Saturday, April 24, 2010

ALLAH nak tunjuk..

Aku tak terkejut dengan apa yang berlaku ni. ALLAH nak tunjuk tak ada siapapun boleh halang. Ustaz ke , Tok Guru ke kalau dah dikuasai nafsu apa pun jadi. Inilah hasilnya apabila emosi benci menyelimuti hati nurani.

Kejadian pertama ialah apabila Hasan Ali merampas mimbar daripada imam yang biasa untuk berkempen sambil berkhutbah. Apalagi berkempen sakanlah dia sampai lupa bahawa dia sebenarnya berkhutbah. Lalu dia langsung tak berselawat yang merupakan salah satu rukun khutbah. Tak sahlah jadinya. ( Korang bayangkan Exco Agama tak
sembahyang Jumaat..Ya ALLAH )

Ini yang selalu Tun Mahathir sebut. Jangan campur aduk urusan politik dengan urusan agama. Akhirnya orang akan keliru. Ini nampaknya bukan orang je keliru Hasan Ali pun keliru sama. Kesan peristiwa ini dengan jelas menggambarkan mereka ini adalah golongan rakus dan gopoh yang akhirnya mencemarkan agama.

Kejadian yang kedua pula ialah apabila Nik Aziz mengatakan bahawa orang Melayu malas sewaktu menyampaikan ceramah di Rasa Tambahan pada malam 23 April 2010. Oleh kerana tuduhan ini dilemparkan dengan tegas dan jelas, maka ramai hadirin terkejut. Kesannya ramai yang mengambil keputusan meninggalkan majlis.

Melihat kepada keadaan ini maka Nik Aziz telah menamatkan ceramahnya lebih awal. Aku difahamkan apa yang berlaku ialah kerana Nik Aziz diberitahu ada ramai pengundi Cina dalam majlis tersebut. Jadi untuk menawan mereka Nik Aziz mengatakan orang Cina adalah pembayar cukai yang terbanyak berbanding orang Melayu yang pemalas.

Pengajaran daripada peristiwa ini ialah, jangan gunakan agama untuk kepentingan peribadi. Jangan buat fitnah. Korangpun masa nak mangkah nanti, berniatlah memangkah kerana ALLAH. Mudah sebenarnya buat pilihan sebab ALLAH dah tunjukkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...