Tuesday, September 21, 2010

MURSYIDUL AMNYA BEGITU, SESATLAH ANAK BUAH


Semalam dan hari ini ramai orang telah godam itu Nik Aziz. Orang keliru, pelik dan menyampah bila Nik Aziz kata dia tak bangga jadi Melayu. Cukup dia jadi Islam.

Aku nak nasihat korang semua. Tak usah marahkan Nik Aziz. Tak usah peduli dia pun. Dia ni bukan tau apa apa pun. Dia ni ustaz biasa. Macam ustaz sebelah rumah aku. Dia jadi Tok Guru kerana ada orang 'set pendewaan ' kat dia. Orang PAS pulak terpedaya. Macam orang Melayu kagum pada Hang Tuah. Macam tulah.

Nik Aziz pulak rasa syok. Kalau dia ikhlas, dia tak akan benarkan sebarang bentuk ' kekaguman melampau'berlaku ke atas dirinya.

Dia tak tahu atau tak faham bahawa dalam sejarah dunia dari dulu sampai sekarang hanya satu bangsa sahaja lahir bersama agamanya iaitu bangsa Melayu. Seseorang yang lahir di Malaysia tidak akan jadi Melayu kalau dia tak Islam. Ini tuntutan perlembagaan. Ada Melayu tentu Islam, wajib.

Kalau ada nak pertikai, pertikaikan amalannya. Itu lain. Prinsip asasnya ialah bapak Melayu, mak Melayu anak jadi Melayu. Kerana
mereka Melayu maka dengan sendirinya mereka Islam.

Sebab itu korang wajib pertahankan perlembagaan yang cuba diubah oleh puak pembangkang pimpinan DAP ni. Dia nak hancurkan perlembagaan kerana perlembagaan kita adalah pakej lengkap yang mempertahankan agama dan bangsa kita.

Jadi, tak usahlah susah susah nak marah Nik Aziz. Itu je tahap mentaliti dia. Kalau begitulah dia, bayangkanlah anak buahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...