Sunday, April 25, 2010

Tun , bintang yang sentiasa menyinar















Aku dapat hadir banyak program, ceramah dalam PRK Hulu Selangor ni. Pada aku walaupun ada provokasi budak budak Pakatan , Pemuda dan jentera kita tak tergugat langsung. Insyaallah jika jentera kita maintain sampai habis kita akan menang besar.Berletihlah hari ini. Anak cucu yang perjuangkan. Bukan macam diaorang, berjuang untuk Anwar. Bila Anwar cabut keluar negara nanti, tamatlah perjuangan. Kita insyaallah sampai akhir hayat meneruskan perjuangan.


Inilah contoh yang Tun Mahathir tunjuk kat kita. Kalau korang ada dalam majlis malam tadi, korang akan terkejut. Terkejut pertama kerana Tun tu sendiri. Terampil, segak dan segar. Idea dan cara macam 30 , 40 tahun dulu. Seri wajah..sunhanallah.
Aku tengok Nik Aziz , ceramahnya duduk. Nak bangun kena papah. Itupun ada hati ngajak orang bunuh UMNO.

Terkejut kedua melihat khalayak. Sorakan, tepukan amat hebat. Penghargaan kepada pemimpin dapat dilihat dengan nyata. Begitu ramai anak muda hadir dan memberikan sokongan. Budak budak baru ni nampak ceria dan bersemangat. Sapa kata anak muda dah tinggalkan UMNO sebenarnya sengaja mengadakan cerita untuk seronokan diri sendiri.

Terkejut yang ketiga ialah apabila Datuk Najib memberi ruang yang seluasnya kepada Tun untuk berceramah. Datuk Najib mintak supaya Tun dijadikan penceramah utama dan tetamu kehormat, manakala beliau sendiri menjadi penceramah pengiring sahaja. Kalau Najib kekalkan sikap ini aku yakin sangatlah PRU 13 nanti insyaallah kita sapu bersih.

Betullah janji Najib dulu. Selagi ada hayat Tun, beliau tetap jadi pembimbing kita semua. Syukurlah. Kalau suasana semalam jadi ukuran. korang percayalah Hulu Selangor milik kita

Hassan Ali Menyertai UMNO

Kesilapan membaca khutbah pada hari Jumaat yang lalu nampaknya memberi kesan yang amat besar kepada Hassan Ali. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kawasan perumahan tersebut penduduk tidak dapat mendirikan Solat Jumaat. Kerisauan mula dirasakan bahawa ini adalah petunjuk yang ALLAH berikan sebagai tanda bahawa perjuangan yang selama ini dibanggakan sebenarnya bukan perjuangan yang ALLAH redhai.

Ditambah pula dengan pelbagai masalah prinsip dan masalah pengurusan jentera pakatan, Hassan Ali yang sebelum ini adalah aktivis UMNO mula memikirkan semula kedudukannya dalam PAS.

Kesilapan Tok Guru dalam ceramah di Rasa Tambahan dalam mana Tok Guru telah mengatakan orang Melayu pemalas, telah juga memberi kesan buruk terhadap peluang Pakatan dalam PRK Hulu Selangor ini.

Paling menggusarkan beliau ialah apabila berlaku penyelewengan yang ketara dalam peruntukan yang dikeluarkan oleh Pakatan dalam usaha mengekalkan kerusi Hulu Selangor ini.Beliau dapati jutaan ringgit yang dikeluarkan tidak dapat dikesan alirannya.

Perkara perkara yang berlaku dan banyak lagi peristiwa lain telah menginsafkan Hassan Ali yang akhirnya membuat keputusan untuk meketakan jawatan sebagai AJK Pemuda PAS Bukit Sentosa dan telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada ketua cawangan. Beliau sedar UMNO dan BN sahaja yang dapat memberikan perkhimatan terbaik kepada rakyat.

Saturday, April 24, 2010

Tersingkap di Hulu Selangor

Salah satu kekuatan Pakatan Pembangkang selama ini ialah gerakan bersepadu muslimat PAS dan Wanita Keadilan. Kegigihan mereka berkempen dan merayu undi dari rumah ke rumah memang tak dapat dinafikan.

Bagaimanapun bila aku masuk ke Hulu Selangor, ke Gedangsa, Sungai Tengi dan Felda Suharto aku dapati suasana dahulu dah tak ada lagi dah. Muslimat PAS dan Wanita PKR sedang menghadapi konflik dalaman yang amat serius dan dijangka akan membantutkan gerakerja mereka.

Sumber mengatakan ada dua faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
1. Muslimat tidak dapat menerima kenyataan Zaid menjadi calon. Maki hamun Zaid ter hadap Tok Guru tidak dapat diterima. Dalam masa yang sama dikatakan ada anak felda Gedangsa yang layak menjadi calon tetapi tidak dipertimbangkan.

2. Faktor kedua ialah agihan peruntukan jentera yang dikatakan tidak adil. Wanita Keadilan dikatakan memonopoli peruntukan sedangkan yang banyak bekerja ialah Muslimat PAS.

Kemudian aku juga mendapat maklumat kebanyakan kaum wanita felda tidak mahu melayan kumpulan pembangkang ini. Sekiranya Kumpulan Wanita UMNO sanggup berkorban mengambil peluang ini dengan melakukan lebih banyak ziarah dan pertemuan bersemuka aku yakin BN ada peluang amat besar untuk menang.

Sampai masanya Pakatan Pembangkang tidak dapat lagi menyembunyikan retak yang selama ini mengancam mereka. Di Hulu Selangor semuanya sudah tersingkap dan terselak.

ALLAH nak tunjuk..

Aku tak terkejut dengan apa yang berlaku ni. ALLAH nak tunjuk tak ada siapapun boleh halang. Ustaz ke , Tok Guru ke kalau dah dikuasai nafsu apa pun jadi. Inilah hasilnya apabila emosi benci menyelimuti hati nurani.

Kejadian pertama ialah apabila Hasan Ali merampas mimbar daripada imam yang biasa untuk berkempen sambil berkhutbah. Apalagi berkempen sakanlah dia sampai lupa bahawa dia sebenarnya berkhutbah. Lalu dia langsung tak berselawat yang merupakan salah satu rukun khutbah. Tak sahlah jadinya. ( Korang bayangkan Exco Agama tak
sembahyang Jumaat..Ya ALLAH )

Ini yang selalu Tun Mahathir sebut. Jangan campur aduk urusan politik dengan urusan agama. Akhirnya orang akan keliru. Ini nampaknya bukan orang je keliru Hasan Ali pun keliru sama. Kesan peristiwa ini dengan jelas menggambarkan mereka ini adalah golongan rakus dan gopoh yang akhirnya mencemarkan agama.

Kejadian yang kedua pula ialah apabila Nik Aziz mengatakan bahawa orang Melayu malas sewaktu menyampaikan ceramah di Rasa Tambahan pada malam 23 April 2010. Oleh kerana tuduhan ini dilemparkan dengan tegas dan jelas, maka ramai hadirin terkejut. Kesannya ramai yang mengambil keputusan meninggalkan majlis.

Melihat kepada keadaan ini maka Nik Aziz telah menamatkan ceramahnya lebih awal. Aku difahamkan apa yang berlaku ialah kerana Nik Aziz diberitahu ada ramai pengundi Cina dalam majlis tersebut. Jadi untuk menawan mereka Nik Aziz mengatakan orang Cina adalah pembayar cukai yang terbanyak berbanding orang Melayu yang pemalas.

Pengajaran daripada peristiwa ini ialah, jangan gunakan agama untuk kepentingan peribadi. Jangan buat fitnah. Korangpun masa nak mangkah nanti, berniatlah memangkah kerana ALLAH. Mudah sebenarnya buat pilihan sebab ALLAH dah tunjukkan.

Hulu Selangor- Pilihanraya Paling Pelik Dalam Sejarah

Aku dah berada di Hulu Selangor. Aku dah melihat dan meninjau. Aku berpeluang bercakap dengan jentera semua parti bertanding ( 2 parti je ). Kalau aku dimintak memberi pandangan tentang pilihanraya ini , aku akan katakan bahawa pilihanraya Hulu Selangor ini adalah antara yang paling pelik dalam sejarah . Alasan aku :-

1. Calon yang bertanding adalah dari BN dengan PKR. Tetapi yang berkempen ialah BN DAP dan PAS. PAS pulak berkempen bukan nak menangkan calon tapi kempen untuk diri sendiri. Contoh paling baru ialah apabila Nik Aziz berceramah kepada kira kira 600 orang penyokong malam tadi. Nik Aziz asyik bercerita tentang dirinya termasuklah kisah dia berhenti kerja untuk berjuang dalam PAS. Nama Zaid sekalipun tak sebut.

2. Calon yang bertanding 2 orang. Seorang Melayu (PKR) seorang lagi India (MIC)Pelik nya Bahasa Melayu calon India jauh lebih baik daripada calon PKR. Calon PKR cakap macam orang Amerika yang tinggal menumpang di Malaysia. Sukar difahami.

3. Masa ceramah tamat ialah pukul 12 malam. Tetapi semua ceramah pembangkang tamat sebelum pukul 11. Ini tak pernah berlaku sebelum ini. Selalu pembangkang kata tak cukup masa, tapi di Hulu Selangor, pembangkang tak cukup bahan

4. Selalu PAS bagi rasuah secara sulit. Semalam PAS bagi rasuah secara terbuka.Dalam ceramah Nik Aziz diberikan rasuah tersebut oleh YB Lembah Jaya.

5. Ceramah PAS, apalagi jika dihadiri Nik Aziz selalunya dihadiri ribuan penyokong. Tetapi di Rasa Tambahan ceramah Nik Aziz hanya dihadiri kira kira 500 lebih je. Untuk nampak hebat pengacara banyak kali mengucapkan terimakasih kepada penyokong India dan Cina. Sebenarnya tak ada pun penyokong Cina India yang datang.

Ada banyak lagi benda pelik berlaku tapi aku nyatakan lima je. Tujuan aku ialah nak kaitkan kepercayaan orang tua, kalau seseorang melakukan perkara pelik itu tandanya tak berapa elok. Buang tebiat namanya. Jadi aku rasa Pakatan Pembangkangpun buang tebiatlah. Tunggulah masa mautnya datang.

Friday, April 23, 2010

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Sah...Ustaz Guan Eng Imam Besar Pakatan

Bila kita kata 1 Malaysia dia kata tiru Israel. Dia ni tak tahulah apa benda yang ditirunya. Korang bayangkan. Bila blogger mulakan kerja amar makruf nahi mungkar dengan mendedahkan perangai mabuk Zaid, senyap sunyi PAS. Tak berani bercakap.

Kononnya Hassan Ali anti arak. ( Konon... bukannya anti benarpun ) Tapi bila Ustaz Guan Eng buat sidang media isytihar Zaid dah bertaubat , maka kelam kabut panglima panglima PAS serata Hulu Selangor melaksanakan arahan Guan Eng maklumkan Zaid dah taubat.

Korang tunggulah ceramah Tok Guru Nik Aziz. Aku comform dia akan gunakan nama nama sahabat Rasullullah untuk mewajarkan Zaid. Dia akan sebut misalnya satu masa ,Saidina Umar, Khalid Al Walid semua minum arak. Kemudian depa ni jadi pejuang Islam. Maka kembanglah hidung Zaid. Melopong penyokong PAS.


Ini untung jadi PAS. Merata alam menipu. Guna ayat, guna sirah untuk kepentingan sendiri. Tapi ALLAH maha besar. Tiba tiba tak ada angin tak ada ribut, orang kepercayaan Tok Guru umumkan kemungkinan tak lama dah Tok Guru ni. Dah uzur dah tak larat. Bersedialah pelapis ambil alih. Ngamuk Tok Guru. Pantang orang kata dia uzur.

Tak taulah diaorang ni. Nak kata sangat nak berkawan dengan syaitan maka ALLAH penuhi keinginan mereka. Berkawan dengan syaitan berimamkan Guan Eng. Nauzubillah. Bukan Zaid je kena taubat. Tok Gurupun kena taubat juga.

Thursday, April 22, 2010

Lawak Sedih PAS

Dalam 2, 3 hari ini aku asyik berfikir perkara serius. Berbincang juga perkara serius. Naik sakit kepala dibuatnya. Mujurlah hari ini ada cerita lawak aku dengar. Memang boleh tergelak jugaklah.

Kalau korang dengarpun pasti tergelak punya. Ceritanya begini. "PAS ambil alih jentera pilihanraya Pakatan di Hulu Selangor ". Hah..amacam , lawak tak? Kalau calonnya orang lain tak lawaklah. Tapi calonnya Zaid Ibrahim. Mana ada orang Malaysia benci PAS macam Zaid Ibrahim. Mana ada orang Kelantan maki hamun Tok Guru selain Zaid Ibrahim.

Hari ini, esok dan lusa oarang orang PAS akan berjalan ke merata tempat kata Zaid Ibrahim adalah orang baik. Undilah Zaid Ibrahim. ALLAH maha besar. Esok mungkin Tok Guru sendiri akan ceramah kata Zaid Ibrahim orang baik. Undilah Zaid Ibrahim.

Minggu depan Zaid Ibrahim akan kata pulak dia kalah kerana PAS sabotaj. Kalau PAS ikhlas pasti dia menang. ALLAH maha besar. Kalau kita jual agama untuk politik akhirnya politik jual maruah kita dengan harga yang amat rendah. PAS...bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka.

Kasihan Kak Wan dan anak anak..

Hari ni Ezam dah serahkan bukti hubungan Anwar Ibrahim dengan Yahudi. Dalam masa yang sama Ezam cabar Anwar untuk jawab. Ini yang aku lemah ni. Dah tentu Anwar akan jawab. Dia ni pakar putar. Dia takut apa nak tipu. Seumur hidup dia menipu.

Aku kasihan Kak Wan dengan anak anak dia. Mana nak letak muka. Semua mereka tahu Anwar ni penipu. Anwar pulak selalu mengusung kaum keluarga untuk bersama sama mendengar penipuan dia.

Tengok wajah Kak Wan. Mana ada seri dah. Dulu ada Siti Hasmah isteri Tun Mahathir, boleh juga mengadu. Sekarang nak mengadu pada siapa lagi.

Habis sangat berteriak tangis dengan Nurul Izzah. Korang nantilah esok lusa. Dengar penipuan baru Anwar. Jadi aku kalau boleh nak mintak kawan kawan supaya tak buat pendedahan baru. Tak tertanggung dah Anwar dosa menipunya. Dan lebih malang lagi dah tak tertanggungdah derita Kak Wan dengan anak anak, kesianlah.

LUNCAI



widgeo.net

pengakuan,,norlaila,,

Wednesday, April 21, 2010

Kisah tiga pemuda mabuk

Tiba tiba je aku teringat cerita ni. Kisah ni kononnya berlaku pada awal tahun 60an. Pada masa itu, mabuk bukan masalah besar. Tapi kejayaan kerajaan Barisan Nasional mendidik menjadikan minum arak dan mabuk sekarang ni amat hina dalam kalangan orang Islam

Kisah ni melibatkan 3 pemuda . Aku namakan Mad, Mid dan Mud. Mereka ni orang Kuala Kangsar tetapi Mud bekerja di Kuala Lumpur. Masa tu orang Kuala kerja di KL kira herolah. Berhampiran stesen keretapi Kuala Kangsar ni ada sebuah kedai todi. Di sinilah tempat kaki botol Kuala mabuk. Zaid Brahim tak masuklah group ni.

Satu hari Mud nak balik KL. Jadi Mad dan Mid pergilah menghantar di stesen keretapi. Oleh kerana keretapi akan bertolak pukul 12 tengahmalam manakala hari pulak baru pukul 8 maka mereka buat keputusan nak minum dulu.

Lepas sekole..sekole sampailah mereka ni mabuk. Tiba tiba mereka terdengar siren keretapi. Apalagi kelam kabutlah mereka berlari mengejar dan berjayalah Mad dan Mid menaiki keretapi. Berlambai lambailah mereka. Sayu juga nak berpisah dengan kawan kawan.

Dalam keretapi Mad dan Mid tak dan nak bersembang pun. Dapat tempat duduk terusje lena. Sampailah di Stesen Rawang, pemeriksa tiket kejutkan dia orang untuk mintak tiket. Masa ni kesan mabuk pun dah hilang. Melompatlah Mad dan Mid sebab memang mereka tak ada tiket. Mereka sebenarnya menghantar Mud. Mud yang nak balik ke KL bukannya mereka.

Apalagi turunlah mereka di Rawang. Sejak itu sampai sekarang tak tahu apa jadi kepada mereka berdua.
Mengapa aku tiba tiba teringat cerita ni? Tak tahulah. Agaknya aku takut kalau orang Hulu Selangor silap pilih buruk padahnya bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada negara juga. Macam mengiktiraf pemabuk pulak.

Sebenarnya..

Baru baru ini nafi kaki arak. Hari ini nafi kaki judi. Apa ni ? Aku teringat satu masa Nik Aziz kata pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi kena kelihatan bersih. Bersihke Zaid ?

Sebenarnya...

1. Anwar tak pernah minta nasihat sesiapa melainkan DAP
2. Anwar tak pernah hormat sesiapapun selain dirinya sendiri ( Bukan hormat- kagum )
3. Anwar sentiasa anggap PAS boleh diumpan dengan duit

Sebenarnya...

1. PAS sedang gali kubur di Hulu Selangor
2. PAS sedang hadapi krisis keyakinan yang kronik
3. PAS sedang dihukum ALLAH kerana menggadai agama dengan harga yang murah


Sebenarnya...

1. Ini masa pengundi Hulu Selangor mengetuai pembetulan
2. Ini masa pengundi menyatu bersama BN
3. Ini masa pengundi berfikir dan melaksanakan pemikiran


Sebenarnya...

ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya. Inilah pegangan Allahyarham Tun Razak sewaktu mula menyusun semula negarabangsa. Ini jugalah pendekatan dan kaedah yang Najib gunakan sekarang walaupun beliau tidak menyebutnya.

Ayuh mari kita gunakan kuasa kita. Nasib dan masa depan anak cucu berada dalam tangan kita.

Sebenarnya..


Baru baru ini nafi kaki arak. Hari ini nafi kaki judi. Apa ni ? Aku teringat satu masa Nik Aziz kata pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi kena kelihatan bersih. Bersihke Zaid ?

Sebenarnya...

1. Anwar tak pernah minta nasihat

Sebenarnya..


Baru baru ini nafi kaki arak. Hari ini nafi kaki judi. Apa ni ? Aku teringat satu masa Nik Aziz kata pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi kena kelihatan bersih. Bersihke Zaid ?

Sebenarnya...

1.

zaid ibrahim> god of gambler. part 2

KELANTAN CAPTURES $450,000

“About -700m from home, I knew he could take me into the race and he justkeptgiving in the straight.” JBBA Trophy-winning jockey Ronnie Stewart

QUALITY galloper Kelantan is a horse going places.
The Stephen Gray-trained Nex7lEealand-bred showed that with a gutsy win in the $450,000 Japan Bloodhorse Breeders' Association (JBBA) Trophy in Race 8 at Kranji yesterday. Mildly supported, he paid $53 for the win.
Ridden by Australian jockey Ronnie Stewart, Kelantan moved up beautifully like a good horse in the straight to nab $411 chance Music Master by:;/, -length in the domestic Group 2 race over 1,600m.
Itmaybeyou, winner of the second leg of the Singapore Three-Year-Old Challenge over 1,400m last month in which Kelantan ran fifth, finished a game third, two lengths further back.
Stewart said there was a bit of bustling early but he was happy to sit around midfield with a bit of cover.
Added the bang-in-form lightweight hoop: "About 700m from home, I knew he could take me into the race and he just kept giving in the straight. "
For a fleeting moment, it looked like it was going to be a real big upset when the Hideyuki Takaoka-trained Music Master shot to the lead on straightening and stayed on stubbornly in front.
Said his jockey, John Sundradas: "He tried his best but this was the first time he ran in a Group race. Too bad he couldn't hold on with that kind of weight. He carried 57kg."
Yesterday's JBBA Trophy was the third and final leg of the Three-Year-Old Challenge.
It was the Zaid Ibrahim-owned bay colt's third win in nine Kranji starts. Back in New Zealand, the well-pedigreed Kelantan cost NZ$135,000 ($132,000) as a yearling.
By the fashionable Cape Cross out of the El Gran Senor mare Stever house, he demonstrated vast potential by scoring one of his two successes in a listed race. He ran second in another.
Said trainer Gray: "I dedicate this win to my parents because they had Kelantan back home and sent him up to me.
"It's always nice to be given a good horse to train to win a Cup. It's a great thrill. He's the first Cup horse I've had since Lim's Reward." For the record, Lun's Reward captured the Group 1 Patrons' Boy in June 2003 with jockey Grant Cooksley astride.
While he savoured yesterday's glory, Gray lamented that his good friend, The New Paper's Deputy Racing Editor Danny Khoo, was not on hand to watch his big moment triumph.
He said: "Danny is sick. I wish for a speedy recovery. He has been a good friend and I wished he could here today."
Khoo is hospitalised with a stomach ailment which requires surgery.
Gray has no immediate plans for Kelantan who, being a : three-year-old, still has plenty of scope for improvement.
He said: "I'll just give him a bit freshening up and wait for some weight-for-age races."
But one thing is certain, although he did not say it: Kelantan can be strong force in the Singapore Four-Year-Old Challenge next year.

zaid ibrahim> god of gambler.

Kelantan Wins Jbba Trophy With Sensational Performance

25 Aug 2006
There was plenty of money for My Royal Captain Crusoe and Itmaybeyou in the $450,000 Group 2 Japan Bloodhorse Breeders' Association Trophy, but as the field crossed the line it was the forgotten Kelantan that took the coveted prize.
Trained by Stephen Gray and ridden a treat by Ronnie Stewart, Kelantan sat well off the pace in the 1600m event from his wide gate (13). Stewart was tiding his time throughout the run and hoping for just an ounce of luck. When they went for home he was searching for a cart into the final run and lady lack stayed with him when he found Itmaybeyou.
"I just kept looking for one of the better horses to take me into the race as we straightened and there was Itmaybeyou!" said Stewart
"I think in the end being drawn out was helpful because there was a bit of buffeting going on in the inside.
"Stephen had said to me before the race that it e was carrying 51kgs we'd be sitting mid-field and waiting for one last crack at them and I was to do the same here tonight from the wide alley.
"We know what this horse can and cannot do and everything just panned out for us.
"It was great, brilliant!" Stewart added.
"I knew he'd be better at the mile but having said that I didn't think he was necessarily the best horse in the race," said a candid Gray.
"But he did have a good preparation and he's a good horse. We're very lucky to have a horse this talented and we are extremely grateful to have him in the stable.

"It was a great win and in particular tonight I'd like to dedicate the win to my good friend Danny Khoo who isn't in the best of health at the moment."

Kelantan (NZ) (Cape Cross x Stever House) is owned and raced by Zaid Ibrahim and the win was aven sweetar. "He's always wanted to win a Cup and I am delighted that I have been able to do that for him with this horse." Gray added.

Tuesday, April 20, 2010

Surat terbuka kepada pejuang Islam di Hulu Selangor

Saya mengambil masa beberapa hari untuk membuat keputusan dan akhirnya memutuskan untuk menulis surat ini sebagai usaha amar makruf nahi mungkar. Surat ini saya tujukan hanya kepada pejuang Islam. Pejuang yang dalam darahnya ada roh Islam. Pejuang yang denyut nadinya adalah denyut nadi Islam.

Saya lahir dalam keluarga pejuang PAS. Perjuangan ini bermula dari arwah datuk saya lagi. Sekiranya saya nyatakan nama datuk saya , saya pasti ramai yang mengenalinya. Datuk dan ayah saya tidak pernah meminta apa apa pun sebagai balasan kepada perjuangan suci ini. Saya juga seorang yang mempunyai kerjaya. Saya bukan sahaja tidak meminta kepada PAS bahkan saya menyumbang kepada PAS.

Harapan saya dan keluarga ialah perjuangan ini akan mendatangkan keredhaan Allah jua. Tetapi apa yang berlaku di Hulu Selangor ini benar benar tidak dapat diterima. PAS sama sekali tidak diajak berbincang dalam menentukan calon. Saya diberitahu Tok Guru Nik Aziz sendiri langsung tidak diminta pendapatnya.

Saya tidak terkilan jika calon lain dipilih. Memilih Zaid Ibrahim umpama menyiram najis di tubuh PAS. Semua kita tahu Zaid pernah menyaman kita di Kelantan. Semua orang tahu Zaid sentiasa menghina Tok Guru dan mengatakan Tok Guru sudah nyanyuk dan tidak layak memimpin.

Tidak ada anak Kelantan yang berani menghina Tok Guru selain Zaid. Memilih Zaid adalah penghinaan yang tak dapat diterima. Ada ramai tokoh PAS di Selangor . Mereka mempunyai kelayakan dan akhlak yang baik. Mengapa kita memilih penagih arak dan penjudi sebagai calon. Apa alasan yang hendak kita berikan kepada Allah di mahkamah rabbuljalil?

Saudara sekalian. Untuk pertama kali mari kita tunjukkan kuasa dan hak kita sebagai pengundi.Lebih penting mari kita jalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Sekiranya kita berjaya menyebabkan Zaid Ibrahim kalah, insyaallah pemimpin kita tidak akan menerima penghinaan lagi. Insyaallah mereka akan sedar bahawa kita bukan budak suruhan sebaliknya kita adalah penentu masa depan Pakatan.
DAP wajib disedarkan bahawa selama ini mereka yang berpaut kepada kita. Jangan kita dipandang rendah lagi.

Percayalah, Tok Guru sendiri amat dukacita dengan penghinaan ini. Mari kita berusaha dengan niat memartabatkan Islam, mari kita gagalkan kemenangan Zaid yang bermaksud menamatkan dunia politik seorang manusia yang angkuh dan sombong.

Mengundilah kerana Allah, Rasul dan sekalian umat Islam. Allahhuakbar, allahhuakbar,allahhuakbar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...