Saturday, April 24, 2010

Hulu Selangor- Pilihanraya Paling Pelik Dalam Sejarah

Aku dah berada di Hulu Selangor. Aku dah melihat dan meninjau. Aku berpeluang bercakap dengan jentera semua parti bertanding ( 2 parti je ). Kalau aku dimintak memberi pandangan tentang pilihanraya ini , aku akan katakan bahawa pilihanraya Hulu Selangor ini adalah antara yang paling pelik dalam sejarah . Alasan aku :-

1. Calon yang bertanding adalah dari BN dengan PKR. Tetapi yang berkempen ialah BN DAP dan PAS. PAS pulak berkempen bukan nak menangkan calon tapi kempen untuk diri sendiri. Contoh paling baru ialah apabila Nik Aziz berceramah kepada kira kira 600 orang penyokong malam tadi. Nik Aziz asyik bercerita tentang dirinya termasuklah kisah dia berhenti kerja untuk berjuang dalam PAS. Nama Zaid sekalipun tak sebut.

2. Calon yang bertanding 2 orang. Seorang Melayu (PKR) seorang lagi India (MIC)Pelik nya Bahasa Melayu calon India jauh lebih baik daripada calon PKR. Calon PKR cakap macam orang Amerika yang tinggal menumpang di Malaysia. Sukar difahami.

3. Masa ceramah tamat ialah pukul 12 malam. Tetapi semua ceramah pembangkang tamat sebelum pukul 11. Ini tak pernah berlaku sebelum ini. Selalu pembangkang kata tak cukup masa, tapi di Hulu Selangor, pembangkang tak cukup bahan

4. Selalu PAS bagi rasuah secara sulit. Semalam PAS bagi rasuah secara terbuka.Dalam ceramah Nik Aziz diberikan rasuah tersebut oleh YB Lembah Jaya.

5. Ceramah PAS, apalagi jika dihadiri Nik Aziz selalunya dihadiri ribuan penyokong. Tetapi di Rasa Tambahan ceramah Nik Aziz hanya dihadiri kira kira 500 lebih je. Untuk nampak hebat pengacara banyak kali mengucapkan terimakasih kepada penyokong India dan Cina. Sebenarnya tak ada pun penyokong Cina India yang datang.

Ada banyak lagi benda pelik berlaku tapi aku nyatakan lima je. Tujuan aku ialah nak kaitkan kepercayaan orang tua, kalau seseorang melakukan perkara pelik itu tandanya tak berapa elok. Buang tebiat namanya. Jadi aku rasa Pakatan Pembangkangpun buang tebiatlah. Tunggulah masa mautnya datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...