Saturday, April 24, 2010

Tersingkap di Hulu Selangor

Salah satu kekuatan Pakatan Pembangkang selama ini ialah gerakan bersepadu muslimat PAS dan Wanita Keadilan. Kegigihan mereka berkempen dan merayu undi dari rumah ke rumah memang tak dapat dinafikan.

Bagaimanapun bila aku masuk ke Hulu Selangor, ke Gedangsa, Sungai Tengi dan Felda Suharto aku dapati suasana dahulu dah tak ada lagi dah. Muslimat PAS dan Wanita PKR sedang menghadapi konflik dalaman yang amat serius dan dijangka akan membantutkan gerakerja mereka.

Sumber mengatakan ada dua faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
1. Muslimat tidak dapat menerima kenyataan Zaid menjadi calon. Maki hamun Zaid ter hadap Tok Guru tidak dapat diterima. Dalam masa yang sama dikatakan ada anak felda Gedangsa yang layak menjadi calon tetapi tidak dipertimbangkan.

2. Faktor kedua ialah agihan peruntukan jentera yang dikatakan tidak adil. Wanita Keadilan dikatakan memonopoli peruntukan sedangkan yang banyak bekerja ialah Muslimat PAS.

Kemudian aku juga mendapat maklumat kebanyakan kaum wanita felda tidak mahu melayan kumpulan pembangkang ini. Sekiranya Kumpulan Wanita UMNO sanggup berkorban mengambil peluang ini dengan melakukan lebih banyak ziarah dan pertemuan bersemuka aku yakin BN ada peluang amat besar untuk menang.

Sampai masanya Pakatan Pembangkang tidak dapat lagi menyembunyikan retak yang selama ini mengancam mereka. Di Hulu Selangor semuanya sudah tersingkap dan terselak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...