Wednesday, September 22, 2010

GEMPAR!! SURAT NURUL IZZAH KEPADA NUAR BRAHIM BOCOR

Nurul Izzah Anwar
Lembah Pantai, Kuala Lumpur

20 September 2010

Kepada ayahanda yang dikasihi, doa dan harapan agar ayahanda sentiasa berada dalam rahmat Allah swt.

Anakanda mengambil keputusan untuk menulis surat kerana anakanda tahu ayahanda terlalu sibuk dengan pelbagai urusan. Tanpa disedari, telah agak lama kita tidak berpeluang untuk berbual dan berbincang. Anakanda hanya menerima memo dan sms ayahanda sahaja.

Sebagai anak sulung anakanda berasa terpanggil untuk menulis kepada ayahanda mewakili adik adik yang lain. Jika tindakan ini tidak ayahanda senangi , anakanda terlebih dahulu memohon ampun.

Sejak kami kecil kami diasuh dan dididik untuk mematuhi dan mentaati ibu bapa. Bonda tidak jemu jemu mengingatkan kami perkara ini. Namun setelah dewasa, kami dapat rasakan bahawa ada kalanya ketaatan ini adalah ketaatan yang palsu. Apatah lagi apabila kami dapati bonda juga terpenjara dalam ketaatannya.

Ayahanda yang dikasihi,
Sejak tahun 1998 kehidupan kita telah jauh berubah. Kita seolah olah hidup dalam periuk yang berada di atas unggun api yang panas. Sejak itu adakah kita bahagia ayahanda?
Sekarang ini anakanda dan adik adik dapat merasakan bahawa keluarga kita sedang menunggu masa untuk berpecah.

Ayahanda nampaknya tidak lagi melayan kami seperti selayaknya ayah melayan anak, suami melayan isteri. Ayahanda lebih mengutamakan orang lain berbanding keluarga sendiri. Ayahanda seakan terikat dengan ikatan yang terlalu kuat dengan orang lain dan dalam masa yang sama membiarkan ikatan keluarga kita terlerai.

Ayahanda melebihkan orang lain berbanding kami termasuk bonda. Ayahanda sanggup menengking dan mengherdik bonda di khalayak ramai kerana bertanyakan tentang individu ini. Seakan akan jika terpaksa membuat pilihan , ayahanda akan memilih individu ini dan membelakangkan bonda.

Pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi menyerlahkan lagi sikap ayahanda. Bonda langsung tidak diajak berbincang. Ayahanda, anakanda telah menjadi saksi penderitaan bonda selama ini. Setelah berumahtangga, kini anakanda memahami luka yang bonda alami.

Akhirnya ayahanda, anakanda ingin memaklumkan bahawa ayam tambatan ayahanda tidak semestinya ayam tambatan kami. Kami tidak ingin menderhakai ayahanda tetapi kami juga tidak akan membiarkan bonda dikhianati.

Salam takzim, anakmu

Nurul Izzah.



Catatan : Aku rasa kalau ada peluang dan keberanian , inilah yang mungkin diluahkan oleh Nurul Izzah. Aku rasalah..

2 comments:

Anonymous said...

ala...orang kata liwat syok
sebab kemut keliling...

wan zizah yg salah...
belajarlah gimana nak kemut keliling...

matt said...

Bukan gitu , dari awalun lagi perangai ayahanda gitu, mana nak ngubahnya. apa yang kami dapat buat hanyalah doa aje.wahai ayahanda BAERTAUBAT LAH, JANGAN TAHU BUAT DAN BUAT LAGI BERKALI KALI.
taubatlah ayahanda !
taubatlah sang anugerah tuhan !
TAUBATLAH NUAR !
taubatlah pak sheikh !
taubatlah bro !
bang taubat bang ....taubat, taubat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...