Tuesday, October 6, 2015

UNDI TAK PERCAYA PASTI BERLAKU.

Undi tak percaya pasti akan berlaku. Yang menariknya ia tidak berlaku terhadap DS Najib seperti yang Macai riuh rendah tapi berlaku kepada Wan Azizah, Presiden PKR. Kita tunggulah. Aku jangka tak lama lagi je.

KUALA LUMPUR 5 Okt - Sekumpulan pemimpin kanan PKR didakwa membentuk kartel bagi merancang komplot untuk menggulingkan Presiden parti tersebut, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, komplot itu dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan pembangkang baharu pada 22 September lalu.

Menurut beliau, kartel tersebut seterusnya mengambil kesempatan dengan melancarkan petisyen agar mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR diadakan dengan agenda untuk menarik balik penyertaan parti tersebut daripada pakatan pembangkang baharu.

“Ini ialah ‘coup d’etat’ (rampasan kuasa). Ini ialah usaha undi tidak percaya yang dipelopori kartel berkenaan ke atas Wan Azizah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara.

“Bayangkan nanti MPP akan mengambil keputusan ‘u-turn’ dalam usaha pakatan pembangkang, di mana Wan Azizah hendak letak muka?” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau (http://chegubard.blogspot.my).

Dalam laman blog tersebut, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut menyenaraikan nama 25 pemimpin PKR yang didakwa terlibat dengan kartel menggulingkan Wan Azizah.

PKR akan mengadakan Kongres Nasional Tahunan di Shah Alam, Selangor pada 30 Oktober dan 1 November ini.

Badrul Hisham menambah, kartel berkenaan sedang dalam usaha untuk bersatu dengan kumpulan-kumpulan kecil dalam PKR yang kecewa dengan keangkuhan Setiausaha Agung parti, Rafizi Ramli.

Beliau memberitahu, pasukan yang bakal dibentuk itu agak besar dan akan memberi cabaran kepada Wan Azizah.

“Kepada Wan Azizah, belajarlah kesilapan Anwar iaitu kamu ada banyak panglima setia tetapi kamu sendiri singkirkan mereka kerana tenggelam dalam fatamorgana puji dan puja,” jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...