Saturday, September 25, 2010

REEZAL MARICAN, BERNAFAS DALAM LUMPUR


Semalam Reezal Marican sekali lagi tampil mencuri tumpuan. Kali ini beliau tampil bersama bukti bahawa Lim Guan Eng telah menggunakan wang judi untuk membayar wang ehsan 100 ringgit kepada fakir miskin dan warga emas di Pulau Pinang.

Aku ucap tahniah kepada Reezal kerana bertungkus lumus mencari bahan untuk menggoncang imej kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng anak kepada Lim Kit Siang.

Namun begitu aku nampak pendedahan ini lebih kepada bola tanggung yang diberi kepada Guan Eng. Beliau mendapat ruang yang amat baik untuk menempelak semula. 3 hujah Guan Eng sudah tersebar dalam media pembangkang yang pada pandangan aku semacam orang mengantuk di sorongkan bantal.

1. 90 % daripada penerima bantuan ialah orang Melayu Islam. Maknanya ramai sangat orang Melayu Islamni susah.

2. Beliau ( Lim Guan Eng ) lebih memahami Islam. Sebab itu tiada duit judi digunakan untuk membantu orang Islam.

3. Lesen judi sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan pusat, maknanya kerajaan BNlah. (Rujuk kitab orang PAS- Harakahdaily.net )

Inilah bahayanya apabila bertindak tanpa perancangan teliti. Aku nampak Reezal tak payah ghairah. Ini bukan keutamaannya sekarang. Fokus kepada menambah pengundi. Aku ulang banyak kali dah benda ni.

Banyak mana pendedahanpun tak ada maknanya kalau orang tak undi kita. Tak payah sensasi sangat. Biar artis je yang buat cerita sensasi. Pemuda pulunlah 4 juta anak muda yang belum berdaftar tu.

Tuhan telah takdirkan Reezal jadi pemimpin Pemuda walaupun kalah bertanding. Gunalah peluang yang ada untuk menebus kesilapan masa lalu. Ketua Penerangan adalah antara jawatan yang paling banyak kerja.

Banyak perkara rakyat tak tahu. Atau kalau tahupun tak jelas.
Model Ekonomi Baru,1 Malaysia, Rangsangan Ekonomi dan banyak lagi. Pembangkang dah selesai beberapa pusingan meracuni pemikiran rakyat. Jangan Reezal lupa, kita kalah pada PRU 12 kerana ' keracunan persepsi' yang dilaksanakan oleh pembangkang.

Reezal perlu susun program penerangan khasnya kepada Pemuda. Aku nampak Pemuda satu negara bukan sekadar lesu tapi dah macam nak mati, macam orang bernafas dalam lumpur. Bernafas mati tak bernafas pun mati.

Jadi Reezal, walaupun aku tak rasa kamu cukup berwibawa tapi kamu ada tuang yang cukup untuk kembali ke landasan. Jangan kerana kamu UMNO menerima padahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...