.

Banyak perkara rakyat tak tahu. Atau kalau tahupun tak jelas.
Model Ekonomi Baru,1 Malaysia, Rangsangan Ekonomi dan banyak lagi. Pembangkang dah selesai beberapa pusingan meracuni pemikiran rakyat. Jangan Reezal lupa, kita kalah pada PRU 12 kerana ' keracunan persepsi' yang dilaksanakan oleh pembangkang.

Reezal perlu susun program penerangan khasnya kepada Pemuda. Aku nampak Pemuda satu negara bukan sekadar lesu tapi dah macam nak mati, macam orang bernafas dalam lumpur. Bernafas mati tak bernafas pun mati.

Jadi Reezal, walaupun aku tak rasa kamu cukup berwibawa tapi kamu ada tuang yang cukup untuk kembali ke landasan. Jangan kerana kamu UMNO menerima padahnya.

Friday, September 24, 2010

NOTA KEPADA HOUSE PK


NOTA KEPADA HOUSE PK.

Aku membaca tulisan saudara tentang ada percubaan untuk membunuh Mukriz Mahathir.
Aku juga pernah mendengar kerisauan orang lain tentang perkara yang sama. Nampaknya ramai orang Melayu Islam melihat Mukriz sebagai permata yang amat berharga.

Eloklah saudara risau. Kerana risau Rasullullah saw maka Islam sampai kepada kita orang Melayu Islam yang menyokong perjuangan UMNO ( Islam PAS tu aku tak tau mana sumbernya).

Kerana risaulah Mahathir telah menjadi bapa kita selama lebih 22 tahun. Dan sehingga kini Mahathir tidak jemu jemu memberi panduan dan nasihat. ( Yang baiknya kita kini dipimpin Najib, tokoh yang amat menghormati Mahathir ).

Cuma aku ingin nasihatkan saudara agar mengawal kerisauan itu agar raut wajah tetap berseri seperti wajah Perdana Menteri kita. Jangan jadi macam Nik Aziz dan Nuar Brahim. Mereka bimbang rakyat tahu mereka penipu. Sebab itu mereka risau dan kerisauan itu dapat dilihat di wajah mereka. ( Macam panglima perang Jepun )

Aku juga ingin bagi jaminan dan berkongsi keyakinan aku. Yakinlah Mukriz ini macam bapak dia. Dibuang daripada UMNO. Dihina diperlekeh oleh musuh Islam seluruh dunia tetapi hakikatnya kita masih dapat rasakan auranya sehingga sekarang.

Bandingkan dengan orang yang mengalahkan Mukriz dalam pertandingan yang tak berapa sihat dahulu. Menang jawatan, ada kedudukan tetapi tak ada apa yang mampu dibuat.
Setiap patah perkataan umpama racun yang memakan diri sendiri.

Usah bimbang, kalau dahulu Tun Razak menggilap Mahathir, Mahathir menggilap Najib, kini masanya Najib pasti menggilap Mukriz selagi Mukriz berada di landasan yang benar.

SHAMSUL ISKANDAR KOMUNIS ?



Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri kita yang pertama pernah menulis bahawa Chin Peng, Bapak Komunis Tanah Melayu ( Yang dianggap pejuang kemerdekaan oleh DAP dan PAS ) mengingatkan Tunku bahawa TIDAK MUNGKIN KOMUNIS DAN KERAJAAN AKAN BERSAMA DALAM APA PUN KEADAAN.

Yang tersirat daripada peringatan ini ialah komunis boleh meletakkan senjata, komunis boleh berhenti memberontak secara fizikal, komunis boleh bubarkan Parti Komunis Malaya, komunis boleh tinggalkan hutan rimba dan tinggal di bandar ( contohnya di Ipoh Timur ), komunis boleh berpura pura baik dengan orang Melayu tetapi JIWA KOMUNIS YANG MEMBARA DALAM HATI, DARAH DAN DAGING CHIN PENG, KAUM KERABAT, ANAK CUCU DAN SEKUTU SEKUTUNYA TIDAK AKAN TERPADAM.

Benar.. selepas PRU 12, strategi dan matlamat perjuangan pihak tertentu jelas menunjukkan api komunis ini masih bernyala.

- Apabila ada pihak mahu mengubah perlembagaan,
- Apabila ada pihak mahu institusi Raja diruntuhkan
-Apabila ada pihak mahu hak Melayu diabaikan
- Apabila ada pihak memburuk burukkan agensi penguatkuasaan,
- Apabila ada pihak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat- maka percayalah komunis masih merupakan ancaman kepada kita.

Terbaru apabila Shamsul Iskandar , Ketua Angkata Muda Keadilan melemparkan ' pertanyaan' kemungkinan polis terbabit dalam kes Datuk Sosilawati, mungkinkah api komunisme sedang bernyala dalam jiwanya ?

Ayuh UMAT MELAYU ISLAM. BANGKITLAH, BANGUNLAH BERJUANG. KITA MENENTANG DAP BUKAN KERANA NAMANYA DAP, KITA MENENTANG PAS BUKAN KERANA NAMANYA PAS, KITA MENENTANG PKR KERANA NAMANYA PKR, KITA MENENTANG MEREKA KERANA KITA BIMBANG API DAN AKAR KOMUNISME SEDANG BERNYALA DI JIWA MEREKA.

Thursday, September 23, 2010

AN EVENING IN INDIA


KORANG BACA KENYATAAN DI BAWAH :-

1. " Sangat kotor, tidak boleh didiami, banyak habuk, banyak sisa bahan binaan dan memalukan India ". Mike Hooper- Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel.

2. " Menyedihkan dan mengecewakan. Tidak sepadan dengan masa yang diberi "- Dave Currie , Ketua Kontinjen New Zealand

3. " Banyak isu tidak selesai. Keselamatan adalah perkara paling utama. Kerajaan India patut bertindak."-Michael Fannel- Presiden Persekutuan Sukan Komanwel.

4. " Kontinjen negara akan diiringi oleh anggota polis :". Ahmad Shabery Cheek- Menteri Belia dan Sukan , Malaysia.

Kenyataan di atas adalah sebahagian kecil daripada luahan, pandangan dan kerisauan negara negara yang akan menyertai Sukan Komanwel New Delhi beberapa hari sahaja lagi.

Kerajaan India berhadapan dengan macam macam masalah untuk menjayakan temasya ini. Bangunan runtuh, persiapan tak lengkap, ancaman keganasan dan lain lain lagi.

Inilah India. Tempat asal usul lapan orang pembunuh Sosilawati, A Kugan, Buntung Kali, Karpal Singh, Gobind Singh Deo, N Gobalakrisnan, Kulasegaran, Regunath Majlis Peguam dan ramai lagi.
Ini juga tempat asal Samy Vellu, Kayveas, T Murugiah, N Subramaniam dan lain lain.

DEII ..!!! Bersyukurlah dan berterima kasih jadi rakyat Malaysia. Jangan menghasut, jangan memfitnah, jangan tunjuk samseng. Ini langit dijunjung, ini bumi dipijak. Banggalah jadi rakyat Malaysia. JANGAN MELAMPAU. Kalau korang di India, korang mesti malu nak mengaku warga India.

Wednesday, September 22, 2010

GEMPAR!! SURAT NURUL IZZAH KEPADA NUAR BRAHIM BOCOR

Nurul Izzah Anwar
Lembah Pantai, Kuala Lumpur

20 September 2010

Kepada ayahanda yang dikasihi, doa dan harapan agar ayahanda sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.

Anakanda mengambil keputusan untuk menulis surat kerana anakanda tahu ayahanda terlalu sibuk dengan pelbagai urusan. Tanpa disedari, telah agak lama kita tidak berpeluang untuk berbual dan berbincang. Anakanda hanya menerima memo dan sms ayahanda sahaja.

Sebagai anak sulung anakanda berasa terpanggil untuk menulis kepada ayahanda mewakili adik adik yang lain. Jika tindakan ini tidak ayahanda senangi , anakanda terlebih dahulu memohon ampun.

Sejak kami kecil kami diasuh dan dididik untuk mematuhi dan mentaati ibu bapa. Bonda tidak jemu jemu mengingatkan kami perkara ini. Namun setelah dewasa, kami dapat rasakan bahawa ada kalanya ketaatan ini adalah ketaatan yang palsu. Apatah lagi apabila kami dapati bonda juga terpenjara dalam ketaatannya.

Ayahanda yang dikasihi,
Sejak tahun 1998 kehidupan kita telah jauh berubah. Kita seolah olah hidup dalam periuk yang berada di atas unggun api yang panas. Sejak itu adakah kita bahagia ayahanda?
Sekarang ini anakanda dan adik adik dapat merasakan bahawa keluarga kita sedang menunggu masa untuk berpecah.

Ayahanda nampaknya tidak lagi melayan kami seperti selayaknya ayah melayan anak, suami melayan isteri. Ayahanda lebih mengutamakan orang lain berbanding keluarga sendiri. Ayahanda seakan terikat dengan ikatan yang terlalu kuat dengan orang lain dan dalam masa yang sama membiarkan ikatan keluarga kita terlerai.

Ayahanda melebihkan orang lain berbanding kami termasuk bonda. Ayahanda sanggup menengking dan mengherdik bonda di khalayak ramai kerana bertanyakan tentang individu ini. Seakan akan jika terpaksa membuat pilihan , ayahanda akan memilih individu ini dan membelakangkan bonda.

Pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi menyerlahkan lagi sikap ayahanda. Bonda langsung tidak diajak berbincang. Ayahanda, anakanda telah menjadi saksi penderitaan bonda selama ini. Setelah berumahtangga, kini anakanda memahami luka yang bonda alami.

Akhirnya ayahanda, anakanda ingin memaklumkan bahawa ayam tambatan ayahanda tidak semestinya ayam tambatan kami. Kami tidak ingin menderhakai ayahanda tetapi kami juga tidak akan membiarkan bonda dikhianati.

Salam takzim, anakmu

Nurul Izzah.



Catatan : Aku rasa kalau ada peluang dan keberanian , inilah yang mungkin diluahkan oleh Nurul Izzah. Aku rasalah..

Tuesday, September 21, 2010

Anak Sufi: BENAR ATAU FITNAH?

Anak Sufi: BENAR ATAU FITNAH?: "KUALA TERENGGANU, 21 Sept: Pertelagahan berterusan dua kem Umno iaitu kem Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dengan kem Datuk Seri Idris J..."

MURSYIDUL AMNYA BEGITU, SESATLAH ANAK BUAH


Semalam dan hari ini ramai orang telah godam itu Nik Aziz. Orang keliru, pelik dan menyampah bila Nik Aziz kata dia tak bangga jadi Melayu. Cukup dia jadi Islam.

Aku nak nasihat korang semua. Tak usah marahkan Nik Aziz. Tak usah peduli dia pun. Dia ni bukan tau apa apa pun. Dia ni ustaz biasa. Macam ustaz sebelah rumah aku. Dia jadi Tok Guru kerana ada orang 'set pendewaan ' kat dia. Orang PAS pulak terpedaya. Macam orang Melayu kagum pada Hang Tuah. Macam tulah.

Nik Aziz pulak rasa syok. Kalau dia ikhlas, dia tak akan benarkan sebarang bentuk ' kekaguman melampau'berlaku ke atas dirinya.

Dia tak tahu atau tak faham bahawa dalam sejarah dunia dari dulu sampai sekarang hanya satu bangsa sahaja lahir bersama agamanya iaitu bangsa Melayu. Seseorang yang lahir di Malaysia tidak akan jadi Melayu kalau dia tak Islam. Ini tuntutan perlembagaan. Ada Melayu tentu Islam, wajib.

Kalau ada nak pertikai, pertikaikan amalannya. Itu lain. Prinsip asasnya ialah bapak Melayu, mak Melayu anak jadi Melayu. Kerana
mereka Melayu maka dengan sendirinya mereka Islam.

Sebab itu korang wajib pertahankan perlembagaan yang cuba diubah oleh puak pembangkang pimpinan DAP ni. Dia nak hancurkan perlembagaan kerana perlembagaan kita adalah pakej lengkap yang mempertahankan agama dan bangsa kita.

Jadi, tak usahlah susah susah nak marah Nik Aziz. Itu je tahap mentaliti dia. Kalau begitulah dia, bayangkanlah anak buahnya.

Pendita Kain Singkat: Drs Khalil Idham Lim Ajak Rakyat Kelantan Sokong U...

Pendita Kain Singkat: Drs Khalil Idham Lim Ajak Rakyat Kelantan Sokong U...: "Memahami Pemikiran dan Metaliti PASDengan bangganya Drs Khalil Idham Lim, seorang penganut Islam yang mendapat tarbiyyah anjuran parti poli..."

Monday, September 20, 2010

AYANG TAK NAK ANJA TERGANGGU

Anwar gagal dalam rayuan untuk gugurkan tuduhan liwatnya terhadap Saiful. Nuar Brahim nampaknya terpaksa akur apabila panel tiga orang hakim menolak rayuannya untuk menggugurkan pendakwaan terhadapnya berikutan perbuatan liwatnya terhadap seorang pemuda yang bernama Saiful.

Nuar Brahim tahu bahawa rayuannya akan ditolak. Nuar Brahim mendapat nasihat daripada peguam peguam yang handal dan berpengalaman. Nuar hanya ingin perbicaraannya ditangguhkan. Selepas ini Nuar akan cari lagi jalan lain supaya perbicaraannya tertangguh lagi.

Nuar takut sangat perbicaraan berjalan. Dah tentu banyak perkara akan terdedah dalam mahkamah. Bagi mendapatkan perbicaraan yang adil, mahkamah perlu mendapat maklumat yang lengkap walaupun barangkali ia mengaibkan.

Pendakwa dan pembela ingin situasi sebenar digambarkan. Ini Nuar Brahim ngeri. Tentulah cerita bisikan cinta, ciuman manja, gigitan sayang akan terpacul di mahkamah. Nuar boleh dengar.

Nuar takut Azmin mendengar semua ini. Nuar risau emosi Azmin terganggu. Jika ini berlaku pasti fokus Azmin terhadap pemilihan PKR akan tergugat. Sumber mengatakan Azmin kalau merajuk susah jadinya. Makan minum pun tak nak.

Nuar bimbang Azmin tak mampu teruskan kempen. Nuar nak pastikan Azmin menang kerana Azmin adalah bakal Timbalan Perdana Menteri apabila Nuar Brahim jadi Perdana Menteri nanti.Nuar tak kisah apa akan berlaku selepas pemilihan PKR nanti.

Jadi korang pun jangan harap perbicaraan akan bermula sekarang. Tunggulah sehingga habis pemilihan PKR. Tunggulah..

Dilema Anak Muda: Nyaris Mati Terlanggar Sampah

Dilema Anak Muda: Nyaris Mati Terlanggar Sampah: "Kitorang tak suka cakap banyak la...kitorang gak tak suka orang cakap banyak kat kitorang..rasa penat telinga nak dengar. Cikgu kat skolah ..."

Scarlet Bangsar: Malays: This is serious !!

Scarlet Bangsar: Malays: This is serious !!: "Folks...this is a serious matter...attitude that differs us from them! The problem is US ourselves!! If we don't change immediately...do no..."

Ujang Ranggi: VOICES AROUND: Haiwan Terlaknat

Ujang Ranggi: VOICES AROUND: Haiwan Terlaknat: "VOICES AROUND: Haiwan Terlaknat"

Sunday, September 19, 2010

ALAHAI TOK GURU..


Dulu satu masa sibuk ahli dan pemimpin PAS menyuruh, mendesak bahkan memaksa Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri. Alasan dia orang Dr Mahathir dah nyanyuk, tua dan tak berkesan.

Sewaktu berada di puncak, Dr Mahathir turun melepaskan jawatan secara terhormat. Satu dunia mengakui kehebatan Dr Mahathir termasuk orang orang yang memusuhinya iaitu Yahudi dan Lee Kuan Yew. Negara ditinggalkan dalam suasana amat kondusif berbanding negara lain di dunia. Sehingga sekarang pandangan dan pendapat Dr Mahathir masih amat diperlukan.

Hari ini Tok Guru Nik Aziz umum tak nak bertanding dah dalam pilihanraya 13. Alasannya tak sesuai sebagai Mursyidul Am dia memegang jawatan Menteri Besar atau wakil rakyat. Apa menariknya kenyataan Tok Guru orang orang PAS ni :-

1. Tok Guru mengaku bahawa selama ini dia buat benda tak sesuai. Perkara tak sesuai ni pulak
direstui oleh pemimpin dan ahli PAS yang lain. Jadi timbullah pertanyaan. Tegur sana sini,
kritik sana sini, tazkirah sana sini, rupanya diri sendiri buat benda tak sesuai.

2. Tok Guru kata selama puluhan tahun ni, sekali je dia mintak jadi calon. Selain daripada itu parti yang suruh. Maknanya Tok Guru nak lagi. Dia bagi signal supaya ahli PAS suruh dia bertanding lagi. Jadi dia akan dapat dua dua. Jadi calon pun dapat, jadi Mursyidul Am pun dapat. Inilah untung Tok Guru.

Kalau kita tanya sekarang, kenapa tak nak turun. Dah tua , dah tak berkesan, dah macam nyanyuk pun, Tok Guru akan jawab " Hambo tok seer..tapi ahli perluke ambo ".

Saturday, September 18, 2010

TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENGHINA

Tuan Ibrahim Tuan Man ni adalah Naib Presiden PAS. Dulu sapa sapa pun tak kenal lebai ni. Tapi dia ni berjaya ' kudakan ' RTM melalui Ehwal Islam. Terkenallah dia bersama Harun Din, Ismail Kamus, Hassan Ali dan lain lain lagi.

Kalau tak kerana RTM dia orang ni tak mungkin jadi terkenal. Bila dah terkenal masuk PAS. Tuduh RTM toghut, agen yahudi. Masa nak gunakan RTM tak ada pulak benda benda tu. Bagaimanapun bukan ini isu yang nak aku sebut.

Aku nak petik ucapan Tuan Man dalam satu majlis baru baru ni. Depan anak anak felda dia menyeru supaya diwujudkan semula jawatan Penyelia Agama. Jawatan ini ditamatkan pada awal 90 an. Korang nak tau Penyelia inilah antara yang menjadi punca pecah belah dalam felda. Berpuak puak kerana penyelia ni kebanyakannya jadi alat PAS.

Dia kata sebab tak ada penyelia ni anak felda jadi teruk. Penagih dadah, perogol, penjudi, kaki rempit dan lain lain bercambah tumbuh. Tak ada aktiviti agama. Katanya lagi anak anak felda yang baik semua keluar dari felda.

Orang cakap agama tapi menghina. Depan anak anak felda sendiri Tuan Man menghina :-

1. Ibu bapak di felda termasuk yang sokong PAS tak reti didik anak.

2. Generasi felda yang berjaya lupa asal usul dan tinggalkan kampung laman.

3. Generasi yang ada di felda sekarang ialah yang haprak, apa pun tak guna.

Inilah PAS. Hina, perendahkan orang dan dalam masa yang sama menghasut dan memecahbelah.

APALAGI ANAK FELDA..BANGUNLAH MARUAH KORANG DAH DIGONCANG.

Friday, September 17, 2010

CANTIK ADA ..BODOH PUN ADA..



Korang mungkin tak kenal dia ni. Haniza Mohamed Talha bukan orang biasa. Dia ni Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Dengan Khalid rapat dia ni. Boleh tahan cantik juga. Tapi bodoh YB ni. Memang sesuailah dia bergelumang dengan DAP, PAS dan PKR ni.Tapi bukan itu isunya.


Aku nak petik kenyataan dia dalam Sinar hari ni. Dia kata polis tak adil. Polis hanya siasat kes berprofail tinggi je. Ada ramai orang mati kena bunuh tapi tak disiasat. Datuk Sosilawati dan rakan rakannya , disiasat serta merta.


Apa bodohnya ?


1. Dia cakap ni selepas majlis tahlil di rumah Sosilawati. Aku ulang ..di rumah Sosilawati


2. Dia sedang mempertikaikan agensi keselamatan yang mempastikan dia yang cantik tu boleh bercampur gaul, merayau rayau, mengata orang dengan selamat. Sedangkan dia sekarang dan jadi kerajaan pun.


Kemudian aku pulak nak tanya ?


1. Ngapa kamu pergi majlis tu ?


2. Ngapa Wan Zizah pergi jengok ?


3. Ngapa saudari Azmin pergi ziarah ?


4. Ngapa pimpinan Gerombolan Pembangkang pergi berduyun duyun ?


Di Paya Jaras ada majlis tahlil.

Di Banting ada majlis tahlil.

Di Langat ada majlis tahlil.


Gerombolan tak pergi pun. Sebab Gerombolan yang memilih ' manusia, suasana, ketika' yang

berprofail tinggi. Ini sebenarnya. Orang matipun jadi bahan politik. Bodoh betul.

Thursday, September 16, 2010

UNDANG UNDANG TUBUH PERAK DIUBAH, DARURAT MUNGKIN DIISYTIHAR

Laporan Papa Gomo adalah dirujuk.

Di Perak sambutan 16 September disertai hampir 100 ribu orang. Padang Bandaraya pertama kali dalam sejarah dapat mengumpul rakyat yang sebegini ramai. Semasa era Barisan Nasional, tidak pernah mereka berjaya melakukan perkara seumpama ini.

Rakyat pelbagai kaum, agama dan peringkat umur berhimpun sambil melaungkan ungkapan penuh semangat seperti REFORMASI, HIDUP HIDUP dan ada juga yang bertakbir termasuk yang bukan beragama Islam.

Sebuah lagu baru telah diperkenalkan menggabungkan pelbagai bahasa iaitu Mandarin , Hokkien, Tamil dan Bahasa Melayu. Lagu ini akan menjadi Lagu Rasmi Perak menggantikan lagu lama yang tidak diminati oleh golongan muda.

Apa yang tambah memeriahkan suasana ialah kesemua rakyat yang hadir termasuk ulama ulama PAS begitu bersungguh sungguh menyanyikan lagu berkenaan menggunakan edaran yang disediakan.

Apa yang agak dikesali ialah perlantikan Menteri Besar tidak dapat dibuat kerana usaha meminda Undang Undang Tubuh Negeri Perak belum dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana pihak istana tidak dapat dihubungi buat masa ini. Walaupun begitu YAB Ngeh Koo Ham, bakal Menteri Besar bersedia untuk memulakan tugas pada bila bila masa.

Sesuatu yang agak mengecewakan ialah terdapat agak ramai rakyat khasnya di kampung kampung tidak mahu menyertai perhimpunan di peringkat daerah sedangkan jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Bagi mengelakkan kerugian, penyokong penyokong telah dibawa dari Pulau Pinang dan Selangor untuk bersama meraikan sambutan ini.

Seperti yang dijangka, pihak Barisan Nasional sedang berusaha menggagalkan perubahan ini termasuk kemungkinan mengisytiharkan darurat. Sumber yang boleh dipercayai bagaimanapun meminta rakyat menunggu sehingga jam 12.00 tgh malam kerana 16 September berakhir ketika itu. Sekiranya tiada apa apa berlaku maknanya sahlah Nuar Brahim bapak penipu.

Wednesday, September 15, 2010

SYED HUSIN ALI ?

Korang kenalke Syed Husin Ali ? Aku tak kenal. Itu yang aku terkejut. Tiba tiba je hari ni aku baca paper, Syed Husin kata tak nak pertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR. Aku selama ini mati mati ingatkan Azmin Ali Timabalan Presiden yang nak mempertahankan jawatan.

Aku tambah terkejut lagi bila Syed Husin ni kata dia dah mula politik sejak tahun 1958. Begitu lama dah berpolitik tiba tiba jadi Timbalan Presiden sebuah parti yang amat terkenal zalim, kejam dan bahayanya kepada umat Melayu Islam tapi tak dikenali langsung.

Dalam nada agak malu Syed Ali memujuk dirinya dengan mengatakan bahawa ada ramai orang ' berhasrat' mencalonkan dirinya tetapi dia dah buat keputusan untuk berundur. "Biarlah peluang diberikan kepada orang yang lebih muda, aktif dan berkebolehan", katanya.

Korang fikir apa makna berita gempar ni. Maknanya :-

1. Dalam PKR semua orang adalah alat. Masa nak dipakai tak nak dibuang.
2. Dalam PKR yang berguna dan bermakna ialah orang yang dikasihi Anwar( Cth: Azmin )
3. Dalam PKR yang diperjuangkan ialah Anwar, usahlah cakap pasal rakyat , buat malu je.

Kepada Syed Husin, aku mintak maaflah sebab hanya kenal engkau masa engkau nak pencen. Rugi je puluhan tahun politik, berhenti sebagai alat yang dibuang.

Tuesday, September 14, 2010

KALAU NAK BERMADU, JUMPA NUAR BRAHIM

Aku membaca sumbuapi blogspot.com yang mempunyai tajuk yang sama. Aku tak cenderung untuk membincangkan isu yang ditimbulkan, Aku tak ada keinginan untuk menilai betul salah andaian sumbuapi.

Aku seperti kebanyakan orang lain keliru dan tertanya tanya. Bukan tertanya tanya ' status hubungan' Nuar Brahim dengan Azmin Ali. Ini aku dah ikut denyut nadi naluri aku. Memang sangat manis hubungan mereka.

Yang aku keliru dan tertanya tanya ialah sampai bila Wan Azizah akan memendam rasa menanggung derita. Yang aku dan seluruh rakyat tertanya tanya ialah apakah taruhan Nuar Brahim sehingga Wan Azizah menjadi demikian ' HAMBA '.

Yang aku dan rakyat Malaysia tertanya tanya ialah mengapa Nurul Izzah yang telah menjadi begitu dewasa sanggup melihat ibunya menanggung penderitaan sebegitu rupa. Sudah hilangkah kasih anak kepada ibu sehingga sanggup BERSEKONGKOL dengan bapa yang diketahui amat zalim.

Wan Azizah..rakyat Malaysia tahu kamu ialah isteri yang taat, tapi janganlah taat sampai menggadai negara. Taat pun jangan sampai memakan diri. Keluarlah dari penjara, hiduplah sebagai manusia merdeka

Monday, September 13, 2010

MELAYU BUDIMAN..MELAYU BACUL ?

Maka terjawablah misteri kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 orang rakannya. Mereka telah DITAHAN, DIPUKUL, DIBUNUH, DIBAKAR DAN ABU MAYAT MEREKA DIBUANG KE SUNGAI oleh beberapa orang suspek berbangsa INDIA yang salah seorang daripadanya adalah ahli MAJLIS PEGUAM( yang setakat ini haram sepatah perkataan pun tidak mengeluarkan kenyataan.)

Sudah pasti pihak polis akan menyiasat dan PEMBUNUH KEJAM BERBANGSA INDIA ini akan dihukum.

Sudah pasti PEMBUNUH BERBANGSA INDIA ini akan mendapat hukuman yang sewajarnya.

Sebelum itu, sudah pasti PEMBUNUH BERBANGSA INDIA ini akan medapatkan peguam yang hebat daripada MAJLIS PEGUAM untuk membela mereka.

Sudah pasti ORANG MELAYU akan melihat kes ini sebagai kes jenayah yang patut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk ditangani.

Sudah pasti tidak akan ada ORANG MELAYU secara kolektif dan bersungguh sungguh bangkit , berhimpun, berkumpul tanda simpati.

Sudah pasti ORANG MELAYU akan memahami bahawa berhimpun, berkumpul dan berarak bukan cara menggambarkan solidariti.

Sudah pasti ORANG MELAYU berbeza dengan orang INDIA menangani KUGAN.

Sudah pasti ORANG MELAYU berbeza dengan orang CINA menghayati TEOH BENG HOCK.

Semuanya sudah begitu pasti kerana ORANG MELAYU ADALAH BANGSA BUDIMAN yang beransur ansur menjadi BACUL ?

Sunday, September 12, 2010

TERANIAYAKE KITA ?


Sewaktu cuti Raya baru ni aku berpeluang jumpa rakan rakan lama. Ada yang dah 20 tahun aku tak jumpa. Ada yang 30 tahun. Ramai juga yang lepas sekolah terus hilang. Muncul dah jadi jutawan. Alhamdulillah.

Ada juga rakan rakan yang dah pergi mengadap Tuhan. Kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Tak ada seorangpun mati kerana tak cukup makan. Macam di Indonesia yang sibuk bercakap soal kedaulatan tu. Kebanyakannya mati kerana terlebih makan. Maaflah..bukan niat aku nak permainkan soal hidup mati, tapi inilah hakikatnya.

Korang tengok lebuhraya. Berjuta kereta sepanjang masa. Hampir tak ada kereta buruk. Di kampung ada rumah tak cukup halaman nak parking kereta. Yang malangnya termasuk rumah Tok Guru Tok Guru PAS , Pencacai pencacaipun bukan main hebat lagi bila anak anak pakat balik.

Apa makna semua ni. Maknanya negara kita amat makmur. Rakyat bebas membina kehidupan.Berusahalah, insyaallah kita akan capai apa yang kita nak. Hebat sangatke kita? Tak.
Yang hebat adalah kerajaan. Kerajaan BN yang mentadbir negara dengan bijak. Memberi pelajaran dan menyediakan peluang pekerjaan.

Jadi apa logiknya kalau puak PAS,DAP dan PKR kata kerajaan zalim. Mana bukti yang kata rakyat dianiaya ? Tak ada. Jadi aku nak menyeru kepada anak muda yang baru nak hidup ni, sementara korang memandu balik ke kota melalui lebuhraya yang disediakan kerajaan berfikirlah, bukan semua kerajaan buat macam apa yang kerajaan kita buat. Jangan kerana hasutan ' syaitan' korang suka suka nak tukar kerajaan Menyesal tiada gunanya.

Thursday, September 9, 2010

Tahniah Ustaz Lim


Aku selama lamanya tak pernah percaya pada PAS dan DAP ni. Sejak dahulu lagi tak ada benda baik yang diaorang buat. DAP meneruskan idea, kaedah dan pendekatan KOMUNIS, Manakala PAS menjual agama dengan harga yang murah.

Kalau ada sesiapa boleh tunjuk kat aku satu benda baik yang dia orang buat, aku tabik la. Tak ade. Sebab itu diaorang ni serasi. Di atas kertas berbeza tapi yang tersirat sama. HANCURKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

Aku pergi ke Hulu Selangor tengok kempen Pilihanraya Kecil. Betul betul sama. Macam dah pakat dari awal. NIk Aziz ceramah mengajak menghancurkan UMNO. Kit Siang ceramah menyeru supaya UMNO dihancurkan. Pada hal yang bertanding calon MIC.

Sebab itu aku dengar nama DAP dan PAS ni rasa nak meloya. Tapi bila diaorang bergabung bawak Siti Nurhaliza buat konsert di Penang aku jadi kagum la pulak. Bukan senang nak bawak Siti buat konsert. Ini adalah satu bentuk dakwah yang amat mulia.

Aku yakin pimpinan pemuda PAS akan gunakan konsert ini untuk sekurang kurangnya 2 tujuan

1. Melatih muda mudi cara menonton konsert yang betul.( Nas al Quran dan hadis sedang dikumpulkan oleh Hassan Tantawi )

2. Melatih diri menahan hawa nafsu. Sebagai contoh sewaktu melihat penari penari yang 'wow' sedang menari. Jika kita masih bertenang maknanya kita layaklah menjadi pimpinan Pemuda PAS. Tapi kalau macam Mat Sabu, suruh orang hantar ubat buasir ke bilik maknanya tahapnya rendah lagi.

Jadi kita kena pakat sokong usaha dakwah yang dilakukan bersama oleh DAP dan PAS ni. Cuma aku nak mintak tolong Ustaz Lim Guan Eng, usahlah jemput Tok Guru Nik Aziz pulak. Kawan tu tak berapa 'sihat'.

Tahniah, Ustaz Lim . Teruskan perjuangan.

CUKUPLAH TUN MAHATHIR ?

Aku mintak ampun banyak banyak. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku betul betul tak sengaja terklik ' blog yang paling disayangi DAP , Harakahdaily.net. Risau aku, komputer aku pasti dijangkiti virus. Maklumlah termasuk ke blog yang menjual agama. Dah lah terklik terbaca pulak satu artikel yang ditulis oleh seorang budak ( aku jangka dalam 10 atau 11 tahun kot )yang menggunakan tajuk di atas.

Budak ni tak berani bagi nama dia tapi dia tunjukkan sikapnya melalui nama samaran
' Mutaligat'. Pasti anak murid Nik Aziz ni. Mutaligat dari sudut bahasa ialah berputar dengan ligat. Maknanya

1. Dia ni memang kaki putar
2. Oleh kerana dia berputar dengan ligat , dia menulis dalam keadaan pening.

Ada banyak perkara yang dia komen Tun kerana pandangan Tun tentang PAS. Memanglah semua orang tahu PAS penipu sejak dulu lagi. Nik Aziz pun tahu. Tapi kalau tak tipu macamana nak jadi Menteri Besar. Bukan ada kelayakan pun.

Aku cuma nak sentuh 2 perkara.

1. Dia kata Tun dah senja. Tak payah lagi perhatikan politik. Soalnya tua Tun pun dia konsisten sejak dulu. Pandangannya tak pernah berubah. Nik Aziz ? Dalam sehari 17 kali berubah. Depan Melayu lain, depan Siam lain,depan Karpal Singh lain, depan Kit Siang lain. Siapa yang kena berhenti ?

2. Yang ini amat bahaya. Jabatan Agama kena tengok. Dia ni penyebar ajaran sesat. Ada ke dia kata PAS bawa ajaran Islam. Tak pernah aku dengar kenyataan sesat macam ni. Yang aku tahu tak ada orang lain bawak Islam selain Muhammad saw. Atau memang benar PAS ada bawak Islam yang lain selain yang sebenarnya ? Kalau begitu betullah kata Tun, PAS guna Islam untuk survival politik. Betullah tu.

Kemudian yang aku paling sedih ialah apabila Harakahdaily.net mengaku tidak berani bertanggungjawab terhadap artikel Mutaligat. Ya Allah..pegi belajar dulu Mutaligat. Kamu sebut namun Tun pun tak layak. sedarlah..

DAH MEMANG LAKI BINI..BEGITULAH.

Masa aku dekat dekat nak kahwin dulu, bapak aku panggil aku mengadapnya. Masa tu aku dengan bapak aku berdua je. Gementar aku Tuhan je yang tahu. Macam macam bapak aku berpesan dan bagi nasihat. Termasuk hal hal yang sulit. Nak tahan lama, main bagi sedap dan banyak lagi.

Jadi aku tak heran bila ramai orang kata sex mesti dijadikan sebahagian daripada pendidikan. Semua ini supaya kita tidak lakukan benda benda yang dilarang dalam sex. Lubang hidung, lubang telinga dan lubang yang berjiran dengan qubul tu , jauhkan sama sekali. Itu khusus untuk berak je.

Jauh lebih penting daripada itu ialah pesanan bapak aku tentang perkongsian hidup. Pengorbanan dan kesabaran mesti tinggi. Kalau susah sama susah, manakala senang pula dinikmati bersama. Semakin kuat kita berkongsi laki bini makin kukuh cinta kasih kita.

Alhamdulillah, itulah yang praktikkan sampai sekarang. Sederhana tapi bahagia aku laki bini. Aku cerita semua ini bukan untuk dedahkan kisah aku. Tapi aku mohon pada kawan kawan supaya memahami dan tidak menghukum. Jauhkan dari segala buruk sangka.

Bukan sesuatu yang luar biasa. Bukan sesuatu yang pelik bahkan memang begitulah patutnya. Jangan masa seronok je bersama, masa susah dibiarkan sendirian. Bukan mudah Azmin nak memenangi kerusi Timbalan Presiden. Bukan kecik anak Zaid tu. Duit melambak. Bakat ada sedikit sebanyak. Maknanya Zaid ada pakej untuk jadi Timbalan Presiden. Inilah masanya Anwar kena buktikan bahawa laki bini memang kena bersama masa susah dan senang.Inilah masanya Anwar kena tunjukkan makna perkongsian hidup yang sebenarnya. Jadi jangan salah Anwar. Dah memang tepat apa yang dia buat tu. Kita tunggu je hasilnya..

Wednesday, September 8, 2010

PAS PADANG RENGAS LUMPUH


Salah satu kawasan yang menarik di Perak ialah Padang Rengas. Bukan sahaja kerana Datuk Nazri ahli Parlimennya tetapi kerana ' kejatuhan ' DUN Lubok Merbau ke tangan calon PAS yang merupakan bekas Pegawai Kanan JPJ.

Haji Zainuddin nama dia. Inilah syoknya jadi ahli PAS. Menjadi ahli PAS boleh memadam dosa silam. Apa pun dosanya. Haji Zainuddin ni bersara awal dari jawatan kerana ditawarkan untuk berbuat demikian. Dia adalah salah seorang pegawai yang ' dinasihatkan bersara' kerana terlibat dengan LESEN TERBANG. Sempatlah kaya.

Mujurlah Haji Zainuddin cepat cepat masuk PAS. Maka terlepaslah dia dari dosa rasuah dan salah guna kuasa. Takpelah. Dia orang ada Nik Aziz yang boleh menyelamatkan diaorang.

Tapi ini bukan isu yang nak aku ceritakan. Yang sekarang sedang menjadi 'barah' kepada PAS ialah kekecewaan rakyat terhadap Hj Zainuddin. Kemuncak kekecewaan ini ialah apabila Haji Zainuddin gagal hadir sewaktu sebuah kampung dalam DUN Lubuk Merbau dilanda ribut.

18 buah rumah terjejas teruk termasuk lapan daripadanya dimiliki oleh aktivis kuat PAS.
Haji Zainuddin juga tidak dapat dikesan berada dalam kawasan sewaktu Lubuk Merbau dilanda banjir kilat hujung tahun lalu.

Setakat ini, menurut mereka Haji Zainuddin kerap pula dilihat minum ' di kedai hailam ' sekitar Padang Rengas. Menurut sumber , PAS negeri cuba menebus kelemahan Zainuddin dengan mengedarkan beras di sekitar Lubuk Merbau, malangnya beras itu pula dikatakan dari kualiti rendah.

Selain daripada itu rakyat kawasan Lubuk Merbau kecewa kerana Haji Zainuddin seakan akan menjadi wakil rakyat Cina sahaja sedangkan pengundi Melayu diabaikan. Aku tak nak komen apa apa tapi aku dengar Hj Zainuddin ada masalah dengan isteri tua dia sejak khabar angin mengatakan dia berkahwin kali kedua di Thailand. Itu punca dia jarang bertemu pengundi khasnya orang Melayu.

Setakat ini aku dapat maklumat PAS Padang Rengas hampir tiada program sepanjang Ramadhan. Dalam masa yang sama aku difahamkan ada pula usaha untuk menggantikan Zainuddin dengan seorang muka baru yang merupakan bekas guru. Kita tunggulah tengok. Mudah mudahan penyokong PAS benar benar dapat hidayah dalam Ramadhan ni dan kembali ke pangkal jalan. Tinggalkanlah perjuangan menyokong komunis DAP yang amat bahaya kepada Islam.

Tuesday, September 7, 2010

MOHAMAD SABU@SAPU MASIH HIDUP


Mohamad Sabu @Mat Sapu masih hidup rupanya. Aku ingat dah mati sejak kalah bertanding dalam Muktamar PAS. Mat Sabu ni pun bukan orang sihat. Dia mengidap penyakit buasir. Dah lama dah. Kerana penyakit ini barangkali Mat Sabu tak rapat dengan Nuar Brahim. Nuar Brahim ni kononnya penggeli sikit.


Bila kalah bertanding, Mat Sabu dilantik menjadi AJK PAS Pusat. Ini adalah atas faktor keupayaan Mat Sabu mencarut di mana mana pentas hatta di hadapan Tok Guru Nik Aziz, ciptaan Subki Latif.


Baru baru ini Mat Sabu bercakap bahawa sepatutnya pemerintah Malaysia lebih adil. Maka Mat Sabu sebutlah sirah Rasullullah saw. Sirah dan sejarah Rasullullah betul tapi malangnya disebut oleh orang yang tak betul.


Hey..Mat Sabu. Engko boleh tipu budak budak muda yang tak tahu sejarah engko. Orang tak mungkin lupa engkau pernah berada dalam satu bilik hotel dengan Norma. Orang tak boleh lupa alasan engko yang paling koman di dunia , mungkin sampai akhir zaman.' Norma hanya datang menghantar ubat buasir '.Sudahlah Mat, baiklah engko duduk rumah, rawat buasir tu daripada jadi badut PAS atas pentas. Percayalah Mat, engko mana ada masa depan.


Budak budak muda sekarang dah berfikir. Tak mungkin orang macam engko yang mengaji tak habis dapat menipu mereka kecuali jika mereka tak mahu berfikir.

Monday, September 6, 2010

TERIMA KASIH TUN


Baru baru ini sekali lagi mantan Perdana Menteri yang kita kasihi, Tun Mahathir melahirkan kebimbangannya jika Gagasan 1 Malaysia gagal capai matlamat kerana gagal difahami. Ini bukan kali pertama kebimbangan ini dilontarkan. Terima kasih Tun.

Sebagai orang politik aku rasa pimpinan kita kena sensitif dengan perkara begini. Bila orang semacam Tun risau sesuatu gagal difahami maknanya memang orang tak fahamlah. Orang tak faham sebab tak ada usaha nak bagi orang faham.

Gagasan seindah dan secantik 1 Malaysia tak boleh nak disemai, ditanam dan dipasak dalam jiwa dengan pertandingan mencipta lagu. Tak cukup. Aku pening kepala tengok Najib sorang yang pulun dengan Muhyiddin.

Menteri lain man?. Nganga melopong. MCA dan MIC apa program korang buat. Cina kampung baru tahuke 1 Malaysia? Aku bimbang sangat bila pegawai banci laporkan ada ramai Cina tak tahu cakap Melayu. Jadah apa korang buat duit di Tanah Melayu, cakap Melayu tak tahu pun.

Nak bagi faham 1 Malaysia ni ada banyak cara. Dulu masa DEB diperkenalkan semua peringkat pimpinan UMNO sampai ke akarnya diberi taklimat, penerangan. Perikatan masa tu tak habis habis beri penjelasan. Ada orang tak setuju DEB bukan kerana dia tak faham tapi memang kerana dia buta perut.

Aku langsung tak nampak program yang menyeluruh dan sistematik dibuat bagi memberi kefahaman kepada rakyat. Aku secara mata kasarpun dah nampak gagasan ini kalau dapat dilaksanakan, kita tak perlu risau apa apa. Hak semua rakyat tak kira apa bangsapun memang terpelihara.

Aku mintak maaflah. Menteri terutamanya mesti berfikir. Kalau kamu menteri sukan , tingkatkan pencapaian sukan dan dalam masa yang sama serapkan 'roh 1 Malaysia' semasa bersukan.

Kalau kamu Menteri Perdagangan, jaga pengguna dan peniaga dan dalam masa sama ' roh 1 Malaysia' disemaibiak semasa berusniaga tu.

Kalau kamu Menteri Keselamatan, jaga keselamatan tapi jangan lupa bercakap dan serapkan semangat 1 Malaysia bila bercakap soal keselamatan.

Ini namanya stretegi. Ini namanya menikmati ' kebijaksanaan pemimpin dan gagasan gagasan yang dilahirkannya'. Sekarang masa buat kerja. Kalau kerja betul 1 Malaysia ni boleh jadi bahan kempen yang amat baik. Kenalah bekerja.

Terima kasih Tun. Lain kali tegur lagi.

Sunday, September 5, 2010

TIPAH TERTIPU LAGI..TIPAH TERTIPU LAGI..

Tipah tertipu lagi ini ialah tajuk sebuah lagu yang agak terkenal satu masa dahulu. Ia mengisahkan tentang Tipah yang selalu sangat kena tipu oleh lelaki. Selain Tipah ada lagi orang yang selalu kena tipu.

Penipuan penipuan itu pulak ialah penipuan kelas rendah yang kalau diketahui oleh orang lain , maka mangsa akan kelihatan amat koman lagi rendah pula minda dan pemikirannya. Manakala si penipu akan dianggap hebat kerana berjaya menipu dengan skala kemahiran rendah.

Orang yang aku maksudkan adalah orang Melayu Islam. Sejak zaman dahulu lagi orang Melayu Islam asyik kena tipu. Kesan penipuan itu pulak amat besar kesannya. Sultan Mansur Shah pernah kena tipu. Penipunya mamak tongkang je.

Kemudian Tun Perak pulak tipu Sultan. Sembunyikan Tuah. Kesan peristiwa ini amat besar sehingga Hang Tuah dikenali sebagai panglima Melayu yang buta perut manakala Hang Jebat pula Panglima Derhaka.

Sejarah telah wujudkan ' Hero Jahat dan Hero Baik ' Melayu yang menjadikan orang Melayu Islam percaya bahawa mereka adalah bangsa yang hebat. Sedangkan setakat ini orang Melayu asyik jadi ' Hero yang Tewas '.

Sejarah Melayu Moden pula menyaksikan penjajah Inggeris bayak kali menipu dan memperdaya Orang Melayu Islam termasuk Raja Raja Melayu. Inilah Melayu Islam. asyik tertipu dan tertipu.

Sekarang ini aku tengok orang Melayu Islam betul betul sedang tertipu. Aku jangka hasil penipuan ini akan meletakkan orang Melayu ke dasar yang hina dan memalukan. Penipuan kali ini pula dibuat secara amat licin , sistematik dan amat terancang.

Bermula dengan menipu berbaik baik dengan PAS, penipu ini menipu pula mendekati Islam sehingga mereka masuk ke surau dan masjid. Mereka juga menipu menggunakan ayat ayat suci Al Quran. Setelah puak puak PAS dapat ditakluk, penipu ini menipu pulak melalui kaedah 'menyemai kemarahan' dalam kalangan orang Melayu yang tidak bersama PAS. Mereka mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan.

Mereka mengupah orang orang tertentu menerbitkan risalah dan video bagi menyemarakkan kemarahan orang Melayu. Jadi apa penipuannya ?

1. Orang Melayu Islam dalam UMNO benar benar percaya bahawa tumpuan mesti diberi bagi menjawab segala provokasi , penghinaan dan cabaran mereka.
2. Orang Melayu Islam dalam PAS benar benar percaya bahawa dakwah mereka telah berjaya sedangkan sebenarnya mereka tidak pernah berdakwah.
3. Orang Melayu Islam dalam PAS terutama Tok Guru mereka benar benar percaya mereka dihormati sedangkan mereka hanya dijadikan badut semata mata.

Hasil kejayaan penipuan ini ialah orang Melayu Islam tidak kira apa parti sekalipun telah mengabaikan sama sekali kewajipan mereka untuk mendaftar pengundi dan menambah bilangan pengundi. DAP berada amat jauh di hadapan. Sekiranya kita terus tertipu, maka percayalah orang Melayu Islam akan menyerahkan negara tercinta ini kepada orang Cina dan bersedialah menjadi bangsat hanya kerana mudah sangat terpedaya dan tertipu.

Friday, September 3, 2010

NAK TERMUNTAH AKU

Seingat aku, kali terakhir aku rasa nak muntah apabila ada orang bercerita Azmin Ali ( Bakal Timbalan Presiden PKR yang juga dikatakan ' semacam madu 'kepada Wan Azizah ) tempah katil lebih 20 ribu ringgit. Saiz katil dan struktur binaannya sesuai untuk dua tiga orang bergusti di atasnya.

Sejak itu sampai sekarang aku tak ada rasa nak muntah dah. Cuma baru baru ini bila berita menyiarkan kenyataan Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia ( Bendera ), Mustar Bona Ventura Manurung sekali lagi perut aku memulas. Spontan tekak aku meloya. Mujur aku bertahan, kalau tidak terganggu puasa aku.

Korang bayangkan dia kata demonstrasi yang dibuat oleh rakyat Indonesia ialah demi maruah dan kedaulatan Indonesia. Pigilah wak. Jangan cakap pasal maruah. Korang demonstrasi untuk menyambung hidup. Korang sanggup pegang najis sendiri untuk sesuap nasi.

Korang bayar saudara seagama sepuluh ringgit , berjemur dan berhujan dan dalam masa yang sama korang kaya raya, korang nak cakap pasal maruah.

Wak, aku nak ingatkan korang. Orang yang mencari orang miskin bayar dengan upah yang kecil kemudian orang tu rasa korang dah selamatkan dia, itu komunis namanya. Komunis mana layak cakap pasal kedaulatan. Komunis tak layak cakap pasal maruah.

Hei Mustar..datanglah ke Tanah Melayu. Lihat bagaimana kami beri saudara kamu rezeki yang halal. Perhatikan bagaimana bahagianya mereka hidup aman di kampung halaman kami. Jangan lagi bercakap pasal kedaulatan dan maruah kerana kamu yang menggadai maruah saudara mara kamu. Kalau kamu Islam bertaubatlah. Kalau kamu kafir, cerminlah muka kamu.

Wednesday, September 1, 2010

MAAFLAH..ANTA TAK LAYAK

Ini berita yang menyedihkan bagi pemimpin dan penyokong PAS. Tapi nak kena cerita juga supaya diaorang ni muhasabah diri sikit. Tambahan pulak dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Buat pembetulan. Jangan nanti ahli PAS yang kudi kudi di kampung rasa dialah yang paling hebat. Natijahnya sampai langsung tak mahu dengar kuliah, ceramah yang lain selain ceramah politik PAS je.

Kisahnya begini...Mahmud Abbas baru baru ni mewakili seluruh rakyat Palestin mohon jasabaik bekas Perdana Menteri Tun Mahathir untuk menjadi orang tengah dalam perundingan di antara Puak Hamas dengan Puak Fatah yang dah puluhan tahun berkelahi. Pergeseran Fatah/Hamas ini menjadi sebahagian punca mengapa rakyat menderita. Israel pulak mengambil peluang.

Alasan Mahmud Abbas ialah Tun adalah satu satunya pemimpin Islam yang paling berwibawa dalam sejarah Islam moden. Raja Arab Saudi ke, Presiden Iran ke tidak dapat mengatasi wibawa Tun.

Nik Aziz ? Tobatlah. Orang Perak kata ' ayo kaki ' Tun pun tak de. Rupanya Tok Guru yang dianggap' wali keramat' oleh penyokong ni tak dikenali oleh dunia Islam. Di Malaysia je. Kalau begitu layak ke dia dipanggil ulamak?
Jadi apa yang hebat sangat diaorang ni ? Hebatle..mecah belah umat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...